Monolog : "Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua
tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.
Tetapi... Mengapa Tuhan hanya memberi cuma sekeping hati kepada kita? Kerana
Tuhan telah memberi sekeping lagi hati kepada seseorang untuk kita
mencarinya...”
Ku
titipkan sebuah puisi untuk dirimu...
Di
dalam kemaruk fantasi dan realiti...
Biarpun
ianya tak seindah warna-warna pelangi...
Biarpun
ianya tak sepuitis ungkapan seorang penglipurlara...
Tetapi....
Tetap
ku persembahkan jua di atas kertas putih ini...
Sebagai
tanda persahabatan di antara kita...
Kata
mula mentafsir maksud...
Ku
susun indah dalam setiap baris...
Ada
sesuatu yang tersirat...
Dan
aku selitkan jua sesuatu yang tersurat....
Namun
sukar ku gambarkan di dalam bait-bait puisi...
Bahawa
dirimu suatu kurniaan...
Yang
terindah untuk diriku...
(oleh : nada’04)
Mata yang menyaksikan segala-galanya...
DAN segakanya bermula dari MATA...
Bila MATA lebih lantang bersuara...
HATI menyinggung segala perasaan...
MATA mampu menipu, tapi tidak pada HATI...
Turutkan HATI, kita kan menyesali...
Andai dibiarkan HATI mengusik PERASAAN..
“pabila telah ketentuannya ditetapkan
begitu...
ia pasti akan begitu
dan....
akhirnya ku temui...”
AKHIRNYA KU TEMUI
Kegagalan lalu banyak mengajar Mir erti
ketabahan. Mengapa di saat dia akan mengecapi kebahagiaan yang diimpikan,
hatinya pasti dilukai? Adakah kerana ketentuan-Nya begitu atau ianya cuma ujian
dari Yang Kuasa terhadap dirinya yang serba kekurangan?
Kegigihannya selama ini, memang berbayar
dengan kejayaan demi kejayaan yang diperolehi dalam kerjaya. Daripada seseorang
yang tak punya apa, kepada seorang yang begitu berpengaruh di MIH Holding. Mungkin
sudah rezeki dan tuahnya di situ.
Namun, mengapa dia sering gagal dalam soal
hati. Di saat ada jiwa yang mahu mengisi kekosongan hatinya, dia pula yang tak
punya rasa untuk menyambut salam bicara. Di kala dia mengimpikan insan yang
diminatinya, lain pula yang terjadi. Gagal dan terus gagal yang mengundang
tragis dalam kehidupannya. Lalu membawa hati jauh keluar dari bumi tanah tumpah
darahnya.
Namun janji Tuhan tak pernah dimungkiri.
Setiap titis air mata, setiap derita dan sengsara pasti ada hikmah
disebaliknya. Tentunya ada suatu yang membahagiakan di akhirnya. Akhirnya hadir
seorang insan yang menjadi kekasih akhirnya walaupun hakikatnya ada insan lain
yang lebih menarik pandangan.
Namun tidak mudah kebahagiaan ini dikecapi
takala dengan kehadiran Tina, anak majikannya yang begitu mengharap, Shieda,
gadis impiannya sejak di bangku sekolah dan Myza teman seperjuangan yang tulus
ikhlas mengabdikan diri untuknya. Namun bahagia tak kunjung tiba. Derita jua
yang sering bertamu. Siapakah insan yang tulus menerimanya? Bilakah dan di
manakah akan ditemui insan itu?
Yang pasti tiap insan dijadikan berpasangan
dan tentunya Mir juga tidak terkecuali. Kerana, sesungguhnya benar sekali kata
alam, pabila telah ketentuannya ditetapkan begitu.. ia pasti begitu dan..
akhirnya ku temui...
Oleh : Nada’78
BAB 1 : Detik Itu Berulang Lagi
“Tina sayangkan Mir!”
Terpacul tiba-tiba dari mulut manis Kartina
ketika aku mahu menikmati makan malam bersamanya. Selera ku segera terhenti.
Hilang tiba-tiba. Kata-katanya itu cukup mengganggu tumpuan. Aku tak tahu
kenapa. Tapi benar-benar aku terganggu. Kenapa mesti aku?
“Tina serius ke? Sedar ke
apa yang Tina ucapkan tadi?”
“Tina serius dan Tina sedar!”
Terpaku aku. Dia memandang aku. Aku tak termampu
bertentang mata dengannya. Anak matanya begitu mencengkam pandanganku. Aku
terpana. Menusuk hingga ke sudut hati. Benar-benar serius kah gadis cantik bak
bidadari dari kayangan yang sedang duduk penuh adab di depan aku ini? Atau dia
sengaja mahu menguji aku? Aku tak tahu. Aku jadi tertanya-tanya. Aku cuba
membayangkan diri ku yang serba kurang ini. Berkulit gelap, tidak berharta,
tidak berpangkat, dari kampung, keluargaku yang serba daif. Bagai langit dan
bumi. Masakan enggang mahu terbang bersama si pipit? Tidakkah terbit rasa malu
di hatinya kelak? Tidakkah jelek dipandangan orang melihat kami berpasangan
kelak? Aku tak mahu malukan Tina. Apa lagi memalukan Dato’. Dato’ banyak
memberikan jasa buatku. Tak kan aku mahu menconteng arang di mukanya? Tak kan
aku mahu dianggap mengambil kesempatan dari kebaikkan anak tunggalnya itu? Aku
tak mahu dianggap kacang lupakan kulit. Diberi betis, mahu paha? Tak sedar diri
dari lubuk mana asalnya.
“Hey Tina.... nanti, nanti, nanti dengar
sini. Jawab beberapa pertanyaan Mir dengan jujur okey..”
“Tanya lah. Tina mesti akan jawab dengan
jujur dan paling ikhlas setiap pertanyaan Mir tu.. Biar Mir puas hati dan
percaya yang Tina bukan main-main.”
“Kenapa mesti Mir, Tina? Kenapa?”
“Kenapa apa? Kenapa Tina pilih Mir? Sebab Mir
baik! Dan Tina sayangkan Mir lebih dari lelaki lain. Lebih dari papa Tina.
Lebih dari diri Tina sendiri. Jelas kan?”
“Lagi? Tak kan sebab itu saja. Kelak, bila
Tina bertemu dengan lelaki yang lebih baik.... Mungkin Tina akan luahkan perkara
yang sama. Beritahu Mir terus terang kenapa mesti Mir?”
“Tina tak semurah tu Mir! Tina tak semudah tu
meluahkan harapan buat lelaki. Di kolej, ramai yang mahu bersama Tina. Tapi
Tina tolak. Kenapa? Sebab mereka tak layak untuk Tina. Ramai yang cuma bertopengkan
malaikat. Hakikat, tertunggu detik untuk mengikis kelebihan yang Tina miliki
sebagai anak papa. Tapi Mir tak begitu. Tina lihat dan Tina yakini yang Mir jujur
untuk berkawan dengan Tina walaupun Mir tahu bagaimana kisah Tina dulu. Bagaimana
Tina hampir terbabas kerana jantan keparat satu masa dulu... Mir tak pernah nak
blameTina. Sebaliknya, Mir bagi
semangat dan dorongan untuk Tina bangun semula. Malah Mir sentiasa ada di saat
Tina perlukan teman untuk meluahkan rasa gembira dan duka. Mir tak pernah
membelakangkan Tina walaupun ketika itu Mir menjadi perhatian ramai... dan
lagi... Bagi Tina, Tina tak pernah rasa...”
“Rasa apa? Cinta? Sayang?”
“Rasa diri Tina dihargai, disayangi dan
dilindungi sehinggalah Tina bertemu dengan Mir. Malah kasih sayang dari papa
pun Tina tak pernah rasai seperti mana dengan Mir. Kerana Mir, Tina kenal erti
kasih, erti sayang dan rindu...”
“Tina... apa yang Mir lakukan pada Tina, yang
Mir berikan untuk Tina, Mir ikhlas sebab Mir sayangkan Tina. Sebab Mir mampu
untuk lakukan dan berikan itu semua untuk Tina. Malah, pada semua kawan-kawan
terbaik Mir, sikap Mir tetap sama. Lagipun, Tina pun tahu kan yang Mir...”
“Mir ada insan lain? Myza? Apa lebihnya Myza
tu dari Tina? Tina betul-betul harapkan kasih sayang Mir. Perhatian dari Mir.
Cinta dari Mir. Dan.... Diri Mir!! Susah sangat ke nak berikan semua tu?”
“Tina... Tolong faham kedudukan Mir. Mir bekerja
dengan papa Tina. Periuk nasi Mir di tangan papa Tina. Mir tak mahu nanti ada
suara yang mengatakan Mir ambil kesempatan. Mir jujur kerja Tina. Tak ada
kaitan dengan Myza atau yang lain-lainnya. Mir tak mengharapkan apa-apa lagi dari
Myza. Dah jelas, dia tak mahukan Mir lagi. Mir kini cuma ada Tina sebagai
tempat untuk Mir tumpahkan kasih sayang. Keluarga Mir jauh dan Mir tak punya
sesiapa di sini.”
“So,
apa masalahnya? Mir dah beri kasih sayang pada Tina dan Mir dapat kasih sayang
Tina? Mir sayangkan Tina kan.”
“Ya.. memang Mir sayangkan Tina. Jujur Mir
katakan yang Mir sayangkan Tina. Tapi, Mir sayang atas nama seorang teman dan
seorang abang kepada adiknya. Mir tak bermaksud yang lain Tina. Apa lagi nak
mainkan perasaan Tina.”
“Jadi Tina salah fahamlah? Tina yang bermain
dengan perasaan sendiri? Tina yang telah terpedaya dengan apa yang Mir luahkan?
Tina bodoh sebab tak dapat nak fahami sayang seorang abang dan sahabat. Begitu?
Tina bodoh sebab memasang impian untuk bersama Mir?”
“Tak... Tina tak bodoh dan jangan perbodohkan
diri sendiri. Cuma, Tina tersilap membuat perkiraan. Tina fikir Mir terlalu
baik dan selalu di sisi Tina, lantas Tina fikir Mir mencintai Tina. Soal hati
tak boleh kita paksa Tina. Tak boleh nak wujud dalam sekelip mata. Cinta perlu dipupuk
dan disemai baru ia berkembang.”
Tina terdiam dan tertunduk. Sesekali diseka
air mata yang mula membasahi pipinya. Aku tak sampai hati melihat. Ku kesat air
mata di pipinya. Tina rebahkan kepalanya ke dadaku. Aku biarkan seketika agar
keadaan Tina kembali tenang. Bukan salah Tina dan bukan juga salah aku. Apa
yang harus aku lakukan kini? Tak mungkin aku semudah itu menerima luahan hati
Tina. Kerana aku juga sedar yang aku ada hati yang harus ku jaga. Hati yang
terlebih dahulu mencuri pandangan dan kasih sayang. Walaupun aku tahu harapan
aku tak mungkin jadi kenyataan. Myza dah menolak aku. Dia tak mungkin menerima
aku lagi. Insan yang dianggap sebagai kekasih awal akhir ini, akhirnya dibuang
dan ditinggalkan tanpa sebarang alasan yang logik. Aku dipermainkan? Entah...
Malam itu berlalu tanpa sebarang
penyelesaian. Aku kesal dengan apa yang telah aku lalui. Namun aku akur ini
juga sebahagian dari sandiwara hidup yang mesti ku tempuhi. Aku tak punya
selera untuk terus menjamah makanan kegemaranku. Aku rasa bersalah melihat
redup di wajah Tina yang putih bersih itu. Aku yang menyebabkan wajahnnya
begitu. Kenapa aku tergamak menolak luahan hasrat hatinya? Tak layakkah Tina
buatku? Mengapa aku sedia melepaskan peluang di depan mata? Yang mungkin tak
kan dilepaskan oleh orang lain? Aku tak tahu. Aku tak dapat memberikan jawapan
pasti.
“Tina, mari Mir hantarTina
pulang ya. Nanti papa Tina risau pula..”
Tina tak bersuara walau sepatah. Hanya
menuruti dan membiarkan aku memimpin tangannya. Aku tahu dia kecewa. Mungkin
juga patah hati dengan keputusan yang didengarnya tadi dari mulut ku sendiri.
Sungguh aku tak mampu nak melarikan diri dari hakikat hati ku bukan untuk dia.
Aku tak tahu lagi siapa yang paling layak menerima hati ku yang telah terguris
kerana kisah lalu. Ataupun aku sudah berasa takut malah sudah berputus asa
kerana cinta dan perempuan? Tidak... Aku tak punya sebab untuk berasa begitu.
Aku takkan menafikan hak insan lain untuk mencuri hati ku. Aku yakin pada Qada
dan Qadar Tuhan. Menyakini, yang satu masa kelak, akan tiba jua masanya buat
aku mengecap nikmat bahagia yang hakiki.
Ku buka pintu kereta hadiah pemberian papa
Tina sempena hari lahirnya yang ke 20. Terfikir aku, bila agaknya aku jua akan
mampu memiliki kereta seperti yang Tina miliki kini. Beruntungnya jadi anak
orang kaya. Boleh dapat setiap yang diimpikan. Tidak.... Cinta tak dapat dibeli
dengan harta berjuta. Tina diam membisu sepanjang perjalanan. Aku cuba
mententeramkan suasana dengan menguatkan volume
radio Hot FM. Keletah Farah Fauzana sedikit sebanyak mengausai suasana.
Lancang betul Farah berbicara. Tiap tuturnya spontan. Macam bertih goreng. Aku
tersenyum..
Aroma di dalam kereta Tina cukup
mengasyikkan. Pandai Tina memilih. Biasalah anak orang kaya. Mesti kena jaga
imej dan pandai bergaya. Jika tuannya bergaya, apa lagi kereta.. Tina memang
manusia yang amat istimewa.
Aku tersenyum seketika mengenangkan aku yang
mungkin masih berimej kekampungan. Memang aku anak desa. Datang ke kota untuk mencari
sesuap nasi di sini. Dan aku segelintir yang bertuah kerana ditemukan dengan
Dato’ Fadzil. Ahli perniagaan berjaya. Semua orang kenal. Aku diterima bekerja
bukan kerana aku memiliki kelulusan luar negara. Tapi sekadar telah membuat
sedikit jasa baginya. Tapi bagi ku itu adalah tanggungjawabku.
Aku masih ingat pagi itu. Ketika aku mundar-mandir
bagai rusa masuk kampung. Aku perhatikan Dato’ Fadzil yang ketika itu baru
keluar dari ruang legar Maybank. Dia bersalaman dengan beberapa orang di situ.
Kenalannya barangkali. Tiada yang pelik bagi ahli koperat berpangkat dan
ternama sepertinya. Aku memerhati dari kejauhan. Aku cuba ingatkan sesuatu. Bagai
pernah aku temui lelaki ini. Tapi tidak pasti di mana. Sedang aku mengelamun
memikirkan siapa Dato’ Fadzil, tiba-tiba aku lihat Dato’ Fadzil menjerit
meminta pertolongan. Aku tak tahu apa yang berlaku. Yang aku lihat hanya
kelibat seorang lelaki bertopeng menuju ke arah ku. Aku fikir mereka menuju ke
arah motosikal honda kapcai yang masih menderum enjinnya. Temannya yang sedia
untuk memecut laju membawa hasil haram. Lantas aku menghampiri...
“Hoi budak? Pergi jahanam!
Jangan nak tunjuk hero!!!”
Mulianya budi bahasa. Terus aku menendang motosikal.
Seorang dari lelaki itu mahu menyerang aku dan silap besarlah. Tersungkur dia
ke tanah terkena penangan silat cekak harimau ajarah arwah Tok Karim. Seorang
lagi cuba melarikan diri. Tak kala semakin ramai yang datang dan menangkap
lelaki yang tersungkur itu, aku mengejar yang seorang lagi. Penyangak bodoh
yang tidak sekolah barangkali. Di campaknya beg ke arah ku dan terus hilang di
celah-celah lorong. Tak perlu ku kejar kerana polis pasti dapat mencari kerana
teman seperjuangannya telah di berkas. Manusia hari ini sukar diagak. Semuanya
berfikiran singkat semata-mata untuk mendapatkan wang. Banyak berlaku kini yang
niat menghalalkan cara. Ramai yang rela menangguk dari air yang keruh. Sanggup
berbahgia atas kesengsaraan orang lain. Peduli apa dengan orang. Diri sendiri
yang mesti didahulukan.
“Terima kasih anak muda. Tak tahu lah saya
kalau tak ada awak tadi. Banyak sangat maklumat sulit dan cek-cek syarikat di
dalam beg ini. Terima kasih anak muda. Terima kasih.”
“Sama-sama Dato’ Fadzil. Kebetulan saya di
situ.”
Dato’ Fadzil memandang aku. Aku juga
memandangnya. Tiba-tiba terpacul namanya dari mulutku. Baru ku teringat siapa
lelaki separuh abad yang berdiri di depanku. Aku dijemput untuk bersarapan
dengannya. Malu juga rasanya. Tetapi bila Dato’ Fadzil beriya-iya menjemput aku
akur. Ingin membalas budi katanya. Aku lakukan itu bukan untuk dibalas. Ikhlas
sebab itupun secara kebetulan. Kalau orang lain berada di situ, mungkin juga
mereka akan melakukan sama seperti aku. Atau, mungkin juga dibiar dan diperhati
sahaja sambil dalam hati mentertawa biar padan muka.
“Ya memang mulanya saya ingin membeli
tanah-tanah di kampung awak tu. Tapi saya batalkan niat di saat akhir selepas
saya melihat ada unsur-unsur penipuan dalam perjanjian pembelian. Saya tak mahu
bangsa saya rugi. Tanah bangsa saya tergadai dengan harga yang tak sepatutnya.
Dan saya seharusnya berterima kasih kepada ayah awak yang menentang keras niat
saya. Saya dah pecat peguam yang menguruskan perjanjian itu. Dia nak untung
atas angin. Bayangkan setiap RM100 dia akan dapat RM1 dan nilai anggaran yang
dia buat dia atas kertas RM5 juta. Tapi nilai sebenar dengan pihak broker RM15
juta. Berapa banyak dia akan perolehi.”
“Ooo habis tu di mana dia sekarang nie Dato’?
Kalau dalam cerita di TV, mesti dia dah melarikan diri untuk elak dari
ditangkap pihak berkuasa.”
“Hahahahahaha... itu dalam TV Mir. Orang
berlakon. Ini realiti. Sebelum dia melarikan diri saya dah buat laporan polis
dan BPR. Dan kini dia mungkin bergembira dalam rumah berpagar besi. Hidup mewah
dengan pakaian bernombor di dada. Dia di penjara sekarang ni. Ada lagi 15
tahun. Dia kena 25 tahun penjara untuk pecah amanah, peras ugut dan rasuah.
Tapi nasib dia baik, hukuman dijalankan serentak. Kalau tak, ada juga yang
menamatkan riwayat hidup di dalam penjara. Dunia hari ini macam tu lah. Susah
nak percaya orang berdasarkan rupa. Nampak baik, alim, warak... Tapi dalam
kepala, dalam hati belum tentu baiknya.”
Pagi itu rezeki aku murah. Aku memulakan hari
pertama ku di Kuala Lumpur dengan langkah kanan. Anak muda yang hanya
berbekalkan sedikit wang dah dapat makan percuma di hotel lima bintang. Aku
masih ingat lagi nama hotel itu. Hotel Vistana di Jalan Bukit Bintang... Memang
bagaikan istana.
“Okey
kalau awak setuju, awak boleh mula bekerja hari ini juga kalau awak mahu. Awak
kena mula dari bawah. Kenal dulu susah payah bekerja okey... Walaupun awak ada ijazah yang baik tapi dalam keadaan
ekonomi sekarang ni, ijazah seperti tiada nilai. Yang bernilai ialah duit dan cable.”
“Saya faham Dato’ dan saya terima. Terima
kasih Dato’. Cuma hari ni saya tak boleh sebab saya perlu cari rumah sewa
dahulu. Lagipun saya belum biasa lagi dengan keadaan di sini. Orang kampung
Dato’. Ini kali pertama saya sampai di kota yang cukup besar ni.”
“Baiklah. Awal cari area sini sahaja. Tengok di papan-papan iklan di bust stop. Banyak iklan tentang bilik
dan rumah sewa ni. Lagi satu, tak perlu awak risau untuk lewat atau tersesat.
Tak perlu besar-besar. Bilik pun sudah cukup baik. Orang bujang macam awak,
makan di kedai sahaja. Saya pun pernah muda seperti awak.”
Dato’ Fadzil tersenyum memandang aku
tersipu-sipu malu. Pandai dia mengambil hati pekerja. Patut semua orang yang
berurusan dengannya tak pernah merungut. Dia beritahu aku dalam bisnes ni,
pelanggan adalah raja dan pekerja adalah permaisuri. Kena jaga kedua-duanya
dengan baik.
“Oh ya.. Malam ni awak datang rumah saya kita
makan malam sama-sama. Nanti driver
saya datang jemput awak di sini dalam jam 8. Saya minta diri dulu. Banyak kerja
yang perlu saya uruskan di pejabat. Sekali lagi terima kasih atas pertolongan
dan keberanian awak.”
Aku berlegar-legar di sekitar bandaraya.
Meninjau-ninjau iklan bilik untuk di sewa. Berkerut dahi melihat sewa bilik pun
mencecah RM300 sebulan. Patutlah gaji orang kota besar-besar. Kos hidup pun
melampau-lampau tingginya.
“Kalau awak setuju, awak boleh tinggal dengan
kami. Kami pun memang mencari teman bilik lagi. Nak kurangkan kos membayar
sewa. Ramai-ramai memang sesak sikit tapi jimat untuk bayar sewa. Kalau awak
masuk, jadi 5 orang.. Sebulan RM80.”
“Okey lah, saya setuju.”
“Bagus... Saya Awai. Ini member kita Syafee
dan yang tu Wan Zur. Lagi sorang belum balik keje.”
“Saya Mir Sharifuddin, panggil Mir cukup
lah.”
Lega aku dapat selesaikan urusan penginapan.
Puas aku berlegar-legar mencari. Mahu sahaja aku telefon Dato’ Fadzil minta
bantuan dia carikan rumah untuk aku. Tapi tak kan hari pertama sudah
mengharapkan ihsan Dato’? Aku berlalu selepas meninggalkan beg di rumah sewa.
“Hello, Assalammualaikum mak... Mir dah
dapat kerja dah. Jadi kerani saja. Tapi tak
apa lah. Mir mula dari bawah. Mir tinggal menyewa dengan kawan-kawan baru.
Jangan lah mak abah risau ya. Apa-apa hal Mir akan telefon beritahu. Kirim
salam pada abah, Angah, Ucu dan Achik dan semua-semua lah. Kata Mir rindukan
mereka semua..”
Aku berjalan lagi menuju ke pejabat Mentari Indah
Holding. Nak naik bas awam aku tak tahu nombor berapa yang harus aku naik.
Orang kata di sini, naik bas tak ada konduktor. Bayar guna syiling masuk dalam
mesin. Aku tak pernah semua tu. Tentu masalah. Jalan raya penuh dengan
kenderaan yang bertali arus. Sesuatu yang juga baru bagiku. Tentu warga di sini
sudah masak benar dengan keaadan sebegini. Jika tidak pasti ada yang tak senang
hidup. Satu yang cukup aku kagumi, ramai betul yang bertelefon bimbit. Budak
sekolah pun ada yang tak lekang dengan telefon di telinga. Aku juga yang serba
kekurangan. Sesekali aku terfikir alangkah hebatnya jika pulang ke kampung dengan
berkereta besar dan bertelefon bimbit. Tentu ramai mata yang memandang..
Jika dulu Siti anak Haji Mat asyik
mempersendakan aku, mungkin kali ini dia pula yang terhegeh-hegeh nak menumpang
keretaku. Mungkin juga Zubaidah, ratu kampungku jua akan tersenyum lebar dan
manja tiap kali aku singgah di kedai runcit maknya. Pendek kata, aku yang dulu
nak dipandang sebelah mata pun tak ingin, kelak akan menjadi sebutan. Di
mana-mana orang akan memperkatakan tentang aku. Mir dah berubah, Mir dah loaded, Mir dah berjaya. Mir itu dan Mir
ini. Aku tak pasti, namun aku tahu tentu tak siapa yang mahu menolak tuah jika
yang datang itu lombong emas buat mereka. Tak perlu bekerja lagi kerana boleh
mengharapkan menantu.
“Makan Mir... Apa yang
tersenyum sendiri tu? Ada yang melucukan ke?”
“Opps.. Maaf Dato’. Saya mengelamun tadi.
Lucu pulak rasanya....”
Sedang kami menjamu selera, terdengar bunyi
enjin kereta dimatikan. Dato’ Karim memandang ke arah Mak Piah dan mengarahnya
menjemput tetamu yang baru hadir. Mak Piah patuh..
“Anak papa lewat 5 minit hari ni. Mari makan
cepat. Papa nak kenalkan dengan hero Kuala Lumpur.”
“Papa ni ada-ada sahaja
lah. Mana hero tu? Mungkin boleh jadi buah hati Tina”
“Mir... ini anak saya Kartina Shahriza. Manja
sikit. Dan suka buat sesuatu yang dia fikir nak buat. Tak fikir pasal orang
lain. Panas hati, bercita-cita tinggi, kuat merajuk. Tapi saya sayangkan dia.
Satu-satunya harta yang ditinggalkan oleh arwah isteri saya. Harta yang sayang
anggap nyawa saya.”
“Papa.... Tina merajuk nanti baru tahu.”
“Okey...
I’m so sorry honey... Sayang, ini lah hero yang papa cerita pagi tadi. Mir
Sharifuddin.”
“Hai... Tina.”
Tina menghulur tangan ke arah ku. Perlukah
aku menyambutnya? Aku tak pernah memegang tangan perempuan asing bagiku. Sesuatu
yang tak pernah aku lakukan dulu. Segera Tina menarik kembali tangan yang
dihulurnya tadi. Lega hatiku. Tapi nafsuku memarahi. Kenapa kau tidak ambil
peluang yang terhidang di depan mata kau? Mana boleh! Bukan sifatku mengambil
kesempatan atas apa yang ada. Kami menjamu selera sambil ketawa. Sesekali aku
mencuri pandang ke arah Tina. Cantik benar anak gadis di depan mataku kini.
Tapi kenapa tak nampak wajah ceria pada air muka nya? Memang dia ketawa tapi
aku tak nampak ketulusan tawanya. Seolah-olah dia sedang berperang dengan
sesuatu yang aku tak tahu.
“Dato’.. Terima kasih atas jemputan ini.
Sedap sungguh masakan Mak Piah. Bertambah saya hari ini. Teringat sangat-sangat
pada masakan mak di kampung.”
“Kalau mahu rasa masakan
Mak Piah, datanglah rumah Tina selalu. Mak Piah akan masak menu paling special untuk hero KL. Nak Tina masak
pun boleh. Tapi beritahu dulu. Kalau datang tiba-tiba, mee maggi lah jawabnya.”
“Jangan la panggil saya
dengan nama tu. Malu saya. Saya tak hebat pun. Kebetulan saja tu. Panggil Mir
cukup lah.”
Tina meningkah cakap ku sebelum sempat aku
membalas. Jam 12 tengah malam aku sampai ke bilik sewaku. Teman-teman baru ku
masih menonton TV. Cerita menarik barangkali. Aku tersenyum dan berlalu ke
bilik. Panas rasanya. Badan pun berpeluh melekit. Ku capai tuala Hello Kitty pemberian Achik sebelum aku
berangkat ke ibu kota. Lega rasanya, bila badan yang keletihan disiram air
sejuk. Aku memikirkan apa yang bakal ku lakukan di pejabat esok. Apa tugasku?
Bagaimana suasana di pejabat nanti. Tak sabar rasanya nak memulakan tugas ku.
Kerjaya ku yang pertama sejak mendapat ijazah. Kerja yang difikirkan orang lain
bersesuaian dengan kelulusan ku. Bekerja di syarikat besar dan di ibu kota.
Bukan tugas sebagai pekerja am di pusat servis yang memenatkan. Aku terkenang
kerja yang pernah ku lakukan. Pekerja am di pusat servis kereta. Lari dari
kelayakan yang aku ada. Tapi demi untuk mencari modal ke bandar, aku rela
bersusah payah dahulu.
“Kau kerja di mana Mir?
Sebagai apa?”
“Di Mentari Indah Holding. Kerani aja pun.
Tak pe lah mula dari bawah kan.”
“Hey... beruntung kau tahu dapat kerja di MIH
tu. Nama aja kerani tapi gaji besar. Bayangkan saja lah yang keje guard pun gaji RM1000 sebulan. Ni pulak
kerani. Mau dekat-dekat RM2000 kalau nak dikira elaun dan OT. Bertuah kau Mir.
Aku yang dah 2 kali pergi walking
interview. Dua-dua dapat balasan tapi... dukacita di maklumkan permohonan
anda gagal.”
Hilaian ketawa memecah suasana. Wan Zur tak
mengambil hati kerana dia tahu teman-temannya tak berniat untuk
mempersendakannya. Hanya mengusik dan begitulah mereka.
“Bukan rezeki kau kot..”
“Bukan tak ada rezeki tapi bagi malu diri.
Ada ke guna sijil PMR untuk apply
jadi ketua kerani. Jadi despatch kot
lah padan...”
Kami berlima ketawa. Aku rasa gembira sangat
kerana teman serumah yang satu kepala denganku. Senang di bawa berbual dan
boleh saling menyakat. Jam berganjak ke angka 2 pagi. Aku bingkas ke bilik.
Letih benar rasanya badanku. Ku lihat Ali dah tidur. Syafee dan Najmi lebih
suka tidur di ruang tamu. Belum sempat aku nak terlelap, bahu ku di cuit.Awai
memandang aku...
“Hidup di kota tak sama macam hidup di
kampung Mir. Pandai-pandai bawa diri, pandai-pandai pilih kawan dan jangan
terlalu baik. Orang akan ambil kesempatan ke atas kita. Jangan terlalu merendah
diri sebab kedudukan kita adalah di bawah tapak kaki orang yang sombong diri.
Berani biar bertempat dan paling penting jangan tinggal yang 5. Itu tunjang
kehidupan kita di sini.”
“Terima kasih bang. Saya hargai ingatan.
InsyaAllah, saya akan sentiasa jaga diri dan berhati-hati. Niat saya nak
mencari rezeki, bukan bersuka hati. Kalau ada apa-apa yang tak betul abang
tegur-tegur lah saya nanti.”
“OK, Mir pun, kalau ada apa-apa masalah
jangan segan-segan berkongsi dengan abang okey... Tidurlah esok awak nak kerja.
Selamat malam. Assalammualaikum.”
Aku terlelap dalam keletihan yang amat
sangat. Tiada mimpi yang bertandang. Mungkin mimpi pun terasa kasihan melihat
aku yang sedari pagi bergerak dan berjalan tanpa henti. Tiada lagi kokok ayam
di pagi hari. Yang ada deruman dan hon kereta yang pusu-pusu di jalan raya.
Membingitkan kepala. Kuala Lumpur bagaikan tiada erti malam buatnya. Sentiasa
terjaga dan terus terjaga.
Tepat jam 6 pagi aku sudah siap bersolat
subuh memohon restu dari Ilahi agar langkah ku akan sentiasa di landasan yang tepat
dan diredahi. Seawal jam 8 aku sudah berada di depan MIH. Suasana masih sepi.
Patutlah, kerja bermula jam 9.30 hingga jam 5.30. Kalau aku tahu, sudah pasti
aku tak terkocoh-kocoh untuk datang. Tak mengapa. Hari pertama aku mesti
memberikan gambaran yang terbaik tentang diriku.Kelak tidaklah menjadi buat
mulut orang. Awal-awal sahaja bersemangat, dah kian serasi bula buat perangai.
Aku tak mahu dicop begitu. Aku kerja ikhlas.
BAB 2 : Naik Pangkat dan Gelora Bermula
Diam tak diam sudah 6 bulan aku di MIH.
Bermakna 6 bulan juga aku menjadi warga Kuala Lumpur. Aku dah tahu selok belok
ibu kota. Lorong mana yang tak pernah ku cuba. Simpang mana yang tak pernah dilalui.
Bukan Mir namanya jika tidak ku kenali mana letaknya tempat-tempat di Kuala
Lumpur walau tiada sebarang papan tanda. Masakan tidak. Pantang ada kesempatan
pasti aku akan bermotor pusing-pusing Kuala Lumpur. Sengaja aku berbuat begitu.
Mana tahu kelak ianya berguna buat aku. Sekurang-kurangnya aku telah bersedia.
Pagi ini mesyuarat tergempar diadakan di MIH.
Aku tak pasti atas tujuan apa. Mungkin mengenai kekosongan beberapa jawatan
penting ekoran penyusunan semula syarikat tempoh hari. Aku sebagai ketua kerani
semestinya perlu hadir untuk sebagai wakil kepada bahagian ku. Setiap kerusi di
meja bulat yang boleh memuatkan 40 orang telah penuh terisi. Hanya menanti
kedatangan Dato’ Fadzil sahaja sebagai Pengerusi.
“Assalammualaikum dan selamat pagi semua.
Terima kasih atas kehadiran tuan puan ke mesyuarat tergempar ini. Sebenarnya
ada beberapa perkara yang ingin saya umumkan dan perkatakan untuk pengetahuan
tuan puan semua.”
Dato’ Fadzil bercakap panjang lebar mengenai
perkembangan syarikat yang kian baik. Semua orang bertepuk tangan bila Dato’ Fadzil
mengumumkan pemberian bonus khas 2 bulan gaji kepada semua kaki tangan atau RM2000
untuk pekerja bergaji kurang RM2000. Aku juga mendapat tempiasnya. Semua orang
berrtepuk dan bersorak gembira dengan pengumuman itu. Aku pun turut serta. Dengan
gaji ku yang kini sekitar RM2100 aku bakal mendapat durian runtuh. Rezeki Angah
agaknya yang bakal melangsungkan perkahwinan. Abah memang bercadang nak membuat
majlis yang agak besar sempena menyambut menantu pertama. Dan aku sebagai anak
sulung seharusnya menjadi penyumbang utama.
“Sebagai langkah untuk memperkemaskan
operasi, Mohd Al-Farabe akan dinaikkan pangkat sebagai pengarah operasi di MIH
(marketing), cawangan baru kita di
Ipoh. Makala cik Siti Rabiatul Adawiyah akan dinaikkan pangkat sebagai Ketua Eksekutif
Jualan menggantikan Mohd Al-Farabe. Untuk pengisian jawatan Pengurus Sumber
Manusia yang dikosongkan oleh Siti, saya mengumum kan perlantikan ketua kerani
kita, Mir Shariffuddin sebagai Pengurus HR yang baru. Manakala ketua kerani akan
diambil alih oleh penolongnya, cik Chatherine. Lain-lain nama untuk jawatan
kecil akan diumumkan kelak. Tahniah kepada semua yang dilantik dan saya menaruh
kepercayaan yang tinggi ke atas kebijaksanaan dan komitmen anda untuk memajukan
MIH. Ingat satu perkara. MIH ini milik kita bersama.”
Majlis bersurai dengan aku tersandar di
kerusi memikirkan kebenaran pengumuman Dato’ Fadzil tadi. Benarkah aku kini
bergelar Pengurus HR? Jawatan yang dikatakan Dato’ sebagai jantung dan nadi
kepada MIH. Kenaikan pangkat bermakna kenaikkan gaji dan semestinya pertambahan kepada tugas dan tanggungjawab.
Bersediakah aku? Ramai orang mengucap tahniah buatku. Kata mereka aku memang
layak untuk tugas tersebut kerana komitmen aku yang tak pernah kurang terhadap
kerja dan tanggungjawab aku selama ini.
Tapi ku lihat ada juga semacam menarik muka.
Mungkin kerana mereka tidak terpilih? Entah, aku pun tak tahu. Yang aku tahu,
pemilihan Dato’ atas sumbangan yang telah aku curahkan. Aku tak bodek, aku tak
ampu. Semuanya pemberian dari-Nya atas kegigihan dan usaha aku jua.
“Encik Mir, sila ke bilik
Dato’ sekarang”
“Thanks Ros. Saya pergi sekarang.”
“Tahniah Mir. Saya percaya yang saya telah
membuat pilihan yang tepat. Serentak dengan perlanti-kan ini, awak akan
berpindah ke bilik awak yang baru. Awak tahukan di mana. Dan awak juga akan
menikmati kemudahan yang disediakan oleh pihak syarikat sebagai syarat
penerimaan.?
“Syarat penerimaan? Apa maksud Dato’.?
“Syarikat akan menyediakan sebuah kereta,
telefon bimbit, laptop, kad kredit
dan sebuah rumah serta beberapa elaun khas setiap bulan. Dan saya yakin awak
tidak berdepan masalah dengan syarat ini-kan. Ini adalah polisi syarikat ini
dan setiap pekerja perlu mematuhi untuk menjaga imej syarikat.”
“Dato’... Saya gembira bersama teman serumah
saya dan lebih selesa bermotosikal sahaja ke pejabat. Dapat mengelak kesesakan.
Lagipun saya tak berapa minat untuk nampak mewah. Apa guna jika kemewahan itu
bukan milik saya yang sebenarnya.”
“Saya faham maksud awak tapi ini adalah
polisi syarikat sebagai tanda pengiktirafan kepada para pekerja yang dedikasi.
Awak boleh datang ke pejabat dengan motosikal tetapi untuk urusan pejabat di
luar, awak mesti berkereta. Rumah syarikat pun tak jauh kan. Di belakang
syarikat ini sahaja. Awak boleh lihat dari bilik baru awak nanti rumah yang
berbumbung biru.”
“Baik lah Dato’ kalau begitu, saya setuju dan
berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan Dato’ buat saya. InsyaAllah,
saya akan laksanakan tanggungjawab saya dengan sebaik mungkin.”
Hujung minggu aku pulang ke kampung. Sudah
lama benar aku tidak pulang. Sejak aku meninggalkan kampung, ini lah kali
pertama aku pulang. Aku pulang dengan membawa kejayaan. Aku tak pasti apa
pandangan orang kampung apabila aku pulang kelak. Aku pulang dengan membawa
hajat juga. Aku mahu mak dan abah merisik Shieda, gadis impian ku. Teman
sepermainan sedari kecil. Tapi aku tak pasti sama ada ayah nya dapat menerima
aku atau tidak. Sebab aku tahu, ayahnya memang bercita-cita mahu bermenantukan
orang kaya. Biar senang anak mereka katanya. Tapi aku fikir ayah nya mahu
menyenangkan diri sendiri dan anak sebagai batu loncatan.
“Mak... Along balik mak.
Abah... abang Along balik.. Angah... Ucu... Alang balik...”
Jeritan Achik memecah suasana hening rumah
petang itu. Aku terasa sangat gembira bila melihat adik-adik ku berkejar-kejar
ke arah ku. Ditariknya beg aku. Ucu mengambil sweater di bahu. Alang menjinjing beg plastik dari tangan. Terasa
hilang beban yang digalas dari tepi jalan tadi. Sengaja tidak ku beritahu
kepulangan sebagai satu kejutan buat
semua. Ternyata mereka terkejut.
“Macam mana kerja kau di
Kuala Lumpur Long? Seronok ka? Kau kerja apa?”
“Kerja OK. Kerani biasa saja. Aku yang tiada
pengalaman mana nak dapat jawatan baik. Kau tu dah siap sedia ka nak jadi ratu
sehari? Jadi isteri yang baik tau. Isteri yang taat pada suami, pada ibu bapa
dan lagi penting pada Tuhan.Jangan jadi macam aku dulu, memalukan mak abah
saja.”
“InsyaAllah Long.. Aku pun lega sebab si Ali
pun banyak mengingatkan aku tentang semua tu. Pandai kau cari laki untuk aku.”
Angah tergelak. Aku turut tergelak. Ali teman
seperjuangan aku di universiti bakal menjadi ipar sendiri. Aku ingat lagi kisah
awal Ali dan Angah. Gara-gara aku membawa dia pulang ke kampung, hatinya terus
terikat dengan Angah. Katanya dia minat pandang pertama. Aku cabar dia untuk
luahkan hasrat hatinya pada abah dan mak. Sekali lagi aku tak sangka, terus
sahaja dia meluahkan hasratnya. Tidak sampai seminggu mereka sudah bertunang.
Mudah benar jodoh Ali dan Angah. Kalau lah aku juga begitu, alangkah gembiranya
hidupku. Tapi mustahil untuk aku mengecapi kebahgiaan semudah itu. Ini suratan takdir
yang terpaksa aku lalui.
Malam itu, setelah abah pulang dari surau,
aku mendapatkan emak dan abah di anjung rumah. Aku mahu luahkan niatku pada
mereka. Biar mereka tahu yang anak mereka dah bersedia nak berbini. Dah sampai
seru untuk membina keluarga. Untuk memikul tanggungjawab baru. Biar mereka
terkejut dengan berita ini. Mana tahu kenduri Angah dapat berlangsung sekali
dengan kenduri aku. Jarang sekali majlis dua mempelai seperti ini berlangsung
di sini.
“Kau dah habis fikir ka? Kau bukan tak kenal
Haji Malek tu. Dalam kepala dia fikir duit sahaja. Menantunya mesti ada kereta
besar, rumah besar dan duit banyak. Apa yang kau ada?”
“Saya ada semua tu abah. Rumah, kereta dan
macam-macam lagi. Tunggu isteri aja masuk rumah. Apa kata orang? Cuci kaki
saja...”
Aku menguji abah ku. Abah memandang ku atas
ke bawah. Bawah ke atas seolah-olah aku menipu dirinya. Dahi abah berkerut.
Mungkin kurang percaya dengan kata-kata ku. Aku tersenyum. Satu hari nanti
pasti abah akan lihat buktinya.
“Abah cakap sahaja yang saya ada semua tu.
Terpulang Haji Malik nak percaya atau pun tidak. Tapi Mir memang ada semua tu
abah. Abah percaya tak?”
“Kau balik kampung pun guna bas. Ini kan nak
cakap kau ada semua tu. Mahu digelak Haji Malik. Kata kau tu kuat berangan. Mat
jenin. Berangan setinggi gunung. Tapi tak pa lah, biar abah dan mak
merisik-risik dulu. Tapi kau jangan menaruh harapan terlalu tinggi. Takut kau
kecewa. Nak kena sedia telinga la nak dengaq Haji Malik hina kau. Mempersenda
kami. Tapi, demi anak-anak kami sedia.”
“Tak lah ayah. Saya cuma minta ayah
merisik-risik. Kalau ada peluang kita terima. Kalau tak ada nak buat macam mana
kan. Akur lah... Saya pun bukan lah berharap sangat. Cuma nak tunaikan janji
saya pada Shieda yang mana saya pernah beritahu dia yang saya akan hantar mak
abah ke rumah bila saya pulang dari Kuala Lumpur. Tapi kalau abah dan mak fikir
lain, tak payah lah. Tak mau sebab Mir, abah dan mak tanggung malu.”
“Haji Malik tu yang memilih. Nama saja haji
tapi perangai tak pernahnya berubah.”
Dan ternyata tekaan abah
tepat. Permintaan ku telah membuatkan muka mak dan abah malu. Sekejap saja
berita penolakkan Haji Malik tersebar. Siapa lagi yang nak sebarkan berita ni
kalau tak dari mulut Haji Malik sendiri. Bangga betul dia bercerita di kedai
kopi tentang aku. Aku terkilan benar dengan apa yang berlaku. Aku tak mahu
berlama di sini. Abah pun minta aku keluar seketika. Biarlah reda dulu cerita
penolakkan ni. Aku akur dan penuhi permintaan abah sebab aku tahu, malunya aku
berdepan dengan hinaan ini, malu lagi abah dan mak sebagai ibubapa. Bagaimana agaknya
perasaan mak dan abah aku yang terpaksa berdepan dengan orang-orang kampung.
Aku di Kuala Lumpur mungkin kurang tempiasnya.
Sebelum aku berangkat
pulang, terlepas dari pandangan sinis orang kampung, abah memeluk aku. Aku
membalas dengan pelukan erat dan berkali-kali memohon maaf atas apa yang
berlaku.
“Biaqlah... Biaq pi la Haji Malik nak kata
kau tak layak jadi menantu dia. Kau kerja kerani, mana nak mampu nak sara anak
dia tu. Biaq dia berbangga kata yang ada anak Dato’ mai dari mana entah, datang
bertanya-tanyakan anaknya minggu sudah. Tak pa... anggap jodoh dengan Shieda tu
cuma setakat kawan saja. Abah memang suka dengan si Shieda tu. Baik budi,
pandai ambil hati orang tua, sopan dan pandai pulak tu. Tapi dah Haji Malik
kata macam tu kita nak kata apa lagi?”
“Tak pa la abah, mak. Saya minta maaf sebab
buat mak abah malu tak pasal-pasal. InsyaAllah, satu hari kelak Haji Malik akan
kenal siapa saya. Orang yang dia tak pandang walau sebelah mata ni,
rupa-rupanya intan permata. Saya akan buktikan abah, mak.. Saya tak makan hati
pun kat Haji Malik tu. Hari ni hari dia, mungkin esok lusa hari kita pulak.
Kerja Tuhan, siapa yang dapat agak kan?”
“Banyak lah hang punya permata. Bukti dulu,
baru nak bercakap macam tu.”
“Ye lah, saya akan buktikan nanti. Mak tengok
la nanti. Buat masa la ni, biar la apa orang nak kata tentang saya, tentang
kita. Satu hari kelak semua mata akan memandang anak mak abah ni. Tengok lah
nanti. Masa tu saya akan bawa mak pusing-pusing kampung naik Mercedes. Biaq
orang kata, tu dia mak datin Piah dengan anak dia dok melawat kampung.”
Ketawa riang memecah kelesuan kepulanganku.
Aku tahu mak dan abah ketawa, tapi mereka tetap kasihankan aku. Aku kenal
mereka. Mereka mampu melindungi kesedihan sendiri demi anak-anak. Tapi aku jua
terkilan. Kerana aku mereka mendapat malu. Hal dah nak terjadi. Suka atau
tidak, kami kena terima. Aku pulang membawa rasa terkilan yang mendalam. Aku
tak kisah lamaranku ditolak. Tapi aku tak dapat terima bila Haji Malik mempersenda
dan memperlecehkan aku. Aku juga ada maruah untuk dipertahankan. Aku nekad
dalam diri, aku akan tunjukkan pada Haji Malik yang aku perlu dihormati. Tapi
silap aku juga yang masih mahu berahsia yang aku kini sudah berpangkat besar.
Biarkanlah. Belum tiba masanya untuk aku ceritakan siapa aku kini. Seorang yang
sudah pun dipandang tinggi.
Sedang aku menunggu bas untuk pulang, bahu ku
di tepuk lembut. Aku menoleh dan terperanjat. Dia datang menghampiri. Masih
seperti yang ku kenali.
“Mir, maafkan Shieda... Shieda pun tak tahu
nak kata apa. Ayah terlalu memandang kebendaan seolah-olah semua tu yang
menentukan kebahagiaan. Tapi, sebagai anak, Shieda tak mampu nak lawan cakap orang
yang melahir dan membesarkan Shieda. Shieda harap Mir tak kecil hati dan tak
kan melupakan Shieda ya. Kita tetap kawan dan Shieda tetap sayangkan Mir sampai
bila-bila. Jangan berdendam dengan Shieda kerana penolakkan ayah. Please Mir. Shieda tak sanggup.”
“Tak apa lah Shieda. Jodoh kita hanya sebagai
kawan. Mir pun takkan melupakan Shieda. Cuma Mir terkilan sangat-sangat dengan
sikap ayah Shieda tu. Mir tak kisahlah kalau dia nak tolak lamaran Mir, tapi
sampai menghina. Malu mak abah Mir pada orang kampung. Susah Mir nak terima
semua tu. Apa-pun, tak apa lah, Mir redha dengan ketentuan Ilahi. Dah nasib Mir
begini.
“Shieda lagi sedih sebab Mir baik sangat. Shieda
kenal Mir bukan sehari dua. Tapi kenapa ayah sanggup buat begitu?”
“Sebab Mir tak ada harta. Itu penyebabnya
Shieda. Tengoklah... Satu hari kelak, ayah Shieda akan menelan hinaan dia pada Mir.
Hari ini pun Mir boleh buat ayah Shieda tarik balik kata-katanya. Tapi Mir tak
mahu malukan dia. Tiba masanya nanti, Mir janji akan pastikan ayah Shieda akan
mengakui yang Mir tak layak dihina, dicaci dan dipersenda. Mir tak ada langsung
menyimpan rasa terkilan atau berdendam dengan Shieda. Okeylah... Bas pun dah datang tu. Ini kad Mir. Kalau perlukan
apa-apa pertolongan contact sahaja
nombor tu. Mir pergi dulu. Assalammualaikum..”
Sengaja ku berikan kad lama ku pada Shieda.
Kad nama dengan jawatan baru masih belum siap dicetak. Tak mengapalah. Kelak
akan ku berikan jua kad baru ku buat Shieda. Bila tiba masanya. Kala itu, jika
Haji Malik mahu pun akan ku beri. Biar mereka terkejut tengok namaku, di mana
kedudukan aku dan layakkan aku terus dihina? Jauh di sudut hati terpalit rasa
kecewa yang amat sangat sebab aku tak dapat memiliki insan yang telah ku kenali
hati budinya. Insan yang pertama mencuri hati ku setelah aku terkecewa sebelumnya.
“Encik Mir, ada panggilan telefon untuk
Encik. Di line 2.”
“OK, sambungkan..”
Terdengar suara seorang perempuan yang
seperti pernah ku dengar sebelum ini. Tapi aku tak dapat nak mengingati siapa.
“Hey, Tina lah. Turun ke
Kafe sekarang. Tina dah order lunch ni.
Cepat sikit tau.”
Aku menggaru dahi yang tidak gatal. Satu
arahan yang tak mampu dielak lagi. Aku mesti pergi kerana Tina telah memesan
makanan dan aku sememangnya lapar. Tetapi jika aku pergi, mesti ada suara-suara
sumbang di belakangku kelak. Aku naik pangkat kerana aku ada affair dengan anak bos. Pergi sahajalah.
Tak baik menolak jemputan orang. Aku memang diajar supaya jangan kecewakan
hajat orang.
Dari jauh aku disambut
dengan lambaian Tina di satu sudut yang agak asing bagiku. Tersorok tapi
mendamaikan. Suasana suram menambahkan lagi rasa kelainan. Bagaikan pertemuan
dua kekasih. Tapi aku tak bercinta pun dengan Tina. Aku anggap Tina macam adik
aku.
“Assalammualaikum.. Dah
lama tunggu?”
Aku memulakan perbualan ringkas sebaik sahaja
memelihat wajah mencuka Tina. Ada sinar resah yang terpancar dari mata redupnya
itu. Aku cuba-cuba untuk meneka apa yang
bermain di hati Tina. Tapi aku gagal. Ternyata tentu ada sesuatu yang berat
yang sedang mencorak fikirannya. Lantas membuat Tina terganggu dan mahu aku
disisinya sebagai pembakar semangat dan keyakinan diri. Aku kenal Tina sedikit
sebanyak. Anak gadis yang begitu manja dan mengharapkan perhatian dari
insan-insan yang disayanginya. Mungkin kerana sedari awal dididik dengan pelbagai
kemewahan. Kasih sayang yang seolah-olah dapat dibeli dengan wang ringgit.
Pun begitu aku kagum dengan Tina. Walaupun
kehidupannya begitu mewah dan mampu mendapat apa sahaja yang diingininya, namun
dia tetap seperti gadis timur yang lain. Beradap sopan, lemah lembut dan penuh
dengan langkah susun yang tertib. Persis anak istana zaman kesultanan yang kaya
dengan adat dan pantang larang. Tina begitu patuh pada nasihat dan arahan papanya.
Tak pernah aku dengar Dato’ merungut tentang Tina. Yang ada cuma pujian yang
melangit. Mungkin kerana Tina tidak mahu dianggap sebagai mengambil kesempatan
atas kebebasan ataupun kemewahan papanya? Hanya dia yang tahu. Pernah aku bertanya,
tetapi ringkas sahaja jawapannya. Harta berjuta itu milik papanya dan dia hanya
menumpang seketika. Wang berjuta pun kalau kering dengan kasih sayang tiada
gunanya juga. Kagum aku dengan pendapat Tina yang begitu matang..
“Ada apa yang special ke Tina ajak Mir datang sini ke?
Selalunya begitu kan?”
Aku lihat Tina tersenyum. Memandang tepat ke
arah ku. Aku menunduk. Tak mampu rasanya untuk aku bertentang mata dengan gadis
di depanku. Matanya terlalu cantik dan mampu menikam siapa jua yang
memandangnya.
“Weekend
ni kolej Tina ada buat annual dinner
dan setiap penghuni kolej mesti membawa seorang tetamu ke majlis kelak. So, Tina nak Mir pergi ya.”
“Kenapa pula Mir yang kena pergi? Papa Tina kan
ada? Ajak papa Tina lah. Baru glamor sikit...”
“Ala... Papa memanjang busy dengan meetinglah, seminar lah, golf lah. Nak tengok
muka pun harap hujung minggu sahaja.”
“Tina beritahu lah awal-awal sama papa Tina
tu. Untuk anaknya yang kiut ni tentu papa Tina boleh luangkan sedikit masa.”
“Pandai lah tu. Puji-puji Tina ni, tentu ada
apa-apa juga ni.”
“Tak lah. Mir puji ikhlas . Memang kiut pun.
Nanti Mir beritahu Dato’ tentang ni ya... Harap Dato’ dapat luangkan masa untuk
Tina nanti.”
“Biar Tina call papa sekarang..... Hello,
papa. Tina nak beritahu papa. Weekend
ni Mir tak boleh datang kerja. Tina dah plan
nak bawa Mir ke kolej Tina untuk annual
dinner. Bolehkan papa. Thanks
papa... Sayang papa juga. Waalaikumsalam.”
“Tina..... Mir suruh ajak Dato’ pergi bukan
minta izin ajak Mir.”
“Tak pe lah. Pergi lah ye. Sebagai abang Tina
okey....”
“Emmmmm, okey
lah. Nanti merajuk susah pula Mir nak pujuk.. Ok, thanks untuk lunch ye. Kalau
tak ada apa-apa lagi, Mir nak masuk office. Ada kerja lagi yang nak disettlekan.”
“Okey... Tapi jangan cari alasan nak lari
pulak hujung minggu ni ye. Mir datang jemput Tina di rumah ya. Dalam jam 8.
Jangan lewat tau. Lewat, Tina akan denda Mir nanti.”
Melintasi meja Ros, setiausaha Dato’ yang
paling lama berkhidmat. Sejak tamat SPM sehingga kini. Malah, Sis mungkin kekal
di sini kerana aku dapat tahu yang apa yang dia miliki kini semuanya dia perolehi
sejak dia bekerja di sini. Diploma Kesetiausahaan, kemahiran komputer dan
bermacam lagi skill semuanya
ditanggung oleh syarikat. Dato’ pernah katakan pada aku yang anak gadis dari Sabah
Negeri Di bawah Bayu ini bagaikan anaknya sendiri.
“Encik Mir, ada panggilan telefon tadi dari
Perak. Namanya Natt. Siapa tu Encik Mir? Teman istimewa kah? Dia tak tinggalkan
apa-apa pesanan. Tapi dia kata, akan call
semula nanti.”
“Okey... Ada lagi pesanan lain?”
“Dato’ minta fail Program 5 tahun Perkembangan
Staff dan Cik Karen dari Tongkah Holding bertanyakan tentang sebut harga
peralatan pejabat yang dihantar minggu lepas. Itu sahaja.”
Aku berlalu ke bilik ku. Siapa Natt? Setahu
aku aku tak punya kawan bernama Natt. Mungkin aku lupa atau sekadar panggilan
nakal dari sesiapa yang menyamar agaknya. Tak perlu diambil peduli sangat.
Banyak lagi kerja lain yang lebih penting yang harus ku berikan perhatian.
Troottttt.....
troottttt..... trootttt.....
“Hello.... Waalaikumsalam... Ya, saya
bercakap. Natt? Siapa ni? Maaf lah saya tak berapa kenal siapa awak.”
“Cehh...
Baru setahun lebih jadi orang KL dah lupa diri. Anak labi-labi betul lah ko ni
terung busuk. Cipan cacat...”
“Ooo.. Kapal Selam rupanya. Hahahahaha sorry ya. Aku betul2 terlupa lah. Macam
mana dapat nombor telefon office aku
ni? Ko pasang spy ke? Sejak bila jadi
Natt ni? Sedap apa panggil Tasya”
“Spy
kepala hotak hang. Shieda yang bagi aku... Ko apa cerita sekarang? Dengar kata
lamaran ko hari tu kena reject. Hahahaa, sian ko kan. So, apa plan sekarang?”
”Sebelum aku jawab, aku nak tanya dulu,
apasal guna Natt pulak? Sejak bila?”
“Ikut
suka aku la nak guna apapun? Natt ka, Tasya ka, Cinderella ka.. Ko apasal?”
“Aku tanya lah... Tu pun nak marah.”
“Tak marah.
Tapi ikut suka aku la. Ha! Tak jawab lagi soalan aku tadi. Apa plan ko?”
“Aku ingat nak hantar famili aku pergi rumah
ko lah hujung minggu ni. Boleh tak? Kita aja lah yang bercouple.Tak perlu nak pening-pening kepala memikir. Aku nak tanya,
sejak bila guna Nat?”
“Jangan
nak mengarut. Aku bakar lubang hidung ko karang baru tau. Kat KL kan ramai yang
cantik, seksi dan kaya.. Tangkap la satu. Ke ko lemah, penakut dengan
perempuan. Lupa jawab soalan ko... Sengaja guna Natt. Nak bagi ko
tertanya-tanya. Kalau sebut terus nama aku tak suprise la.”
“Sorry...
ini aku lah... Lelaki macho. Ramai yang nak, aku je yang tak nak sebab aku
setia pada yang satu. Tapi aku kerja kerani, siapa yang nak pandang aku kat
sini kan. Lain la jadi pegawai ke, CEO ke.”
“Kerani
pun OK apa? Janji ada kerja ada income tiap bulan. Dari muka mengalahkan Tom
Cruise tapi poket macam Tom & Jerry Kid hahahahahaha. Tapi aku simpati lah
kat ko. Shieda pun dah bertunang dengan anak Dato’ mana entah. Bukan main suka
Haji Malik. Majlis bertunang macam kenduri kawin. Tumbang sekoq lembu ko tau.”
“Ye ke... nanti ucap tahniah kat Shieda yer.
Aku juga yang solo lagi kan. Ko macam mana? Si Saiful dah bagi respon positif ke?”
“Aiiii...
macam frust aja bunyinya. Rileks la kawan. Bunga bukan sekuntum. Sunting la
bunga lain. Tapi jangan sunting aku dah la. Aku ni bunga teratai layu di tasik
madu. Si Saiful dah jadi laki orang lah. Dah ada baby pun. Hoi... sampai hati
ko, balik kampung tak jumpa aku. Dulu masa perlukan aku bukan main. Sanggup
datang rumah walaupun hujan. La ni, pandang guna kening pun tak lalu. Ye lah
dah jadi orang KL... Aku ni minah kampung yang bau selut, bau lumpur.”
“Jangan la kata macam tu Natt. Aku bukan lupa
kat ko... Busy la...”
“Woi..
Woi.. Woi.. Natt tu aku saja nak suprise kat ko. Panggil aku Tasya la..”
Aku tak..... Hello! Hello! Putus pulak...”
NATASYA.... “posmen tak bergaji” yang
menghubungkan aku dan Shieda. Aku gelar dia “Kapal
Selam” kerana mulutnya yang becok tapi
diam terus bila diberi air. Dia teman sekelas aku yang juga kakak angkat kepada
Shieda. Dia memang mudah untuk diminta pertolongan. Upahnya hanya sebungkus
nasi lemak secawan air sirap bandung. Jika tidak, jangan harap untuk mengerah
tenaganya. Secara jujur aku tidak lah begitu mengenali Tasya di awalnya. Walaupun
sekelas, aku jarang bertegur sapa dengan dia kecuali atas urusan kelas atau nak
bertanya tentang matematik.
Segalanya berubah semenjak aku berkenan pada
Shieda, adik angkatnya. Baru aku mendekatinya. Kata orang nak dapat anak kena
baik dengan emaknya dulu. Aku akui yang aku minat habis junior yang baru
mendaftarkan diri ke sekolah. Bila aku dapat tahu namanya Shieda dan adik
angkat Tasya, terus aku berbaik dengan dia. Pelik tetapi demi untuk menambat
hati gadis paling cantik di SMK Bandar Baru aku tak peduli. Dan Tasya bagaikan jalan
pintas yang menjadi penghubung aku dan Shieda. Dulu sehingga kini. Aku ingat
lagi syarat yang diletakkan Tasya untuk aku.
“Kau kalau nak aku tolong kau, ada syaratnya.
Mudah sahaja syarat tu.”
“Apa syaratnya?”
“Kau mesti terima aku sebagai teman kau juga
sebab bagi aku, Shieda dah macam saudara kandung aku. Suka duka dia, merupakan
suka duka aku juga. Aku tak kan benarkan orang mengapa-apakan dia.”
“Okey,
aku setuju. Tapi aku pun ada syarat juga untuk berkawan dengan kau. Apa yang
kita lakukan hanya kita bertiga yang tahu. Orang lain tak perlu tahu.”
“Ada lagi.... Kau kena belanja aku makan timerehat selama seminggu. Kau tau kan
apa yang aku selalu makan waktu tu?”
“OK.. OK.. OK.. Nasi lemak dan air sirap bandung.”
“Hehehehehehe pandai pun kau..”
Hingar-bingar suasana di dewan keraian dengan
lautan manusia yang pelbagai ragam. Aku jadi rimas dengan suasana seperti ini.
Aku lebih sukakan suasana yang sunyi dan sepi. Bagiku lebih mendamai-kan jiwa
ku. Aku cuba untuk melarikan diri dari suasana ini. Aku ke hujung kolam renang.
Berdekatan taman yang begitu indah lanskapnya. Aku biarkan Tina bersama
teman-temannya. Inikan malam buat mereka bersuka hati.
“Hai, i’m Wani... Rosemawani. Mana teman?”
“Hai... Mir. Itu...”
Aku menunding jari ke arah Tina. Dia begitu
gembira berbual bersama teman-temannya. Langsung aku bagaikan tidak wujud. Baik
tak perlu mengajak aku datang jika begini keadaannya. Rungut hatiku menyumpah.
Kalau tak mengenangkan aku datang menumpang kereta Tina, dah lama aku pulang.
Tidur di rumah lagi menyeronokkan. Tetapi aku tak boleh tinggalkan Tina
sendirian. Aku dah diminta Dato’ untuk perhatikan Tina. Takut jadi apa-apa.
Kenalah aku menunaikan amanah yang diberikan. Aku berbual kosong dengan kenalan
yang baru memperkenalkan diri padaku.
“Bertuahnya awak... Mendapat teman wanita
secantik dan sebaik Tina. Gadis yang menjadi siulan di kolej ni tau. Sebut
sahaja Kartina Shahriza, siapa tak kenal. Pun begitu, saya kagumi dia. Biarpun
terkenal dan anak orang berada, namun tak pernah menyombong diri.”
“Ya betul tu. Dia tak macam kebanyakkan anak
orang kaya lain, pandang jijik pada kita yang tidak punya apa-apa yang boleh
dibanggakan. Cuma satu pembetulan, dia bukannya teman wanita saya. Saya hanya
menemani dia kerana papanya tak dapat hadir bersama.”
“Oooo begitu, boleh la saya berkawan dengan
awak?”
“Boleh apa salahnya. Janji kita tahu matlamat
kita berkawan dan pandai meletakkan keutamaan kepada hal yang patut diutamakan.
Macam saya, kerjaya lebih utama. Pada awak, study dulu.”
“Dah tentu. Saya pun sedar semua tu. Ayah
saya berkorban bergolok gadai semata-mata nak melihat saya berjaya. Saya tak kan
lupa.”
Sedang rancak berbual, Tina menghampiriku.
Mukanya mencuka melihat aku ada bersama Wani. Bila semakin hampir, dia
menghadiahkan senyuman manis kepada kami. Aku lega..
“Hai Wani... rancak berbual nampaknya. Dah
kenal lah ni. Tapi jangan lebih-lebih tau. Nanti ada yang marah. Ada orang
menyimpan perasaan kepadanya tau.”
“Ha... Siapa tu? Bertuahnya dia. Bagitau lah
kat Wani... Siapa gadis tu Tina.”
“Saya!!”
“Awak....”
“Ye.... Awak tak percaya ke apa yang saya
cakapkan tadi?”
Aku memandang Tina. Wani juga memandang Tina.
Kami bertiga berpandangan. Fikiran aku galak berperang sesama sendiri. Tidak pasti
benar atau tidak apa yang aku dengar dari mulut Tina sebentar tadi. Adakah Tina
benar-benar serius atau sekadar suka-suka mahu mengusik aku di depan Wani. Jika
dia serius bagaimana? Tak mungkin begitu. Aku rasa Tina sengaja mahu mengusik
aku di depan teman-temannya. Malah di depan Dato’ juga Tina selalu begitu.
Mengatakan dengan beriya-iya aku teman lelakinya. Dan malam itu berlalu pergi
tanpa ada sesuatu yang mampu ku banggakan. Yang boleh aku jadikan sebagai
kenangan dalam hidupku. Aku ingin segera memejamkan mataku yang kian berat.
Berkali-kali aku menguap panjang dan akhirnya aku ‘pergi’ tanpa mimpi yang bertandang.
Terasa malas mencengkam jiwa di pagi minggu.
Kesejukkan selepas hujan lebat membantutkan niat untuk berjongging di Taman
Tasik Perdana. Ku tarik selimut dan melitupi seluruh jasad ini. Terasa sedikit
kehangatan dan keselesaan. Sambil terfikir apa yang harus ku cakapkan kepada
Tina tengahari ini. Sebelum keadaan menjadi semakin kusut, biarlah semuanya ku
jelaskan. Kerana ku lihat semakin hari, Tina semakin menggambarkan harapan
tingginya untuk bersamaku. Sedang aku langsung tak terfikir ke arah itu.
Tina bagiku, hanyalah adik yang teristimewa.
Aku cuma mahu menumpahkan kasih sayang seorang abang buatnya. Aku sedar yang
dia tak punya sesiapa selain papanya. Sedari kecil ibunya telah pergi kerana
kanser hati. Semenjak usia setahun jagung Tina hanya menikmati limpahan kasih
sayang seorang ayah yang juga menjadi ibu buatnya. Tina ceritakan kisah
hidupnya bila kali pertama kami bertemu dulu. Aku bersimpati dengan nasibnya
yang kaya harta tapi miskin kasih sayang. Aku nyata beruntung.
Kehadiranku memang telah memberi sinar baru
buat dirinya. Tina sendiri mengakui yang dia tidak pernah merasai kegembiraan
seperti mana kini. Setelah pertemuan dengan ku, hidupnya dirasakan lebih
bermakna. Punya teman untuk bersenda gurau, bergelak tawa dan saling mengusik.
Aku juga dijadikan sebagai sumber inspirasi buat dirinya. Aku sendiri gembira
dengan pertemuan ini. Bagi aku, Tina lah tempat untuk aku dambakan rasa rindu
tak kala ingatan ku terhadap adik-adik di kampung begitu mencengkam. Aku
menelefon Tasya.
“Waalaikumsalam...
Apa mimpi ko call aku pagi-pagi buta ni? Rindu aku kot hahahaha. Ni tentu ada
something yang tak kena ni. Pasai apa pulak kali ni? Ko kalau ada masalah,
memang tak dak sebab lain la. Berani jamin la... tentu pasal perempuan.”
“Ye lah.... Pasai perempuan yang dalam diam
macam suka aku. Tapi masalahnya, bila berdepan aku, dia tak nak mengakuinya
tapi bersama teman-temannya, diwar-warkan aku ni balak dia.”
“Kan
betui aku cakap. Kali ni apa pulak masalah? Dengan sapa?”
“Dengan anak majikan aku. Dia tu yang macam
ada feel saja kat aku. Bukan aku
perasaan tau. Aku dah cakap kat dia yang aku anggap dia seperti adik aku. Tapi
dia macam ada feel. Tu yang aku
musykil. Aku bimbang kalau dia tak dapat terima keputusan aku. Ko pun tahu aku
macam mana kan.”
“Tahu...
bila berkawan, ko berkawan sepenuh hati. Bila bercinta ko bercinta sepenuh
jiwa. Kalau ada yang tak dapat fahami ko, tentu anggap ko nak mereka jadi awek
ko. Aku saja yang tak termakan dengan kebaikan ko sebab ko tu not my taste
hahaha...”
“Ko tu yang jual mahal. Time mega sale pun ko
jual mahal.. Last-last si Saiful pun
cabut. Padan muka ko. Lain kali letak iklan la dalam Harian Metro. Eh, tapi
macam mana aku nak settle kan kes
nie? Ko perempuan, tentu ko dapat bagi pendapat bagi pihak perempuan.”
“Macam
ni lah, ko pergi jumpa dia. Ko pilih time sesuai dan kau luahkan segalanya.
Jangan simpan apa-apa. Jangan fikir nak jaga hati dia. Cakap terus terang. Dia
sure dapat terima punya kalau kau jujur dan berterus terang. Kalau nangis pun
sekejap aja kan. Kelak ketawa balik.”
“Aku dah bagitau dia sejak awal lagi. Tapi
mungkin time tu dia tak ada feel lagi kot. So, dia pun kata tak
kisah dan memang nak kawan saja dengan aku. Tapi bila dah lama, makin kerap
jumpa, makin saling kenal hati budi, tu yang dia jadi syok kat aku. Ko tak
jeles ka?
“Kepala
hotak hang la aku nak jeles. Tak kelapaq aku nak jeles-jeles ni. Baik aku makan
nasi dari jeles kat hang tu. OK kawan, good luck!!...”
“Lagi satu aku takut la kalau jadi lagi macam
kes dengan Shieda dan kes Myza. Anak Dato’ tu. Bukan calang-calang punya orang
ko tau.”
”Aku malas cakap banyak la. Ko pergi la jumpa dia dulu.
Selesaikan baik-baik. Jangan tolak selamber macam tu aja. Mau meraung. Aku pun
kalau ko buat macam tu aku frust menonggeng. Cakap baik-baik dan penuh yakin. InsyaAllah
dapat cari penyelesaiannya.
“Minta nombor phone ko. Senang aku nak contact ko kalau ada apa-apa yang aku
nak kongsi dengan ko. Ko sudi tak kongsi masalah aku?”
“Ko macam la tak kenal aku... Apa masalah ko aku tak tau?
Apa rahsia ko yang aku tak tau. Macam mana rupa ko masa ko bersunat pun aku
tau. Sat lagi aku SMS ko. Ko bagi nombor ko dulu. Tapi ko jangan pulak nak bagi
nombor aku kat orang lain. Aku kan pemalu hahahahahahahaha. Apa kata kita jumpa
hujung minggu ni? Aku pun nak pi rumah mak lang aku.”
Tiba-tiba terpacul nama Myza.
Insan yang pertama yang mencuri hatiku. Memang aku ketika itu lebih mengharapkan
Shieda. Tapi setelah Shieda melanjutkan pengajiannya, dia lupakan aku. Masakan
tidak. Di USM dia begitu aktif berpersatuan. Semua orang kenal siapa Siti Noor
Shahadah. Ketika itu lah aku dilupakan. Ada insan lain yang telah berjaya
mencuri hatinya dari aku. Segalanya lebur. Di saat aku terkecewa itulah hadirnya
Myza. Gadis kampung dari utara. Teman sepermainan ku ketika keluarga kami
berada di Perlis. Tetapi terpisah bila ayah bertugas di Perak dan terus menetap
di sini. Takdir penentu segalanya bila
kami bertemu semula di UUM.
Sepanjang 3 tahun di UUM,
kami mengambil jurusan yang sama dan sudah tentu dalam kebanyakan kelas, kami
berada dalam satu kumpulan. Ke mana jua, kami bersama. Bila aku ceritakan kisah
aku padanya, dia dengan rela hati menyerahkan hatinya padaku. Mengatakan aku
sepatutnya memperoleh kebahagiaan. Dan dia sedia memberikan kebahagiaan itu.
“Itupun jika Mir fikir Myza
layak untuk Mir. Myza tak memaksa. Myza bukan bersimpati tapi memang Myza jua
punya perasaan terhadap Mir. Myza rasa seronok tiap kali bersama Mir.”
“Beri masa untuk Mir fikir
ya.”
Sebelum tamat semester
akhir ketika aku di tahun ke dua, aku menyatakan yang aku menerima Myza dan dia
berasa sangat gembira. Keceriaan jelas terpancar di wajah Myza. Setelah
sama-sama yakin dengan pilihan yang dibuat, cuti pertengahan semester pertama,
ketika kami di tahun akhir, kami pun sepakat mengikat tali pertunangan. Ingatan
ku pada Shieda telah ku kikis bersih-bersih. Aku tak mahu lagi memikirkan
kegagalan itu. Bagiku Shieda bagaikan lalang. Bergerak ke mana arah angin
bertiup. Di kiri atau ke kanan. Tiada pendirian dan goyah.
Sebaik sahaja tamat
pengajian, Myza mendapat peluang berkerja di syarikat di mana dia menjalani
latihan praktikal dahulu. Sedang aku tak punya kerja. Tapi nasibku lebih baik.
Selepas enam bulan menganggur, aku mendapat surat tawaran dari MARA untuk melanjutkan
pelajaran ke Paris. Peluang yang tak pernah ku bayangkan. Pastinya takkan aku
tolak. Aku memberitahu abah dan mak aku. Mereka juga gembira dan mengizinkan
aku untuk pergi. Aku memberitahu Myza juga berita baik yang baru ku terima pagi
itu. Aku menghubungi Myza.
“Tahniah abang... Ayang bangga dengan abang. Ayang juga
yang tak ada peluang nak ke sana.”
“Ada... Kita kahwin lah
sebelum abang pergi Paris.”
“Kahwin? Tak nak lah kerana nak pergi ke sana, Ayang kena
kahwin. Ayang baru mulakan kerjaya Ayang. Takkan nak berhenti. Rugilah.”
“Habis tu, bila lagi kita
nak bersatu? 5 tahun tau abang di Paris kelak. Abang ada cakap dengan mak dan
abah pasal ni. Mereka tak jadi masalah kalau kita kahwin. Lagi bagus kata mereka.
Tak lah nanti mereka risau sorang di sini, sorang di sana. Nanti parent abang akan bincang dengan your parent.”
“Abang dah gila ke? Kita baru saja bertunang. Tak sampai
6 bulan. Takkan dah nak kahwin. Plan kita dulu, biar ikatan pertunangan kita cukup
tempoh 2 tahun. Abang sendiri kata nak betul-betul sedia, dah punya rumah,
kereta dan lain-lainnya baru nak bersatu.”
“Itu jika kita kekal di
sini. Sekarang ni keadaan berlainan. Abang akan ke tempat orang bukan untuk
tempoh sehari dua Ayang. Macam-macam boleh jadi. Abang tak mahu nanti, kita
terpaksa berdepan macam-macam ujian.”
“Tak mahu! Ayang tak nak kita kekal dengan plan kita.
Kalau tidak.... Kita putus!”
“Ayang! Apa Ayang cakap
ni? Tiba-tiba sebut putus. Kenapa ni? Abang baru saja beri cadangan.”
“Yes!! Ayang serius abang. Kalau abang nak kita kahwin
sebelum abang ke Paris, Memang Ayang tak setuju. Ayang tak ready. Abang carilah
orang lain yang lebih ready nak kahwin dan ikut abang ke Paris. Ayang nak bina
kerjaya Ayang dulu. Ini masa depan Ayang.”
“Tapi yang kita cakap ni
tentang masa depan kita Ayang. Keputusan Ayang mengejutkan abang.”
“Terpulang.. Tapi Ayang dah jelaskan pada abangkan.”
“Ayang... Ayang tak
cintakan abang lagi ke? Tak ingat janji kita untuk berkorban apa sahaja?”
“Ayang ingat.. Dan Ayang memang cintakan abang. Jujur
Ayang katakan yang Ayang terlalu sayang dan cintakan abang. Tapi apa yang abang
nak Ayang buat sekarang ni terlalu drastik.”
“Ayang fikirlah. Abang
rasa parent kita pasti nak kita
bersatu sebelum abang berangkat ke Paris. Dan abang akan akur jika itu untuk
kebaikan kita.”
“Dah tentu abang akan ikut jika mereka nak cepatkan. Itu
yang abang nak kan? Tapi bukan Ayang. Bukan nak takutkan abang tapi ini kata
dua dari Ayang. Kekal 2 tahun atau putus!!”
Aku tak faham. Kenapa
tiba-tiba Myza sebutkan perkataan putus pada aku? Betulkah dia mahu putus jika
aku mengajaknya berkahwin sebelum aku ke Paris? Salahkan ajakan aku ini? Aku
jadi takut bila mengenangkan kemungkinan itu. Sungguh aku bimbang dan mungkin
tak dapat menerimanya.
“Wan... abah dan mak dah sepakat
dengan ayah dan mak Myza yang kamu berdua akan berkahwin awal bulan depan.
Seminggu sebelum kamu ke Paris.”
“Tapi mak... abah...”
“Ada apa-apa masalah ka?
Mir dah bagitau Myza pasal ni?”
“Dah mak... Tapi Myza tak
mau kalau kena kahwin sebelum cukup tempoh yang dijanjikan. Dia kata dia tak
sedia dan nak bina kerjaya dulu. Jauh dari tu... Dia sanggup putuskan ikatan
kami kalau kita desak dia untuk kahwin juga,”
“Ya Allah... Apa pulak ni.
Orang patut tak sabaq-sabaq nak kawin. Ni tak mau pulak. Hang ada apa-apa
masalah kot dengan dia Wan?”
“Tak dak apa mak. Tapi Myza
yang kata macam tu. Saya pun terkejut jugak dengaq. Mir tanya betoi ka. Dia
kata betoi. Dia serius.”
“Berat la macam ni. Mir
kena pujuk dia baik-baik. Takut nanti lain jadinya. Kita tak mau la niat baik
jadi sebaliknya. Abah dan mak ikut saja.”
“Saya cuba lah abah,
mak...”
Kesepakatan telah dicapai
oleh kedua-dua keluarga. Kami akan disatukan pada 12 Ogos. Kebetulan hari
ulangtahun Myza yang ke-22. Tapi Myza berkeras. Puas dipujuk supaya bersetuju.
Tapi Myza tetap tak bersetuju. Tetap dengan alasannya.
“Abang.. pilih satu dari dua pilihan yang ada. Kita tetap
dengan plan kita atau kita putus.”
“Ayang... Jangan buat
abang macam ni. Parent’s kita dah
sepakat tau. Jemputan mula dibuat. Plan
pun dah dibuat. Kita buat simple sahaja.
Yang wajib-wajib sahaja. Tak kan kita nak malukan keluarga kita Ayang. Jangan
buat abang dalam dilema Ayang.”
“Abang... Abang tetap nak ikut plan keluarga kita ke?”
“Ya.. Abang fikir ini
untuk kebaikkan kita juga.”
“Abang... Abang faham tak keputusan Ayang. Kenapa Ayang
tak mahu kita berkahwin sekarang ni. Ayang nak kerja dulu. Sedang abang ajak
sebab abang nak ke Paris dan takut jadi apa-apa.kalau macam ni lah keadaannya baik
kita putus!!!”
Keputusan drastik dari Myza
serentak dengan talian diputuskan. Ya Allah, ujian apakah ini? Apa yang perlu
aku buat? Majlis tinggal seminggu sahaja lagi. Persiapan semua telah diatur
rapi. Tunggu tiba hari jadinya sahaja. Aku tak tahu apa yang difikirkan Myza.
Ibu bapa kami pun sudah mula resah. Tak tahu apa yang perlu dibuat. Paksa Myza
menerima? Jika itu yang perlu. Pertemuan dua keluarga diadakan untuk mencari
jalan penyelesaian terbaik. Myza turut bersama.
“Ayah, mak, pak cik, mak cik,
abang... Myza mengaku yang Myza amat-amat sayangkan abang Mir. Dan memang nak
bersamanya. Tapi tolong lah faham. Myza nak bina kerjaya dulu. Myza baru saja
nak mulakan langkah. Permintaan abang Mir sekarang ni terlalu drastik. Myza
memang tak ready langsung untuk jadi
isteri abang Mir dalam masa terdekat ni. Kenapa nak cepatkan sedangkan kita dah
sepakat pertunangan kita dua tahun. Myza pegang janji tu.”
“Myza.... Tempoh tu memang
jelas dua tahun. Tapi, kita berhak nak cepatkan atau sebaliknya. Ayah fikir
baik diawalkan sebab Mir pun nak ke Paris untuk tempoh yang lama. Ayah takut
jadi apa-apa kelak. Myza nak malukan kami ke? Jemputan dan persiapan semua dah
siap sedia.”
“Ayah.... Myza tak mahu! Myza
nak kerja. Ini keputusan Myza. Kalau nak juga, carilah perempuan lain. Ini
cincin pertunangan kami. Kalau nak juga minggu depan... Myza pulangkan cincin
ni. Putus!!”
“Myza!!! Apa Myza buat ni?
Myza nak malukan ayah? Nak malukan mak? Myza, tunggu dulu!! Balik ayah cakap!!”
Myza berlalu meninggalkan
rumah. Meninggalkan kami. Aku tersandar. Yang lainnya berpandangan sesama
sendiri. Terasa begitu pedih atas apa yang berlaku. Malam itu aku menerima SMS
dari Myza. “Abg... Myza x baik. Myza x
layak buat abg. Carilah P lain yang > layak buat abg. Myza minta maaf. Kalau
nak marah, marah lah. Kalau nak maki, maki lah. Keputusan Myza ttp sama. Kita
PUTUS.”
Aku tak mampu lagi nak
menanggung keperitan ini. Segera ku capai kunci motosikalku. Tanpa pesan aku
keluar meninggalkan yang lain-lainnya. Tak siapa yang menghalang. Mungkin
mereka faham apa perasaan aku ketika ini. Aku sendiri tak tahu ke mana yang
hendak ku tuju. Memang aku tak punya tempat untuk ke tuju. Sepanjang perjalanan
aku memecut semahunya. Hanya motosikal aku ini yang faham perasaanku. Dia
menjerit bersama-sama ku, dia sentiasa bersama aku. Tak pernah sesekali dia
merungut walaupun aku pulas dirinya.
Aku bertanya pada diri
sendiri. Apa salah aku sehingga Myza buat aku begini? Apa dosa aku pada dia
selama ini? Aku menjerit melepaskan keperitan. Aku menangis semahunya. Malu aku
semahunya bila mengenangkan apa yang aku lalui kini. Aku fikir Myza akan dapat
memberikan sinar kebahagiaan tapi sebaliknya. Dia sama macam perempuan lain
yang pernah ku temui. Memberi harapan buatku, tapi dikala aku menanti sinar bahagia,
hatiku disiat-siat. Jiwaku diperkotak-katik. Terasa sangat yang aku ini lelaki
malang. Pemburu cinta yang tidak mampu mengikat cinta sehingga terlepas
walaupun sudah berada dalam genggaman.
“Ayang... Kenapa kau
sanggup buat abang begini. Tergamak Ayang hancurkan impian kita. Lupakah Ayang
pada janji kita selama ini? Kenapa Ayang? Kenapa....”
Aku tak dapat jawapan
untuk setiap persoalanku. Aku tak tahu apa jawapannya. Kerana aku sendiri tak
sedar apa terjadi pada aku ketika itu. Aku tak tahu apa yang aku lalui ketika
itu. Semuanya kelam dan gelita. Di mana aku? Di mana aku?
“Sabar encik.. Jangan
gerakkan kaki encik. Kaki encik baru di simen.”
“Kenapa saya di sini nurse?”
“Encik kemalangan semalam.
Nasib baik ada orang yang ternampak encik. Kalau tidak mungkin encik dah tak
bernyawa. Pihak kami tidak dapat menghubungi keluarga encik.”
“Kemalangan? Bila masa
saya kemalangan? Saya tak sedar apa-apa pun.”
“Mengikut laporan polis,
motorsikal encik bertembung dengan seekor lembu yang tidur di atas jalan. Lembu
tersebut dah jadi bangkai. Motor encik ada di balai polis. Encik terhumban ke
dalam semak. Kalau lah encik jatuh di atas jalan, mungkin kecederaan encik
lebih parah.”
“Di mana orang yang
membantu saya tu?”
“Dia dah pulang tetapi
akan datang semula petang nanti. Boleh kami dapatkan nombor telefon rumah
encik? Kami mahu menghubungi pihak keluarga encik.”
“Tolong maklumkan kepada
tunang saya juga ya... Ini nombor telefon rumah dan tunang saya. Terima kasih
doktor. Terima kasih banyak-banyak.”
“Baik lah. Kalau ada
apa-apa, panggil lah nurse yang
bertugas. Saya minta diri.”
Seorang lelaki yang aku
kira sekitar 40-an menghampiri aku. Mungkin dia yang menyelamatkan aku. Dia
tersenyum ke arahku. Aku membalas. Tapi dia tak bersuara. Aku juga tak tahu apa
yang harus aku kata di saat itu. Masing-masing terdiam.
“Bagaimana keaadaan kamu
sekarang? Saya kebetulan lalu di situ malam kejadian. Saya nampak awak bawa
motor laju betul. Saya tak sedap hati walaupun saya marah juga bila awak potong
kereta saya secara merbahaya. Saya nampak dengan mata kepala saya sendiri
bagaimana awak langgar lembu dan terhumban. Saya tak sampai hati, itu yang saya
tolong juga.”
“Maafkan saya pakcik dan
terima kasih sebab membantu saya. Hati saya tak tenang ketika itu.”
“Bukan begitu caranya jika
nak menenangkan hati. Sujud pada Dia. Banyakkan istigfar. Ingatlah yang nyawa
kita ni hanya pinjaman dari Dia. Apa kita nak jawab kalau kita salah gunakan
nyawa ini?”
Aku redha dengan takdir
yang ditetapkan buatku walaupun aku menanggung keperitan. Kerana Myza, aku
terpaksa menerima kepedihan ini. Aku juga terpaksa menolak tawaran ke Paris
kerana keadaan ku yang tidak mengizinkan. Segalanya kini telah pergi dari ku.
Aku kehilangan segalanya. Myza telah pergi dan aku tak mahu lagi mengingati
namanya. Bagiku Myza telah mati. Aku kehilangan peluang ke Paris kerana
kemalangan ini. Aku kehilangan peluang kerana Myza. Dan hatiku kembali
kesepian. Tapi mungkin juga rezeki aku hanya di tanah air sendiri.
Kadang-kadang aku merasakan
yang diriku ini dilahirkan untuk merasai kepedihan semata-mata. Kebahagiaan
sentiasa menjauhkan diri dariku.apa lagi dayaku jika begini ketentuan dari-Nya?
Aku tak boleh nak salahkan takdir jika ini dari-Nya. Aku mesti tabah untuk
meneruskan hidup. Setelah pulih, aku mengambil keputusan untuk memulakan hidup
baruku di Kuala Lumpur. Aku mahu Kuala Lumpur menjadi saksi kepada kelahiran
semula diriku. Aku mahu menjadi Mir yang bersemangat dan tidak mudah tunduk
kerana desakan hati dan perempuan. Selamat tinggal penderitaan.
Aku tak tahu mengapa
hatiku mudah tersentuh dengan rayuan seorang insan bergelar perempuan. Baru
hatiku nak melupakan Myza, Shieda pula menguji aku. Dia ingin merujuk kembali
ikatan kami yang terputus dulu. Menyesal katanya sebab meninggalkan aku. Kini dia
hadir untuk menebus semua kesilapannya. Aku was-was memandangkan apa yang telah
aku lalui selama ini. Aku bimbang kisah lalu berulang lagi. Malahan, hatiku
hampir ku tutup buat cinta. Aku tak mahu cinta, aku tak mahu lagi perempuan.
Shieda merayu agar diberikan peluang untuk dia buktikan yang kali ini dia
benar-benar jujur mahu bersama. Aku meminta pandangan Tasya.
“Tasya... Ko rasa patut tak
aku terima Shieda balik? Ko kenal Shieda dan ko rapat dengan dia. Tentu ko tahu
apa yang berlaku . Tolong la aku Tasya. Aku dah blank ni. Ikut hati, aku tak mau terima sapa-sapa pun buat masa ni.
Tapi aku kena juga fikir tentang masa depan aku.”
“Pandangan aku, ko patut terima Shieda. Bukan sebab dia
adik aku tapi aku tahu apa yang Shieda lakukan, dan apa yang berlaku pada
Shieda. Dia sebenaqnya terpesona dengan janji manis balak dia. Sampaikan dia
nyaris-nyaris terbabas. Aku dapat rasa sesuatu yang buruk nak jadi, jadi aku
follow Shieda tiap kali dia keluar date. Dia tak tau pun pasai ni sampai la
satu malam. Kalau aku tak dak time tu, aku tak tahu lah apa akan jadi. Balak
dia bubuh pil khayal dalam ayaq.”
“So, apa kaitan dengan
keputusan ko suruh aku terima Shieda?”
“Sejak peristiwa tu, Shieda buat solat tobat dan di
menangis sungguh-sungguh. Masa tu dia kata, dia kesal putuskan hubungan dengan
ko.Selama dia dengan ko, tak pernah pun ko ambil peluang atas dia. Ko jaga dia
betui-betui.Jadi dia berazam dan berjanji pada aku, jika dia dapat kembali
dengan ko dia akan berkorban apa sahaja asalkan kebahagiaan menjadi milik ko
dan dia. Tapi terpulang kat ko.”
Lepas difikirkan
sedalam-dalamnya, akhirnya aku kembali bersama Shieda. Malapetaka apakah yang
sering singgah dalam hidupku? Malang apakah yang sering menjadi teman setiaku?
Kini ia bertamu lagi buat kesekian kalinya. Setelah kami saling rasa bahagia,
derita tetap menyinggah. Lamaran aku ditolak Haji Malek dengan pelbagai hinaan
dan celaan. Aku malu aku pedih dengan apa yang aku rasai. Cuma kali ini aku
telah bersedia untuk berdepan dengan erti kegagalan. Apa lagi aku telah
mempunyai kerjaya di MIH. Dan aku mengenali Tina.
Sejak aku mengenali Tina,
aku gembira. Aku curahkan kasih sayang aku kepadanya. Biarlah aku menumpukan
kasih sayang dan perhatianku buat Tina, yang ku anggap bagaikan adik kandung ku
sendiri. Sungguhpun perkenalan kami secara tak disengajakan, namun itu bukan
halangan untuk kami menjadi sahabat terbaik. Apa lagi Tina anak tunggal.
Pastinya dahagakan kasih sayang dan belai manja seorang abang. Aku nekad dalam
hati, aku mahu memberikan tumpuan pada Tina.
Sambil itu, aku tumpukan
perhatian pada kerjayaku, yang kini semakin menampakkan sinar harapan yang
cukup cemerlang. Aku mahu buktikan semuanya. Aku tak mahu orang disekelilingku
berterusan tertawakan aku. Aku lahir bukan untuk dikecewakan. Bukan juga untuk
ditertawakan. Aku juga sama seperti manusia lain yang punya maruah dan harga
diri yang perlu dipertahankan. Aku mahu segera bangkit mengubah nasib diriku.
Aku yakin, dengan sedikit kekuatan yang masih bersisa, aku akan dapat bangun
dari penderitaan ini.
BAB 3 : Pemergianmu Ku Tangisi, Kedatangannya Ku Hargai
Kini telah seminggu Tina tidak menghubungi
aku. Telefon bimbitnya sering dimatikan. Aku tak tahu apa yang berlaku dan apa
yang Tina lakukan kini. Tak tahu apa lagi yang perlu ku buat. Kecewa benarkah
dia dengan keputusan ku tempohari? Dato’ pun ada bertanya sama ada aku dan Tina
ada menghadapi apa-apa masalah. Kerana dia bimbang melihat anak gadisnya itu
asyik berkurung di bilik sahaja. Apa aku nak jawab? Perlukan aku
berterus-terang? Ku lihat handset ku.
Ada signal SMS yang baru ku terima.
Dari Tina. “COL TINA NOW!” Ringkas tetapi penuh tanda tanya. Terus
ku gapai gagang telefon menekan nombor Tina satu persatu dan menanti penuh
debar talian disambungkan. Gembira dan tertanya bersillih ganti.
“Mir.... Assalammualaikum. Selamat Hari Lahir
yang ke-25. Semoga dipanjang umur, dimurah rezeki dan dianugerahkan kegembiraan
yang hakiki oleh-Nya. Petang nanti jumpa Tina di tempat biasa jam 5.30 tau. Wan
datang awal sikit. Bimbang tak sempat pula nanti.”
“Tak sempat untuk apa tu Tina?”
“Aaa..... tak ada apa-apa. Tina silap cakap
tadi. Datang tau. Tina ada something
nak berikan Mir.”
Tak sangka dalam kekecewaan aku menolak
luahan hatinya, Tina masih ingat dan sudi mengucap-kan selamat hari lahir
buatku. Terasa diri ini begitu dihargai, disayangi dan dikasihi. Aku tersenyum
sendiri bila memikirkan perkara yang sebegitu. Seperti yang dijanjikan seawal
jam 5 aku dah berada di depan restoran Selera Kampung tempat yang biasa kami
bertemu. Rupanya Tina telah menempah satu ruang di dalam restoran khas untuk kami
bersama. Hebat betul gadis ini. Begitu berusaha untuk memenangi hati ini.
Sedang asyik menunggu, aku lihat di seberang sana, Tina sedang membelokkan
keretanya. Persis seorang puteri kayangan yang turun ke Bumi. Cantik benar Tina
petang itu. Aku melambai tangan ke arah Tina. Dan Tina membalas...
“Tinaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...............
Patut lah kau kata takut tak sempat....
Aku terjelepuk di lantai melihat apa yang
berlaku di depan mataku. Tina melambung dirempuh kereta yang datang tiba-tiba
dari depan. Orang ramai mula mengerumuni sekujur tubuh yang penuh dengan darah
merah. Aku berlari memecah kumpulan manusia yang berpusu-pusu. Ku rangkul tubuh
Tina perlahan. Menangis semahunya.
“Tina.... Kenapa jadi macam ni Tina. Ya
Allah.... Panggilkan ambulans...”
“Mir... Maafkan Tina. Maafkan Tina kerana
mengganggu emosi Mir selama ini. Tina benar-benar menyayangi Mir lebih dari
seorang abang. Tina cintakan Mir. Selamanya Tina akan menanti Mir hadir ke sisi
Tina. Mir sayangkan Tina kan. Tina tahu... Mir sayangkan Tina... Tina pun
sayangkan Mir. Tapi kasih sayang itu.... tak dapat kita tukar menjadi cinta.. ”
“Mengucap Tina. Mengucap. Semua akan baik.
Kuatkan semangat Tina. Ingat pada kasih sayang papa Tina. Tak kan Tina nak
tinggalkan papa Tina keseorangan?”
“Mir... Maafkan Tina ya... Tina dah tak mampu
lagi nak bertahan. Sampaikan salam Tina pada papa. Sampaikan mohon maaf Tina
untuk papa. Tina doakan agar Mir akan bahagia dan terus berjaya. Berjanji pada
Tina ya. Mir akan sentiasa mengingati Tina.”
“Mir janji Tina... Mir janji...”
Darah makin banyak keluar dari mulut, telinga
dan hidung Tina. Aku tak tahu nak kata apa lagi. Mata Tina masih memandang aku.
Penuh dengan sinar harapan. Tangannya menggeletar menahan sakit yang bukan
kepalang. Tapi mulutnya masih cuba untuk melemparkan senyum dan mengungkapkan
sesuatu yang kian payah. Hatiku diruntun kepedihan. Terasa aku jua turut
menanggung penderitaan dan kesakitan yang dirasai Tina saat ini.
“Mir.... Ini yang Tina nak beri pada Mir.
Terimalah pemberian terakhir Tina ini ya. Tina nak Mir buka depan Tina tapi....
Tina dah tak punya kesempatan... Maafkan Tina, Mir... Ya Allah...”
“Mengucap Tina. Ikut apa Mir kata... Assahaduallaillahhaillah....
Tinaaaaaaaaa...”
Pemergian Tina secara tiba-tiba di depan
mataku sangat menggangu emosi. Langsung aku tak punya semangat untuk melakukan
apa-apa. Masih terbayang lagi lambaian tangan Tina kepadaku dan saat jasadnya
melambung di rempuh kereta sial. Mengapa harus Tina pergi di usia yang begitu
muda? Kenapa tidak aku? Dato’ telah seminggu menenangkan diri di tanah suci Mekah.
Aku pun sudah hampir seminggu bercuti. Kotak pemberian terakhir Tina pun masih
tak mampu aku buka. Aku belum mampu dan belum bersedia lagi untuk mengetahui
isi hati Tina di dalam kotak baldu berwarna biru yang tercalit darah merah.
Tunggulah suatu masa ketika aku dah bersedia untuk membukanya.
“Waalaikumsalam... kali ni pasal perempuan lagi ke?”
“Tak juga... pasal Tina. Tapi ko jangan terkejut
beruk pulak dengaq cerita aku nanti.”
“Awatnya?
Ko jadi nak menikah dengan dia ka? Tahniah! Tahniah!”
“Bukan lah... Tina dah meninggal!”
“Hoi
kawan... Ko jangan main-main dengan benda macam ni. Aku lempang jugak kang.”
“Aku serius ni. Dia accident 2 minggu lepas. Depan mata aku ko tau. Dalam pangkuan aku.
Aku terkilan sangat sebab masa tu dia tengah nak lintas jalan nak bagi hadiah birthday aku, tiba-tiba datang kereta
dari depan dia terus bummmmmm... Melambung Tina depan mata aku.?
“Ya
Allah.... Kesiannya.Innallillah...
Habis tu ko okey tak ni?”
“Aku ok, cuma masih lagi teringat kat dia.
Terbayang-bayang lagi kegembiraan dia nak mai jumpa aku lepas kami ada sikit
konflik. Teringat dia merintih menahan sakit yang bukan kepalang.”
“Aku
simpati dengan ko. Tapi ini takdir dari Dia kan. Tak boleh nak lawan. Kita kena
terima dengan hati yang paling tabah walaupun kadang-kadang kita tak mampu nak
terima. Aku sebagai kawan ko, sedia untuk membantu setakat yang aku mampu. Asal
ko tak keberatan berkongsi dengan aku. Apa guna jadi kawan kalau tak bantu masa
kawan memerlukan kita. Itu bukan kawan.”
“Thanks Tasya.. Lega sikit aku dengar. Eh,
Shieda apa khabar? Apa cerita dia?”
“Macam
tu lah dia. Dah tak nampak muka happy macam selalu lagi. Ko contact lah dia.
Berbual-bual dengan dia. Dia perlukan seseorang untuk menenangkan hati dan
perasaan dia yang tak menentu. Dan orang tu tak ada siapa lagi yang layak. Ko
aja. Ko kan hebat dalam bab-bab hati dan perasaan..”
“Banyak lah ko.. Nanti lah aku call dia OK... Ko apa cerita?”
“Aku
pun macam tu juga. Tetap happy memanjang. Buat apa nak pening-pening kepala
kan. Buat sakit jiwa saja. Aku tahu, aku pi keja, balik keja. Hal lain sorry...
Malas aku nak fikir terutama cinta. Aku fobia dengan word CINTA.”
“Aiii.... Macam pernah frust aja ni. Tak mau cerita kat aku ka? Aku dah cerita kat ko
kisah aku. Ko tak kan nak sembunyi dari aku. Apa guna aku jadi kawan ko.”
“Nanti
la aku cerita. Aku pun tak sedia nak cerita kat sapa-sapa. Biaq la aku tanggung
sorang-sorang dulu. Sampai masa aku cerita kat ko. Jangan kecik hati pulak.
Bukan tak percaya kat ko. Tapi aku tak ready lah. Aku janji aku cerita nanti.”
“Ye lah Nenek Kura oiii...”
“Oiiii....
Aku benci betul la kat nama tu. Jangan la panggil aku guna nama tu. Menyampah
aku ko tau. Panggil la nama lain tapi jangan nama tu. Ko panggil lagi aku
dengan nama tu jangan harap aku nak layan. Pergi mampus lah ko.”
“Amboi, gila punya garang. Ye lah... aku panggil
ko Kera lah... Opps Tasya!!!”
Pagi itu aku menjejakkan kaki semula ke MIH.
Tentu banyak kerja yang menanti aku. Penuh memo di atas meja aku. Baru sahaja
nak melabuh punggung ke kerusi, telefon berbunyi.
“Sis, batalkan semua appoinment dengan client
hari ni. Saya busy dan tak mahu
diganggu.”
“Ini panggilan dari Perak
encik Mir... Ok, saya sambungkan”
“Hai...
Assalammualaikum Mir. Ini Shieda ni. Mengganggu Mir ke?”
“Tak.... tak mengganggu pun. Ada apa-apa yang
boleh Mir bantu ke?”
“Shieda
ada masalah besar ni Mir. Dah cerita pada ayah. Tapi dia tak percaya.”
“Apa masalahnya Shieda. Cerita lah. Mana tahu
Mir boleh bantu.”
“Pasal
tunang Shieda. Shieda dapat tahu dan dah siasat pun. Memang benar seperti apa
yang orang kata. Shieda tak mahu sesuatu yang tak diingini berlaku pada Shieda,
pada ayah pada kami semua.”
“Kenapa ni Shieda? Cool okey... Cerita slow-slow
biar Mir jelas.”
“Begini...
Alamak, ayah balik lah Mir. Nanti Shieda call lagi ya....”
“Shieda, Shieda, Shieda.... Pergi rumah Tasya.
Mir call ke sana ya. Dah sampai beritahu
okey...”
“Okey...tooootttt....
toooottt....
Aku menekan butang nombor dan menanti
disambungkan. Satu persatu aku tekan. Sembilan kali jariku menekan butang di
dada telefon yang tak bernyawa tapi mampu bersuara walaupun terpisah beribu
batu antara aku dan siapa juga. Aku cuba berfikir apa masalah yang dihadapi
oleh Shieda. Dan terdengar suara di hujung sana. Aku memang kenal suara yang di
hujung sana. Suara yang aku rindui selama ini. Tapi kini mampukah suara itu
terus membuaikan rinduku padanya?
”Waalaikumsalam....
Aku la. Ko nak cakap dengan buah hati ko kan. Sat nooo...”
“Ha, Shieda... Assalammualaikum. Sambung
cerita tadi.”
“Waalaikumsalam...
Begini.... Sebelum ni ada kawan-kawan Shieda bagitau yang tunang Shieda ni kaki
penipu, kaki disko, kaki pukul malah kaki perempuan. Tapi Shieda tak nak terus
percaya selagi tak tengok bukti. Tapi baru-baru ni, Shieda terserempak dengan dia
di sebuah restoran. Dia dengan kawan-kawan dia sedang asyik minum. Shieda pergi
jumpa dia. Gelabah betul dia. Bila tanya... Dia kata ada sikit discussion
tentang bussiness. Shieda tengok atas meja mereka ada 2 botol Carlsberg. Memang
dia ada bersama rakan-rakan chinese. Tapi air dalam cawan dia sama warna dengan
cawan-cawan lain.”
“So, apa penjelasan dia?”
“Dia
kata air teh. Ingat Shieda budak-budak yang boleh digula-gulakan? Sorry! Shieda
tak sebodoh tu walaupun Shieda asal dari kampung. Makan penampar juga dia hari
tu. Baru padan muka dia. Tapi jenis yang tak tahu malu, tiap hari datang rumah
jumpa ayah. Bawa hadiah untuk orang tua tu. Apa lagi, melebarlah senyum orang
tua tu. Siap marah Shieda sebab tak layan jantan tu. Hati Shieda dah tertutup
selepas peristiwa tu. Apa yang patut Shieda buat Mir... Please tolong Shieda..”
“Emmmmm..... Mir simpati dengan apa yang
Shieda lalui kini. Tapi Mir pun tak tahu apa yang patut dibuat. Buat masa la ni
bersabar dulu lah. Kita fikir sama-sama OK. Apa kata hujung minggu ni kita
jumpa. Ajak Tasya sekali tau. Kita plan
sesuatu agar masalah Shieda dapat di selesaikan secepat yang boleh. Lagi lambat
lagi bertambah rumit nantikan. Kita jumpa di Ipoh nak tak? Kebetulan weekend ni Mir akan ke sana untuk meeting.”
“Ok..
Thanks, kita jumpa di sana nanti ya....”
Pening... Pening... Pening... Kian kusut
dengan satu persatu masalah yang berlaku. Ujian Tuhan kah ini? Mampukah aku
untuk melalui semua ini sedangkan aku insan kerdil yang kurang ilmu dan kurang
amal. Perlu petunjuk dan bimbingan untuk terus berdiri teguh di jalan yang ku
pilih. Walau apapun, aku mesti teruskan hidup di dunia sementara ini.
Kadang-kadang hatiku merintih tanda sesal kerana menolak cinta Tina. Tapi aku
tak boleh nak menerima luahan hatinya. Memang tak ada rasa cinta dalam hatiku
buatnya. Memang kami begitu mesra dengan gelak tawa, senda gurau dan usikan
nakal tapi tak pernah ada rasa cinta dalam hatiku.
Apa yang aku pamerkan dan berikan pada Tina
semuanya atas nama seorang sahabat dan seorang abang buat sahabat dan adik yang
inginkan perhatian dan kasih sayang. Tina anak tunggal kepada seorang ayah yang
begitu sibuk dengan kerjaya. Dia tak punya kesempatan merasai kasih sayang ibu
yang telah kembali mengadap Tuhan yang Esa. Aku tak mampu nak menyemai rasa
cinta sebab rasa itu akan hadir dengan sendiri tanpa perlu dipaksa-paksa.
Ahhhhhh.... Yang dah berlaku biarlah ia
berlalu. Biarlah segalanya pergi jauh-jauh dari hidupku. Tina sudah tiada lagi
dan tak mungkin akan kembali melainkan hanya kenangan yang tinggal. Mungkin dia
sedang bersemadi dengan aman di alam yang kekal abadi. Atau mungkin juga dia
sedang merintih lagi di sana dan menagih cinta dariku. Atau merintih kesakitan
dan kepedihan akibat kemalangan itu? Tidakkkkkkk..... Maafkan aku Tina. Maafkan
aku....
Handset
berbunyi tanda SMS masuk ke inbox. Aku mencapai dan membacanya.
Entah dari siapa tapi ingin berkenalan dengan aku. Balas atau tidak? Balas atau
tidak? Aku membalas. Dan segera di jawap lagi. Aku jadi seronok bila Pinki beriya-iya
mahu menjadi temanku. Katanya dia dari Sarawak tapi kini ada di Semenanjung.Dia
kenal aku katanya. Bila ku tanya dari mana dia dapat nombor aku, dia kata yang
aku ada mendail nombornya. Jadi dia mahu tahu siapa yang membuat misscall. Aku mahu menelefon dia tapi
dia enggan berbual dengan aku. Katanya biarlah kenal hanya melalu SMS. Tiba
masa nanti akan bertemu juga. Yang penting dia kata dia kenal aku.
Jalan jammed
teruk ketika ini. Jam semakin hampir
untuk tiba waktu aku bertemu Shieda dan Tasya. Aku menghubungi mereka
menyatakan sebab mengapa aku mungkin terlewat. Kereta bergerak bagai perlahan.
Bunyi hon kadang-kadang membingitkan telinga. Aku menjadi tidak sabar. Aircond terasa panas walaupun dipasang kuat. SMS
masuk lagi dan aku tahu tentu dari Pinki. Aku tak tahu kenapa. Aku seakan
ternanti-nanti SMS dari Pinki. Aku berbalas SMS dengan Pinki.
“Pinki
buat apa tu? Mir dalam kereta. Bosan jln jem. Nak tanya.. Islam ke? Sbb di Swk
nama mcm Melayu blm tentu Islam kan. Apa Pinki buat di Smjg? Keje? Study?”
“Study..
Baru habis final year exam. Islam. Nak
pi mana? Date? Ooooo tentu kiut kan aweks Mir”
“Mir
x de awek!! Baru putus tunang. Baru ditolak lamaran! Frust sgt tp nak buat apa?
Takdir kan. UUM corse apa? Mir dulu HR di UUM juga. Dah lama. Apa yg Pinki tahu
lg ttg Mir?”
“Adalah
juga yang Pinki tahu. Mir kerja apa, di mana, pakai kereta apa, nombor plat pun
Pinki tahu.”
“Hey...
Mcm na boleh tau semua tu? Pasang spy ke?”
“Tak
lah.. Usaha sendiri. Kebetulan sbnr nya. Pinki trus trang ya. Pinki yg usaha
dpt no Mir. Mcm na cara itu rahsia. Nnti Pinki bagitau jg. Mir marah ke? Kalau
marah Pinki rela undur diri.”
“Tak..
Mir suka. Mir syok sgt2 bila dpt msg Pinki. Mir tunggu2 jg. Mir rasa mcm kita
ada feel yg sama. Serasi. Sbb tu nak kenal > dkt dgn Pinki. Boleh kita jumpa
x? Mir pergi UUM ke?”
“x
payah lah Mir. Nnti kita akan jumpa jugak. Sabaq yer. Lgpun Pinki la ni tgh
praktikal di luar UUM"
“Pinki...
Mir dah sampai ni. Kita jumpa next time. Take Care!! Babai!!”
Tertinjau-tinjau mencari di mana Shieda dan Tasya.
Tasya melambai-lambai ke arah ku. Shieda turut
memerhati. Aku melangkah ke arah mereka. Pasti mereka ternanti-nanti
kehadiranku kali ini. Masing-masing bergantung harapan di bahuku. Memang aku
memikul tanggungjawab yang amatlah berat. Masa depan seorang gadis yang baik
berada di tanganku kini. Tapi aku tak perlu kelam kabut. Bukan ada apa-apa yang
lain yang hendak dikejar. Aku pun dah ambil cuti khas hari ini. Aku mahu Shieda
tahu, aku teman yang sedia ada di sisi di saat dia memerlukan aku. Aku teman
yang takkan lari dari teman-teman. Biarlah susah senang dirasai bersama-sama.
Berat sama dipukul, ringan sama dijinjing. Kesedihan dan kegembiraan dikongsi
bersama. Itu baru namanya berkawan atas nama jujur dan ikhlas. Berkawan kerana
ingin berkawan.
“Assalammualaikum... Dah lama tunggu ke? Sorry lah, jalan jem tadi..”
“Waalaikumsalam.... Encik Mir Sharifuddin...
Kita ni sekampung!! Tolong speaking
orang kampung. Kami tak faham cakap orang KL ni. Tak payah la nak ber ke ke
dengan kami. Ko aku lagi best apa...”
“Orait
lah.. Sibuk saja la ko ni. Dah order
makanan ka? Aku lapaq dah ni. Meeting tadi dihidang ayaq dengan cucuq badak. Mana
nak kenyang.”
“Dah... Shieda dah order tadi. Nak tanya ni. Mir kerja apa di KL sampai jadi kena
datang sini untuk meeting. Takkan
kerani pun kena out-station.”
“Betui tu. Paling koman pun eksekutif ka,
penolong pengurus ka... Kerani mana ada peluang nak jadi macam ni kan.”
“Hey... MIH company multinasional. Bukan kilang kecik. Kerani pun gaji besar
tau. Ko tu yang dah jadi supervisor kat kilang elektronik kat Penang tu pun baru
berapa gaji ko. Bukan aku nak belagak, tapi hakikatnya macam tu. Lain tempat
lain dia punya cara dan tugas yang nak kena buat kan.”
“Ye lah encik Mir oiii. Tak guna cakap dengan
ko. Mesti nak menang memanjang.”
“Yes!!!
Aku menang... Ha, Shieda dah OK sikit ka? Ada apa-apa perkembangan yang Mkir
masih tak tahu ke? Bagitau lah kalau ada apa-apa news.”
“Macam ni lah. Kerja pun dah berhenti. Tak
dapat nak beri tumpuan kat tempat kerja. Asyik kena marah dengan bos memanjang.
Tak tahan, Shieda hantar surat letak jawatan. Sayang juga sebab dah lama kerja
kat situ. Tapi dari jadi bahan kemarahan, baik Shieda berhenti saja kan.”
“Aku ada idea tapi tak tau lah ko dengan
Shieda nak terima atau tak. Aku cuma bagi cadangan saja. Nak guna atau tak,
terpulang. Aku cuma nak tolong kawan. Aku tak sampai hati nak tengok kawan aku
jadi macam ayam berak kapoq lama-lama. Aku nak tengok kawan aku ceria macam
dulu-dulu.”
“Apa cadangan ko tu....”
Kami bertiga tersenyum sesama sendiri. Boleh
pakai juga otak di Tasya dalam keadaan macam ni. Aku lihat riak wajah Shieda
yang paling gembira dan memandang aku penuh harapan kerana dia tahu yang mana
kejayaan plan ini terletak di tangan ku. Jadi seharusnya aku bersedia untuk
melaksakan plan ini sebaik yang mungkin. Setelah sepakat, aku minta izin untuk
pulang kerana masih ada tugas yang perlu aku bereskan. Tapi aku terkejut dan
langsung tak menyangka.
“Thanks
Shieda.... Tak pernah lupa dengan kedatangan hari ulang tahu Mir.”
“Hey... Ni lah namanya kawan. Aku pun ada
bawa suprise. Tapi kad saja lah. Aku
tak tau nak bagi apa lah sebab aku tak tau ko suka apa. Selamat hari lahir yang
ke 25. Ingat sikit yang ko tu dah tua.”
“Habis tu ko tak tua? Kita sebaya kan.
Hahahaha. Shieda lain la. Dia muda dari kita. Ko tu kakak dia.”
“Sebab aku kakak dia la aku jaga dia
baik-baik. Semut pun aku tak bagi gigit dia. Tambah kalau ko nak gigit dia. Aku
belasah ko sampai lunyai. Aku jaga dia sejak dia Form 1 lagi. Adik angkat aku yang paling aku sayang ko tau.”
“Aku tau... Time kita senior, ko yang paling baik dengan semua budak junior
kan. Tapi yang peliknya ko tak bagi budak junior panggil ko kakak. Takut nampak
tua lah tu hahahahahaha..”
Kami berlalu ke destinasi masing-masing. Tapi
aku ambil keputusan untuk pulang menjenguk mak, abah dan adik-adik seketika.
Alang-alang dah pulang ke Perak.
“Assalammualaikum...
Angah, ko masak apa tu?”
“Sambal tumis petai. Kawan ko tu along, gila
petai sungguh. Seminggu mesti ada sekali makan petai. Nasi dengan petai rebus
pun cukup dah.”
“Kawan Long tu memang macam tu. Tak cerewet
tentang makan. Janji kenyang bagi dia. Tapi maaf lah sebab tak dapat nak pulang
masa ko kahwin dulu. Long ada seminar. Tentu si Ali marahkan Long kan sebab tak
pi kenduri rumah dia. Tak pa. Nanti kenduri kat rumah dia bulan depan abang
mesti pulang. Tak hilang lagi kot seri pengantin tu?”
“Banyak la seri. Abang Ali pulang hujung
minggu saja. Lepas dah buat majlis kat rumah kita, baru dia nak bawa Angah
duduk dengan dia di Kangar.”
“OK lah macam tu. Dapat la Long jumpa dia
hari ni ya. Long on the way balik ni.
Nak singgah sekejap jumpa mak abah. Alang-alang dah ada di Perak kan. Jangan
bagitau kat sesapa tau. Suprise...”
“Banyak la suprise Long. Hati-hati bawa kereta tu. La kereta banyak tak tak
macam dulu. Nak cari sebijik pun payah.”
“InsyaAllah, kirim salam kat semua ya Angah.”
Belum sampai 15 minit aku dah memasuki jalan
susur masuk ke kampung halaman ku. Hatiku terasa tenang pabila melihat pohon
nyiur melentok liuk di tiup angin bayu petang. Sengaja ku minta Syafee memandu
sebab aku tak mahu rahsia ku terbongkar awal dari yang sepatutnya. Awal-awal
lagi telah ku beri amaran kepada Syafee supaya menyimpan rahsia ini dari
pengetahuan keluarga aku dan juga orang yang tidak dikenali. Biarlah orang mengenali
aku sebagai kerani seperti mana aku mula-mula ke MIH setahun yang lalu. Itu lebih
menyelesakan aku untuk bergerak ke mana sahaja.
Angah melambai tangan ke arahku. Sengaja dia
menjerit memanggil Achik untuk melihat siapa yang datang. Ku lihat Achik
melonjak kegembiraan bila melihat aku melambai tangan ke arahnya. Dipeluk dicium
aku berkali-kali, rindu benar dia. Memang dia adik yang paling rapat denganku.
Malah dengan semua orang. Mungkin dia yang paling bongsu dan usia yang masih
muda. Baru 9 tahun. Beza umur antara Alang dengah Achik pun 5 tahun.
Memang rezeki mak dan abah barangkali yang
kepingin anak dan mereka sama-sama berdoa di depan Kaabah ketika menunaikan
haji agar dikurniakan anak sebelum mereka berdua ‘expired’’. Alhamdulillah, doa mereka di makbul dan lahir lah
Muhammad Shaufi Haqimi ke dunia ini. Malam itu aku dan Syafee berlawan makan.
Berselera benar Syafee dapat menikmati masakan orang kampung. Achik juga tak
lekang dari ku. Bertambah juga dia yang sedari awal lagi sudah duduk disisi.
“Abah... Mak... Mir minta diri dulu ya.
InsyaAllah, kalau tak ada apa-apa aral akhir bulan nanti Mir pulang awal sikit
untuk sama-sama membantu urus majlis si Angah dan si Ali.”
“Ye lah... Hati-hati bawa kereta tu. Jangan
laju-laju. Kalau penat, mengantuk rehat lah dulu.”
“InsyaAllah mak cik, pak cik. Terima kasih
atas makan malam tadi. Sedap betul.”
“Abang kalau nak makan macam tu mai lah rumah
Achik lagi. Boleh Achik bawak abang naik gerek sama-sama. Kita pusing kampung.
Mana tau kot sangkut awek kat sini.”
“Achik.... Tak padan dengan kecik dan pandai
hal macam tu.”
“Tak apa lah pak cik. Budak-budak zaman la
tak macam dulu.”
Sepanjang perjalanan aku berbual-bual kosong
dengan Syafee. Pun begitu, pertengahan jalan aku terlelap membiarkan Syafee
keseorangan. Sedar sahaja, aku lihat Syafee sedang berbaring di bangku rehat
hentian sebelah Sungai Buluh.
“Sorry
Fee, aku terlelap tadi. Letih satu, kenyang pun satu sebab aku terlelap tadi.
Nanti aku drive kau tidur pula okey.
Tak kan kau nak drive sepanjang
jalan.”
“Tak kisah pun. Tapi aku nak bagitau kau satu
hal. Tadi, masa kau tidur aku ada dengar kau asyik sebut nama Tina. Kau masih
teringatkan arwah ke? Yang berlalu tu biarkan berlalu Wan.”
“Ye ke... Aku tak sedar apa-apa pun. Aku
memang nak lupakan kisah aku dengan Tina tapi sukar benar sebab dia pergi depan
mata aku. Dalam pangkuan aku. InsyaAllah, sedikit demi sedikit aku akan dapat
melupakan kisah dengan dia.”
“Bagus lah macam tu. Dato’ pun aku lihat
semakin dapat menerima kenyataan dan dah mula datang kerja. So, kau pun patut
kuat begitu. Aku yakin kau mampu sebab aku kenal semangat kau macam mana. Tapi
kau kena tabah dan banyak berdoa kepada-Nya. Jom lah... Kita bergerak sekarang.
Tak jauh dah nie. Cepat sampai boleh rehat lama sikit.”
Jam 4 pagi kereta membelok masuk ke
perkarangan rumah ku. Letih benar. Hujan pula tiba-tiba turun dengan lebat.
Menambahkan lagi ingatan ku ke tilam empuk dan selimut lembut.
“Kau tidur rumah aku sajalah malam ni. Dah
awal pagi nie. Nanti kau tak cukup rehat.”
“Tak pe lah, aku dah janji dengan bini aku
akan balik sebelum subuh. Nanti risau pulak dia.”
“Dia risau ke atau kau tu yang takut tak
sempat.... Faham-faham sendiri lah.”
“Ada-ada saja kau ni. Ke situ pula yang
difikir. Itulah, orang suruh cari bini kau tak nak. Kata tak ready lah tak ada calon lah. Duit banyak
tak guna juga kalau hati kita kosong. Kau dah tahap wajib Mir..”
“Tak ada orang nak aku nak buat macam mana. Okey
lah, sampai rumah nanti kau SMS aku. Takut kalau ada apa-apa yang terjadi dalam
perjalanan nanti. Jangan diam saja. Kau selalu macam tu..”
“Bukan tak dak yang nak tapi ko tu yang tak
mau cuba buka hati ko balik. OK lah, aku SMS kau bila aku sampai rumah nanti. Aku
balik dulu ya. Assalammualaikum...”
Baru aku nak melelapkan mata, handsetkuberbunyi. Aku tahu siapa yang call
aku sebab nada dering itu memang aku khas kan untuk dia. Tapi aku tak mampu nak
jawab. Letih benar. SMS masuk ke dalam handset
aku. Aku buka dan membaca...
“A’kum...
Dah tido ke? Sori m’ganggu. Good Nite. Shieda rindu lah kat Mir. Bye2...”
“Mir... Hari tu kau ada tanya kalau-kalau aku
pernah dengar nama Zulkhusmi. Ni aku ada news
yang aku baru dapat. Dia big boss
syarikat ACN Sdn. Bhd. Syarikat tu pernah try
untuk dapatkan tender pembekalan bahan dengan kita. Tapi kita reject sebab apa yang ditawarkan agak
mustahil. Dalam banyak-banyak kompeni, ACN yang tawarkan harga jauh berbeza.
Kita cuba siasat, dan kita dapat tahu yang yang ACN sebenarnya sebuah syarikat
yang bermasalah.”
“Lagi? Yang kau tahu tentang Zul. Itu yang
penting bagi aku.”
“Dia dulunya hanya lah seorang Finance Executive. Tapi entah macam mana
dia tiba-tiba jadi bos. Dengar kata dia manipulasi saham syarikat. Lagi pula
rekod dia sebelum ni pun tak berapa baik. Kaki botol, kaki betina, kaki
disko. Aku tak tau betul ke tak. Informeraku yang bagitau.”
“Lagi? Penting semua info tu kat aku sebab
nak tolong kawan. Tak mahu dia terperangkap dengan tipu muslihat si Zul tu.”
“Informer
aku juga cakap, 2 bulan lepas dia gunakan pekerja dia menyamar jadi mak
bapak dia untuk merisik seorang budak kampung. Bapak dia tu dengar kata ada
tanah yang luas jugalah. Tambah lagi bapak budak tu pula pentingkan duit. So,
lagi senang la dia nak mainkan muslihat.”
“Muslihat macam mana?”
“Aku tak pasti. Mungkin dia kahwin dengan budak
tu untuk dapatkan tanah? Atau lebih dari tu, dia nak kan tanah dan budak tu dia
boleh dagangkan? Kita tak tahu apa ada dalam kepala belut macam tu.”
“Dia tu anak Dato’ ke?”
“Ya... Dato’ penipu.Dia sanggup buat apa
sahaja untuk capai impiannya.”
“OK, thanks
for your informations. Its mean a lot to me. Aku hargai tapi please rahsiakan hal ni OK. Tak nak
nanti ada apa-apa masalah di masa depan. Jangan buat main-main dengan belut.
Dia licik dan tentunya merbahaya kan. Aku pergi dulu. Aku ada hal sikit. Ko
tentu tengok macam si Fabian.”
“Fabian mana?”
“Cuando Seas Mia... Telenovela TV2 tu...”
“Cehhh peminat rupanya... Aku jarang-jarang.
Tapi bini aku tak pernah miss.”
Hari ini aku akan melaksanakan plan yang
telah dirancang bersama Shieda dan Tasya. Tepat jam 8 malam aku menjemput mereka
yang baru sampai dari Ipoh di Pudu Raya. Rimas rasanya bila melihat ramai betul
orang lalu lalang di stesen yang tak pernah lena. Entah ke mana warga kota ini
mahu pergi. Ke utara, selatan, timur dan barat. Terus kami menuju ke KFC jalan
Tuanku Abdul Rahman. Kami duduk di sudut yang paling hujung. Sambil makan kami
bergelak tawa dengan usikan. Ku lihat Shieda begitu gembira walaupun aku tahu
dalam hatinya kini, begitu hebat berperang antara kehendak hati dan hormat
kepada ayahnya. Jika diikut hati memang dia mahu putus segala-galanya dengan
Zukhusmi, anak Dato’ Mokhtar. Baginya, tunangnya tu bukan lelaki tetapi jantan.
Talam dua muka. Depan orang tua, baik mengalahkan malaikat. Di belakang orang,
syaitan pun mengaku kalah.
Tapi jika dia berbuat begitu, apa pula reaksi
ayahnya? Marahkah ayah nanti? Di anggap anak yang derhaka kah nanti? Anak tak
kenang budi? Anak tak kenal dek untung. Menolak tuah yang datang bergolek.
Kelak hidup merana baru nak menyesali tindakan yang dibuat. Selepas sahaja kami
siap menjamah makanan, plan rahsia pun siap untuk dilaksanakan. Semua berwajah
serius seketika. Aku mendail nombor telefon rumah Shieda. Berhati-hati supaya
tak nampak tergopoh gapah.
“Ya saya Haji Malek bercakap. Siapa yang bercakap di
sana?”
“Saya, Mohd Shaufi, sepupu kepada Zulkhusmi,
bakal menantu Haji. Saya bukan nak berniat untuk merosakkan masa depan keluarga
Haji. Tetapi sekadar untuk membantu mengelak daripada Haji sekeluarga mendapat
malu.”
“Malu
apa ni? Awak jangan main-main dengan saya. Bakal menantu saya tu baik orangnya.
Macam mana awak dapat nombor telefon rumah ni? Awak berniat jahat dan dengkikan
dia agaknya?”
“Tak ada sebab saya nak berdengki. Saya pun
dah ada segalanya. Saya tak nak tengok Haji malu dan anak pak cik menderita
kelak. Saya kenal benar dengan Zul. Kami membesar sama-sama. Malah sehingga
kini kami masih saling berhubung cuma tak serapat dulu sebab dia dah berbeza
dari Zul yang saya kenali. Dia makin tersasar jauh Haji. Terlalu jauh.”
“Apa
maksud awak?”
“Zul tu ular Haji. Menunggu masa dan peluang
saja untuk membelit bila mangsa terleka. Zul memang cekap dalam bisnes. Saya
akuinya. Tapi apa yang dia capai semuanya dengan cara yang kotor. Rasuah,
ugutan dan tipu helah. Syer saya dalam syarikat yang dia tadbir kini juga telah
jatuh ke tangannya. Tapi saya tak salahkan dia sebab saya pun salah juga kerana
terlalu percayakan dia. Jika tidak dia tidak akan berada di kerusi empuk yang
didudukinya kini. Dia juga kaki botol, kaki disko, kaki betina dan kaki penipu.
Senang cakap depan Haji memang malaikat pun tabik dia. Tapi dibelakang kita,
syaitan tak perlu suruh, tak perlu cucuk. Dia akan buat sendiri.”
“Kau
jangan menuduh tanpa bukti.”
“Terpulang pada Haji nak percaya atau tidak.
Jangan sampai tanah Haji tergadai, maruah anak Haji pun jadi dagangan sudahlah.
Kelak jangan kata saya tak ingatkan. Kalau Haji mahukan bukti cuba tanya siapa
yang dia hantar sebagai wakil untuk merisik? Ataupun telefon sahaja ke pejabat
dia dan tanya setiausaha dia siapa yang selalu jadi mangsa dia bila dia
inginkan sesuatu.”
“Apa
ni? Saya tak faham langsung apa yang awak cakap. Buat saya pening kepala.”
“Orang yang dia hantar sebagai wakil tu
adalah pekerja dia! Mereka di paksa dan di beri upah yang lumayan. Mak bapak dia
pun tak tahu hal ni. Malah, Zul bukan anak Dato’!!! Ayah dia pesara tentera. Sebab tak mahu keluarga Haji jadi mangsa
kerakusan dia lah, saya cuba cari maklumat tentang tentang keluarga Haji. hal
ni. Saya dapat nombor ni dari diari dia. Ada satu baris dalam diari tu tertulis
satu ayat yang mesti Haji sukar nak percaya.”
“Apa
yang ditulis?”
“Haji
Malek & Siti Noor Shahadah – 2 lubuk emas aku. Tanah & Ringgit. Saya
yakin dia mengidamkan tanah milik Haji dan anak Haji mungkin sebagai bahan
dagangan. Tapi kalau masih tak percaya Haji boleh minta alamat rumah mereka dan
datang sendiri. Itupun jika Zul akan berikan alamat yang betul pada Haji kelak.
Jangan sampai Haji datang ke rumah siapa entah lah. Itu sahaja Haji yang saya
nak cakapkan. Saya minta maaf kalau panggilan saya buat Haji tak senang duduk.
Seperti yang saya cakap, saya hanya mahu membantu.”
“Terima
Kasih. Saya akan siasat. Kalau betul, saya ucap terima kasih kepada awak. Tapi
jika awak sekadar nak merosakkan nama baik dia, saya tak akan maafkan awak.”
“Terpulang lah pada Haji. Haji boleh sebut
nama saya kalau Haji tak yakin. Lihat air muka dia macam mana nanti. Dan Haji
akan tahu dia betul atau penipu.... Assalammualaikum...”
Muka Haji Malek kemerahan menahan marah.
Walaupun dia tak pasti sama ada apa yang didengar-nya tadi benar atau palsu.
Kami juga tertawa kerana aku melaksanakan tugas dengan amat berkesan dan
cemerlang.Tapi Shieda terdiam seketika. Aku tak pasti apa yang difikirkan
Shieda ketika itu. Bagi ku tidak penting lagi kerana apa yang dirancangkan
telah pun dilaksanakan dengan cukup cemerlang. Aku pasti hasil yang
menggembirakan akan dapat dituai kelak.
“Kenapa Shieda?”
“Tak ada apa-apa cuma tak keterlaluan sangat
ke dengan apa yang Mir cakap pada ayah tadi? Kalau apa yang dicakapkan tu tak
betul macam mana”
“Kalau betul? Memang patut pun apa yang Mir
cakap tu! Memang apa yang Mir cakap tu betul!!”
“Oiii... Ko biaq betui. Jangan dok memain la.
Hal penting ni. Aku debik ko sebijik baru ko tau.”
“Betui la apa yang aku cakap. Aku rasa aku
kenal siapa Zul. Macam mana aku kenai tak perlu tau lah tapi percayalah aku tak
mau la cakap lebih-lebih kalau benda tu tak betui. Satu hari kelak ko dengan
Shieda akan tau macam mana aku boleh tau hal tentang Zul. Jangan risaulah. Aku
jamin semua akan OK dan sikit masa lagi Shieda akan bebas.”
“Mir.... Terima Kasih. Tak tahu nak balas
macam mana.”
“It’s
OK Shieda. Ok, jom lah. Mir bawa Shieda dan Tasya pusing-pusing KL..”
Aku membawa Shieda dan Tasya ronda-ronda ke
tempat-tempat menarik di KL. Sengaja ku ambil cuti hari ini semata-mata untuk
bersama-sama mereka. Aku membawa mereka berjalan-jalan di Menara Kuala Lumpur,
KLCC, Putrajaya, KLIA, Taman Tasik Titiwangsa, Chow Kit, Pasar Seni, Bukit
Bintang dan merata-rata. Memang habis satu KL aku bawa mereka pusing. Selepas
makan malam bersama di sebuah Fastfood
Corner KLIA, aku menghantar mereka ke Hotel Puduraya. Senang mereka untuk
pulang awal pagi esok.
“Thanks
Mir... Puas hati dapat pusing satu KL walaupun penat sangat. Memang tak kan
lupa.”
“Welcome.
Baguslah kalau puas hati. Takut tak puas saja.”
“Kalau tiap hari macam ni mampuih
tergedik-gedik aku. Gila ko bawak kami macam esok dah nak kiamat. Nak bawak pi
semua tempat kalau boleh. Apapun terima kasih la sebab bawak kami makan angin.
Syok sangat-sangat. Nanti ajak kami lagi noo.”
“Ko nak mai lagi ka Tasya? Mai la, nanti aku
suruh kawan aku bawak hang pusing-pusing KL lagi. Mana tau kawan aku berkenan
pulak kat ko, boleh jadi couple.”
“Dengan kawan ko nak buat apa? Kot dia juai
aku, sapa yang susah? Mak bapak aku juga yang susah anak mereka yang ayu ni
hilang. Tapi nanti bawa aku naik LRT erkk. Teringin la nak naik.”
“Nak naik sekarang? Jom lah. Dekat-dekat sini
pun ada. Simpan beg dulu. Lepas tu kita pergi ye.”
Aku bawa Shieda dan Tasya menaiki LRT dari
hentian Plaza Rakyat hingga ke hentian Chow Sao Lin. Tasya begitu gembira dapat
merealisasikan impiannya. Riak wajah Tasya begitu ceria. Aku turut puas kerana
dapat membawa mereka berdua bersiar-siar di KL..
“Thanks
Wan, tak sangka ko sanggup tunaikan impian aku nak naik LRT hari ni jugak. Best jugak kan naik tu. Tak sesak dan
laju aja. Kalau macam ni tak perlu risau lah kalau terlewat pun.Satu hari nanti
aku kerja sini, aku nak jadikan LRT sebagai transport
rasmi aku. Nanti bawa kami pi tempat lain pula.”
“OK... Aku tunggu ko datang lagi. Aku bawak
ko dan Shieda pi Sepang, Planetarium dan mana-mana ajah lah yang ko nak pergi. Aku
nak minta diri dulu. Nanti marah kawan aku pinjam kereta dia lama sangat. Jumpa
lagi nanti dan Shieda jangan risau ya. Semuanya akan dapat diselesaikan dengan
baik nanti. Banyak-banyak berdoa kepada Dia Yang Kuasa.”
“Terima kasih
Mir. Shieda rasa tenang sikit lepas apa yang kita rancang dah dibuat.
Harap ayah akan percaya dan lakukan sesuatu lah. Shieda tak sanggup nak tunggu
lama-lama lagi.”
“Ala Shieda... Jangan risau la. Selagi kita
percaya dan sabar Dia pasti akan bersama-sama kita. Mir dan aku pasti bersama-sama
Shieda. Tak kan kami nak biar Shieda sorang sahaja tanggung semua ni kan. Apa
guna jadi kawan kalau pakat dok lari bila kawan ada masalah.”
“Terima kasih Tasya. Terima kasih Mir. Lega
rasa hati Shieda. Shieda nak balik rehat dulu. Letih sangat hari ni. Esok
berjalan lagi. Jumpa lagi Mir. Assalammualaikum.”
“Waalaikumsalam.”