Home Novel Cinta Jangan Bicara Cinta
Jangan Bicara Cinta
NAWAR WAHID
26/3/2021 19:33:00
23,176
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6

Muhammad Sodiqin memerhati rumah teres dua tingkat milik Hawa. Pagar yang berwarna coklat itu dipandang sekilas lalu mata berkalih ke arah pintu rumah. Pintu itu bertutup. Ahmad Israk menjeling ke arah Sodiqin.

"Kenapa kau nak ikut aku, Qin? Bapak dia ajak aku. Kau sibuk nak datang sekali, kenapa?" Israk mencebik. Dia tak suka ada saingan. Adakah rakannya ini juga meminati Hawa Hawani?

"Aku bosanla duduk rumah. Kau pun tahu aku selalu pergi rumah kau masa hari minggu. Tu pun nak aku explain ke? Yang kau sibuk nak datang rumah anak dara kenapa?" Sodiqin melirik anak matanya ke arah Israk.

"Eh, suka hati la aku nak buat apa! Kan aku dah cakap aku suka dia. Aku suka Hawa Hawani." Israk berkata tegas.

"Ah, itu bukan suka, Israk! Tu saja je nak kacau. Aku tahu la taste kau. Kau suka yang seksi dan ramping." Sodiqin berseloroh. Dia gayakan lagak wanita berpakaian seksi.

"Assalamualaikum!" Tiba-tiba mereka ditegur oleh seorang lelaki tua beruban putih. Inspektor Idham Baba atau dikenali sebagai bapa Hawa menjengah kepalanya keluar pintu. Dia tergesa-gesa keluar memakai selipar. Kelibat Sodiqin telah mendapat perhatiannya.

"Ya, nak? Kau cari siapa?" Uncle Idham mengenyit matanya. Al maklumlah dah mula rabun.

"Assalamualaikum, uncle. Kami ni kawan Hawa. Nama saya Muhammad Sodiqin. Ni kawan saya uncle dah kenal semalam kan? Ahmad Israk."

"Oh ya! Yang ni aku kenal. Yang kau ni aku tak kenal. Kejap! Hawa! Hawa! Mana satu boyfriend kau ni! Hawa oh Hawa!" Inspektor Idham meneriak nama anaknya berkali-kali. Dia berdehem sambil membuka pagar.

Dua orang budak sekolah tingkatan lima itu menyalam lelaki tua itu. Uncle Idham yang berumur dalam 50an mempelawa mereka masuk.

"Ha, Israk! Sodiqin! Masuk dulu. Uncle nak mintak tolong Israk sebenarnya. Alang-alang kau pun datang, senang sikit kerja aku. Pergi masuk duduk sana. Aunty dah siapkan sarapan. Kau orang ni dah makan ke belum?"

"Belum." Israk menjawab. Sodiqin pula mengatakan sudah.

"Tak pela. Kau jamah sikit nasi goreng cili padi tu. Tu makanan kegemaran Hawa."

Hawa turun tergopoh-gopoh menuruni tangga. Dia yang nampak cantik memakai selendang kuning cair menjeling ke arah Sodiqin. Dia tidak tahu akan kedatangan Sodiqin.

"Qin? Eh, kau buat apa kat sini!" Hawa menghampiri mereka berdua.

"Hai." Sodiqin acuh tak acuh menyapa. Aku heran betul dengan diri aku ni. Apa aku buat dekat sini!

"Ni namanya menyibuk!" Israk jelir lidah apabila dia nampak Uncle Idham ke dapur. Dari jauh dia nampak mak Hawa sedang meletakkan cawan ke atas dulang.

"Eh, kau ni Hawa. Tak tolong mak kau ke?" Sodiqin sengaja mahu menyakat.

"Eleh. Sedap je cakap orang. Kau dekat rumah mesti semua benda bibik buatkan kan? Ye lah, kau kan anak orang kaya." Hawa membidas. Apabila dia nampak maknya sedang berjalan mengangkat dulang, Hawa tergesa-gesa menyambutnya.

"Hawa, ajak kawan-kawan tu makan. Ni air oren pun ada." Puan Mazni mempelawa mereka ke meja makan. Mereka berlima terus duduk di kerusi. Uncle Idham duduk di hujung meja. Puan Mazni dan Hawa duduk di sebelah kanan abahnya. Israk dan Sodiqin pula duduk menghadap Puan Mazni dan Hawa.

"Kau orang ni satu kelas dengan Hawa ke?"

"Ya uncle." Israk dan Sodiqin jawab serentak.

"Ha, makanlah. Sedap mak kau ni buat. Lepas ni nak kerja berat. Aku tak nak budak-budak ni nanti tak cukup tenaga. Oh, Hawa, mana satu sebenarnya boyfriend kau ni?" Sengaja babahnya menyakat.

"Bah... kawan jela."

"Yela, mula-mula kawan, lepas tu lawan. Lepas benci jatuh sayang. Daripada sayang jatuh..."

"Cinta!" Puan Mazni menyahut. Mereka ketawa serentak. Israk dan Sodiqin tak berani nak gelak. Hanya leretan senyuman sahaja terukir. Hawa dah tekup muka kerana malu.

"Tapi, uncle nak pesan. Nak berkawan boleh, cuma pelajaran kena tetap nombor satu. Belajar dan usaha kena kuat. Kita tak nak jadi lalang nanti bila dah besar sebab ceteknya ilmu di dada."

"Ya, babah. Hawa tak teringin la nak bercinta sekarang."

"Lah. Babah bukan suruh kamu bercinta Hawa. Babah suruh kamu berkawan. Kenal baik budi setiap manusia. Belajar kesilapan. Belajar erti persahabatan. Belajar cara meminta maaf dan belajar untuk memaafkan." Uncle Idham masih rancak bercerita. Dalam berkata-kata, dia masih sempat menyuap sudu berisi nasi ke dalam mulut.

Israk pandang Sodiqin. Dia rasa malu. Abahnya sentiasa bekerja. Tiada masa sesi memberi nasihat. Kalau tak kena cara abahnya, terus kena belasah.

Usai makan, Uncle Idham mengajak mereka ke belakang rumah. Israk dan Sodiqin sedikit terkejut melihat barang-barang yang berselerak. Disebabkan dah pencen, segala barang-barang dalam stor yang tak sempat dibuang dan disusun telah berlonggok di belakang stor. Baru sempat nak kemas katanya. Hawa yang melihat dua orang rakannya terus menyakat. "Eh, padan muka korang. Yang Israk ni aku faham la gak, tapi kau, Qin? Haha! Kau buat apa dekat sini? Kan dah dapat penat!"

Sodiqin buat pekak. Geramnya. Dia nak menjawab tapi Uncle Idham ada dihadapannya. Apabila pakcik itu mengalih pandangannya ke depan, sempat juga Qin menunjuk penumbuk di tangan. Hawa jelir lidah. Israk yang melihat terus tolak badan Sodiqin ke depan. Cepatlah jalan, bang!

****
Peluh menitik-nitik. Ni kalau bapak aku tahu aku kena kerah buat kerja rumah, naya keluarga Hawa ni kena maki. Sodiqin mencuri pandang pada Hawa yang sedang mengelap mop. Gadis itu nampak tekun. Calon isteri dia ni. Pakai biasa macam tu pun nampak cantik. Eh, Qin, stop looking at her!

"Eh, bang! Please eh! Kau kalau nak potong line, tolong minta izin. Aku ni dah dapat kebenaran bapak dia. Kau?" Israk laga bahu dia pada bahu Sodiqin.

"Tak ingin aku!" Sodiqin sempat mencelah sebelum kelibat Israk hilang. Dia dengan Israk memang asyik nak gaduh. Tapi kalau dah sepakat, baik buruk pun dah tak tahu beza. Semua mereka langgar.

"Hawa! Hati-hati air tu!" Sodiqin membeliakkan mata. Dia nampak Hawa memijak lecak air di atas lantai lalu badan dia tersungkur ke belakang. Gadis itu menahan kesakitan. Dia tak dapat menggerakkan badan. Kaki terasa amat sakit. Dia mengerang kesakitan sambil meminta tolong.

Sodiqin berlari ke arah Hawa. Gadis itu terbaring di atas lantai yang basah. "Wuu... babah..."

"Uncle! Hawa jatuh dekat belakang rumah!" Sodiqin menghampiri lelaki tua itu sambil tercungap-cungap.

"Astaghfirullahal a'zim, Hawa!" Puan Mazni meneriak lalu meninggalkan kerja di dapur. Itu anak tunggal dia yang paling dia sayang. Risau ibu dibuatnya!

Uncle Idham berlari ke belakang rumah dan terus mendapatkan Hawa. Dia cuba dudukkan anaknya tetapi gadis itu meraung-raung pinta jangan sentuh badan dia.

"Bah... sakit sangat. Hawa tak boleh gerak ni. Call ambulance bah."

"Ha yelah! Yelah! Sodiqin, cepat call ambulance!"

Sodiqin berlari ke hadapan ruang tamu cuba mencari line. Aduh, kau ni Hawa duduk gua ke apa!

"Awak... tahan sikit eh? Nanti ambulance sampai. Qin dah call dah tu."

"Sakitnya, Ya Allah." Hawa mengerut dahinya. Dia takut nak menangis. Kalau meraung nanti makin menjadi-jadi sakitnya. Dia cuba tenangkan diri.

"Ha, macam tu. Tarik nafas. Lepas. Tarik... Lepas..." Israk menolong Hawa.

"Kau ni Hawa. tak hati-hati. Kan mendapat si Israk ni jadi bidan kau dah. Tarik, lepas, tarik, lepas. Sesuai sangat Israk ni jadi suami kau. Nak ke Hawa?"

"Babah... ei, ke situ pulak. Orang tengah sakit ni. Dia buat lawak pulak. Tak larat nak gelak tau." Hawa menjeling ke arah babahnya yang sedang tersengih. Israk nampak hidungnya kembang kempis tahan ketawa. Sodiqin entah mana mamat ni pergi?

Lima belas minit berlalu, bantuan paramedik tiba di lokasi. Badan Hawa diangkat perlahan-lahan ke atas usungan. Di lehernya diletakkan pembalut kas. Hawa nampak sedikit tenang daripada tadi.

"Israk, ni bag Hawa. Aunty dah siapkan. Nanti petang aunty datang hospital ya? Kau pergi dengan Uncle dulu."

"Ok baik aunty. Saya dan Sodiqin pergi dulu ya? Terima kasih dan maaf la kalau ada silap salah kami."

"Eh, tak payah nak minta maaf. Kalau free datang je lagi. Aunty masak sedap sedap!" Puan Mazni tersenyum. Susahnya nak pilih bakal menantu aku ni. Dua dua kacak. Dua dua pandai ambil hati aku. Tapi aku tengok yang Sodiqin ni lebih dingin kepada Hawa berbanding Israk. Tapi aku syak dia ni pun suka anak aku.

***
"Babah mana?" Hawa menjeling anak mata dia ke arah pintu yang terbuka. Kelibat Israk dan Sodiqin muncul di muka pintu. Dua jejaka itu memandang kaki kiri Hawa yang sudah berbalut dengan kas putih. Terdapat juga kas putih melilit di leher. Israk menjinjing bag Hawa Hawani. Dia merapati gadis itu sambil meletakkan bag itu ke dalam almari. Sodiqin pula sedang membawa sebuah bakul yang berisi buah buahan. Hawa tergelak kecil melihat dua orang lelaki dan kaki buli di sekolah menolongnya di sini. Buat tabiat ke apa? Kalau budak sekolah ni nampak, dorang mesti mencicit lari. 

"Asal kau gelak?" Sodiqin melemparkan pandangannya ke arah Hawa. Dia menggeleng kepalanya perlahan. Tengah sakit pun boleh ketawa. 

"Kau ni sakit ke tak? Macam tak sakit je. Meh aku ketuk kaki kau ni."

"eh, eh, eh! Sodiqin! jangan la!" Hawa terkial-kial cuba mengelak tangan Sodiqin yang cuba mengetuk kas di kakinya. Israk pula sangat tekun mengemas bag Hawa. 

"oi! Israk! Tak payah la punggah. Kau ni!" Pipi Hawa naik merah. Dia toleh pada Israk yang sedang mencangkuk di tepi katil.

"Alah, benda biasa je. Aku nak tolong je. Kau pun mana boleh bergerak kan? Kaki..." Israk mencapai baju dalam Hawa bersaiz cup C lalu diangkat ke atas. Mata Israk jadi juling. Dia telan air liur dia kesat. Hawa mengetuk bahu Israk kuat. Kemudian, dia terkial-kial merampas baju dalam berwarna hitam. Baju dalam itu segera dimasukkan ke dalam selimut. Israk urut bahunya yang sakit bagai dipanah petir. 

"Kau nak kena bunuh ke ha? Israk!" Hawa meneriak kuat. Anak tekak dia rasa sakit. Sodiqin yang sedang duduk di sofa ketawa terbahak-bahak. Bakul hadiah itu habisnya dikoyakkan. Tangan laju mengambil epal. Tanpa dibasuh, epal itu digigit kuat. Hawa jeling pada Sodiqin. Ish, tak rehat aku macam ni!

"Er, sorry la."

"Tak habis-habis dengan sorry kau. sorry naik lori la!" Hawa tidak layan pujukan Israk. Aku bagi kaki kang!

"Besar gak eh."

"Ei, bodoh ah kau, Israk!" Hawa baling bantal kecil ke arah Israk. Malu dia menggunung. Eiiii! Ahmad Israk!

Sodiqin berjalan ke arah Israk. Tangan kiri dia memegang epal. Dia berdiri di belakang Israk yang sedang mencangkung. Tak semena, tangan kanan dia ketuk kepala rakannya. Jejaka itu menjerit kesakitan. Hawa tersembur air liur melihat Israk dipukul. Seraya itu dia ketawa terbahak-bahak. Padan muka! 


Previous: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.