Home Novel Cinta Gadis Poyo (Diakah CEO???)
BAB 30

Bergema takbir raya dipagi yang mulia itu. Alia Nasuha serta aki, tok wan dan adiknya Arshraf sibuk bersiap untuk ke masjid menunaikan solat hari raya. Selepas itu mereka ke perkuburan orang tua mereka.

Amsya dan Puan Anis juga menyambut hari raya dengan berserdahana. Selepas solat hari raya mereka berkunjung ke rumah bapa saudara Amsya iaitu abang Puan Anis. Semua adik beradik Puan Anis berkumpul di rumah abang sulung mereka. Mereka beraya bermaafan dan berbincang tentang perkahwinan Amsya yang akan berlansung pada hari raya ke tiga. Mereka semua akan bertolak ke Kuala Terengganu pada keesokkan harinya.

Mereka semua akan menginap di Apartment Sumai Hotel. Sebelum majlis bertandang ke rumah Alia pada hari berikutnya. Semua persiapan telah disiapkan. Selepas berbincang Amsya ke halaman rumah bapa saudaranya itu. Puan Anis mengikut Amsya. Dari belakang dia bersuara.

“Am, cuba telefon Lia, tanya khabar dia.” Pinta Puan Anis. Amsya berpaling ke belakang memandang umminya sambil senyum, mengangguk. Dia menelefon Alia. Terdengar suara Alia ditalian.

“Hello, selamat hari raya.” Jawab Alia apabila menjawab panggilan dari Amsya. Ceria suaranya berbeza dengan malam semalam.

“Selamat hari raya. Lia sihat? Buat apa tu?” Balas Amsya.

“Sihat. Baru balik dari ziarah kubur mama dan papa. Ummi sihat?”

“Ummi juga yang Lia tanya dulu. Abang, Lia tidak tanya pun.” Balas Amsya sedikit merajuk.

“Iyalah, En.Amsya sihat? Sudah makan ke? Makan apa? Macam mana persiapan kahwin? Bila datang Terengganu?” Tanya Alia bertubi-tubi. Amsya tersengih, dah mula sikap poyonya.

“Banyaknya tanya?”

“Iyalah, tadi kata tidak tanya,merajuk.”Balas Alia tegas. Amsya gelak.

“Abang tidak sihat, sakit. Belum makan. Esok pagi bertolak ke Terengganu. Lusa abang pergi rumah Lia. Lia tunggu tau.” Balas Amsya bersahaja.

“Alahai…sakit apa? sihat jer bunyi.”

“Iyalah, sakit rindu pada Lia. Sampai tidak lalu nak makan.” Usik Amsya.

“Arghhh sudahlah En.Amsya, sakit rindu konon sebenarnya sakit hati tu sebab lambat kahwin, tidak sabar nak kahwin dengan kekasih awak. Sudahlah malas nak layan. Kirim salam pada ummi. Bye.” Balas Alia kemudian terus memutuskan talian. Amsya tersengih sendirian, dia membiarkan dahulu apa yang difikirkan Alia.

Riuh-rendah suara di rumah akinya dengan orang kampung yang datang menolong apa yang patut dibuat untuk majlis perkahwinan Alia pada hari esok. Sambutan hari raya pertama kelmarin disambut dengan sederhana tetapi meriah. Semua persiapan di rumah Alia juga telah siap, pelamin, perhiasan bilik, gubahan hantaran, sisa dan khemah. Cuma lauk-pauk akan disediakan pada sebelah malam dan selebihnya pada pagi esok. Anak-anak Mak Biah semua berkumpul di rumahnya bagi merainkan majlis perkahwinan Alia Nasuha.

Arshraf telah ke Airport Kota Bharu untuk menjemput Syafikah, Mimi dan Hana. Mak Tim dan Pak Majid sudah pun sampai pukul 3.00petang tadi. Malam itu, mereka semua sibuk, Alia bersama teman-temannya sibuk menghias bilik dan sedikit persiapan lain. Sepupunya Fatihah anak kepada mak Su juga ada bersama untuk menolong dan menghias serta mengukir inai ditangan dan kuku Alia. Cantik lukisan inai yang dicalik halus dengan bunga kecil-cekil oleh Fatihah buat Alia, tangannya yang putih menyerlahkan lagi warna merah inai ditangan Alia.

Hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba, semakin berdebar jantung Alia menyambut perkahwinan ini. Pagi itu dia mengadap Syafikah didalam biliknya, mereka berduaan, Mimi dan Hana sibuk menyiapkan pelamin dengan menyusun dan mengatur hantaran dan bunga telur serta menghias meja makan untuk pengantin.

“Syaf, kau tahu tak, dua malam sebelum raya. Faris buat kerja gila.” Bagitahu Alia pada Syafikah. Dia mengenang peristiwa itu.

“Apa yang telah Faris buat?” Syafikah kehairanan.

“Dia cuba perkosa aku.” Syafikah amat terkejut mendengar penjelasan Alia.

What. Astarofirullah alazim. Dia memang gila so kau macam mana?” mengucap panjang Syafikah.

“Aku selamat. Arshraf ada masa tu. Syaf kenapa aku tidak happy macam pengantin lain. Betul ke ni Syaf apa aku buat? Terang- terang lepas ini aku dapat title janda. Apa nasib aku lepas ini?” Menitis airmata Alia apabila meluahkan isi hatinya pada Syafikah.

“Lia, kau sudah bincang dengan Amsya status perceraian kau lepas ini dirahsiakan sehingga kau ada kekasih yang sanggup terima kau sebagai isteri?” Tanya Syafikah dengan cadangannya itu.

“Belum.” Jawab Alia sepatah. Syafikah memeluk Alia dengan erat dan mesra menenangkan sahabatnya itu. Dia menoleh jam ditangannya hampir pukul 7.30pagi.

“Lia, pergilah mandi, tok wan sudah sediakan air bunga untuk kau. Cepatlah, kejap lagi juru solek datang. Akad nikah pukul 10.30 kan? di sinikan atau masjid?”

“Di rumah jer. Aku pergi mandi dulu.” Alia bangun mencapai tuala.

“Amsya sudah bertolak ke? Kau sudah telefon dia?” Tanya Syafikah.

“Belum lagi kau tolong telefon dia. Ambil nombor dalam phone aku.” Balas Alia, kemudian dia ke luar dari bilik terus ke bilik air yang ada diruang dapur rumah akinya.

Syafikah mengambil hanset Alia mencari nombor Amsya. Dia menyalin nombor itu di dalam handphonenya. Dia mengedail menghubungi Amsya. Pangilan berdering.

“Hello.” Jawab Amsya. Melihat skrin tiada nombor dalam peti simpanan telefonnya.

“Hello, En.Amsya, saya Syafikah. En.Amsya sekarang berada dimana? Sudah bertolak ke? Soal Syafikah prihatin dengan perkahwinan sahabatnya itu.

“Sedang bersiap dalam sepuluh minit lagi kami bergerak. Alia macam mana sudah bersiap ke?” Balas Amsya.

“Belum lagi, sedang mandi. Sempat lagi pukul lapan janji dengan jurusolek. Oklah En.Amsya. Hati-hati.” Jawab Syafikah. Memutuskan talian itu. Amsya menyimpan nombor telefon Syafikah.

Alia telah disolek oleh En.Rosli atau pangilan mesranya kak Lili merupakan jurusoleknya pada hari itu. Sungguh cantik Alia disolek dengan sentuhan kak Lili, kulit wajah Alia yang licin dan gebu memudahkan jurusolek mengenakan bedak asas yang tidak tebal.

Tidak dapat digambarkan perasaan Alia ketika itu bercampur-baur. Gembira tidak tahu nak dikata, sedih memang sedih, terkilan, sayu dan takut itu yang dirasai kini. Alia cuba menahan airmata yang ingin keluar yang jelas hatinya sebak. Terbayang wajah mama dan papanya, adakah tindakkan yang diambil ini betul melarikan diri dari dikahwini oleh Faris. Kasihnya pada Puan Anis..mampukah dia menjaga dan melayan Puan Anis selepas ini. Adakah Puan Anis akan terus menyayanginya. Mampukah dia mencari secebit kasih ibu dari Puan Anis.

Riuh rendah bunyi anak-anak saudara mara dan jiran-jiran yang bermain dihalaman rumah

meriahkan lagi suasana perkahwinan itu, namun begitu hati Alia gementar. Dia menoleh jam didinding pukul 10.10minit pagi. Amsya telah menghantar SMS menyatakan mereka akan sampai dalam masa sepuluh minit lagi. Ramai yang memuji kecantikan Alia apabila dia mengenakan busana perkahwinan dan make-up yang begitu cantik. Menyerlahkan lagi kecantikkannya. Mimi yang sedang memerhati dengan ralik kak Lili menyolek Alia tersenyum manis.

“Cantiknya kau Lia. Jelousenya aku, kau tu dahlah cantik di make-up pula lagilah cantik. Patutlah Abang Amsya tu tergila-gila, berkenalan tidak sampai sebulan terus kahwin.” Puji Mimi membuatkan hati Alia terusik.. Bisik hatinya. “Amsya tidak mencintai aku. Aku juga tidak boleh mencintainya.”

Syafikah mendengarnya faham apa yang dirasai oleh Alia. Dia memegang tangan Alia memberi semangat,kekuatan dan ketenangan pada Alia. Dia membisikan sesuatu ke teliga Alia.

“Lia, lupakan seketika kesedihan kau. Hari ini hari bahgia kau. Tolonglah Lia jangan fikir dulu benda lain. Aku sayang kau.” Sebak Alia mendengarnya. Dia mengangguk, menarik nafas panjang dan melepaskannya dengan kuat. Dia memandang ketiga-tiga kawannya itu dengan tenang dan senyum.

Amsya dan rombongan dari keluarganya sudah sampai. Tiba-tiba pintu biliknya dibuka. Tok wan memberitahu yang Tok Kadi dan pihak pengantin lelaki sudah tiba. Berdebar jantung Alia mendengarnya. Hana dan Mimi keluar untuk menyambut kedatangan pihak lelaki.

Tok Kadi sudah bersiap sedia untuk menikahkan mereka pada pagi itu. Amsya dan rombangannya dijemput ke atas rumah. Amsya diapit oleh Irfan disebelahnya tersenyum pada tetamu yang ada, dia bersalam dengan En.Hassan iaitu aki Alia yang duduk di sebelah tok kadi. Manakala Amsya duduk didepan tok kadi, dia berpaling ke kiri dan kanan mencari Alia namun tidak kelihatan mungkin masih berada didalam bilik. Dia terpandang pada Mimi dan Hana yang berdiri di salah sebuah pintu bilik tersenyum ke arahnya.

“Segaknya En.Amsya. hensemlah…jelousenya aku, untung kau Lia. Kan Hana?” Puji Mimi.

Hana mengangguk tersenyum bersetuju dengan pendapat Mimi. Hana dipanggil oleh tok wan memberi isyarat kepada Hana supaya membawa Alia keluar. Hana masuk memanggil Alia bersama Syafikah.

“Lia, sudah sedia ke? Tok wan suruh kau keluar.” Alia semakin berdebar. Dia bangun dipimpin oleh Syafikah. Mereka berjalan menuju keluar ke ruang tamu, apabila Alia keluar semua mata tertumpu padanya. Irfan yang berada disebelah mencuit Amsya. Memberi isyarat mengangkat kening kepada Amsya memandang Alia. Amsya berpaling kearah Alia. Gemuruh juga jantungnya melihat kecantikkan Alia. Hatinya bersuara” Cantiknya bakal isteri aku. Terima kasih Ya Allah.”

Alia duduk tersipuh ditengah-tengah orang ramai yang membanjiri rumah neneknya itu bagi menyaksikan majlis akad nikahnya. Dia mendengar tok kadi memberi salam kepada Amsya bagi memulakan bicara pernikahan itu. Tok kadi sibuk menulis sesuatu didalam buku kahwin selepas itu dia memberi kepada Amsya untuk menantangani surat nikah, kemudian memberi pula kepada datuk Alia dan bapa saudaranya sebagai saksi. Alia menyaksikan semua itu. Degupan jantungnya semakin kuat.

Adiknya Arshraf membawa buku itu kepada Alia untuk ditandatangani, buku itu betul-betul didepan Alia. Tergaman Alia seketika menelan liur, difikirannya “Ya Allah, apa aku buat ni berkahwin dengan orang yang tidak dicintai dan tidak mencintai.” Dia berpaling kepada Syafikah disebelahnya. Syafikah mengangguk arahan supaya Alia menandatanganinya.

Amsya berpaling menyaksikan Alia yang begitu serba salah bagi perkahwinan ini. Hatinya sedikit berdebar. Bisik hati Amsya. “Ya Allah janganlah Alia membatalkan perkahwinan ini.” Dengan terketar-ketar tangan Alia mengambil pen dari adiknya untuk menyain surat nikah itu. Amsya menghela nafas lega apabila Alia menandatangani surat nikah itu. Alia terus sebak selepas menyainnya.

Sekarang tibalah masanya Amsya akan diakad nikah oleh Tok kadi. Tangannya dijabat oleh tok kadi. Tok kadi melafaskan akad nikah kepada Amsya, kemudian Amsya memjawabnya dengan sekali lafaz. Kini Alia Nasuha sah menjadi isteri kepada Danial Amsya. Alia menitis airmata mendengarnya bagaikan mahu sahaja dia pangsan disitu. Selepas itu Tok kadi membaca taklik. Semua yang ada di itu mendengarnya termasuk Alia, semakin lemah Alia mendengarnya apa tidaknya semuanya berkisarkan dosa dan pahala, gugurnya talak suami isteri berumahtangga. Dia bertafakur sejenak menilik nasibnya selepas ini.

Hatinya bersuara. “Mama, papa maafkan Lia, Lia terpaksa menerima ini semua demi maruah kita dan menyelamatkan usaha papa selama ini. Lia terpaksa korbankan semua ini. Bukan ini kehendak Lia berkahwin dengan orang yang tidak mencintai Lia dan Lia juga tidak mencintainya. Dia milik orang lain. Lia terpaksa.”

Selepas sahaja doa dibaca, Amsya bangun untuk sembahyang sunat dua rakaat, sesudah itu dia berjalan menuju ke arah Alia untuk acara menyarun cincin dan pembatalan air sembahyang. Amsya mendekati Alia, Alia menundukkan kepalanya namun jelas tangisan airmatanya didepan Amsya. Alia tidak sedar yang Amsya sudah berada didepannya, Syafikah disebelahnya mencuit Alia membuatkan Alia tersedar dari lamunannya. Dia berpaling ke arah Syafikah, Syafikah memberi isyarat bahawa Amsya berada didepannya. Sudah tidak nampak dia pada Amsya kerana matanya kini dilimpahi airmata. Amsya menghulur tangan bagi menyarunkan cincin untuk Alia namun begitu Alia tidak menghulurkan tangannya sehingga Syafikah terpaksa mengambil tangan Alia dan menghulurnya kepada Amsya, Alia terpinga-pinga.

Gemuruh jantungnya, tangannya terketar-ketar dihulurkan kepada Amsya. Amsya tahu apa yang ada dalam hati Alia kini sehingga Alia menitiskan airmata begitu banyak. Tangan Alia gementar dipegang Amsya. Perlahan-lahan Amsya mencapai tangan kiri Alia terasa amat sejuk tangan itu, lalu disarungkan sebentuk cincin emas bertatahkan berlian dijari manis Alia. Kemudian Alia mengambil cincin yang dihulur oleh Syafikah untuk disarungkan ke jari Amsya. Mengeletar tangan Alia menyarung cincin dan menyambut salam Amsya lalu diciumnya. Kini kegusaran dan sedikit gementar mula bertandang dalam sanubari Alia Nasuha.

Amsya memegang dagu Alia mendongakkan kepala Alia sedikit ke atas lalu mencium dahi Alia. Sambil hatinya bersuara “Abang cintakan Lia, abang janji akan ganti airmata kesedihan ini menjadi airmata bahagia bersamaku sayang.”

Amsya melepaskan cium itu kemudian mendekatkan mukanya telinga Alia dan membisikan sesuatu pada Alia. “I Love You sayang.” Alia mendengarnya terkejut dan tergaman seketika apakah erti ucapan ini sebenarnya. Dia tidak mengendahkan ucapan dari Amsya. Alia memejamkan matanya. Kali ini Amsya mengesat airmata Alia. Semua yang menyaksikan mereka di situ tersenyum manis. Merpati dua sejoli selamat diijab Kabul. Tapi siapa yang tahu apa ada dalam hati Alia selain Syafikah.

Puan Anis yang memerhatikan Alia dari tadi amat berusik hati melihat Alia menangis mungkin Alia teringatkan ibubapanya. Namun begitu dia sebegitu gembira dan senang hati Alia kini menjadi menantunya. Doanya untuk anak menantu dia.

“Ya Allah, kau telah satukan mereka, sebagai ibu aku merestui perkahwinan mereka, Kau bahagiakan hidup mereka berdua. Amin…”

Alia dan Amsya mendapatkan orang tua mereka, dia mendapatkan tok wan bersalam meminta restu kemudian memeluknya selepas itu menuju ke arah Mak Tim dipeluk dan ciumnya. Kemudian dia kearah Puan Anis, mengukir senyum walaupun matanya dipenuhi airmata. Dia bersalam dan juga memeluk erat ibu mertuanya kini.

Selepas majlis akad nikah mereka berdua dibawa masuk ke bilik masing-masing untuk menukar baju bagi majlis persandingan yang akan berlansung pada pukul 2.00 petang. Amsya dibawa ke bilik Arshraf manakala Alia seperti biasa masuk ke biliknya. Mereka mengantikan baju akad nikah yang dipakai kepada baju persandingan. Sekali lagi Alia dihias cantik-cantik oleh kak Lili. Kali ini Syafikah menjadi pengapitnya.

Amsya memasuki bilik bersama Arshraf dan Irfan sebagai pengapitnya. Sampai sahaja dalam bilik Irfan bersuara.

“Am, tahniah…aku teruja tengok kamu berdua sama cantik sama padam. Cantik isteri kau. Kau jaga dia baik-baik kalau tidak aku kebas.” Gurau Irfan tapi membuatkan hati Amsya sedikit terusik dengan gurauan itu. Mampukah Amsya menambat hati Alia. Adakah Alia akan jatuh cinta dengannya.

Arshraf membantu abang iparnya memakai baju songket pengantin, samping, tanglak, keris dan aksoseri yang lain. Sambil membetulkan pakaian Amsya, Arshraf berkata.

“Abang, kalau betul abang sayangkan along, tolong jaga along dengan baik. Along orangnya sanggup buat apa saja demi orang yang dia sayang, walaupun nyawanya sendiri.” Terkejut Amsya mendengar penjelasan dari adik iparnya.

“Abang tidak faham apa maksud Arshraf.” Balas Asmya dengan seribu pertanyaan memandang kearah anak mata Arshraf. Balas Arshraf dengan senyuman.

“Tak apalah bang, kenal dulu along. Arshraf tahu banyak lagi abang tidak tahu pasal along.” Jelas Arshraf membuatkan Amsya berdebar dan berfikir. Amsya memerhati Irfan yang sedang mendengar perbualan mereka.

Tiba-tiba kak Lili jurusolek masuk untuk menyolek Amsya. Dengan langkah lengkang-lengguknyadia menghampiri Amsya. Terus disapanya Amsya.

“Wow, segaknya you. Handsome lagi” sambil menepuk bahu Amsya. Amsya tersengih bergitu juga Arshraf yang berada disitu. Kak Lili bertanya lagi dengan tangannya sudah memegang bedak untuk disapu pada muka Amsya.

“You nama apa? I datang nak solek you.”

“Danial Amsya.” Jawab Amsya dengan pantas.

“Boleh tak you ceritakan macam mana you boleh kenal dengan si cantik manis tu. Itu anak buah I tau.” Tanya Kak lili cuba mengorek rahsia pertemuan mereka. Arshraf yang ada disitu terus menjawab.

“Kak Lili, nak saya panggil abang Rosli ke?” Arshraf cuba melarikan tajuk dan pertanyaan dari kak Lili. Dia tahu Kak Lili memang pantang kalau dipanggil dengan nama sebenarnya.

“Alahhh…kamu ni Arshraf, selalu saja nak usik Kak Lili. Kamu masih muda, Kak Lili tidak suka pada kamu.” Balas Kak Lili.

“Alah, saya pun tidak suka pada kak Lili.” Balas Arshraf. Membuatkan Kak Lili menjuirkan bibirnya“Ummm” Mereka tergelak dengan usikkan itu.

Sesudah Kak Lili menyolek Amsya dia terus keluar. Dua mempelai sudah sedia untuk dipersandingkan. Syafikah, Mimi dan Hana membawa Alia ke luar bersama kak Lili menuju ke pelamin. Kemudian Irfan dan Arshraf mengiringi Amsya ke pelamin. Persandingan dihias indah itu juga hasil gubahan dari Kak Lili. Keluarga masing-masing menepung tawa mempelai dan dihiburkan dengan lagu-lagu yang sedap serta mengamit rasa cinta pasangan bercinta.

Selepas itu mereka dibawa ke meja santapan untuk makan beradab. Kemudian mereka bergambar bersama keluarga dan sanak-saudara serta kawan-kawan. Tidak cukup bergambar di atas pelamin dalam bilik pula mereka bergambar. Alia sudah mula merasa rimas apabila jurugambar mengarah mereka dengan berbagai-bagai aksi berpelukkan dan bermesra-mesra.

Selepas itu mereka berdua dikenalkan dengan tetamu dan sanak saudara. Pukul 4.30 petang Syafikah dan kawan-kawannya yang lain sibuk berkemas untuk pulang ke Kuala Lumpur. Mereka menghampiri Alia dan Asmya yang sedang melayan tetamu.

Syafikah menghampiri dan memanggil serta menarik Alia. “Lia, kami balik dulu. Kami minta maaf malam ini kami tidak dapat bersama kau. Aku harap kau tabah hadapi semua ini. Kau jangan sedih Lia. Kau mesti tunjuk kau bahagia.” Pesan Syafikah. Alia mengangguk-angguk kepala, berpaling kearah dua orang sahabatnya itu dengan senyum. Mereka menghampiri Alia. Begitu juga Amsya menuju kearah mereka.

“Tahniah Lia, Amsya. Aku doakan kau berdua bahagia.” Ucap Hana. Mimi juga mengucapkan perkara yang sama.

“Terima kasih pada kamu semua. Syaf bawa kereta hati-hati. Kamu semua sudah jumpa tok wan.” Tanya Alia.

“Sudah, lauk-pauk pun sudah diambil. En.Amsya tolong jaga Alia baik-baik.” Balas Mimi. Amsya tersengih sambil menjeling kearah Alia dia merangkul pinggang Alia. Merah juga muka Alia, mereka semua senyum sinis pada Alia dan Amsya.

“Mestilah saya akan jaga isteri saya. Saya sayang pada dia. Jangan risau.” Jawab Amsya.

Irfan yang memerhati mereka dari tadi menuju kearah mereka. Alia memandang pada Irfan yang baru sampai didepan mereka dengan muka yang manis.

“Kami balik dulu Lia. Jaga laki kau tu.” Kata Syafikah dengan gurauan sambil gelak-ketawa dari kawan-kawannya.

“Irfan, balik petang ini juga ke?” Tanya Alia.

“Tidak, malam ini lepas majlis.” Jawabnya senyum pada Alia. Amsya memandang Irfan yang asyik melihat Alia.

“Fan, kau tak payahlah pandang bini aku lama-lama.” Pinta Amsya, semakin kuat dia merangkul pinggang Alia. Alia mendongak kepalanya sedikit matanya menjeling pada Amsya. Amsya membalas lirikan mata Alia lalu menjawab.

“Abang jelouse.” Irfan tergelak pecah perut dengan kata-kata kawannya itu.

Syafikah dan kawan-kawannya bergerak pulang ke Kuala Lumpur dengan kereta Hyundai Sonata milik Alia.

Previous: BAB 29
Next: BAB 31

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fanina