Home Novel Cinta Wife/Student Versi Antarabangsa
Wife/Student Versi Antarabangsa
Mastura Abdullah
8/9/2017 16:47:44
11,378
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
1

“HAURA Adlea!” Namanya diseru disebalik pintu yang terselak dari dalam. Haura Adlea yang sedang berbual dengan calon disebelahnya bergegas bangun. Tangannya utuh memegang fail dan dua kotak kasut untuk dibawa bersama.

“Good luck!” ucap teman baharu bernama Umaira.

Bibirnya mengukir senyuman manis, seraya mengucapkan terima kasih. Debaran di dada terasa berdetak kasar ketika menolak dedaun pintu kayu. Masakan tidak,itu percubaan pertamanya menyertai pertandingan Pencarian Kasut Tuan Puteri walaupun belum menghabiskan pelajaran dalam bidang Rekabentuk Kasut. 2017merupakan tahun ketiga buat Haura Adlea di Itali dan dia pulang ke Malaysia semalam dengan tujuan untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga, juga untuk menyertai yang sedang didepaninya saat itu.

“Assalammualaikum.” ucapnya sopan. Matanya tertumpu pada susuk seorang jelitawan muda yang memukau pandangan mata. Inikah Puteri Adlea? Soalnya padadiri sendiri, sambil melorekkan sebuah senyuman nipis.

“Hai, Haura Adlea, kan?” Tanya si jelitawan kepadanya. Dengan pantas Haura Adlea mengangguk. Matanya leka menikmati keindahan rupa Tuan Puteri ini.

“Kita berkongsi nama di belakang.” Usiknya seraya ketawa kecil. Haura Adlea ikut tertawa, namun debaran di dada tak pula menghilang. Bukankan ketawa tadi sepatutnya menjadi ubat buat kegelisahan yang disedang dialaminya saat ini?

“Nama Adlea dipilih oleh emak, Cik Puteri.” santun Haura Adlea menjawab.

“Cocok dengan empunya diri.” Puji Puteri Adlea. Senyuman simpul terukir di wajah.

“Sebelum kita mulakan sesi pembentangan, saya nak perkenalkan diri terlebih dahulu. Nama saya Puteri Adlea, ini abang saya Tengku Umar Tajuddin. Kamiberdua akan mengadili pertandingan ni. Cik Haura dah bersedia?” soal PuteriAdlea selepas memperkenalkan dirinya. Haura Adlea mengukir senyuman nipis. Dia terkedu melihat sorotan mata Tengku Umar Tajuddin yang tajam menikam sebentar  tadi. Rupanya yang tegang seperti tidak menyenangi kehadiran Haura Adlea di situ.

“Cik Haura!” namanya diseru lagi.

“Saya dah bersedia. Terima kasih Cik Puteri Adlea dan juga Tengku Umar Tajuddin, sudi beri ruang kepada saya untuk memperkenalkan kasut rekaan saya.Oleh kerana tidak  ada sebarang konsep khusus untuk pertandingan ini, maka saya ingin mengetengahkan idea MalayCinderella kepada Cik Puteri Adlea.

“Ini rekaan yang saya hasilkan untuk pertandingan ini. Layoutnya boleh Cik Puteri dan Encik Tengku lihat dan modelnya ada saya bawa bersama. Tentu Cik Puteri Adlea dan Encik Tengku tertanya-tanya, kenapa Malay atau Melayu? Itu kerana saya gabungkan batik yang memang sinonim dengan Orang Melayu padabahagian toe box and 183 facets of clear crystal at sole side and counter side.Pesona Cik Puteri Adlea sebagai figura bangsawan akan terserlah di sebalik batik dan juga swarovski.” Jelas Haura Adlea, ringkas sambil jemarinya bergerak mengikut penerangan yang diberi. Ketika dia mengangkat wajahnya, Puteri Adlea sedang tersenyum, sambil bertepuk tangan.

“Saya suka!” jawabnya teruja. Dia bangun untuk mencuba Malay Cinderella yang berada di depannya. Lagaknya diperhatikan dengan gelengan oleh si abang.

“Biasa aje tu, Lea! Abang dah tengok yang lebih cantik dari tu.” komenTengku Umar Tajuddin, lantas mencampakkan pen yang dipegangnya ke meja.

Haura Adlea tidak menyahut. Cantik di mata Puteri Adlea, tak bererti ia cantik pada pandangan mata Tengku Umar Tajuddin. Dia pasrah. Apa saja keputusannya, dia terima dengan hati terbuka.

“Tak kisahlah...Pada Lea, designni simple tapi cantik.” Sahut PuteriAdlea sambil menggayakan Malay Cinderella itu. Ia padan dan selesa di kakinya.Senyumannya semakin lebar sebaik menghadap Haura Adlea.

“Apapun, terima kasih pada Cik Haura Adlea, sudi menyertai pertandingan ni.Keputusannya akan diberitahu melalui emel pada hari Jumaat ni, sama ada Cik Haura berjaya ataupun tidak.” ujar Puteri Adlea, sambil menghulurkan tangan untuk berjabat dengan gadis muda itu. Entah siapa yang lebih tua di antara mereka berdua. Soal Puteri Adlea, sambil memerhati raut wajah comel kepunyaan Haura Adlea.

“Terima kasih juga pada Cik Puteri Adlea, sudi memberikan peluang untuk saya berkongsi karya saya di sini. Selamat Hari Raya Aidilfitri!” sahut Haura Adlea, manis buat puteri yang peramah itu.

“Selamat hari raya, Cik Haura!” sahut Puteri Adlea, sambil menemani langkah Haura Adlea ke muka pintu. Dalam masa yang sama, dia melihat juga jumlah calon yang masih belum dinilai. Ada lebih kurang empat orang peserta yang tinggal.

“Ramai lagi?”

“Empat orang.”

Good! Panggil empat-empat sekali masuk menghadap.” Tutur Tengku Umar Tajuddin, memberi cadangan.

Puteri Adlea mengangguk. Dia juga sudah penat dan ingin menghabiskan pertandingan itu secepatnya. Keempat-empat peserta dipanggil masuk serentak.Kali ini, Tengku Umar Tajuddin pula yang mengambil alih. Berbanding adindanya yang cepat rambang mata, Tengku Umar Tajuddin lebih bijak menguruskan pertandingan itu. Tak sampai sepuluh minit, urusan mereka selesai.

“Tahun depan tak payah buat pertandingan dah. Abang dah malas nak menghadap semua ni. Bosan!” luah Tengku Umar Tajuddin seraya menanggalkan kot yang melapisi kemeja birunya. Tak pasal-pasal, dia cuti hari ni kerana nak membantu Puteri Adlea memilih kasut rayanya.

“Ala...Kalau abang tak tolong Lea, siapa lagi?”

“Abang dah tolong ni, kan? Sama macam tiga tahun kebelakangan ni. Semenjak dah habis sekolah, dah ada kerja sendiri, ragam makin Lea makin memeningkan kepala. Begitu banyak design kasut, local dan antarabangsa, dari pelbagai designer termasyhur, jalan susah macam ni jugak yang Lea pilih.” Rungut Tengku Umar Tajuddin lantas keluar dari bilik kerja adindanya.

“Abang...nak ke mana?”

“Balik! Bosan!” jawabnya terus menarik daun pintu.

Setengah hari menghadap gelagat yang pelbagai, Tengku Umar Tajuddin dilanda rasa muak dan bosan. Alangkah bagus, kalau dia dapat menjauhkan diri dari kesibukan kota, berehat dan bertenang di bawah pepohon redup.

 

 

MACAM kenal! Bisik hatinya, saat terpandang susuk seorang wanita sedang mengheret sebuah beg beroda di bahu jalan. Di bawah panahan terik sang mentari,di saat mulut dan hati terkunci dari perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa, dia kelihatan gigih di mata Tengku Umar Tajuddin. Haura Adlea, jika diatidak silap penilaian.

Namun, nun di hujung sana, ada lagi yang menarik perhatiannya. Seorang wanita dalam lingkungan umur yang barangkali lebih berusia dari mama kelihatan tidak bermaya di bawah jejantas. Sakitkah dia? Atau sebenarnya dia sedang berjuangmenahan lapar dan dahaga di penghujung Ramadhan ini? Tengku Umar Tajuddin tertanya-tanya sendiri. Kereta dipandu semakin perlahan walaupun dia tidak pasti tindakan apa yang patut dilakukannya saat itu. Perlukah dia berlagak baik dan bertanya akan keadaan wanita tua itu? Atau terus sahaja memandu kerana urusan wanita tua itu bukan urusan dirinya. Buat apa dia hendak menyibuk?Mindanya terus membuat rencana. Leka pula Tengku Umar Tajuddin dengan hal itu sehingga terdengar bunyi hentakan dari hadapan dan tubuhnya sendiri terdorong ke depan.

“Aduh!”sungutnya lantas memberi isyarat untuk berhenti di bahu jalan.

Penghuni kereta depan yang juga memberhentikan kereta di bahu jalan sudah keluar dengan muka bengis. Marah! Dengan mudah Tengku Umar Tajuddin membuat kesimpulan. Dia ikut keluar dari kereta kerana perlu menyelesaikan masalah takterduga itu.

“Apa ni, bro? Kau bawak kereta macam mana?”

“Maaf, silap saya!”

“Habis kereta aku rosak! Baru pakai ni bro! Tak sampai setahun pun. Apa masalah kau sampai tak reti nak tekan brek?” soal lelaki berbaju oren, masih tidak dapat menerima ungkapan maaf dari Tengku Umar Tajuddin.

“Silap saya. Maaf!” ulang Tengku Umar Tajuddin, mengelak dirinya dari bertekak. Buang masa dan merugikan pahala puasanya hari itu. Penyelesaiannya mudah sahaja, hanya perlu persepakatan kedua-dua pihak.

“Maaf, maaf, maaf! Masalah apa boleh selesai dengan maaf?” soal lelaki itulagi. Tengku Umar Tajuddin tidak menjawab tetapi tangannya ligat mengeluarkan sekeping kad yang mengandungi nombor telefon peribadi dari dompet.

“Ini nombor telefon saya. Saudara hantarlah kereta ni ke mana-mana bengkel,Insya-ALLAH saya akan selesaikan bayarannya selepas kereta saudara siap dibaikinanti.”

“Orang dah nak raya ni, bro! Aku pulak ditimpa masalah sebab kau.” Bebellelaki itu sambil merakam gambar dirinya dan kereta miliknya yang kemek didepan.

“Ini kalau aku tak dapat cari kau nanti, gambar kau dengan gambar keretakau sekali aku viralkan.” Ugut lelaki itu sambil menayangkan gambar yang dimaksudkannya. Tengku Umar Tajuddin terus mendiamkan diri. Tak tertahan jugahatinya dengan kelancangan sikap lelaki berbaju oren itu, seolah-olah sengaja mahu mencetuskan perbalahan.

“Saudara ada banyak saksi di sekeliling. Tak perlu khuatir! Saya kira masalah kita selesai di sini. Assalammualaikum!” jawab Tengku Umar Tajuddin seraya meninggalkan kawasan yang mula sesak itu.

Dia kembali ke kereta. Sebelum itu, dia mencari juga kelibat wanita separuh usia di bawah jambatan tadi, namun hampa. Yang tertangkap dek matanya, hanya sepasang mata milik Haura Adlea yang berada di celahan mereka yang mengerumuninya. Terus mindanya merencana sebuah keputusan.

“Jom!” ajak Tengku Umar Tajuddin, mendekatinya.

Haura Adlea kaget. Terkejut disapa dengan tak disangka-sangka.

“Err...” kata-katanya mati di situ. Dia tersinggah tanpa sengaja, tanpa mengetahui siapa yang terlibat di dalam kemalangan itu.

“Saya ambil lrt kat depan tapi tersinggah kat sini. Tak sengaja, sorry!”jawabnya, menundukkan muka.

It’s okay! Tak perlu ucap maaf.Saya cuma nak cakap dengan seseorang aje. Memandangkan Haura ada kat sini,tolong saya sekejap, ye?”

“Err...tapi, saya nak balik kampung ni. Nanti lambat pulak. Tiket bas pukultiga setengah petang.” Tolak Haura Adlea serba salah. Gila ke apa nak keluar dengan orang yang dia tak kenal?

“Tak apa, saya hantar sampai stesen bas. Tak pun saya hantar Haura sampai kampung.”

“Err..saya tak kena-”

“Kenal tadi, kan? Jom! Ada sebab kenapa saya buat macam ni. Tolong sayahari ni, nanti saya tolong Haura pulak.” Balas Tengku Umar Tajuddin seraya membukakan pintu buat Haura Adlea. Bertambah serba salah Haura Adlea dibuatnya.Sebahagian besar hatinya memang menolak pelawaan itu bulat-bulat tetapi ada rasa simpati di sudut hati. Barangkali Umar Tajuddin betul-betul perlukan pertolongan. Tapi macam mana kalau aku tertinggal bas? Soalan itu ditanya kepada diri sendiri saat kakinya sudah melangkah masuk ke dalam kenderaan seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

“Terima kasih!” ucap Tengku Umar Tajuddin sebaik duduk di sebelahnya.Kereta mewah itu terus dipandu meninggalkan kawasan kemalangan yang sudahberansur reda.

“Saya memang nampak Haura tadi.” Tengku Umar Tajuddin memulakan perbualan selepas hatinya beransur tenang.

Haura Adlea tidak menyahut tetapi menoleh juga ke arah Umar Tajuddin. Diamasih bertanya pada diri, bagaimana boleh terjebak, dan duduk di dalam satu kereta dengan orang yang tidak dikenalinya. Aduh! Cari penyakit sungguh!

“Kemudian, saya nampak seorang makcik keletihan di bawah jambatan. Tak sedar, saya terlanggar kereta di depan.” Cerita Umar Tajuddin bersambung.

“Maaf sebab paksa Haura tadi! Saya malu sebenarnya, tak tahu nak sorok mana muka ni lepas saudara baju oren tu snapgambar saya dengan kereta. Haura ajelah yang saya nampak.”

“Encik Tengku jangan khuatir. Saya tak snapapa-apa gambar tadi. Apa yang saya nampak tadi dah saya padam dari memori.”

“Katakan suatu hari nanti, Haura berjumpa semula dengan Puteri Adlea?”

“Saya tak ingat apa-apa tentang Encik Tengku.” Jawab Haura Adlea, mengukir senyuman nipis biarpun hatinya meragui bicara sendiri.

“Terima kasih!”

“Kalau tak keberatan, Haura ceritalah serba sedikit pasal diri Haura. Dahlama ke belajar di Itali? Kenapa ambil jurusan Rekabentuk Kasut?” sambung UmarTajuddin, perasan suasana janggal menyekat perkenalan mereka. Tidak salah rasanya dia berkenalan dengan Haura Adlea memandangkan wanita muda itu sudimembantunya dan nampak sopan di matanya.

“Oh...Saya dah di hujung tahun ketiga. Kalau tak ada aral, tahun depan dahhabis study. Saya minat design kasut,Encik Tengku. Dari kecik lagi! Asal conteng kertas, saya lukis gambar kasut.Mak dan abah pun dah tak larat nak tegah minat saya. Bila dapat tawaran untuk sambung belajar di Itali, semua ahli keluarga beri sokongan.” Cerita HauraAdlea, membuang rasa segan yang bertamu di hati. Mujurlah Tengku Umar Tajuddin bertanya tentang minatnya terlebih dahulu. Mudahlah dia bercerita dan menyesuaikan diri.

“Rasanya bidang yang Haura pilih ni bukan senang nak masuk jugak, kan?”

“Tak susah bila ada minat tapi sangat susah bila melibatkan yuran dan kewangan. Susah nak buat keputusan untuk teruskan niat sebab yuran yang tinggi dan belanja yang besar. Tambahan pula, saya belajar untuk tempoh masa tiga tahun. Memang belanjanya sangat besar, Encik Tengku!”

“Habis tu, dari mana Haura dapat sumber untuk yuran pengajian dan kos sarahidup kat sana?”

“Pinjaman!”

“Bank?”

“Taklah! Mara.” Jawab Haura Adlea tidak berselindung. Semakin rancak pula perbualan mereka, sehingga tak sedar yang mereka sedang menghala ke arah laluan yang biasa digunakan Tengku Umar Tajuddin untuk pulang ke rumah keluarganya.

“Habis belajar kena cepat-cepat cari kerja dan bayar balik pinjaman.”Sambung Haura Adlea lagi.

“Kalau tak dapat kerja dalam bidang yang Haura nak? Maklumlah, negara kita sedang membangun. Industri tekstil tak besar seperti industri lain.” Balas Tengku Umar Tajuddin cuba menduga wanita muda di sebelahnya.

“Saya fikir juga pasal tu. Rasanya saya nak cuba kerja di sana dulu. Bila ada peluang, baru saya akan balik untuk laksanakan rancangan yang sepatutnya.”Sahut Haura Adlea, tidak ragu-ragu. Dia membuang pandang ke luar dan menyedari keanehan jalan yang mereka lalui.

“Kita di mana ni, Encik Tengku?” soal Haura Adlea, mula berasa tidak sedap hati.

“Di lebuh raya NK- Maaf Haura. Saya dah terbiasa guna jalan ni setiap hari sampai tak sedar yang saya sepatutnya hantar Haura ke stesen bas.”

Haura Adlea tidak menyahut. Rasanya dia tidak akan berkesempatan untuk menaiki bas kerana jam di dashboard sudah menginjak ke angka tiga lima belas minit petang. Teringat janji dengan emak sebaik petandingan itu tamat beberapa jam yang lepas. Dia berjanji dengan emak dan abah untuk bersama-sama dengan keluarga pada hari yang sama, namun bayang janji hanya tinggal janji sudah berlegar-legar di fikirannya.

 

 

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.