Home Novel Cinta Isteriku Bekas Banduan
Isteriku Bekas Banduan
Kasturi Madu
26/12/2020 06:27:16
70,782
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 14
Dua hari telah berlalu Encik Bakri dan Puan Hanim masih setia menanti Aizat dengan penuh rasa sabar. Doa tidak pernah putus agar si anak tunggal sedar daripada lena yang panjang. Luluh hati sang ibu melihat tubuh Aizat yang hanya terbaring kaku.


"Bila lah Aizat ni nak sedar ya bang?" keluhan berat dilepaskan.


"Entahlah Nim.. Saya pun tak tahu," jawab Encik Bakri sebak.


"Macam mana kalau dia terus-terusan macam ni bang?" soal Puan Hanim sebak.


"Hanim tak baik awak cakap macam tu. Cubalah awak doakan yang baik-baik untuk dia," tegur Encik Bakri.


"Saya bukan apa bang.. Saya cuma risau.. Saya takut."


"Ye saya faham perasaan awak tu tapi awak tu sebagai ibu kena doakan agar dia selamat. Cepat sembuh. Bukan cakap benda bukan-bukan macam ni.. Awak tahukan kata-kata tu ibarat satu doa," keluh Encik Bakri.


Puan Hanim hanya menunduk diam. Sedar akan khilafnya. Air mata yang mengalir lesu diusap perlahan-lahan. Sunyi diantara mereka berdua. Beberapa minit kemudian dia mula bersuara memecahkan kesunyian diantara mereka.


"Abang dah fikir ke tawaran Farah tu?" soal Puan Hanim. Wajah sang suami direnung meminta jawapan.


Dengar sahaja soalan yang diutarakan sang isteri Encik Bakri meraup wajahnya kasar. Keluhan berat dilepaskan.


"Saya tahu niat Farah tu baik nak tolong Aizat. Tapi awak tak rasa ke macam dia cuba nak ambil kesempatan dekat anak kita tu?" soal Encik Bakri pula.


"Kenapa abang cakap macam tu pulak?"


"Iyalah cuba awak fikir dia dah bagi pinjam modal dekat Aizat tapi dengan syarat Aizat kena kahwin dengan si Farah bila bisnes Aizat dah maju."


"Saya tahu tu tapi takde masalah pun kan kalau dia orang tu berkahwin.." jawab Puan Hanim.


"Memang takde masalah. Tapi awak sendiri tahukan anak awak ni memang tak sukakan budak Farah tu. Siap diberikan nama cacing kerawit lagi dekat budak tu," keluh Encik Bakri.


"Iya saya pun tahu pasal tu. Tapi ni je cara yang ada untuk tolong Aizat tu. Saya memang takkan izinkan dah dia kerja hantar makanan tu lepas apa yang jadi ni," tegas Puan Hanim.


"Saya tak rasa kalau Aizat tu akan setuju dengan semua ni.. Awak sendiri tahu Aizat tu memang tak sukakan Farah. Takkan kita nak paksa dia pulak? Dia bukan budak-budak lagi."


"Kalau nak diikutkan si Aizat tu memang sampai bila-bila pun takkan setuju. Tapi kita tak tahu mungkin bila dia orang tu dah berkahwin timbul perasaan cinta dalam hati Aizat untuk Farah. Lagipun tawaran macam ni cuma datang sekali je bang. Takkan abang sanggup nak biarkan Aizat tu kerja hantar makanan lagi lepas apa yang jadi ni?" ucap Puan Hanim tegas.


"Kalau awak dah cakap macam tu saya ikutkan aje mana yang baik," akur Encik Bakri.


Tersenyum manis Puan Hanim mendengarkan jawapan sang suami. Sememangnya dia sangat mengharapkan agar satu hari nanti Farah Aliya yang bakal menjadi menantunya. Sekurang-kurangnya pertalian diantara keluarga mereka akan semakin erat jika Aizat dan Farah dapat disatukan.


Beberapa minit berdiam diri pasangan suami isteri itu tersentak apabila bunyi erangan memenuhi ruang wad yang menempatkan Aizat. Mereka yang sedang duduk disofa didalam ruangan bilik itu bergegas mendapatkan Aizat.


"Aizat kamu dah sedar nak..." ucap Puan Hanim lirih.


"Alhamdullilah.. Kamu sedar jugak akhirnya..." syukur Encik Bakri.


"Mak.. Ayah.. Zat dekat mana ni?" soal Aizat.


"Kamu dekat hospital. Kamu kemalangan.." jawab Encik Bakri.


"Ke... Kemalangan..?" berkerut dahi Aizat pelik.


"Iya kamu kemalangan.. Dah kamu jangan banyak bergerak kamu baru je sedar.." ujar Puan Hanim.


"Kamu tunggu biar ayah panggilkan doktor. Biar doktor buat pemeriksaan dekat kamu," laju kaki Encik Bakri meninggalkan ruangan yang menempatkan anak lelakinya itu.


Aizat yang mengangguk akur. Dia juga masih belum dapat mencerna dengan apa yang baru dikatakan ibu bapanya sebentar saja tadi.





~~~~~





Jantung Mawar sudah seakan seperti mahu pecah. Setelah selesai disoal siasat oleh pegawai siasatan beberapa hari yang lalu kini tiba masanya untuk dia dihadapkan ke mahkamah menanti untuk dibicarakan.


Laila sudah pun dijatuhkan hukuman penjara namun dia sendiri tidak tahu berapa lama wanita itu bakal dipenjara. Timbul rasa simpati didalam hati akan nasib Laila.


Namun Mawar sendiri juga tidak tahu akan nasib dirinya. Dia hanya mampu berdoa agar nasib baik akan sentiasa menyebelahinya nanti.


Tepat jam 10 pagi Mawar dibawa masuk ke dalam mahkamah seksyen bersama Imran. Matanya sempat melirik ke arah ibu dan adik-adiknya. Jelas wajah sugul sang ibu menyentap tangkai hatinya.


Ingin sekali dia berlari dan memeluk tubuh sang ibu. Memohon maaf diatas apa yang berlaku. Namun Mawar tahu dengan keadaannya yang sedang bergari dan dikawal rapi oleh pihak polis pasti itu adalah sesuatu yang sangat mustahil untuk dia lakukan.


Imran yang tunak merenung ke arahnya langsung tidak dihiraukan. Hatinya sakit apabila memikirkan apa yang sudah terjadi. Gara-gara lelaki itu yang tidak mahu berterus terang sehingga menyebabkan dia sama terpalit dalam kancah masalah ini. 


Perbicaraan diteruskan. Mawar hanya memandang kosong ke arah pendakwa raya yang sedang mengemukakan butir-butir bicara mengenai kesnya.


"Hasil tangkapan dari pihak polis telah menjumpai dadah jenis methamphetamine seberat 39.5 gram..." 


"Mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang diboleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup, atau tidak kurang lima tahun penjara dan maksimum 10 sebatan.."


"Mohon tuan hakim mengenakan hukuman ringan ke atas tertuduh kerana ini adalah kesalahan pertama tertuduh.. Dan tertuduh telah memberikan kerjasama yang sebaiknya kepada pihak polis dan pihak mahkamah.. Mohon budi bicara tuan hakim.."


Keadaan jeda seketika.


"Disebabkan ini adalah kesalahan pertama tertuduh jadi dengan ini mahkamah memutuskan tertuduh hanya perlu membayar denda sebanyak 10 ribu ringgit atau 5 tahun penjara dan 2 sebatan atau kedua-dua sekali.." 


Terduduk lemah Mawar saat mendengarkannya. Sudah pasti dia ataupun keluarganya tidak akan mampu untuk membayar denda sebanyak itu. Manakala Puan Zubaidah sudah menitiskan air mata apabila mendengarkan apa yang barusan dikatakan oleh hakim. 


Mawar berpaling ke belakang dan menatap sayu ke arah Puan Zubaidah dan adik-adiknya. Air mata semakin laju mengalir dipipinya. 


"Maafkan Mawar mak.. Melati jaga mak.. Jaga Dahlia.. Akak minta maaf..." ucap Mawar sayu. 


"Mak tahu Mawar tak salah.. Mak yakin anak mak tak salah..." ujar Puan Zubaidah sebak. 


Puan Zubaidah cuba untuk memeluk tubuh Mawar namun dihalang oleh pihak polis yang sudah ingin membawa Mawar keluar menuju ke bilik tahanan sementara. 


"Mak dahlah tu.. Jom kita keluar dari sini.." pujuk Melati. 


"Mak nak jumpa kakak kamu Melati.." ucap Puan Zubaidah lirih. 


"Iya Melati tahu tu.. Tapi mak sendiri tengokkan pihak polis tak bagi kita jumpa Kak Mawar.. Dahlah jom kita keluar dulu.." ajak Melati. 


Tubuh Puan Zubaidah dipimpin untuk keluar daripada bilik mahkamah. Manakala Dahlia hanya mengikuti jejak langkah Melati dan Puan Zubaidah yang ingin berlalu keluar dari situ. 


Sampai sahaja diluar perkarangan mahkamah Melati segera mendudukkan Puan Zubaidah dibangku kosong. Nafas dihela kasar. 


"Mana kita nak cari duit sebanyak 10 ribu tu mak.." ucap Melati lemah. 


"Mak tak tahu Melati... Mak pun buntu," sahut Puan Zubaidah sebak. 


"Kita bukan orang senang.. Kenapalah si Haris tu kejam sangat buat Kak Mawar macam tu," marah Melati. 


"Macam mana kita nak tolong Kak Mawar kamu tu. Kalau tak bayar denda tu memang kakak kamu tu akan meringkuk dalam penjara selama 5 tahun. 5 tahun bukan satu tempoh yang singkat," ujar Puan Zubaidah. 


"Betul kata mak tu. Tapi masalahnya mana kita nak cari duit 10 ribu tu mak. Nak cari 100 ringgit pun Melati rasa mustahil.. Apa cara yang kita boleh buat lagi untuk bantu Kak Mawar tu..." 


"Allahuakbar... Kenapa lah Kau uji aku yang tidak-tidak Ya Allah..." keluh Puan Zubaidah. 


"Mak tak baik kita mengeluh. Apa yang dah jadi ni pasti ada hikmahNya. Kita semua tahu niat Kak Mawar tu baik nak bantu mak, nak bantu keluarga kita ni dari terus hidup susah. Ni bukan je ujian untuk Kak Mawar tapi untuk kita sekeluarga. Melati percaya Allah takkan uji diluar kemampuan hambaNya. Dia tahu Kak Mawar kuat untuk harungi semua ni," belakang badan Puan Zubaidah diusap penuh sayang. 


"Mak sedih.. Daripada kecil sampai besar hidup Kak Mawar kamu tak penah senang. Sampaikan dia terpaksa berhenti sekolah pun tak penah dia mengeluh.. Tak penah sekali pun dia merungut bila kena tolong mak buat kerja nak dapatkan duit bantu keluarga kita. Sekarang dia diuji macam ni pulak. Mak betul-betul terkilan dengan apa yang dah jadi," air mata semakin laju mengalir. 


"Melati tahu tu. Kak Mawar seorang yang sangat tabah dan kuat. Melati sentiasa akan doakan semoga satu hari nanti pengorbanan Kak Mawar selama ni akan dibalas dengan ganjaran yang setimpalnya." ucap Melati sayu.


Saat mereka sedang jauh melayani perasaan masing-masing. Kedua beranak itu tersentak saat Dahlia memecahkan kesunyian dengan memanggil nama Mawar Saffiyah. 


"Mak.. Kak Mawar nak pegi mana tu? Kak Mawar tak nak ikut kita balik ke?" soal Dahlia. 


Laju Puan Zubaidah dan Melati bangun. Mata memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Dahlia. 


Segera Puan Zubaidah berlalu cuba mendekati si anak. 


"Mawar... Mawar jangan tinggalkan mak..." ucap Puan Zubaidah bersama air mata yang kian laju. 


"Mak maafkan Mawar... Mak jaga diri baik-baik.. Halalkan makan minum Mawar selama ni," balas Mawar. 


"Mawar tak salah apa-apa pun dengan mak nak... Mak halalkan semuanya nak..." 


"Melati jaga mak dan Dahlia baik-baik. Belajar rajin-rajin.. Banggakan mak ubah nasib keluarga kita. Akak betul-betul harapkan Melati. Jangan kecewakan akak," pesan Mawar. 


"Kak Mawar jangan risau pasal tu. Melati janji Melati takkan hampakan harapan akak. Akak jaga diri baik-baik. Melati sayang akak," ucap Melati bersama linangan air mata yang semakin laju membasahi pipinya.


Tubuh Mawar didorong masuk ke dalam sebuah kereta berlogo polis. Air mata kini sudah basah dipipi mulusnya. Hatinya bagai dirobek saat melihat ke arah keluarganya. Ingin sekali dia memeluk tubuh sang ibu namun semuanya adalah sesuatu yang begitu mustahil.


Tiada apa lagi yang ingin dikesalkan. Semuanya sudah tertulis

Dia harus akur dengan semua ini. Perjalanan hidupnya baru sahaja bermula. Kini dia tahu hidup didunia bukan semudah yang dia sangkakan. 


Jika ini hukuman yang harus dia terima. Dia redha moga akan ada sinar buatnya kelak.





~~~~~





Bulan berganti bulan, hari berganti hari kini sudah hampir 5 bulan Mawar dijatuhkan hukuman penjara. Sejak ketiadaan Mawar kehidupan keluarga mereka telah banyak berubah. 


Puan Zubaidah masih meneruskan pekerjaannya dengan menoreh getah-getah penduduk kampung bagi menyara kehidupan mereka anak beranak. Manakala Melati pula membantu dengan menjual kuih muih hasil buatannya di kantin sekolahnya. 


Walaupun sudah acap kali ditegah oleh Puan Zubaidah kerana risau jika Melati kepenatan namun Melati tetap berdegil ingin membantu Puan Zubaidah. Katanya Melati sekurang-kurangnya hasil jualan kuihnya dapat digunakan untuk dia membayar keperluan dia dan Dahlia kelak. Dia tidak mahu terus-terusan menyusahkan ibunya itu. 


"Mak kejap lagi Melati nak ke kedai. Mak ada nak pesan apa-apa tak?" soal Melati. Dilabuhkan duduk bersebelahan sang ibu yang duduk bersantai dipangkin bawah rumah mereka. 


"Kamu nak ke kedai buat apa?" soal Puan Zubaidah. 


"Nak beli barang buat kuih sikit. Esok Mak Limah dekat kampung sebelah tu dia ada tempah kuih dengan Melati," jujur Melati. 


"Banyak ke yang dia tempah?" 


"Alhamdullilah mak dalam 100 biji kuih yang dia nak Melati buatkan," jawab Melati. 


"Kuih apa dia suruh kamu buat tu?" soal Puan Zubaidah lagi. 


"Kuih karipap pusing mak. Dia kata karipap yang Melati buat sedap. Tu yang dia tempah dengan Melati tu," sahut Melati teruja. 


"Alhamdullilah.. Nanti mak tolong kamu sekali ya..." tersenyum Puan Zubaidah seketika. 


"Baik mak.. Terima kasih.." Senyuman manis dilorekkan oleh Melati. 


"Ni pukul berapa kamu nak pegi ni? Jangan lewat sangat takut nanti kedai Pak Hamid tu tutup je.." 


"Kejap lagi Melati pegilah. Melati bawak Dahlia sekali ya mak. Kesian pulak nanti dia tinggal sorang-sorang." 


"Iyalah.. Kamu pegi tu hati-hati. Dah beli barang terus balik," pesan Puan Zubaidah. 


"Baik mak..." akur Melati. 


Tidak menunggu lama Melati dan Dahlia segera berlalu menuju ke arah kedai runcit milik Pak Hamid. Dia mahu membeli barang untuk menyiapkan tempahan kuih yang telah diterima olehnya.


Sampai sahaja dikedai milik Pak Hamid, Melati segera berlalu masuk dan mencari barang-barang yang diingin. Usai mendapatkan barangan yang dia mahu. Kaunter segera ditujui bersama-sama Dahlia.


Mak Nab yang kebetulan berada berdekatan kaunter tersenyum sumbing kepadanya. Wanita tua itu mula mendekatinya. Melati menjulingkan bebola matanya keatas. Melati sememangnya tidak menyukai wanita tua itu dek kerana mulut wanita itu yang diibaratkan seperti radio buruk yang terlalu gemar menjaja perihal orang lain didalam kampung mereka ini.


"Haii Melati beli barang buat kuih ke?" soal Mak Nab namun jelas nadanya berbentuk perlian.


"Mak Nab ni dah tahu tanya lagi. Ke Mak Nab ni buta tak nampak atau sengaja buat-buat tak nampak," bidas Melati selamba.


Pak Hamid yang sedang mengira barangan milik Melati menahan gelaknya daripada terhambur. Manakala Mak Nab sudah mengetapkan bibirnya menahan geram.


"Kakak kamu si Mawar tu lama aku tak nampak. Ke mana peginya?" soal Mak Nab.


Riak wajah cuba dikawal oleh Melati saat Mak Nab menyebut nama si kakak. Risau jika ketahuan.


"Kenapa? Kenapa Mak Nab nak tahu pasal Kak Mawar? Mak Nab nak jodohkan Kak Mawar dengan siapa pulak kali ni?"


"Takdelah aku ni cuma pelik je. Tiba-tiba je kakak kamu tu menghilang. Ke mana peginya?" soal Mak Nab curiga.


"Ada.. Dia kerja dekat tempat lain," jawab Melati gugup.


"Patut lama tak nampak. Dia kerja dekat mana?" soal Pak Hamid pula.


"Errr...." baru sahaja Melati ingin membuka mulut laju Mak Nab memotong.


"Tapi kan Hamid aku dengar cerita daripada anak buah aku yang kerja dekat balai polis Bentong katanya Mawar ni kena tangkap.." selamba Mak Nab berkata.


Membulat mata Melati mendengarkan apa yang barusan dikatakan oleh Mak Nab. Kaku tubuhnya seketika. 


"Eh kau ni biar betul Nab. Tak mungkinlah budak Mawar tu kena tangkap. Kau jangan buat cerita bukan-bukan Nab," marah Pak Hamid.


"Betullah apa aku cakap ni Hamid. Anak buah aku tu kerja polis dekat balai polis Bentong tu. Dia yang cerita pasal Mawar dekat aku.." ujar Mak Nab. 


"Kes apa pulak?" soal Pak Hamid terkejut. 


"Katanya budak Mawar tu mengedar dadah. Aku tak sangka betul ya sanggup budak Mawar tu buat kerja terkutuk tu semata-mata nak dapatkan duit. Harap muka je lawa. Tapi perangai mengalahkan setan," sinis Mak Nab berkata. 


"Cukup Mak Nab...!" Jerkah Mawar. 


Terhinjut bahu Mak Nab mendengar jerkahan daripada Melati. 


"Mak Nab ni memang dah takde kerja lain ke? Asyik nak sibuk hal kami anak beranak je... Lepas tu menjaja cerita kami keliling kampung. Daripada Mak Nab sibuk-sibuk pasal kami satu keluarga baik Mak Nab sibukkan hal diri Mak Nab yang bila-bila masa tuhan panggil nak masuk kubur...!" tengking Melati. 


"Eh mulut kamu ni memang kurang ajarkan Melati? Apa mak kamu memang tak reti ajar anak ke? Aku ni lagi tua dari kamu. Sepatutnya kamu hormat sikit aku ni," geram Mak Nab.


"Hormat? Orang tua macam Mak Nab ni tak layaklah kalau saya nak hormat pun. Buang masa je. Dahlah Pak Hamid ni duitnya. Kalau ada lebih anggap jelah saya sedekah. Kalau tak cukup lain kali saya tambah," duit not bernilai 50 ringgit diletakkan kasar diatas meja. Barang-barangnya diambil dan segera dia memimpin tangan Dahlia dan berlalu keluar daripada kedai milik Pak Hamid.


"Kurang ajar betul anak Zubaidah tu. Geram aku," sebal Mak Nab.


"Salah kau jugak Nab. Haa mendapatlah sekali," ucap Pak Hamid.


"Dahlah malas aku nak layan kau ni. Aku balik lagi bagus..."geram Mak Nab.


Tergeleng-geleng kepala Pak Hamid melihat gelagat wanita tua itu. Naik pening dia dibuatnya. 

Previous: BAB 13
Next: BAB 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.