Hmm... mata Hidayah terkelip-kelip. Membayangkan
saat-saat pertemuan Amy dengan Azree di dalam kepalanya. Macam drama Adam Hawa
versi Amy Azree. Perasaannya saat mendengar ulang cerita itu dari Amy masih
sama seperti dia mula-mula mendengarnya.
Tak pernah rasa
bosan walaupun dia sudah dengar cerita itu lebih lima kali sejak Amy kahwin
dengan Azree. Itulah antarau ‘novel’ hidup yang melekat dalam jiwanya. Padahal
bukan cerita dia pun.
“Wah!
Romantiknya!” ujar Hidayah dengan mata terpejam dan kepala yang lentok.
Amy pula sudah
tidak terkata apa melihat gelahat BFFnya itu. Kenapa dengan Hidayah? Ada skru
di kepala Hidayah yang tertanggal dimana-mana
ke? Kalau betul tertanggal, nanti dia akan parkir kereta di tepi jalan. Biar
dia tolong cari dan pasang semula skru itu di kepala Hidayah.
“Lepas tu?” Hidayah bertanya sekaligus membuka
matanya.
“Apa lagi?
Esoknya tu kami pun pergi lunch sama.
Dia siap tunggu aku depan pintu officelagi.
Ceh! Masa tu lah dia straight cakap
nak jumpa Mama dengan Papa, nak pinang aku. Sengal kan Azree tu? Gelojoh.”
“Eleh, kau pun
sengal dengan gelojoh juga. Dahnya kau juga yang terima lamaran dia. Kalau tak,
tak adalah kau tu sekarang jadi Mrs.
Khairil Azree kan?”
Amy menyeringai.
Hidayah diam. Membuang
pandangannya ke luar tingkap kereta. Hmm.. sebenarnya Hidayah juga berharap
sangat dia juga dipertemukan dengan lelaki seperti Azree. Sangat romantis
pertemuan Amy dan Azree.
“Dayah... kau okay?” Amy bimbang bila Hidayah sudah
tidak bersuara. Entah apa pula yang sedang difikirkan oleh perempuan itu.
“Aku tengah
fikir betapa baiknya Azree tu. Lama dia tunggu kau kan? Akhirnya dia terus propose kau. Bertuah kau Amy. Mesti dia
suka dengan kau sebab kau ni cantik kan?” soal Hidayah perlahan.
Giliran Amy pula
terdiam. Mencerna perkataan Hidayah dalam kepalanya.
“Aku harap
sangat aku akan jumpa lelaki sebaik suami kau tu,” bisik Hidayah perlahan.
“Bukan semua
lelaki pandang kecantikan luaran semata-mata, Dayah. Insya-Allah, aku yakin
Tuhan akan berikan yang terbaik untuk kau. Cuma kau kena ingat, sementara kau on the way nak dipertemukan dengan si
Adam kau tu, Allah akan uji dulu kesabaran kau. Sesuatu yang kita dapat dengan
begitu payah, akan lebih kita hargai kan?”
Jemari Hidayah
dia raih. Digenggamnya dengan sebelah tangan sedang tangan kanannya masih mengawal
stereng kereta.
“Macam kau kata,
aku memang bertuah kerana Azree sanggup tunggu aku lama tanpa aku sedar.
Alhamdulillah, dialah Adam untuk aku. Imam dan khalifah aku,” katanya.
“Percaya dan bersangka
baiklah dengan Tuhan, Dayah. Insya-Allah, Dia dah siapkan semuanya untuk kau. Kau
cuma perlu bersabar sikit je lagi... boleh kan?” pujuk Amy dengan tutur yang
lembut.
Sewaktu kereta berhenti
di persimpangan jalan menunggu lampu menjadi hijau kembali, Amy ambil waktu itu
untuk merenung anak mata Hidayah dalam-dalam.
“Sabar tu
cantik. Sabar tu sweet,tau. Sebagaimana aku bertemu dengan Adam aku, Insya-Allah
kau pun akan bertemu dengan Adam kau. Doa aku akan sentiasa ada untuk kau.”
Hidayah senyum.
Aamiin...