Home Novel Cinta Isteriku Bekas Banduan
Isteriku Bekas Banduan
Kasturi Madu
26/12/2020 06:27:16
70,521
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 5
Seperti yang telah dijanjikan hari ini Mawar bakal bertemu dengan Haris untuk mengabarkan keputusannya tentang pekerjaan yang telah ditawarkan Haris kepadanya. Mawar berjalan kaki menuju ke arah sungai dihujung kampung.


Hari ini dia hanya berseorangan tanpa ditemani sesiapa. Hampir lebih kurang sepuluh minit berjalan kaki Mawar akhirnya tiba juga ke destinasi yang dijanjikan. Matanya sudah menangkap figura Haris yang bersandar ditepi kereta mewahnya sambil bermain telefon bimbit. Kaki dibawa laju merapati lelaki itu.


"Assalamualaikum.." tegur Mawar.


Haris yang sedar akan kehadiran Mawar segera mengangkat wajahnya dan mata terpaku ke arah Mawar yang sudah berdiri terpacak dihadapannya.


"Huh.. Mawar sampai pun kau..." ujar Haris sinis. Salam yang diberikan oleh Mawar dibiarkan seperti angin lalu.


"Sorry lambat. Kau tahulah kan aku jalan kaki je nak ke sini," ucap Mawar.


"So apa cerita?" soal Haris.


Mawar menarik nafas panjang dan dihembus perlahan-lahan sebelum bersuara yakin.


"Aku setuju terima kerja yang kau tawarkan tu. Jadi bila aku boleh mula?" jawab Mawar yakin.


"Bagus kalau kau setuju. Hari Isnin kau dah boleh mula kerja. Nanti aku ambil dekat rumah kau," jawab Haris bersama senyuman sinis.


Mawar mengangguk faham. 


"Baiklah kalau kau dah cakap macam tu," ucap Mawar lega. 


"Kau jangan risau kerja dengan aku santai je. Kau tak payah nak stress-stress yang penting duit sentiasa masuk. Kau senang aku pun senang," ujar Haris. 


"Aku sebenarnya tak kisah kalau kena kerja berat sekali pun. Asalkan aku ada duit dan boleh bagi adik-adik dengan mak aku makan pakai. Kau tahulah kan sekarang musim hujan nak menoreh pun susah," 


"Aku faham. Kau tak payah kisah pasal tu. Untuk permulaan kau ambil ni. Anggap sebagai advance," laju tangan Haris menyeluk poket seluar jeans yang dipakai.


Beberapa keping not bernilai 50 ringgit dihulurkan kepada Mawar. Berkerut dahi Mawar melihat huluran wang kertas yang masih berada ditangan Haris.


"Untuk apa ni? Aku kerja pun tak lagi Haris," soal Mawar pelik.


"Aku bagi advance. Kau anggap je ni rezeki adik-adik dengan mak kau tu," ucap Haris.


"Tapi banyak ni?"


"Tak jatuh bangkrap pun aku bagi duit ni dekat kau. Baik kau ambil sebelum aku ubah fikiran," ugut Haris.


Dengan teragak-agak Mawar menyambut huluran Haris tadi. Wajah menunduk merenung ke arah kepingan duit yang kini sudah berubah tangan.


"Terima kasih Haris," ujar Mawar segan.


Haris hanya menganggukkan kepalanya.


Keadaan jeda seketika diantara mereka berdua sebelum Mawar kembali bersuara.


"Haris.. Kalau takde apa-apa aku balik dulu lah ya. Nanti aku lambat balik mak aku cari pulak," gusar Mawar.


"Kau nak aku hantarkan tak?" soal Haris.


"Eh tak payahlah.. Aku boleh balik sendiri," segan Mawar.


"Okay terpulang,"


"Aku balik dulu ya.. Assalamualaikum.." pamit Mawar.


Haris hanya memandang kosong ke arah figura Mawar yang kini semakin menjauh. Dalam diam tersungging senyuman sinis dibibirnya.


"Ayam kampung..." desis Haris.





~~~~~





Aizat memarkirkan motosikalnya dihadapan sebuah bangunan kedai tiga tingkat. Kotak berisi makanan yang diletakkan dibelakangnya dibuka. Laju tangannya mengambil sebungkus mee goreng mamak yang telah dipesan oleh pelanggannya.


Mata ligat mencari kelibat bayangan pelanggan yang telah membuat pesanan kepadanya. Sedang dia leka memerhati, tiba-tiba bahunya ditepuk dari arah belakang. Laju Aizat menoleh. Jelas dahinya berkerut saat memandang figura dihadapannya yang sedang tersengih seperti kerang busuk.


"Farah..? Kau buat apa dekat sini?" soal Aizat pelik.


"Hehehe.. Abang Zat hantar mee goreng kan?" soal Farah kembali.


"Ehh mana kau tahu?" Aizat sudah semakin pelik.


"Hehehe.. Farah lah yang order," ujar Farah selamba.


Membuntang mata Aizat. Laju tangannya membuka aplikasi di telefon bimbitnya. Beberapa saat kemudian, wajah Farah direnung tajam.


"Kiroro Sasuke ni kau ke?" soal Aizat geram.


"Hehehe.. Iyerlah.. Comel tak nama tu?"


"Kau ingat kau naruto? Kau ingat muka kau macam orang jepun?Kalau aku tahu kau yang order memang jangan harap aku nak hantarlah makanan ni dekat kau. Tak boleh pegi beli sendiri ke?" soal Aizat geram. 


"Alaa Abang Zat ni salah ke Farah order makanan dengan Abang Zat..? Farah tolong Abang Zat dapatkan customer apa..? Farah ni customer abang tau. Farah order abang jugak dapat duit," bibir merah menyalanya dicebikkan. 


"Masalahnya kau bukan tak boleh pegi beli sendiri kan? Mamak dekat hujung sana je. Jalan beberapa langkah je dah sampai," rengus Aizat. 


"Saja je Farah nak manja-manja dengan Abang Zat," sengihan kerang busuk diberikan. 


"Banyaklah kau punya manja. Nah ambil makanan kau ni," bungkusan makanan dihulurkan kepada Farah. 


Saat bungkusan bertukar tangan Farah kembali bersuara. 


"Apa kata Abang Zat temankan Farah makan sama-sama. Farah rindu nak berborak dengan abang," ujar Farah manja. 


"Eh kau ingat aku datang sini nak menggedik dengan kau ke? Aku ni banyak kerjalah nak buat. Bukan kerja nak melayan perangai cacing kerawit kau ni sampai sudah," rengus Aizat. 


"Alaa boleh lah Abang Zat temankan Farah makan sekali. Farah lunch sorang-sorang ni," rayu Farah. 


"Ishh rimaslah aku dengan kau ni! Daripada aku layan perangai tak semengah kau ni baik aku blah.." usai menghabiskan kata-katanya Aizat segera berlalu ke arah motorsikalnya. 


Laungan daripada Farah tidak dihiraukan. Setiap kali bertemu dengan sepupunya itu pasti moodnya akan berubah menjadi tidak baik. 





~~~~~





Mawar pulang ke rumahnya dengan membawa beberapa plastik berisi makanan yang sempat dibeli dipasar malam sebentar tadi. Puan Zubaidah yang melihat beberapa plastik yang berada ditangan Mawar sudah berkerut pelik. Wajah Mawar yang sedang tersenyum manis itu dipandang sebelum bersuara. 


"Mawar kamu dari mana ni?" soal Puan Zubaidah hairan.


"Mak..Mawar jumpa Haris tadi. Lepas tu Mawar singgah pasar malam sekejap," jawab Mawar. Punggung dilabuhkan berhadapan Puan Zubaidah. 


"Jumpa Haris? Buat apa?" soal Puan Zubaidah. 


Mawar mengeluh sebelum bersuara. 


"Mak mesti lupakan, kan tadi sebelum Mawar keluar Mawar ada bagi tahu nak jumpa Haris bincang pasal kerja tu," ucap Mawar. 


"Yela.. Mak lupa. Jadi macam mana kamu setuju ke kerja dengan dia?" soal Puan Zubaidah. 


"Mawar setuju mak. Kata Haris hari Isnin nanti Mawar dah boleh mula kerja," ucap Mawar teruja. 


"Baguslah macam tu," terangguk-angguk kepala Puan Zubaidah seketika. 


"Mak tadi masa balik Mawar singgah pasar malam, Mawar ada belikan mak apam balik. Mak sukakan apam balik. Makanlah mak," bungkusan yang berisi apam balik dibuka dan diletakkan dihadapan Puan Zubaidah. 


Puan Zubaidah lantas merenung ke arah Mawar. 


"Mana kamu dapat duit beli makanan ni semua..?" soal Puan Zubaidah curiga. 


"Haris bagi.." jawab Mawar pendek. 


"Haris bagi? Kamu minta duit dengan dia ke?" tegas Puan Zubaidah menyoal. 


"Eh mana adalah mak.. Dia yang nak bagi. Katanya pendahuluan gaji. Sebab dia kesian dengan Mawar," jawab Mawar laju. 


"Hmm takpelah macam tu. Ingat susah macam mana pun kita hidup jangan suka meminta-minta mak tak suka," pesan Puan Zubaidah. 


"Ye mak Mawar ingat pesan mak tu," tersenyum Mawar. 


Keadaan jeda seketika sebelum Mawar mula bersuara. 


"Adik-adik mana mak? Senyap je?" soal Mawar pelik. 


"Ada dekat atas tu buat kerja sekolah," beritahu Puan Zubaidah. 


"Ooo.. Patutlah senyap. Mak jomlah kita masuk. Boleh kita makan sama-sama. Banyak Mawar beli ni untuk adik-adik dengan mak sekali. Malam ni kita tak payah masak dah," ajak Mawar. 


"Hmm yelah Mawar," 


Kedua-dua beranak itu bingkas bangun dan membuka langkah masuk ke dalam rumah pusaka itu. Rumah yang menyimpan seribu kenangan manis dan pahit. 


















Previous: BAB 4
Next: BAB 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.