Home Novel Cinta PERCAYA CINTAKU
PERCAYA CINTAKU
nuroll shazlinda hairul
15/7/2021 11:27:35
12,638
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 3

“Huda, aku balik dulu. Nanti kau tolong tutup kedai ya.”

“Awal kau  nakbalik?” soal Huda kepada Eizlynn.

“Aku ada hal penting. Nanti kalau semua dah selesai, akuakan beritahu kau, okey!”

“Hmm... iyalah. Aku ini kan selalu sangat jadi yangterakhir tahu.”

“Bukan macam tu, masalah ni agak kritikal. Ini semuagara-gara Adeeb. Kalau dia tak buat hal, aku pun tak bermasalah macam ni.”

“Okey, aku faham. Kau pergilah selesaikan masalah kau.Tapi janji nanti beritahu aku.”

“Iya aku janji.” Eizlynn mengangkat tangannya sebagaitanda janji.

Eizlynn segera meninggalkan Huda. Dalam perjalanan otaknyaligat memikirkan sebarang kemungkinan yang akan diambil oleh Wafi. Dia masihberharap agar Wafi terima pinangannya. Dia tahu apa yang dia buat ini sesuatuyang gila. Tapi  bukan akalnya yang gilasebaliknya hatinya yang sebenarnya gila. Namun dalam diam dia bersyukur denganaturan Ilahi ini. Dia yakin Allah sedang menjawab doanya. Tetapi dia tetaptidak mahu meletakkan harapan terlalu tinggi.  

‘Ya Allah, aku serahkan urusan ini padaMu,’ bisikhatinya.

Eizlynn menolak pintu bilik Wafi. Dia menghulurkan salamsambil melangkah masuk.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam,” ucap Encik Wahib, Puan Hartini danWafi serentak.

Eizlynn bersalaman dan berpelukan dengan Puan Hartini.Wafi memandang dengan riak sedikit menyampah. Sempat Eizlynn mengukir senyum kearah Wafi.

“Lynn berbual dulu dengan along. Uncle dengan auntie nakturun ke cafe. Lynn nak apa-apa tak? Boleh uncle belikan,” pelawa Encik Wahib.

“Tak apa uncle. Lynn belum rasa lapar lagi. Terimakasih.”

“Kalau begitu uncle dan auntie keluar dulu,” pinta Encik Wahib.Puan Hartini sempat menepuk lembut lengan Eizlynn.

Sebaik sahaja Encik Wahib dan Puan Hartini berlalumeninggalkan mereka, Eizlynn terus melabuhkan punggung ke kerusi. Pandanganmereka bertaut. Eizlynn menghulurkan senyuman.

“You apa khabar hari ini?” tanya Eizlynn sebagaimukadimah.

“Macam yang you nampaklah. Tak sakit dan tak sihat,”balas Wafi acuh tak acuh.

“You ni datang dengan tangan kosong aje ke? Tak ada kenak bawa buah ke coklat ke, tak pun pizza ke?”

“Amboi dah sakit pun selera boleh tahan.”

“Yang sakit perut bukan mulut.”

“I minta maaf sebabkan I, you yang jadi mangsa.”

“Berapa kali I nak cakap, tak perlu minta maaf. Bukan youyang paksa I untuk selamatkan you.”

Eizlynn hilang kata. Niatnya untuk membantu seorang wanitayang sedang bergaduh dengan suami di tepi jalan telah mengheret Wafi dalampertelingkahan tersebut. Sewaktu Eizlynn cuba untuk melihat kecederaan wanitadan anak kecil yang dikasari oleh lelaki yang tiada hati perut itu, waktuitulah Wafi muncul secara tiba-tiba dan tidak semena-mena dia menerima tikamandaripada lelaki tersebut. Tergamam mereka ketika itu. Tanpa berlengah, lelakiitu terus meninggalkan mereka. Dan sekarang ini lelaki itu telah diberkas olehpihak polis.

“Dah sampai mana tu?” soal Wafi sambil menepuk tangannyadengan kuat.

Terhenjut bahu Eizlynn dibuatnya. Dia melepaskan nafasnyaperlahan.

“Tak boleh tanya elok-elok ke? Perlu ke nak sergah macamtu?” gumam Eizlynn.

“I dah tanya tapi you yang menggelamun entah ke mana. Ingatkansiapa?”

“Ingatkan youlah. Nak sangat jadi hero haa... terusmendapat.”

“Kalau I tak jadi hero, rasanya you yang terbaring katsini sekarang ni. Itupun kalau umur you panjang.”

“Celupar! You inikan cuba doakan yang baik-baik untukbakal isteri you.”

“Eh, siapa kata I setuju nak jadikan you isteri I.”

“I kata.”

“Ceh, perasan!”

“Jadi... you tolak lamaran I?”

“Hm... tak,” balas Wafi bersama gelengan.

Berkerut dahi Eizlynn mendengar jawapan Wafi.  Setuju tidak, terima tidak, pening dia dengankerenah Wafi. Apalah yang lelaki ni nak sebenarnya.

“You jangan main-main boleh tak? Sekarang ini I nak tahukeputusan you yang sebenar-benarnya.”

“Kalau I kata I tak nak you nak buat apa?”

“I akan tunggu sampai you setuju. Ada dua minggulagikan.”

“Tak perlu tunggu. Apa kata you putus asa je.”

“You betul-betul tolak I?”

“Tak.”

Eizlynn meraup wajahnya. Menggelegak hatinya mendengarjawapan Wafi. Yang kena tikam perut bukan otak. Tapi kelihatan otak lelaki itulebih bermasalah.

“Kalau you tak boleh buat keputusan biar I yang buatkeputusan untuk you. By hook or by crook lagi dua minggu you akan jadisuami I.  Sebab I yakin you memangditakdirkan untuk I.”

Confident!

Of course,sebab I yakin you adalah jawapan pada istikharah I.”

Terkunci mulut Wafi mendengar kata akhir Eizlynn. AdakahEizlynn juga jawapan pada istikharahnya selama ini? Dia tidak nafikan melihatsenyuman dan mendengar tiap bait bicara gadis itu membuatkan hatinya berasatenang. Meskipun kata-kata Eizlynn adakalanya tajam dengan sindiran tetapi ia tidakmenusuk tepat ke hatinya. Pelik kerana dia masih boleh bersabar dengan gadisitu. Melihat keletah gadis itu membuatkan hatinya berbunga.

 “Helo... you dahsampai ke mana?” tanya Eizlynn sambil menepuk tangannya.

Mati lamunan Wafi. “You tanya apa tadi?”

“I tanya you dah sampai ke mana? Yang you tiba-tibatermenung tu kenapa? Dahlah tu pandang I macam nak telan je. Muka I ni nampakmacam pizza ke?” soalnya seloroh sambil menepuk-nepuk pipinya.

Wafi ketap bibir. Di cuba menahan senyum.

“Aah muka you sekarang ni dah nampak macam hawaiianchicken,” balas Wafi bersahaja. Kosong tanpa jiwa.

“Euww, ada ke samakan I dengan hawaiian chicken. You nakpizza ke? Kalau nak I boleh orderkan,” tanya Eizlynn bersungguh-sungguh. Diamengambil telefon bimbitnya dan menanti jawapan daripada Wafi.

“Tu cara nak tackle I ke apa?”

“Bila masa pula I nak tackle you. Muka you tu nampakserius aje macam nak sangat makan pizza. Tu yang I nak confirmkan. Nak ke tak?Nanti tak dapat kempunan pulak!”

“Tak perlu nak mengarut. Tak ada maknanya nak kempunan.”

So, betul taknak ni?” soal Eizlynn mahukan kepastian.

“Tak nak!”

“Okey. Tawaran tamat. Sekarang I nak tahu, yes or no? I rasa macam penagih cintapulak!”

 “Bagaimana kalaukita kahwin tapi I tetap tak boleh cintakan you dan I tiba-tiba jatuh cintapada orang lain?” duga Wafi. Iyalah hati manusia ini seringkali berubah.

Eizlynn mengetuk-ngetuk dagunya diiringi dengan mulutnyadiherot ke kiri dan kanan. Ligat otaknya mencari jawapan yang pasti.

“I tak ada jawapan itu sekarang. Tapi apa yang I bolehkatakan, I serahkan semuanya pada Allah. Jika perkahwinan kita terkandas ditengah jalan, I redha. Paling tidak, I dah usaha buat yang terbaik dalamperkahwinan itu.”

“You pakai tudung sebab apa?” soal Wafi spontan. Jauhsangat dari topik yang sedang dibincangkan.

“Ha?” Berkerut dahi Eizlynn mendengar pertanyaan yangtidak terduga itu.

“Kenapa you tanya?”

“Saja nak tahu. Sebab setiap orang itukan ada alasan yangtersendiri kenapa dia buat begitu, kenapa dia buat begini.”

“Okey. Jawapan I mudah. I pakai sebab ini perintah Allah.”

“Jadi you nak kata you ni dalam kategori wanita muslimah.Mengikut semua perintah Allah, begitu?”

“Tak. I manusia yang punya kelemahan. Masih berbuat salahdan masih seorang pendosa.” Dengan penuh yakin Eizlynn menjawab.

Wafi menelek tubuh Eizlynn dari atas ke bawah. Dari penampilangadis itu, dia akui Eizlynn memenuhi ciri-ciri seorang muslimah. Bertutup litupdan memakai pakaian yang agak longgar sekaligus tidak menampakkan bentuk tubuh.Tiada sebarang solekan di wajah melainkan bibirnya dicalit gincu yang tidakketerlaluan warnanya. Benar kata adiknya, Eizlynn memang semulajadi cantik.Setahunya gadis itu juga memiliki sebuah book cafe yang dikongsi bersamarakannya. Itu pun dia tahu melalui ibunya. Rupa, harta, keturunan dan agama,Eizlynn memiliki keempat-empat ciri itu. Jadi apa lagi yang dimahukan? Rasacinta itu yang tiada pada dirinya untuk Eizlynn.

“Dah puas ke tenung I?” soal Eizlynn akhirnya. Sedaritadi dia sedar Wafi asyik memerhatikannya. Seolah-olah ada sesuatu yangmenganggu fikiran lelaki itu.

“You betul-betul nak kahwin dengan I sekalipun youterpaksa pertaruhkan masa depan you? Mungkin you akan menjanda dalam usia yangmuda?”

“I rasa dah banyak kali you tanya soalan yang sama.Jawapan I tetap sama. Kalau I janda you duda.” Sempat lagi Eizlynn berseloroh.

Wafi mencebik. Melihatkan ketegasan Eizlynn, dia yakindengan keputusan yang akan diambilnya. Dia juga berharap ini adalah yangterbaik untuk mereka. “Okay fine,kita kahwin.”

“What? Seriously?”tanya Eizlynn seakan tidak percaya.

“Iya.”

“Alhamdulillah. Hai, bakal suami,” sapa Eizlynn yangtampak teruja.

Terkebil-kebil Wafi melihat tingkah Eizlynn. Mujur sahajahanya mereka berdua di dalam bilik itu.

“Terima kasih. You dah selamatkan maruah keluarga I. Hmm...I rasa I kena balik sekarang. I tak sabar nak beritahu babah dengan ibu.Okey... erm... ya... bye, assalamualaikum!” Eizlynn kalut meninggalkan Wafi. Sejujurnyadia bersyukur kerana Wafi sudi menerimanya.

“Ops maaf, I tak sengaja.” pinta seorang lelaki yangtiba-tiba menolak pintu wad Wafi.

It okay. I punkelam-kabut je kan. Nak jumpa Wafi ya. Dia tu...” Eizlynn menunjukkan ke arahWafi yang sedang memandangnya dengan pandangan yang tajam.

“Okey, thanks. Sorry again,”pinta lelaki yang tidak dikenali itu.

Eizlynn sekadar mengangguk dan terus keluar. Lelaki ituterus mendapatkan Wafi.

“Hello bro, apa kes?” soal lelaki tersebut sambilmenuding jari ke arah Eizlynn.

Wafi sekadar menjongket bahu sambil memusingkan jaritelunjuknya di kepala. 

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.