5,353
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 3

Sementara menunggu Iskandar membeli minuman di stesen minyak untuk bekalan sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Sarah masih lagi dengan novelnya. Novel baru karya Asma Nadia berjudul Assalamualaikum, Beijing! itu  baru dibelinya minggu lalu. Saja dia simpan novel itu dalam kereta untuk masa-masa seperti itu. Sedang dia khusyuk membaca Iskandar sudah di depan pintu kereta sambil mengetuk cermin isyarat meminta membuka pintu kereta yang terkunci dari dalam.

"Novel baru?."  Tanya Iskandar setelah masuk kereta sambil menukar gear free kepada gear satu dan perlahan kereta mereka mula beredar dari stesen minyak tadi.

"Memang terbaik bang...kenapa nak baca juga ker?" Saja Sarah bertanya, manalah tau Iskandar kali ini berminat untuk membaca novel dari penulis terkenal Indonesia itu. Dia tahu Iskandar juga suka membaca novel, sebelum ini ada juga novel-novel miliknya yang menarik hati Iskandar untuk membaca.

"Tengoklah nanti kalau abang ada masa. Akhir- akhir semester macam ni bukan sayang tak biasa kerja abang banyakkan. Belum lagi add hoc punya kerja.." Balasnya kembali. Sarah tanpa bicara menyambung semula bacaannya. Dia faham jadual kerja suaminya itu memang padat terutama di hujung tahun.

"Sayang bila nak quit kerja ..." Suara Iskandar kembali.

Sarah mematikan bacaanya tapi tidak memandang terus ke arah Iskandar. Entah kenapa Iskandar tiba-tiba menimbulkan persoalan itu.  Mula timbul rasa yang kurang enak di fikirannya. Persoalan tadi bukanlah kali pertama tapi sudah beberapa kali sejak di awal perkahwinan mereka lagi. Tapi dia berkeras ingin bekerja di studio yang telah diusahakan dengan titik peluhnya dan dua sahabatnya Wati dan Khairul. Tambahan pula dia seorang  sahaja antara mereka bertiga yang bekerja sepenuh masa di studio itu. Tidak seperti Wati dan Khairul yang meletakkan studio mereka sebagai kerjaya kedua.

"But.. that my passion abang...." Ucapnya lembut dan masih memandang ke arah novel di tangannya. Sengaja dia melontarkan nada begitu, dia tahu kelembutan itu mampu membunuh keputusan Iskandar.

"Emmmmr" Seakan sudah tahu akan jawapan isterinya. Untuk seketika waktu mereka mendiamkan diri lagi . Masing-masing melayan perasaan sendiri. Sarah hanya mengikut rentak Iskandar, tidak mahu memanjangkan hal remeh sebentar tadi. Takut hal itu akan menjadi panjang. Pernah satu masa dulu mereka bergaduh kerana hal itu. Dia tidak mahu hal itu berulang lagi. Biarlah ianya mati dengan cara berdiam seperti itu. Walaupun hakikatnya terselit kesakitan.

Tiba-tiba Iskandar memperlahankan kereta. Sarah yang dari tadi berdiam diri sambil melayan perasaannya sedikit  hairan dengan tindakan Iskandar. Manalah tahu tahap kesabarannya sudah hilang. Tup-tup Iskandar ingin dia keluar dari keretanya. Siapalah tahukan. Hati manusia sering berubah-ubah, sedang pasir di pantai lagi berubah apakan lagi sekeping hati. Oh! tidak janganlah pekara itu berlaku dalam hidupnya. Kalau betul, mungkin sudah sampai masanya melepaskan kerjayanya itu demi suami tercinta. Masakan dia sengaja meretakkan syurganya.

"Kenapa tunjuk muka sengal ? Don't worry...Abang tak marahlah." Pantas Iskandar menjelaskan kepada Sarah yang seakan-akan dapat membaca apa yang ada di pikiran Sarah.

Lega dadanya mendengar penjelasan Iskandar.

"Tulah banyak sangat tengok drama. Tu, tengok depan tu, ada kereta rosak ..." Beritahunya sambil menunjuk ke depan.

"Abang nak tolong ker?"  Soal Sarah. Serta merta perasaan risaunya seketika tadi beralih cemas.

"Sayang rasa?" Iskandar masih meminta pendapat isterinya walaupun dalam hatinya sudah tercalit niat untuk membantu.

" Emmmmmr tak perlu kot...mana tahu...." Pantas Sarah menjawab.

"Jangan pikir bukan-bukan lah...." Belum habis kata-kata Sarah, Iskandar sudah memotong.

"Taklah, cuma Sarah risaukan keselamatan kita jer.. Zaman sekarang ni bukan semua orang macam hati abang tu." Jelas Sarah yang takut kalau-kalau itu hanya sindiket penipuan di jalan raya.

"InsyaAllah kalau niat kita nak membantu, Allah pun pasti mempermudahkan niat kita. Tak gitu..." Dia tahu Iskandar memang lemah dalam bab melihat kesusahan orang lain. Kerana itulah, Iskandar selalu di gemari oleh rakan-rakan kerjanya dan dia akhirnya akur dengan kehendak Iskandar untuk membantu.

"Kita lalu lah depan dia dulu bang, kalau abang rasa tak was-was, kita tolong" Cadang Sarah kembali. Iskandar tidak membantah hanya menurut cadangan Sarah. Sambil memperlahankan kereta Iskandar membuka tingkap kereta mereka dan menyapa pemandu itu.

"Kereta rosak ker bro?" Laung Iskandar sedikit kuat takut tidak didengari oleh pemandu itu yang sedari tadinya sibuk memerhatikan enjin keretanya.

"Aaaa.. Tiba-tiba jer bro" Balas pemuda itu kembali kepada Iskandar. Mendengar jawapan pemandu Myvi itu, Iskandar mula memberhentikan kereta di depan kereta pemilik Myvi tersebut.

"Sayang tunggu kejap ya." Ucap Iskandar sambil memegang tangan kanannya seperti menyakinkan dirinya yang tidak ada apa-apa akan berlaku. Sarah hanya mengangguk menandakan setuju dengan tindakan Iskandar dan kembali menyambung bacaannya. Agak lama juga mereka berusaha menghidupkan kembali enjin kerta Myvi tersebut. Bayangkan sahaja novel dibacanya itu sudah dua per empat habis di bacanya. Sarah yang mulai merasa senggal duduk di dalam kereta ingin keluar melihat keadaan mereka.

Dari belakang dia sudah melihat tompokan hitam kecil di beberapa kawasan bawah baju kemeja Iskandar. Nasib baiklah mesin basuh yang cucikan kalau tak habislah dia perlu menyental baju kemeja suaminya balik nanti.

Pandangannya kemudian beralih kepada pemuda di sebelah Iskandar tapi sedikit terhalang bila dia sedang khusyuk memerhati enjin kereta tersebut. Dia mula mendekati Iskandar.

"What happen?" suaranya apabila sudah disisi Iskandar. Soalan klise itu saja dia ajukan kepada Iskandar dan pemuda tadi walaupun dia tahu keadaan kereta itu rosak.

"Not sure. Bateri dia okay jer, so far wayar pun ok, air pun ada." Terang Iskandar kepada Sarah.  Sarah hanya mengangguk. Macamlah dia tahu sangat. Seraya itu dia memandang tepat ke arah pemandu Myvi pula, kebetulan pemuda itu turut memandang ke arahnya setelah mendengar perbualan mereka sebentar tadi. Mereka terkedu. Wajah pemilik Myvi itu seperti seseorang yang dikenalinya. Ya betul..

Ingatannya kembali memang dia, jejaka yang mengarah dirinya untuk mengambil gambar dua hari yang lepas. Gila!

"Apa punya orang! Suka hati jer dia nak suruh ambil gambar!" Keasyikannya menikmati keindahan tempat ala-la Francis itu terus terpadam. Potong stim betul!

Dia tak menyangka akan bertemu dengan jejaka itu sekali lagi. Sengaja dia melarikan pandangan ke jalan raya melihat kereta yang bertukar ganti melalui mereka. Apa yang dia harus buat. Perlukah dia menyapanya atau membiarkan saja. Luahnya dalam hati. Masih lagi berkira-kira untuk menyapa jejaka di hadapannya itu.

Iqbal mengguntum senyuman sambil menundudukkan kepalanya sedikit bila melihat reaksi Sarah yang sedikit kalut. Sarah akur membalas dengan rasa bersalah.

"Oh ya.. my wife..Sarah." Iskandar memperkenalkan Sarah kepada pemilik Myvi itu.

"Iqbal"  Balasnya. Sarah hanya membalas dengan senyuman, tidak tahu apa yang harus di perkatakan. Iqbal... Betul itulah nama yang dia dengar semasa lelaki itu kenalkan dirinya dua hari yang lalu.

"Emmmmr, look bad.. maybe enjin ni bro.."  Luah Iskandar kembali.

"Aku kalau pasal enjin-enjin kereta ni, kurang sikit bro...." Balas Iqbal kepada Iskandar.  Sarah kembali memerhati reaksi mereka. Emmr nasib baiklah suami aku tahu bab tu. Rugilah jadi lelaki kalau bab itu pun tak tahu. Getus Sarah kembali dalam hati bila mendengar penjelasan Iqbal. Hatinya sedikit rimas terhadap jejaka itu.

"Anyway no worry, I dah call services tarik kereta tadi...Tak lama lagi sampailah kot." Jelas Iqbal kepada Iskandar sambil memberi kain bila melihat kotoran di tangan Iskandar.

"If you don't mind I boleh tumpangkan you balik. Lagipun satu jalan kan to Shah Alam..." Ajak Iskandar. Sarah hanya terpinga-pinga bila mendengar ajakan Iskandar kepada jejaka itu.

Ishh! kenapa pula Iskandar tidak meminta kebenaranya dulu sebelum mempelawa jejaka itu.

Satu jalan! Huh, mungkin Iqbal memberitahu Iskandar arah perjalanannya ketika dia masih di dalam kereta tadi. Sarah membebel di dalam hati. Sengaja dia memandang ke arah lain bila Iqbal memandang ke arahnya lagi setelah mendengar ajakan Iskandar.

" Kalau tak menyusahkan.."  Balas Iqbal sambil mengangkat bahu kepada Iskandar.

"Tak ada bendanya yang menyusahkan..." Balas Iskandar sambal ketawa kecil melihat Iqbal.

Melihat mereka mula berbual rancak Sarah kembali ke arah kereta mengambil bungkusan plastik air yang dibeli Iskandar tadi dan kembali semula ke arah mereka. Sesekali kedengaran bunyi mereka ketawa.  Satu lagi kelebihan Iskandar, dia mudah ramah dengan sesiapa saja yang baru di kenalinya. Sarah menyuakan plastik tadi ke arah Iskandar, seterusnya Iskandar menyuakan lagi ke arah Iqbal. Belum sempat mereka membuka minuman tadi trak tunda kereta Iqbal telah pun tiba. Iqbal mula menggeluarkan barang-barang dari kereta. Manakala Iskandar pula sibuk berborak dengan pemandu trak tersebut.

"Hai..Tak sangka jumpa lagi" Sapa Iqbal sambil mengeluarkan begnya.

"Emmmmr..." Balas Sarah sambil mengangguk kepalanya. Untuk mengelakkan pertanyaan Iqbal seterusnya dia mulai langkah meninggalkan Iqbal menuju ke arah kereta mereka. Sengaja dia beralih tempat duduk belakang membiarkan Iqbal duduk di kerusi hadapan kelak. Walaupun hakikatnya dia rimas dengan ajakan suaminya kepada Iqbal tapi apakan daya dia akur dengan niat Iskandar yang ingin membantu Iqbal.

Setelah memastikan semuanya selesai mereka memulai perjalanan kembali. Sepanjang perjalanan itu Sarah hanya membisu, membiarkan saja Iskandar dan Iqbal berbual berdua. Biasalah perbualan lelaki,  dari hal kerjaya bertukar kepada hobi dan beralih lagi ke arah sukan negara dan luar negara. Begitulah lagak lelaki bila bertemu. Dalam rancak berbual dia perasan Iqbal sekali sekala memandang ke arah cermin tepi kereta. Keadaannya itu membuatkan dirinya  bertambah rimas.

Mamat ni tak ada kerja lain ke asyik nak toleh cermin kereta dari tadi. Getusnya dalam hati. Mungkin dia agak berjaga-jaga dengan beg kameranya di tempat duduk belakang bersama dengan dirinya. Hello bro! I tak hilang akal nak mencuri kamera you. Ingat I tak mampu ke. Well, setakat sebijik kamera kau tu tak lawan lagi miliknya. Marahnya dalam hati sambil mengesotkan dirinya kesisi agak jauh sedikit dari beg kamera milik Iqbal dan kembali menyambung bacaannya. Seketika itu dia menyedari dirinya sudah di hapadan rumah mereka dan dia melihat Iqbal sudah tiada di ruang duduk hadapannya. Alamak...Dia tertidur lah pula... Marahnya akan dirinya sambil mengesat-gesat matanya. Iskandar mematikan enjin kereta.

"Dah bangun?" Soal Iskandar melihatnya di belakang yang sibuk mengesat-gesat matanya.

"Abang...Sarah tidur berdengkur tak ? Tanyanya tanpa menjawap soalan Iskandar.

"Ada lah juga... Macam bunyi gajah..." Seloroh Iskandar dengan senyuman di bibirnya.

"Ya ke bang...alah malu lah Sarah.."  Iskandar mula ketawa melihat reaksi isterinya itu lalu mengajaknya untuk masuk ke dalam rumah. Iskandar menarik beg pakaian mereka naik ke bilik. Sarah pula seperti biasa rutin seorang isteri, sedia ke dapur menyediakan apa yang patut. Selang belasan minit kemudian kelihatan Iskandar menuruni anak tangga dengan kain pelekatnya sambil menuju ke arah dapur.

 " Tadi abang bercadang nak singgah makan kat kedai sekali dengan Iqbal. Tapi tengok-tengok sayang dah tertidur. Tak sampai hati pula abang nak bangunkan gajah sedang lena.." Selorohnya sambil membuka peti sejuk.

"Banyak lah gajah... Gajah pun isteri abang juga. Emmmr..Sarah dah buatkan air untuk abang tu.. tak payah minum air sejuk dulu..." Balasnya bila melihat Iskandar mencari-cari sesuatu di dalam peti ais. Dia tahu pasti dia mencari air coca-colanya. Mendengar pelawaan Sarah, Iskandar menutup kembali peti ais tersebut. Sarah sudah menyediakan air teh panas.

Thank you sayang.." Di kucupnya di pipi isterinya sebelum dia duduk menikmati teh panas dihadapannya.

"Sayang juga dengan gajah ni kan..." Sarah mula mengusik Iskandar.

"Ish... mesti lah sayang...Sayang nak masak apa?

"Masak ayam masak merah and sayur kacang panjang...boleh?" Soalnya kembali dengan wajah manis sekali.

"Abang tak kisah...Abang makan jer apa yang sayang masak.."

"Kalau Sarah malas masak..." Saja dia berseloroh dengan suaminya itu.

 "Apa susah abang makan Sara.... Hehe" Iskandar turut mengusik.

"Heppp.., Ke situ pula..."

"Hehehe..."  Tertawa Iskandar melihat gelagat isterinya. Kemudian dia mula angkat dari tempat duduknya dan meluru ke arah Sarah yang sedang memotong ayam. Berdiri di tepinya, melihat penuh teliti akan hasil kerja isterinya.

"Opps!" Sarah kelihatan menahan kesakitan.

"Ya Allah.." Suara Iskandar seakan menjerit. Di tariknya tangan Sarah dan di hisapnya bila melihat darah mulai keluar dari jari wanita kesayangannya itu.

"Kenapa cuai sangat.." Suara Iskandar seakan cemas dan garang.

"Benda dah nak jadilah abang...Malang tu kan tak berbau..Tu lah abang sibuk nak kacau Sarah, kalau abang duduk diam jer tadi tak lah luka macam ni"

"Haaa, tulah kerja nak cepat sangat.." Sambil menuju ke arah almari mengambil medical box. Sarah hanya membiarkan Iskandar membalut tangannya. Agak panjang dan dalam juga luka di jari kirinya. Masakan tidak pisau tadi tajam lagi. Baru dibelinya masa ketiadaan Iskandar lima hari yang lalu. Nasib tak putus!Ngeri!

"Sayang duduk jer..Biar abang masak lepas ni.. Tengok luka tu macam dalam dan panjang. Nasib baik tak terpotong tangan tu. Nanti kalau masih kembang kita pergi klinik. Takut kena kuman pula..." Leter Iskandar  makin panjang setelah selesai membalut luka tersebut. Mendengar kata-kata hikmah Iskandar hati Sarah berbunga-bunga. Bolehlah dia melayan kembali bacaan novelnya tadi.

"Abang hati-hati tau, pisau tu tajam."  Seloroh Sarah bila melihat Iskandar sudah mula menggantikan  kerjanya tadi dan malam itu seperti yang di janjikan Iskandar mengambil ahli kerja memasak  untuk makan malam mereka berdua.


Previous: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh