Home Novel Cinta THE ADAM BROTHERS
Bab 8

Sham El Sheikh.
Alexandria, Mesir.
Pukul 10.45 pagi. 

Mina tertidur kerana kepenatan. Dia menangis semahu-mahunya. Kak Emilda cuba memujuk namun Mina sudah makan hati. Bahri, masih setia duduk di sebelah Mina. Jejaka itu telah bersengkang mata hanya untuk melihat gadis itu tidur. Perjalanan ke Sham El Sheikh daripada Alexandria airport mengambil masa 6 jam lamanya. 

Entah kenapa hati Bahri terusik melihat Baihaqi melayan Mina sedemikian. Dia juga tahu tentang kebenaran, tentang kisah pahit yang menimpa Baihaqi. Namun, itu kisah lama. Apa yang Baihaqi fikirkan, itu yang menjadi persoalan.

Sham El Sheikh, tempat ini nostalgia. Dah lama Bahri menginginkan untuk datang ke sini bertiga. Bahri, Baihaqi dan Kak Emilda. Kehadiran Mina di sini bermaksud, ia memberi makna besar kepada keluarga Adam. 

Tibanya mereka di sana, Baihaqi turun paling lambat. Merajuk kerana digasak dengan persoalan. Dia benci apabila Mina cuba mendapatkan jawapan sewaktu dia tidak bersedia memberi. 

Mina berjalan paling hadapan. Bahri berlari anak mengejar Mina. Diusik gadis itu.

"Mina! Kau jalan laju-laju ni tahu ke nak pergi mana?" Bahri meleretkan senyuman.

Mata gadis itu meliar. Bahasa arab pada papan tanda nampak seperti bahasa asing. Dia cuba cari perkataan Exit.

Kiri ke kanan?

Ah, lantakla! Aku nak gi kanan. Orang kata afdal dahulukan ke kanan.

Lantaran kerana keegoan Mina, Bahri cepat-cepat tahan Mina. Tangan gadis itu ditarik sedikit kasar. Mina tersentap.

"Tu tandas lelaki lah!" Marah Bahri tak semena. 

"Janganlah marah-marah! Aku tak tahu tu tandas lelaki!" Mina memuncungkan bibir.

"Sebab tu lain kali dengar cakap aku. Ive told u so many times!" Bahri hela nafas panjang. Diperlahankan suaranya. Mina tahu apa maksud Bahri. Dia tahu jejaka itu sengaja berkata demikian kerana dia tidak dengar cakapnya sewaktu Bahri memberi amaran. Jangan berkawan dengan Baihaqi. 

Tapi kenapa?!

Daripada jauh Baihaqi hanya melihat pertelingkahan kecil antara Mina dan Bahri. Hatinya panas. Buat apa kau layan, Bahri tu? Kak Emilda yang sedang berjalan seiringan Baihaqi mengalih pandangannya ke arah adik lelakinya itu.

"Bai, Just tell her when u're ready. Its not too late."

"Mind ur own business sis! I can handle this." Bentak Baihaqi. Emo je keje!

"Tab 'an! (Baiklah!) I hope u know what u are doing!"

Sewaktu mereka sedang menunggu di hadapan lapangan terbang Sham El Sheikh, ada sebuah van hitam besar melalui dihadapan mereka berkali-kali. Agak pelik juga. Bahri sudah rasa tidak sedap hati. Telefon di bimbit disegera tekan nama pemandu kereta persendirian. Mana pemandu kereta ni?!

"Bawa Mina masuk dalam. Aku rasa van tu pelik. Nak dekat lima kali dia pusing depan ni." Bahri menepuk bahu Baihaqi. Abangnya itu mengangguk selepas mengenal pasti musuh. 

"Mina, jom masuk dalam." Baihaqi memujuk. Mina sudah lama merajuk. Nak, pujukla betul-betul! Ei, sakitnya hati!

"Saya tak nak duduk dalam. Panas lah. Luar sini sejuk." Gadis yang bernama Mina Arwiena itu langsung tidak tahu apa yang bakal berlaku. Sengaja dilengah-lengahkan untuk masuk ke dalam lapangan terbang itu. 

"Aku cakap masuk, masuk jela!" 

"Awak ni kenapa jerit-jerit? Saya tak faham apa awak nak daripada saya!" Bentak Mina. Dia bengang!

"Ok, ok! Kita bincang bila kita masuk dalam." Baihaqi cuba tenangkan diri.

"Kenapa tak nak bincang sini?" Mina merenung tajam ke arah Baihaqi.

Jejaka itu sempat mengerling pada van takut-takut ia sudah mendekati mereka. Selepas itu, dia memandang Mina semula. "Saya tak selesa cakap dekat sini."

"Awak pandang apa? Ada apa?" Mina cuba mencari objek yang dilihat Baihaqi dan yang lain-lain. 

Dia tidak tahu apa-apa.

"Oh tak ada apa. Saya ingat tu kereta kita. Tapi bukan." Baihaqi terpaksa menipu.

Sambungnya lagi, "awak, jom masukla. Lama lagi kereta kita sampai. Kita rehat dekat dalam. Beli kopi nak?"

"Oh" jangan pujuk mina dengan air kopi. Memang cepat dia termakan.

"Hmm. Oklah. Tapi awak masuk sekali kan?" Tanya Mina. Cuba pula memujuk si jejaka itu. Dia tahu dia juga sudah berkasar dengannya.

Baihaqi ragu-ragu. Kalau ada apa-apa berlaku di luar, sekurang-kurangnya dia ada bersama. Macamlah ni bukan kali pertama. Dah banyak kali!

"Awak nak saya tunggu dalam jugak?"

"Eh, awak kata nak bincang dekat dalam tadi."

"Hah! Yela tu. Dah jom. Cepat-cepat!" Baihaqi terpaksa akur apabila melihat van itu mula menghampiri mereka. 

***
Van hitam itu hilang daripada penglihatan. Adik beradik adam masih berjaga-jaga. Dia pasti mereka akan datang lagi. Baihaqi menekan mesej rakannya di aplikasi watsapp. 

Guys, malam ni. Hotel Shantaron. 8 malam. -baihaqi

Bawa apa perlu. Misi besar malam ni.- bahri

Baik boss! Roger je. -Zack

Be careful! - kak emilda

Baik boss! -Edin

Mina terbaring di atas katil kepenatan. Matanya berat tetapi perut sangat lapar! Dia menunggu jam pukul 8 malam. Dia teringat akan pesanan Baihaqi untuk tidak keluar seorang diri pada waktu malam. Seperti biasa, dia memerlukan seorang musyrif.

Tetapi hati terasa rugi kerana tidak dapat meronda hotel ini. Dia tidak ingat bila kali terakhir dia dapat bercuti bersama keluarga di hotel. Kali terakhir, itu pun semasa ibu masih hidup. 

Aku bukannya keluar hotel. Aku cuma nak jalan-jalan tengok lobi, kolam renang, nak tengok mana spa. Tak bahayalah kan? Kalau ada kedai runcit boleh la beli jajan.

Tanpa pengetahuan apa-apa Mina mengambil telefon dan bag dompet lalu keluar daripada bilik. Dia memeriksa di laluan hadapan bilik. Sunyi.

Selepas itu, dia berjalan ke arah lif. Butang itu ditekan. Sementara menunggu, dia melihat jam pada telefon bimbit. 

7.58 malam.

Awak, saya tunggu lobi ya! -Mina

Diperhatikan mesej yang tidak dibaca. Sedar tak sedar, pintu lif terbuka. Dan alangkah terkejutnya apabila dia melihat kelibat di dalam lif. Terasa jantung berdegup kencang. Telefon di tangan terlepas dan jatuh ke atas lantai. Cermin telefon itu terus berkecai. 

 

 

 

 

 

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.