Home Novel Cinta Spy Hati Dari Chantilly
Spy Hati Dari Chantilly
Mazni Aznita
3/1/2018 23:54:39
64,269
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Beli Sekarang
Bab 2

FARIDberkejar ke situ sebaik sahaja menerima panggilan telefon. Di balai polistempatan dia menemui kelibat Hana, Atea dan Rachel sedang berbual-bual sesamasendiri. Dia kenal rakan-rakan Suri Imani kerana telah diperkenalkan beberapahari yang lalu.

“Abang Farid.” Hanasegera menerpa sebaik melihat kelibatnya.

“Suri mana?” soal Farid.

“Dia masih kat dalam.Uncle Patrick, ayah Rachel tengah berurusan dengan polis kat dalam. MujurlahUncle Patrick ada bawa lawyer untuk lepaskan Suri,” ujar Hana.

“Kenapa? Apa sebenarnyayang dah berlaku ni?” soal Farid, masih lagi keliru.

 “Ada kejadian rompakan berlian kat Musee deConde yang kami pergi hari ni. Kebetulan Suri ada kat situ waktu kejadian.Mereka hanya nak soal siasat Suri. Itu aje,” ujar Hana. Dia nampak kerut resahdi wajah lelaki itu.

“Suri tak apa-apa? Diatak cedera kan?”

 “Dia tak apa-apa, Abang Farid. Memang adakejadian tembak-menembak di muzium tu tadi, tapi dia okey. Cuma terkejut ajemungkin.” Ujar Hana.

Farid menarik nafas lega.Hampir sejam kemudian, barulah Suri Imani keluar diiringi Tuan Patrick danpeguam lelaki itu. Farid sempat bersalaman dengan Patrick Kwan. Lelaki ituseorang ahli perniagaan di Paris. Anaknya Rachel ialah teman sekolah Suri Imanidan Hana dahulu sebelum melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti di Paris.

“Dah tak ada apa-apa.Polis kat sini takkan charge Suri dengan tuduhan menceroboh,” ujar TuanPatrick.

“Menceroboh? Abang ingatSuri hanya melawat-lawat pameran kat muzium tu.” Farid tercengang-cengang.

Bulat biji matanyamemandang wajah Suri Imani yang agak pucat. Bukankah itu yang gadis itu katakanpadanya semalam ketika mereka berbual di talian?

Suri Imani menggigitbawah bibirnya berulang kali. Permulaannya memang ya. Tetapi kerana dia yangcari penyakit, maka padahnya terkena atas batang hidungnya hari ini.

Uncle Patrick,thanks  a lot,” ujar Suri Imani padalelaki itu.

Anything dear. I’lldo anything for you,” ujar Tuan Patrick, tersenyum.

Lelaki itu pulangbersama-sama Rachel, Atea dan Hana. Tinggal Suri Imani dan Farid berdua. ItupunFarid menawar diri untuk menghantarnya pulang.

 “Suri okey?” Soal Farid, prihatin. Kasihanpula dia melihat wajah tidak bermaya gadis itu malam ini.

“Suri tak apa-apa, abang,”ujar Suri Imani, tersenyum hambar.

 “Jadikan hal ni sebagai pengajaran. Lain kalijangan bertindak melulu macam tu lagi,” nasihat Farid, lembut.

Suri Imani hanyamengangguk. Dia cuba berlagak selamba, namun dia asyik teringatkan lelakiberpakaian serba hitam itu. Kerana lelaki itu, dia masih lagi bernyawa. Kalaubukan lelaki itu menerkam ke arahnya lalu menariknya, tak mungkin dia selamatdari muncung senapang pengawal itu. Tuan Glock! Itu nama yang disebut oleh TuanPatrick dan peguamnya di balai polis tadi.

 “Dia pencuri yang agak terkenal di kalanganpihak berkuasa di sini. Sasarannya selalu tak pernah gagal. Dah lama pihakInterpol cuba memburunya tetapi sentiasa gagal. Tak sangka kamu berpeluangbertemu dengan dia. Bagaimana rupanya?”

Itu soalan yang diajukanoleh peguam Tuan Patrick tadi. Soalan dari pihak berkuasa Paris yang diterjemahkansemula oleh peguam Tuan Patrick untuknya.

“Dia bertopeng,” ujarSuri Imani.

“Kamu langsung tak dapatmengecam apa-apa yang istimewa tentangnya?”

Suri Imani menggeleng.Kecuali sepasang mata berwarna coklat jernih yang menawan itu! Tetapi ayat-ayatitu hanya muncul dalam kepala, bukan di bibirnya.

“Kenapa Tuan Glock?” soalSuri Imani, ingin tahu.

Si peguam bertanya kepadaseorang pegawai polis berpakaian biasa. Lelaki itu menjawab dalam senyuman. Adasekeping kad berwarna hitam dikeluarkan dan diletakkan di hadapan Suri Imani.Gadis itu memandangnya dengan wajah bingung.

“Sebab dia selalu membawapistol dari Glock 17 tetapi tak pernah menggunakannya. Tetapi itu hanya khabarangin yang popular di sini. Yang penting dia akan tinggalkan ini di tempat sasarannya,”ujar lelaki itu.

Suri Imani mengamati kaddi hadapannya. Ada simbol G di atas paparan kad kosong, diparap dengan warnaemas di atas halaman hitam metalik. Ada gaya, mutu dan keunggulan. Sama sepertigaya lelaki itu mempertahankan dirinya. Dari gaya lelaki itu dia tahu lelakiitu tidak pernah ada niat membunuh mana-mana pengawal di Musee de Conde ituhari ini.

Setiap pergerakan lelakiitu hanya bertujuan untuk menjatuhkan lawan dan sekurang-kurangnya membuatkanpengawal itu pengsan. Itu sahaja! Dan paling penting lelaki itu telahmenyelamatkan dirinya. 

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.