5,365
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 2

Iqbal mula duduk sambil memandang malas ke arah secawan kopi di hadapannya. Namun aroma segar kopi yang mula menusuk ke rongga hidungnya kembali membangkitkan emosinya. Pantas di capainya kopi tersebut walaupun kopi itu masih lagi terasa hangatnya. Di hirupnya perlahan. Arghh! Memang sedap di tambah lagi dengan dinginnya udara yang menerpa ke seluruh ruangan restaurant tersebut. Untuk tidak melepaskan moment terindah itu dia bermain dengan lensa kamera Canon miliknya. Keindahan tersebut betul-betul mengusik hatinya. Bagaikan dirinya berada di luar negara pula, walhal di Malaysia sahaja.

Sedang leka memeriksa potret-potret yang diambilnya, dia terpana akan satu potret yang di ambilnya. Ada sesuatu yang menarik hatinya. Ya, ada satu susuk tubuh gadis berbaju kuning di dalam potret tersebut. Dia memerhati semula ke arah di mana potret tersebut di ambil. Benar, susuk tubuh gadis berbaju kuning bertudung putih itu berada di hadapan pandangannya kini yang kelihatan riang sekali menikmati keunikkan Colmar Tropicale. Iqbal hanya duduk memerhati dari jauh. Kadang kala dia tersenyum melihat gelagat gadis tersebut.

"Macam dalam drama pula!" Getus Iqbal di dalam hati. Kerana tertarik dengan gelagatnya dia gagahkan dirinya untuk mendekati gadis tersebut. Aroma kopi yang tadinya menggoda hatinya sudah tidak lagi di hiraukannya. Hati kecilnya meronta-ronta untuk mendekati gadis tadi.

"Assalamualaikum." Sapa Iqbal. Kelihatan gadis tadi sedikit terkejut dengan sapaannya. Namun dia cepat menyembunyikannya.

"Wa'alaikumussalam." Jawabnya lembut.

"Datang seorang?" Soal Iqbal sambil memerhati di sekelilingnya. Cuba memulakan bicaranya.

"Eh, taklah. Ni, encik tak nampak bunga-bunga kat sini." Jawabnya dengan sedikit rimas dengan kehadiran Iqbal yang tiba-tiba. 

"Oh..." Mati akal Iqbal seketika bila mendengar jawapan gadis tadi. Namun keayuan gadis itu masih membuatkan hatinya tertarik. Wajahnya yang bujur sirih itu nampak begitu segar dengan pandanan rona baju dan tudungnya. Seratus peratus mampu menarik perhatian Iqbal kepadanya. Tambah lagi dengan bentuk matanya yang sedikit sepet menampakkannya seakan-akan kelihatan seperti gadis berdarah Tonghua.

"Boleh tolong ambil gambar saya?" Pinta Iqbal sambil menghulurkan kameranya tanpa mendapat persetujuan dari gadis tadi. Dia sengaja berbuat begitu untuk menarik perhatian gadis didepannya itu.

"Emmmmr." Gadis itu teragak-agak namun kamera tadi sudah di tangannya.

"Amboi! Boleh pula aku dijadinya photographer dia!" Bibirnya dicebik sedikit menahan rasa geramnya.

"Tekan di situ" Iqbal menunjukkan arah punat yang di pegang oleh gadis tadi dan bersedia dengan beberapa aksi sehingga dia berpuas hati.

"Terima kasih, sudi ambilkan." Iqbal cuba memulakan bicaranya lagi.

"Sama-sama." Lembut suaranya.

"Saya Iqbal.." Iqbal dengan berani cuba memperkenalkan diri bila gadis itu mula menyerahkan kamera miliknya tadi. Namun gadis itu hanya membalas dengan senyuman lantas beredar dari situ. Iqbal hanya terpingga-pinga. Tidak menyangka gadis itu beredar begitu pantas dari yang di jangkanya. Baru sahaja dia mahu mengeluarkan teknik-teknik memikatnya. Hampa!

"Saya minta diri dulu" Ucapnya kembali menoleh ke arah Iqbal dibelakangnya.

"Assalammualaikum..." laju Iqbal membalas.

"Wa'alaikumussalam" Salam tetap dijawabnya walaupun sudah mula meninggalkan Iqbal.

Iqbal masih lagi di situ sambil memerhatikan gadis tersebut, sehingga hilang di pandangannya, barulah dia memeriksa gambar yang di tangkap oleh gadis tadi. Dia sedikit terkejut melihat hasilnya. Agak hebat juga gadis tadi. Setiap angle potretnya itu menepati citarasanya. Mungkin dia juga dari bidang yang sama, getusnya dalam hati.

Setelah melihat kedinginanan pagi mula terasa panas Iqbal kembali menuju ke hotelnya. Niatnya untuk terus ke bilik dan bersiap untuk berangkat pulang kerana petang itu dia harus ke kampung sebelah ibunya untuk menghadiri majlis sambutan menantu keluarga ibu saudaranya dan dia telah di pilih sepupunya Haziq untuk menjadi jurufoto di majlis tersebut. Kalau dia lambat bertolak dari hotel itu pasti dia akan lambat tiba di rumah saudaranya itu nanti. Hajatnya ke Colmar Tropicale itu, kalau bukan atas desakan assignment nya yang perlu menyelami reka bentuk, postur dan keindahan Colmar Tropical itu sendiri, tidak mungkin dia perlu berada disitu. Tapi desakan tugas itu, dia memaksakan dirinya menjejaki Colmar Tropicale itu sendiri. Tambah-tambah lagi itu kunjungan pertama kalinya di situ. Kalau sebelum ini dia hanya mendengar dari sahabat-sahabatnya namun belum berpeluang untuk menjejaki sendiri.

Iqbal menoleh jam tangannya, tepat menunjukkan 6.15 petang. Tiba di suatu simpang Iqbal memandu perlahan Myvi orennya, kelihatan sudah tersedia sebuah kem, kelihatan pula beberapa orang kanak-kanak sedang bermain kejar-menggejar sekeliling kem itu lagak mereka seperti tengah bermain baling selipar, dan beberapa orang pemuda duduk sambil berborak di sebuah meja bulat kem tersebut. Setelah melihat suatu ruang yang sesuai untuk parkir, Iqbal memasukkan keretanya di ruang tersebut.

" Assalamuawalaikum..," Sambil melambai tangan kepada beberapa orang pemuda tadi. Seorang darinya angkat dari tempat duduk dan meluru ke arahnya. Mereka bersalaman seterusnya berpelukan.

"Wa'alaikumussalam.."

"Iqbal...Aku baru nak call kau tadi. Panjang umur kau..." Fairuz abang Haziq terus menggajaknya ke arah tempat duduknya tadi. Iqbal turut bersalaman dengan beberapa orang sahabat Fairuz disitu.

"Kau dari mana?" "Kenapa lambat?" Soal Fairuz ingin tahu.

"Saudara lain semua dah sampai pagi tadi. Mak ayah kau lagi awal, semalam. Haziq pun dari tadi dah call aku tanya kau" Bertalu-talu persoalan dari Fairuz. Iqbal sememang tahu yang orang tuanya berangkat lebih awal ke rumah ibu saudaranya itu.

"Aku pergi Bukit Tinggi semalam, bermalam kat sana. Assingment punya pasal." Luahnya sambil menyilangkan tangan ke dadanya.

"Wah.. ada gambar kat sana tak bang" Sampuk Amir budak kampung Fairuz yang turut melepak disitu. Budak kampung di kampung ibu saudaranya itu memang rajin. Dengar sahaja mana-mana rumah yang ada buat majlis atau kenduri berduyung-duyunglah mereka datang membantu. Kampung melayu katakan mana nak hilang adat resamnya. Lain lah kalau buat kenduri atau majlis di bandar. Memang susahlah nak tengok pemuda-pemuda seusia mereka itu selain dihari majlis sahaja.

"Aaaa ada...Nak tengok..." Sambil menarik Iphone 5 dari poket kiri seluarnya.

"Nah...tak lah banyak sangat...Gambar lain ada dalam kamera abang lagi.."

Menghulurkan telefon bimbitnya kepada beberapa pemuda yang duduk di tepinya itu.

"Aziq belum sampai lagi ker" Luah Iqbal kepada Fairuz yang juga turut sibuk memanjangkan lehernya melihat gambar-gambar keindahan Bukit Tinggi di telefon bimbit yang di pegang oleh Amir ketika itu.

"Tak lama lagi sampailah tu.."

Belum sempat Iqbal menyoal kembali sudah berkumandang azan maghrib. Seraya itu Iqbal di ajak Fairuz dan sekumpulan pemuda tadi untuk sembayang berjemaah di surau yang terletak alat tiga buah rumah dari rumah ibu saudaranya itu. Tidak lama itu juga kelihatan Pak Cik Jun, ayah Fairuz menuruni anak tangga rumah yang berhadapan dengan kem mereka duduki sambil mengangkat tangan kearahnya. Mereka bersalaman sebentar.

"Lama dah sampai?" Tanya Pak Cik Jun. Iqbal sudah terbiasa memanggil pak cik saudaranya itu dengan gelaran Pak Cik Jun sedarinya kecil lagi. Sebenarnya nama pak ciknya itu Tuan Haji Zunaidi Haji Ibrahim. Almaklumlah masa kecil-kecil dulu pelat nak menyebut, sehingga melekatlah gelaran itu ke hari ini.

"Tak lah lama sangat pakcik. Pagi tadi hehehehehe" Usiknya kembali sambil melemparkan senyum kambing ke arah pak ciknya itu.

"Kau kalau tak loyar buruk tak sah...aaaa....Jom lah kita berjemaah di surau." Seraya itu mereka beriringan menuju ke surau.

Malam itu suasana rumah ibu saudaranya itu riuh sekali ditambah kehadiran ahli keluarga yang jauh. Masing-masing menyakat antara satu sama lain.

"Haaa kau Iqbal bila lagi...?" Iqbal tahu akan maksud Mak Cik Lizanya itu. Kakak kepada ibunya itu. Apalagi kalau bukan bertanyakan hal nasi minyak. Soalan itu tidak pernah lepas dari mulut ibu saudaranya tiap kali mereka berkunjung terutama hari raya.

"Belum lagi ni mak cik...belum ada calon lagi...kalau tak jumpa-jumpa juga Iqbal senang jer mak cik...Iqbal suruh jer mak carikan" Balasnya sambil menjuihkan mulutnya kearah emaknya yang hanya tersipu. Emaknya sedar kata-kata Iqbal itu berbau menyindir halus kepadanya yang sering ingin menjodohkan Iqbal dengan anak jirannya. Entah Iqbal pun tidak tahu apa yang dikenankan sangat oleh ibunya dengan Zarina anak mak cik Farida jirannya itu. Dah lah sombong berlagak diva pula. Ishh tak masuk list dia langsung. Tapi kalau dah jodoh dia tak dapat buat apa. Jodoh itu kan rahsia Allah.

"Emmm.. Memang sedap mak kau tidur malam ni Iqbal... Bukan tak tahu itu yang dia tunggu-tunggu tu." Balas kembali ayah Iqbal bila mendengar penjelasan Iqbal. Seraya itu rumah itu kembali riuh dengan suara ketawa mereka.

Selesai majlis keesokkannya Iqbal meminta diri lebih awal dari kedua orang tuanya. Alasannya dia tidak rajin memandu di waktu pagi dari kampung ibu saudaranya itu ke tempat kerjanya kelak pada keesokkannya.

"Pandu jangan laju-laju" Terdengar suara Pak Cik Jun di belakang ayahnya.

"Ya pak cik.., Baiklah saya minta diri dulu.. Nanti-nanti saya datang lagi" Seketika itu mereka bersalaman dan Iqbal perlahan meluru ke arah keretanya. Sepanjang perjalanan itu, Iqbal teringat akan persoalan ibu saudaranya malam tadi.

Isssh! bila lah agaknya dia nak kahwin. Nak kata tak ada rupa tak mungkin. Ramai yang memuji wajahnya yang tak saling tumpah wajah ayah yang berdarah kacukan siam. Yalah ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasinya. Lagi-lagi dia mempunyai kerjaya yang tetap sebagai seorang guru di sebuah sekolah rendah. Sepanjang dia menyambung pendidikannya ke peringkat master dia masih belum terpaut dengan mana-mana gadis. Entah mana kurangnya. Seleranya tidaklah begitu tinggi. Kalau dulu zaman sekolah menengah bukan main lagi banyak surat yang dia dapat. Alih-alih sekarang satu pun susah. Luahnya sambil mengendang kecil stering keretanya. Mendengarkan lagu kisah hati dari Alyah yang baru berkumandang di corong radio keretanya. Volume radio sengaja di besarnya sambil ikut menyanyi. Dia memang meminati lagu tersebut, baginya lirik lagu tersebut terasa menusuk di kalbunya. Seketika itu juga ingatannya berpaut kepada gadis yang di temuinya Colmar Tropicale. Entah mengapa. Baginya gadis itu seakan-akan mempunyai aura yang kuat. Walaupun pertemuan itu hanya ringkas sekali.

"Gadis berbaju kuning..." Ucapnya kecil yang hanya mampu di dengari oleh telinganya sahaja.


Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh