Home Novel Cinta Bertaut kembali
Bertaut kembali
Miss cactus
29/10/2019 10:47:44
9,431
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 3

MAWAR hanya mampu menangisi nasib yang menimpa dirinya. Dia sudah kehilangan segala-galanya. Menangis air mata darah sekali pun, segalanya tidak mampu pulih seperti asal semula. Di luar, kedengaran suara ibunya yang memanggil namanya. Apalah daya ibunya mahu membantu. Puas dia menjerit. Puas dia merayu. Malik tetap tidak mengendahkannya. Mawar tersedu-sedu seorang diri di sudut kecil di ruang biliknya. Sungguh dia tidak sangka, ayah sendiri sanggup menjual dirinya semata-mata mahukan duit untuk berjudi.

    “Minggu depan aku hantar rombongan meminang ya. Kau jangan sedih Mawar. Aku janji akan jadi suami yang baik pada kau.” Malik mencuit dagu Mawar. Biar pun Mawar menepis, dia sengaja berterusan mencuit-cuit tubuh Mawar.

    “Kau binatang Malik. Aku benci kau. Sumpah aku benci kau.” Mawar menjerit. Selimut yang membaluti tubuhnya, digenggam kuat. Ikutkan hatinya, mahu saja dia membunuh Malik.

    “Kau dah rosak Mawar. Lebih baik kau kahwin saja dengan aku. Kau ingat lelaki kaya tu nak kan kau yang dah ditebuk ni.” Malik ketawa. 

    Lia yang mendengar hanya mampu mengalirkan air matanya. Tergamak Hashim memusnahkan masa depan anak mereka. Dia hanya mampu merayu bila Mawar diseret masuk ke dalam bilik oleh Malik. Hendak membantu, dia tidak terdaya. 

    “Keluar kau dari sini. Aku benci kau. Kau binatang.” Dalam tersedu, Mawar menghamun Malik.

    Malik mencengkam kasar dagu Mawar. 

    “Kau tetap akan kahwin dengan aku Mawar. Nyawa ibu dan ayah kau di dalam tangan aku. Kau belum kenal aku siapa. Ayah kau tu dah makan duit aku beribu. Kau ingat sekali hadap tubuh kau ni, cukup untuk langsaikan hutang ayah kau. Kau jangan salahkan aku kalau aku selalu datang sini kerjakan kau.” Dilepas kasar dagu Mawar. Sambil bersiul, Malik bergerak keluar daripada bilik Mawar.




MAWAR memandang tajam wajah ayahnya. Dia memang sudah lama menunggu ayahnya. Kerana lelaki ini, maruahnya tercalar. Maruahnya tercemar kerana mempunyai ayah yang bersifat binatang.

    “Mawar belum tidur lagi.” Ceria saja wajah Hashim mengira baki duit yang diberi Malik. Separuh sudah habis digunakan untuk berjudi tadi.

    Mawar mengepal penumbuknya. Kasar nafas yang terhembus daripada hidungnya. Ayahnya boleh berlakon seperti tiada apa-apa yang berlaku sedangkan hakikatnya maruahnya tercemar disebabkan ayahnya sendiri.

    “Apa salah Mawar, ayah? Kenapa ayah jual Mawar? Ayah nak jadi binatang ke?” Kuat suara Mawar bergema di ruang tamu rumah ayahnya. Jika ada yang mendengar sekali pun, dia tidak peduli.

    Hashim meluru pada Mawar. Ditampar mulut yang berani menggelarkannya binatang.

    “Aku ni ayah kau. Berani kau kurang ajar dengan aku. Aku ni yang jaga kau selama ni. Tulang empat kerat aku ni yang bekerja selama ni sebab nak besarkan kau.” Ditunjal-tunjal kepala Mawar. 

    “Ayah apa jual anak sendiri. Mawar menyesal ada ayah macam ni. Mawar akan keluar dari rumah ni. Mawar akan bawa ibu. Mawar akan laporkan pada polis. Biar ayah dan Malik mereput dalam penjara.” Air mata yang tiba-tiba mengalir dibiarkan saja. Sedih mempunyai ayah seperti ini.

    “Kau kena kahwin dengan Malik. Jangan pandai-pandai nak keluar dari rumah ni. Muali esok tak payah pergi kerja lagi. Kau duduk rumah jaga mayat hidup tu. Kau keluar, aku kerjakan ibu kau. Jangan sampai aku jual ibu kau pula.” Sinis senyuman terukir di wajah Hashim.

    Mawar menggigil menahan amarahnya. Ayahnya benar-benar melampau. Baru saja mahu membalas kata ayahnya, ibunya memanggil. Segera Mawar berlari masuk ke dalam bilik ibunya.

    “Kenapa ibu?”

    “Pergi dari sini Mawar. Pedulikan ibu. Ibu tak mahu Mawar rosakkan masa depan Mawar.” Lia mengenggam erat tangan anaknya. Kasihan sungguh dia dengan apa yang telah terjadi pada Mawar. Hashim semakin melampau.

    “Masa depan dia dah rosak pun. Tak payahlah kau nak suruh dia lari. Budak Malik tu pun janji nak nikah dengan Mawar. Kita kahwinkan ajelah. Siapa nak kan anak kau yang dah rosak tu?” Hashim mencemikkan wajahnya. Meluat dia melihat tangisan dua orang wanita di depannya.

    “Abang memang kejam. Abang ni lebih teruk dari binantang. Sanggup jual anak sendiri. Abang kejam!” Kalaulah dia mampu, mahu saja Lia merodok hashim dengan pisau.

    “Aku memang kejam.” Hashim terus menerkam ke arah Lia. Dipukul dan disepak isterinya sesuka hati. 

    Mawar sedaya upaya menghalang ayahnya daripada menyakiti tubuh ibunya. Sudahnya dia pula menjadi mangsa ayahnya. Kepalanya dihentak berkali-kali ke atas lantai sehingga dia pengsan tidak sedarkan diri. 

    Lia hanya mampu merayu pada Hashim agar melepaskan anak mereka. Hanya tangisannya berlagu di situ. Teresak-esak Lia memanggil anaknya yang sudah tidak sedarkan diri.

    Hashim segera menelefon Malik. Selamba saja dia menyatakan rancangannya pada Malik di hadapan isterinya. Yang penting padanya adalah duit. 

    Lia hanya mampu mendengar percakapan Hashim. Dia tidak terdaya. Sampai hati Hashim menggunakan dirinya untuk memaksa Mawar berkahwin dengan Malik. Hashim memang lelaki yang kejam.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Miss cactus