Home Novel Cinta Jangan Tinggal Aku
Jangan Tinggal Aku
Suhailah Selamat
28/2/2022 19:41:48
16,790
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 4

“Amboi, Shah tengok anak ‘bongsu’ Puan Amy ni dah macam budak kecil. Merengek-rengek nak gula-gula. Rimas Shah tengok. Upahlah babysitter, Puan Amy. Tak pasal-pasal Opah Nani terpaksa jadi babysitter untuk budak kecil yang sorang ni!” Sampuk Arshah sambil meletakkan beg tangan di atas meja.


Datin Amylia tertawa besar. Senang hatinya setiap kali melihat kehIsabeln Arshah di villa dua tingkat ini. Untung dia dapat dengar lawak komedi pada pagi yang suram begini!


“Betul juga ya, Shah. Apa kata kalau Shah ajelah yang jadi babysitter untuk anak Puan Amy. Isabel gembira. Mamanya pun suka hati!” Usik Datin Amylia dengan sisa tawanya yang masih berbaki.


“Mama jangan nak mengarutlah! Kalau kurita ni yang jaga Is, silap haribulan Is yang kena jaga dia. Yalah, kaki diakan pendek. Lembik macam sotong pula tu. Sah-sahlah kalau longkang yang seciput tu pun bila dilangkah susah nak lepas!” 


“Amboi, sesuka hati kau aje nak mengutuk aku, ya. Sesuka hati aje dia cakap orang pendek! Malaslah aku nak layan kau! Puan Amy, hati-hati sepanjang perjalanan balik nanti. Sentiasa ingat orang-orang yang tersayang supaya Ayden memandu dengan lebih berhemah. Ingat Shah sentiasa,” seloroh Arshah. Cepat sahaja dia menghilang di sebalik dapur.


“Ma, mana Puan Fasha? Kenapa pula Arshah yang datang? Dia tu pembantu rumah nombor dua Opah Nani ke?” tanya Isabel dengan riak wajah penuh tanda tanya.


“Banyaklah kau! Bila masa pula aku pun orang gaji dalam rumah ni. Ibu aku ada hal. Dia tak dapat datang waktu pagi. Tengah hari nanti sampailah. So, terpaksalah aku yang menggantikan ibu untuk isi perut kau dengan masakan aku yang ummphh tu!” 


Isabel menjelir lidahnya tanda hendak termuntah. Selamba badak Arshah jilat ibu jarinya depan dia. Entah-entah masa dekat dapur tadi lelaki itu ada pegang benda kotor dan tak sempat basuh tangan. Euwww….. Pengotor betul!


Isabel memandang sayu ke arah kereta Mitsubishi Pajero yang dipandu oleh Ayden aka pemandu baru ayah sehingga menghilang dari pandangan. 


Sempat Isabel menangkap renungan anak mata Ayden ke arahnya. Seakan mahu memberi amaran kepada Isabel.


Mamat ni dah kenapa? Kurang vitamin agaknya. Ada mulut tak nak guna. Kalau ada benda nak cakap, bagitahu jelah. Ini tak. Sibuk jeling dia aje, betul-betul juling mata tu baru tahu!


“Woi, kalau kau tak ada apa-apa nak buat. Marilah tolong aku masak. Takkanlah mulut tu nak menganga aje. Aku sumbat kau telan. Aku suap kena lempang baru tahu!”


“Ya, aku nak tolonglah ni. Tapi, aku nak Mai tolong sekali! Tak ingin aku berdua-duaan dengan kau kat dapur.” Isabel mencebik. Kedua-dua tangannya disilangkan di atas dada.


“Jangan risau. Aku takkan anaiya anak dara orang tanpa sebab. Dahlah, cepat gerak! Nak tunggu Razif dengan yang lain-lain balik dari rumah Cik Ina lama sangatlah. Entah-entah petang nanti baru dia orang sampai.”


Isabel terdiam. Tanpa sebab? Apa maksud mamat kurita ni? Dalam diam dia bersetuju dengan kata-kata Arshah. Pagi tadi pun dia dan ahli keluarganya yang lain bertolak dulu ke rumah Opah Nani untuk mengambil beg pakaian Datin Amylia yang tempoh hari sengaja ditinggalkan di sini. Mungkin Pak Su Dyan dan yang lain akan sampai sebelum menjelang malam. Opah Nani terpaksa di bawa pulang ke villa gara-gara dia sering meracau-racau minta dihantar pulang, terutamanya pada waktu malam. Risau juga jika tidak dituruti kemahuannya itu, Opah Nani akan bertindak semakin agresif.


Ketika Arshah sedang sibuk memotong bawang, tiba-tiba tingkap di hadapannya tertutup dengan kuat. 


“Arghh!” Arshah terjerit-jerit dan secara tidak sengaja dia terbaling pisau sehingga terpacak di meja hadapan Isabel.


Baru sahaja Isabel ingin membuka mulut, tiba-tiba kelihatan di belakang Arshah ada seorang wanita sedang memegang pisau seolah-olah cuba menikam lelaki itu dari belakang. Isabel terus tergamam. Mulutnya terkunci rapat.


“Woi, kurita! Belakang kau...” Tanpa menunggu lama, tangan Arshah terus ditarik hingga menyebabkan lelaki itu jatuh tersembam di atas lantai. Macam mana entah si kurita tu boleh terjatuh. Dasar lembik…


“Kau takkan dapat hidup dengan tenang. Semua keturunan Opah Nani mesti mati!” Bisik wanita itu sebelum perlahan-lahan menghilang dari pandangannya.


“Kau dah kenapa sesuka hati tolak aku. Aduh, tiba-tiba aku rasa kasihan dengan bakal suami kau kalau hari-hari kena tolak macam ni,” marah Arshah dengan suara yang lantang. Hakikat sebenarnya Isabel tak tolak dia pun. Tapi, tarik! Saja Arshah cakap macam tu… Diakan kuat mendengki… Lebih-lebih lagi dengan minah gelandangan di depannya ini.


“Oi,” tegur Arshah lagi apabila Isabel hanya mendiamkan diri. 


“Rumah ni berhantulah!” Tegas Isabel sambil menangis teresak-esak. Dia memeluk tubuh kecil Arshah sehingga membuatkan lelaki itu terus tergamam. 


Arshah tidak sampai hati mahu menolak gadis itu. Dibiarkan sahaja gadis itu begitu sehingga hatinya benar-benar tenang. Entah kenapa dada Arshah tiba-tiba sahaja berdebar tak tentu pasal!


‘Tak boleh jadi ni!’ Jerit Arshah dalam hati. Tiba-tiba telefon bimbitnya yang terletak di tepi sinki berbunyi minta diangkat. Nak tak nak dia terpaksa angkat juga!


Hisy, ulat bulu betullah!


“Ya, cik Arshah di sini. Siapa di sana….”

P/s : Pre Oder sudah dibuka. Sesiapa yang berminat boleh order melalui penerbit Fajar Pakeer/0128006944 atau melalui shopee. Terima kasih😁

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Suhailah Selamat