Home Novel Cinta Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 16

Alia Nasuha tersedar dari lenanya petang itu apabila Mimi mengejutkannya. Alia mengeliatkan badannya kemudian bangun dari katil, dicapainya tuala untuk mandi bagi menyegarkan badannya. Rakan-rakannya yang lain sudah pun ke dapur membantu dan berbual-bual dengan Tok Wan dan Akinya.

Alia turun ke dapur dengan muka selambanya menuju ke bilik air yang mempunyai telaga. Rasa air telaga lebih menyejutkan dia mentengelamkan timba kedalam perigi kemudian mengaitnya ke atas. Air telaga tadi disiram kebadannya terasa kesejutkan itu. Selesai mandi dia masuk semula ke bilik untuk memakai baju, alangkan terkejutnya dia apabila baju yang ditinggal sebelum ini sudah tidak ada. Dia melaung memanggil Tok Wannya sambil melangkah ke dapur.

“Tok Wannn…”

“Ada apa ni along, terjerit-jerit?” tanya Tok Wannya apabila melihat Alia sudah ada ditangga dapur.

“Tok Wan mana baju-baju along?” Tanya Alia mukanya sudah menunjukkan kesedihan.

“Lupa Tok wan nak bagitahu. Baju-baju kamu Fatihah pinjam.” Jawab Tok wannya.

“Wan…takkan semua? Habis tu along nak pakai apa?” Tanya Alia lagi sedikit merajuk.

“Alah kamu pakai baju tadi pergi beli di Giant bukan jauh pun”

Semua rakan-rakannya melihat dan tersengih ke arahnya. Alia melepaskan keluhannya kemudian bersuara.

“Siapa nak ikut aku ke Giant?” Soalnya.

“Aku nak ikut.” Jawap ketiga-tiga sahabatnya itu.

Alia dan kawan-kawannya terus kebilik menukar pakaian, mereka ke Giant berhampiran dengan rumah Tok Wannya. Sampai sahaja di supermarket Giant Alia menuju ke bahagian pakaian mencari baju yang sesuai dengannya. Sambil berjalan-jalan Farhana menyuarakan hasratnya.

“Lia, lepas ini kita pergi cari kerepok lekor.”

“Aku pun nak juga. Ada ke dekat-dekat sini?” Sapa Mimi yang memang hantu makan.

“Boleh, nanti kita pergi dekat jer depan tu ada, sebelum jambatan Tok Bali” Balas Lia pada dua temannya itu.

Selesai sahaja Alia membayar baju yang dibelinya mereka semua bergerak ke gerai menjual kerepok lekor, sedang asyik mereka membeli kerepok berhenti sebuah kereta Honda civic. Keluar seorang lelaki dari perut kereta menghampiri mereka.

“Hi, Lia sayang.” Sapa Faris. Alia sedikit terkejut dengan panggilan itu lalu berpaling. Perasaan hampa dan bencinya kepada Faris hanya dibalas dengan muka yang mencuka kemudian terus menarik mukanya semula kearah depan. Faris bersuara lagi kali ini dengan mengoda.

“Kenapa Lia tidak bagitahu abang Lia nak datang. Malam ini abang pergi rumah Tok Wan nanti kita bincang pasal kahwin kita.” Sambil tangannya mencuit dagu Alia.

Alia dan rakan-rakannya yang lain hanya mendengar apa yang dikatakan oleh Faris. Syafikah, Mimi dan Hana memandang wajah Alia yang sudah kelat. Alia menepis tangan Faris dengan kuat. Dia mengajak kawan-kawannya beredar dari situ selepas membayar harga kerepok lekor terus memasuki keretanya balik kerumah.

Malam itu selepas sahaja makan malam mereka semua berada diruang tamu sambil menonton TV. Tok Wan dan Akinya melihat Alia yang asyik menonton Akinya memanggil Alia.

“Lia, Aki nak tanya sikit” Alia mengalih pandangannya ke arah Aki dan Tok Wannya.

“Ada apa Aki?” Soalnya sambil mengukir senyum.

“Semalam Pak long dan mak long ada mari, dia tanya pasal Lia…nak jodohkan Lia dengan Faris.” Alia menarik nafas panjang mendengarnya dia sudah menduga.

“Wan, Aki macam yang Lia cakap Lia tidak suka dan tidak akan kahwin dengan Faris.” Jawab Alia dengan perlahan tapi tegas. Tok Wan dan Akinya berpandangan sesama sendiri dia mengangguk, faham dengan keputusan Alia. Alia bangun melangkah ke pintu utama lalu turun dari rumah dia menuju ke keretanya menyandar disitu. Dia merenung nasibnya dipejamkan matanya seketika tiba-tiba wajahnya disuluh dengan cahaya lampu kereta, silauan lampu membuatkan Alia membuka mata. Kereta itu berhenti di hadapannya, Faris keluar terus menuju ke arahnya.

Syafikah mendengar deruan engine kereta lalu bangun menjenguk keluar dia dapat lihat dengan jelas Faris menghala kearah Alia. Syafikah turut turun dia memberhentikan dirinya di tangga memerhati Alia dan Faris. Sampai sahaja Faris didepan Alia terus ditanya.

“Lia, kau kena terim aku sebagai suami kau.” Alia memandang Faris dengan pandangan yang tajam menjawab.

“Eh! Faris, syaitan macam kau, aku tidak akan terima sebagai suami aku.”

“Oh, lancar mulut kau Lia. Kalau tidak kerana adik kau. Kau sudah jadi milik aku.” Dengan perasaan yang marah dan bencinya kepada Faris dengan kata-kata itu Alia membalas.

“Heh! Faris baik kau berambus dari sini sebelum aku kerjakan kau dan sebelum Tok Wan dan Aki tahu siapa diri kau sebenarnya. Aku bagi amaran pada kau jangan ganggu aku lagi.” Jerit Alia dengan geram dan perasaan bencinya yang menebal terhadap Faris.

“Berani kau Lia, jaga kau…aku akan ganggu hidup kau.” Balas Faris lalu meninggalkan Alia. Dia menekan minyak keretanya dengan kuat.

Alia menarik nafas panjang dan menghempuskannya dengan kuat. Syafikah yang mendengar perbualan mereka tadi melangkah menuju kearah Alia. Mereka berpandangan Alia menutup matanya apabila melihat Syafikah, terkeluar airmatanya. Syafikah memeluk sahabatnya itu dia tahu perasaan yang dialami oleh Alia sekarang. Sebak.

“Lia, boleh aku cakap sikit?” Tanya Syafikah

“Apa dia?”

“Maafkan aku kalau apa yang aku katakana nanti buat kau tersinggung. Aku cadangkan kau terima Amsya sebagai suami kau.”

“Tapi Syaf aku dan Amsya tidak mencintai antara satu sama lain.” Balas Alia dengan lembut.

“Itulah maksud aku. Kau kahwin dengan dia selamatkan diri kau dari Faris. Bila Faris tahu kau sudah kahwin dia tidak akan mendesak mak bapa dia dan nenek kau lagi untuk kahwinkan kau dengan dia. Pasal Amsya pula, kau tahukan dia minta kahwin dengan kau untuk jaga dan layan mak dia, bukan jaga dan layan dia pun. Lepas tu bila dia sudah kahwin dengan kekasih dia, kau minta dia lepaskan kau. Dalam masa yang sama aku percaya akan ada lelaki yang hadir dalam hidup kau. Kau baik Lia.”

Syafikah memberi penjelasan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Alia walaupun buat sementara. Sayu juga dia mendengarnya, sekali lagi Syafikah menyambung penjelasannya.

“Pasal Amsya kau bagi syarat pada dia. Sekarang ini kau selamatkan diri kau dari Faris tanpa pengetahuan Amsya dan dalam masa yang sama kau bantu dia jaga mak dia dan kahwinkan dia dengan kekasihnya. Lagi pun Amsya tidak kenal kau siapa, itu yang kau nak?”

Alia terdiam dan berfikir sejenak dengan pendapat dan cadangan Syafikah. Dia memandang tetap ke anak mata Syafikah, dia menarik nafas panjang sekali lagi tersenyum dan sengih kepada Syafikah. Keluar satu perkataan dari mulutnya.

“Aku fikirkan.” Balasnya.

Mereka berdua naik ke rumah melihat semua masih asyik menonton. Mereka tidak tahu apa yang berlaku dibawah tadi antara dia dan Faris kecuali Syafikah.

Keesokkan hari pagi-pagi lagi mereka bangun menikmati udara sedar dari kampung. Suasana tenang dari kesibukkan yang sentiasa mereka dengar dari waktu pagi dirumah mereka di Putrajaya. Setelah bersarapan pagi mereka semua bertolak ke tapak projek di Tok Bali, melawat tapak projek selalu dilakukan oleh Alia semenjak dari mula-mula dia bekerja lagi.

Lebih kurang 9.00pagi mereka sampai di tapak projek Hotel milik seorang dato dari Kota Bharu juga kenalan papanya.

Setibanya Alia ditapak bina dia telah disambut oleh site supervisornya Johan. Alia mengambil topi keselamatan lalu memakainya. Syafikah mengambil pelan dan fail serta borang laporan untuk Alia.

Farhana dan Mimi berpandangan melihat karekter Alia sebagai seorang bos dan arkitek yang menerajui syarikat yang besar seperti HH Holding. Mereka tidak pernah melihat bagaimana Alia bekerja selama ini. Farhana dan Mimi ikut sekali dengan Alia yang diiringi oleh Johan dan Syafikah menuju ke bangunan yang sedang dalam pembinaan jelas nampak ketegasan, berkelibar, berwibawa dan profesionalnya Alia bekerja meneliti setiap bentuk dan bahan binaan menuju ke bangunan yang sedang dalam pembinaan. Alia memerhati setia sudut bagunan dalam pembinaan dan kerja binaan yang dilakukan oleh pekerja-pekerja buruhnya yang terdiri dari buruh tempatan dan buruh luar.

Alia mendaki tangga untuk ke tingkat atas hotel yang mempunyai 5 tingkat yang mengandungi kolam renang di tingkat 2. Dia memerhati setiap pekerjanya kemudian mencatitkan ke dalam laporan yang dibawa oleh Syafikah. Bentuk bangunan yang dibina mestilah sama dengan pelan rekaan arkitek.

Sambil memerhati sekeliling sudut bangunan yang dibina Alia bersuara

“Johan untuk beam atas, awak memang ikut spesifikasi Y16 seperti dalam pelan engineer?”

“Ya, Cik Lia.” Jawab Johan. Alia memerhati susunan bata oleh buruh disitu dia menggelengkan kepalanya.

“Johan, saya tidak boleh terima cara begitu susun bata tidak kemas dan tidak teratur nanti bila kerja-kerja plaster akan menyusahkan, awak bagitahu mereka pecahkan balik kemudia pasang semula dengan baik. Nanti awak whatsApp gambar pada saya.Dalam progress kerja yang saya bagi pada awak sepatutnya sudah naik ke tingkat 3. Kenapa belum buat lagi?”

“Bahan belum sampai lagi Cik Alia. Kami sudah order kata supplier esok mereka akan hantar.”

“Awak pastikan bahan binaan tidak putus baru progress berjalan sebagaimana dalam planing saya. Bukan saya ikut planning awak. Faham?” Arah Alia dengan nada sedikit tegas.

“Faham, Cik Alia.” Balas Johan kelat mukanya menerima sindiran Alia. Alia mendengar lelahan daripada dua sahabatnya itu. Dia berpaling kearah Mimi dan Hana.

“Eh, kau orang nih kalau tidak larat, penat tidak payah naik atas tunggu kat bawah jer lah, yang kau orang ikut sampai atas kenapa?”

“Aku nak tengok kau kerja.” Balas Hana dengan suara termegah-megah kepenatan.

“Dah, dah jom turun. Johan nanti jangan lupa hantar report pada saya.” Arahnya lagi pada Johan.

“Baik, Cik Alia.” Balas Johan.

Hampir satu jam lebih Alia melawat dan memeriksa bangunan hotel dalam pembinaan itu. Selesai sahaja meninjau keadaan sekelilingnya dia mengajak teman-temannya beredar dari situ. Alia membawa teman-temannya ke Pantai Bukit Kluang menghidu udara pantai dan menikmati makan yang ada dijual di pantai itu. Cuaca panas pada hari itu cukup menghangat dan memenatkan mereka. Selepas mengambil angin di pantai Alia membawa mereka semula ke rumah orang tuanya.

Malam itu Alia tidak dapat melelapkan matanya. Dia masih lagi memikirkan cadangan rakan karibnya Syafikah tentang lamaran Amsya. “Apa akan terjadi pada nasib aku akan datang kalau aku menerima lamaran Amsya. Tapi apa pula akan terjadi kalau aku kahwin dengan Faris mungkin tidak sama sekali aku menerimanya. Ya Allah selamatkan hambamu ini dari penglihatan orang-orang yang berniat jahat ke atas diriku dan keluargaku. Aminnn…”

Previous: BAB 15
Next: BAB 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fanina