Home Novel Cinta Isteriku Bekas Banduan
Isteriku Bekas Banduan
Kasturi Madu
26/12/2020 06:27:16
84,282
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 6

Tepat jam 9 pagi sebuah kereta mewah berhenti dihadapan rumah Mawar. Mawar yang sudah sedia menanti dihadapan pintu rumahnya bingkas bangun dan menyalami tangan tua Puan Zubaidah.


"Mak Mawar pegi dulu ya," ucap Mawar lembut.


"Yela.. Kerja elok. Ingat pesan mak hati-hati," pesan Puan Zubaidah.


"InshaAllah.. Mak doakan Mawar ye." 


"Ye.. Mak sentiasa doakan Mawar. Jangan risaulah," sahut Puan Zubaidah.


"Baik mak.. Assalamualaikum," usai memberi salam segera kaki dibuka menuju ke arah kereta yang elok terparkir dihadapan rumahnya.


Dengan lafaz Bismillah pintu dibahagian penumpang dihadapan dibuka. Terjengul wajah Haris yang sedang merenung ke arahnya. Senyuman tipis diberikan. Haris yang sedar akan kedatangan Mawar laju bersuara.


"Mawar cepat masuk kita dah lambat ni," ujar Haris.


"Baik..." akur Mawar.


Dengan perasaan gementar dia masuk ke dalam kenderaan milik Haris dan menutup pintu kereta mewah itu perlahan-lahan. Tanpa kata Haris laju mengemudi kereta mewahnya meninggalkan kawasan kampung mereka.


Mawar memerhatikan keadaan jalan yang dilalui oleh mereka berdua. Haris yang berada disebelah dikerling sebelum bersuara penuh tanda tanya.


"Kita nak ke mana ni?" soal Mawar.


"Hari ni kau kena hantar barang area bandar. Nanti budak aku akan bawak kau hantar barang-barang tu semua," ujar Haris serius.


"Banyak ke barang aku kena hantar hari ni?" soal Mawar lagi. 


"Tak banyak. Dalam 4 atau 5 tempat je," jawab Haris yang masih fokus dengan pemanduannya. 


"Baiklah," akur Mawar. 


Hampir setengah jam kemudian, mereka berdua akhirnya tiba di destinasi yang ditujui. Kereta Haris diparkirkan didalam sebuah kotak parkir khas. Bangunan deretan kedai mengamit pandangan mata Mawar. 


"Jom," pelawa Haris. 


Mawar dan Haris sama-sama keluar dari dalam perut kereta dan menuju ke arah salah satu lot kedai. Beberapa orang jejaka yang berdiri diluar kedai mencuri tumpuan Mawar. Mawar yang masih berdiri tegak disisi Haris hanya mendiamkan diri saat Haris bersalaman bersama tiga orang lelaki dihadapannya ini. 


"Ni aku kenalkan kau Mawar. Mawar ni Jaiko, Imran, Kassim. Lepas ni kau akan bekerja dengan dia orang," ujar Haris. 


"Kau biar betul Ris? Takkan kau nak suruh perempuan buat kerja ni?" soal Jaiko. 


"Entah kau ni Ris. Agak-agaklah nak suruh perempuan join kita," sokong Kassim. Manakala Imran hanya mengangguk tanda setuju. 


Mawar hanya menunduk. Perasaan sebal mula bertandang didalam hati saat dia dengan mudah diperlekehkan oleh ketiga-tiga jejaka itu. 


"Kau jangan risau Mawar ni budak kampung aku. Aku dah lama kenal dia. Aku yakin dia boleh handle kerja ni. Lagi pun kalau dia buat kerja ni orang takkan suspek sangat," Haris cuba menyakinkan rakan-rakannya itu. 


"Hmm kalau kau dah cakap macam tu kita orang ikut jela. Cuma aku tak nak kalau lepas ni timbul masalah lain pulak," ucap Jaiko berbaur amaran. 


"Kau jangan risaulah semuanya ditanggung beres. Mawar lepas ni kalau kau nak buat penghantaran Imran atau Kassim yang akan teman kau," beritahu Haris. 


"Ba.. Baik.." jawab Mawar gugup. Wajah ditundukkan saat ketiga-tiga lelaki itu merenung tajam ke arahnya. 





~~~~~





Imran memarkirkan kereta Perodua Viva dibahu jalan. Mata mengerling Mawar yang duduk bersebelahannya. Tangannya segera mencapai sebuah beg ditempat duduk belakang. Beg berwarna hitam itu diletakkan keatas riba Mawar. 


Mawar yang sedang leka mengelamun itu tersentak saat merasakan ada sesuatu yg berat diatas ribaannya. Laju wajah menunduk melihat ke arah ribanya. Kening bertaut sesama sendiri dan dia menoleh penuh tanda tanya kepada Imran yang memandangnya kosong. 


"Sekejap lagi akan ada kereta Kancil warna putih berhenti dekat bawah pokok tu. Aku nak kau keluar bagi beg ni dekat dia. Sebelum kau bagi beg ni dekat dia aku nak kau pastikan dia ada bagi beg lain dekat kau sebagai tukaran," ujar Imran. Mata lelaki itu tunak memandang ke hadapan. 


Mawar laju memandang ke arah yang diperhatikan oleh Imran itu. Entah mengapa jantungnya berdetak hebat. Perasaan takut mula menyelubungi hatinya.


"Ba...baik," akur Mawar. Tangan laju meramas beg yang masih berada diatas ribaannya. 


Imran yang mengerling ke arah Mawar hanya tersenyum sinis. Dia yakin Mawar pasti tidak tahu barang apa yang sebenarnya perlu dihantar gadis itu kepada pelanggan mereka. 


Beberapa minit menunggu, akhirnya sebuah kereta jenis Perodua Kancil muncul dan berhenti dibawah sebatang pohon rendang tidak jauh dari kenderaan mereka. 


"Haa tu dah sampai. Pegilah cepat," arah Imran. 


Tanpa banyak kata Mawar segera berlalu keluar daripada perut kereta. Beg hitam itu digengam erat. Dengan langkah laju dia melangkah menuju ke arah kereta Perodua Kancil itu. 


Mawar menghela nafas berat sebelum bersuara bagi menyentakkan figura seorang lelaki dibahagian pemandu yang seperti leka dengan telefon bimbit yang berada ditangannya. 


"Assalamualaikum encik. Ni barang yang Haris minta saya hantarkan," jujur Mawar. 


Lelaki itu mengerutkan kening memandang Mawar. Matanya jatuh pada beg yang berada digengaman Mawar. 


"Kau budak baru ke? Mana Imran?" soal lelaki itu bengis. 


"Aa.. Iye.. Saya pekerja baru. Imran yang suruh saya hantarkan beg ni. Dia ada dalam kereta," jawab Mawar. 


Lelaki itu mengangguk faham.


"Kau bukak pintu belakang lepas tu ambil beg warna merah. Yang tu bos kau punya. Beg hitam tu kau letak dekat bawah kerusi tempat duduk aku," arah lelaki itu.


"Baik..." akur Mawar. 


Dia segera melakukan apa yang telah diminta oleh lelaki berwajah bengis itu. Beberapa saat saja beg sudah bertukar tangan. Mawar masih berdiri kekok bersebelahan pintu si pemandu itu. Menanti arahan seterusnya dari lelaki itu. 


"Kerja dah settlekan? Dah kau boleh blah?" ucap lelaki itu kasar. 


Tanpa suara Mawar hanya mengangguk dan kaki dibuka menuju kembali ke arah Imran yang masih menanti kedatangannya. Laju dia membuka pintu dan memboloskan diri ke dalam perut kereta. Nafas dihela kasar. 


"So macam mana?" soal Imran. 


"Nah dia bagi beg ni. Dia kata ni bos kita punya," jawab Mawar. Beg berwarna merah itu dihulurkan kepada Imran. 


"Good job Mawar. Jom kita ada beberapa tempat lagi nak kena hantar barang ni," ucap Imran. 


"Yelah..." akur Mawar. 


Tidak menunggu lama kenderaan yang mereka naiki perlahan-lahan bergerak pergi ke destinasi seterusnya. 





~~~~~





Tepat jam tujuh petang Mawar tiba dirumahnya dengan dihantar oleh Imran. Kata Haris selepas ini Imran lah yang bakal membawanya ke mana-mana termasuklah mengambil dan membawanya pulang ke rumahnya setiap hari. Mawar hanya akur dengan arahan yang telah diberikan oleh Haris kepadanya. 


"Assalamualaikum...." laung Mawar mengejutkan isi rumah. 


"Waalaikumsalam.. Lewat kamu balik Mawar..? Banyak kerja ke?" soal Puan Zubaidah prihatin. 


"Iye mak.. Hari ni banyak tempat Mawar kena hantar barang," ucap Mawar. Tangan laju membuka kasut yang dipakai siang tadi. 


"Barang apa yang kamu hantar tu?" soal Puan Zubaidah lagi. 


"Mawar pun tak tahu. Sebab tugas Mawar cuma hantarkan barang tu pada pelanggan yang dah order dengan bos kita orang je," jawab Mawar. 


"Kamu tak tanya ke barang apa yang kamu hantar tu?" soal Puan Zubaidah pelik. 


"Mawar tak sempat nak tanya mak. Lagi pun hari ni kan hari pertama Mawar. Mawar pun tak berapa rapat lagi dengan dia orang tu. Takpelah nanti bila Mawar dah ngam dengan dia orang Mawar tanya ya," ujar Mawar. 


"Hmm iyelah.. Mak cuma nak kamu hati-hati je. Zaman sekarang macam-macam orang buat nak dapatkan duit dengan cara mudah. Mak tak nak kalau kamu jadi mangsa dia orang tu semua," pesan Puan Zubaidah. 


"InshaAllah mak.. Mak doakan Mawar ya. Niat Mawar cuma nak cari rezeki untuk keluarga kita je. Bantu mak dengan adik-adik dapat kehidupan yang lebih selesa." 


"Mak memang sentiasa doakan anak-anak mak selamat dunia dan akhirat," ujar Puan Zubaidah ikhlas. 


Mawar tersenyum manis mendengarkannya. 


"Terima kasih mak..." ucap Mawar ceria. 


"Dahlah kamu pegi mandi. Sekejap lagi dah nak masuk waktu maghrib. Kita solat sama-sama dengan adik-adik kamu," ajak Puan Zubaidah. 


"Baik mak..." laju Mawar bangun dan berlalu ke arah bilik. 








Hai korang...!! 


Korang yg nak tengok wajah watak2 dalam IBB blh follow ig kak KM 


@kasturimadu

Previous: BAB 5
Next: BAB 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.