Home Novel Cinta Khaisyar
Khaisyar
Raha
10/9/2022 14:16:06
17,239
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 7

"Back to our topic."


Khaira masih cuba mencuri perhatian lelaki di hadapannya ini. Entah kenapa, hatinya sedikit terkesan dengan tindakan figura tersebut yang langsung tidak ingin memandang ke arahnya.


"Kenapa eh... Kau tak pandang langsung aku? Aku ni hauk sangat ke?" Tanpa sedar, soalan itu meluncur laju dari bibirnya. Dia tidak lagi dapat menahan rasa kesalnya.


Telinganya tajam mendengar keluhan yang dilepaskan. "Kau kata 'bact to our topic'. Tapi kau yang melencong."


"No. Answer my question. Aku yang ajak kau jumpa. Jadi, jawab soalan aku." 


Lelaki itu hanya tersenyum nipis. Haihlah... Perempuan... memang tak nak kalah juga macam-macam mana pun, kan? Semerta, dia memandang sekilas ke arah Khaira. Mukanya dipalingkan tepat berhadapan Khaira namun, pantas saja matanya dilarikan.


"Perempuan untuk dihormati, kan? Kerana nilai mereka teramat tinggi. Apatah lagi di saat baginda nabi sendiri menaikkan martabat seorang wanita itu..."


Dia berjeda seketika. Suasana di situ hanya diam. Sepertinya menunggu dia untuk menyambung percakapannya.


"Dan sebagai sesuatu yang bernilai... Ianya tidak mudah dilihat sesiapa. Andaikan saja macam permata. Dia dipelihara elok dalam cangkerang yang menutupinya. Sama macam wanita, Khaira. Tidak mudah dilihat kerana nilainya."


Masih diam. Tanpa ada sesiapa pun yang berani memotong bicaranya.


"Dan seorang hawa itu hanya milik adamnya. Hanya adam itu saja yang berhak ke atas hawanya. Sama macam kau, kau hanya berhak dipandang lelaki milik kau. Dan aku masih belum milik kau... Khaira."


Meski hati aku ingin menjadi milik kau. Tapi aku percaya yang Tuhan itu sedang mengaturkan sesuatu yang lebih baik.


"Aku takut, Khaira... Aku takut kalau aku sedang memandang sesuatu yang bukan hak aku."


Khaira berdehem seketika. Entah kenapa... setiap butir kata lelaki tersebut teru menusuk ke dalam hatinya.


"Hrm. Ok. Back to our real topic."  Teh tarik yang telah sampai tadi dihirup menghilangkan suasana janggal di antara mereka.


"So... Kau ke yang ayah aku maksudkan?" Khaira terus melompat ke arah tujuan asal mereka berjumpa. Pada asalnya, Khaira hanya ingin berjumpa lelaki tersebut. Tapi mengenangkan permintaan untuk dia membawa rakannya sekali... terpaksa saja Khaira turuti. Dia sudah malas dengan semua ini memandangkan harinya sudah banyak terbuang dengan hal-hal seperti ini.


Khaira memerhatikan anggukan perlahan lelaki tersebut. Tidak perlu dia tanya pun soalan tu sebenarnya... dia dah dapat tahu sendiri. Tapi dia saja mahu dapatkan kepastian dengannya terus.


"Dan kau..."


Dia terdiam seketika. Cuba menyusun satu persatu soalan yang ingin ditanya.


"Kau lelaki yang pernah pinjamkan aku kot dulu? Betulkan... Am?"


Ternyata, soalan itu berjaya membuatkan kedua-dua lelaki di hadapannya tersentak. Dalam  diam, Khaira mula menghadiahkan senyuman sinis.


"Kau mungkin fikir aku tak ingat kau, Am." Dia menyeluk poket seluar treknya.


Saat sehelai sticky notes dihulurkan Khaira, insan bergelar Am itu tidak dapat menyorokkan wajah terkejutnya. 


"Aku memang tak tahu nama kau. Aku tak tahu apa-apa pasal kau dan aku tak ada masa nak tahu. Tapi..."


Suasana di aitu semakin hening. Am tidak sudah merenung sticky notes yang sudah berusia hampir tujuh tahun itu.


"Aku tak pernah lupa, Am. Aku tak pernah lupa orang pertama yang berani panggil aku 'Makayla'. Aku tak pernah lupa orang yang berani pujuk aku dengan cadburry. Aku tak pernah lupa..."


Dia terdiam. Bahagian matanya mula terasa panas. "Aku tak pernah lupa dengan orang yang pernah tolong aku. Sebab aku tak pernah dibantu pun." Ayat itu hanya diasambungnya perlahan. Tapi dia yakin yang suaranya masih mampu menjamah gegendang telinga milik lelaki tersebut.


"Tapi aku minta maaf. Macam-macam manapun, aku tak cintakan kau, Am. Dan aku tak akan bukak hati untuk kau." Sticky note yang masih ditenung diambil oleh Khaira. Dia mahu mengalihkan fokus lelaki tersebut.


"Aku buat semua ni... sebab ayah. Kalau pun aku kahwin dengan kau... Semua tu sebab ayah. Sebab ayah pilih kau walaupun aku tak tahu apa kelebihan kau. Ayah nak tengok aku dengan pilihan dia, jadi aku tak mampu tolak walau sekeras apapun hati aku katakan tak nak." 


Air matanya mula mengiringi setiap butir biacaranya. Ya, itu yang sebenarnya. Dia buat semua ini kerana si ayah. Cinta pertamanya. Dan selepas itu, dia sudah tidak mahu percayakan cinta. Dengan apa yang dia sudah lihat selama ini... dia tahu yang cinta itu banyak sakitnya dari manis yang asyik ditunjukkan manusia.


Dia mula bangkit dari kerusinya. "Marks my words, Am. Aku tak percayakan cinta, jadi aku tak akan cintakan kau. Kalau kau tetap dengan tekad kau... kau sendiri akan sakit."


Mukanya dikalihkan dari memandang raut wajah Am. "Aku tak sanggup tolak permintaan ayah. Tapi kau masih mampu untuk tak terima tawaran ayah sebab-


Belum sempat Khaira menghabiskan ayatnya, ada satu suara yang memotong. "Aku yang tawarkan pada ayah kau, Khaira."


'Aku tak kesah kalau aku sakit, Khaira. Tapi aku akan lagi sakit kalau kau sakit untuk terpaksa terima semua ni.'


'Tuhan... Apa perlu aku buat?'


Mungkin benar... 


'Cinta tak mesti tuk dimiliki. Mungkin, hati aku bukan untuk kau, dan kau bukan untuk aku... Khaira.'


Walau seteguh manapun cinta yang kau tanam, saat dia bukan takdirmu...


Seusaha manapun kamu, dia tetap bukan milikmu. Kerana Dia sedang menghadirkan yang lebih baik dari apa yang kau sangkakan ianya terbaik.


•••


Sudah hampir lima minit dia bermundar mandir di kawasan wad itu. Berkira-kira sam ada dia perlu masuk atau tidak sambil memikirkan ayat apa yang perlu dia utarakan nanti.


Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk masuk. Tombol pintu dipegang dan dipulas perlahan. Baru saja pintu yersebut dikuak sedikit, dia dapat lihat ada susuk lain yang 'menjadi tetamu' di situ.


Damn. Dia terlambat.


Memandangkan mereka tidak menyedari kehadirannya, dia kembali menutup pintu tersebut perlahan-lahan. Langkah kaki ingin dibawa pergi.


Namun, seketika dia terfikirkan sesuatu.


Dia kembali pergi ke arah wad tersebut. Telinganya diletakkan rapat dengan pintu yang sudah tertutup kemas.


Dia dapat mendengar ada bunyi orang bersuara di dalam sana. Meski tidak begitu jelas, dia tetap dapat mengetahui isi yang mereka bualkan.


"Pakcik tahu kenapa Khaira jadi macam tu. Bagi pakcik, itu semua salah pakcik. Sebab pakcik yang buat dia salah faham dengan semua ni."


Khaira yang mendengar butir bicara lemah si ayah menggigit bibirnya sedikit kuat. Dia cuba menahan rasa yang terbuku di dalam hati.


"Pakcik cuma nak tebus salah pakcik dengan hantarkan seseorang yang mampu jaga dia dengan baik waktu pakcik dah tak ada nanti..."


Gigitannya semakin dikuatkan sehingga rasa cecair darah merah hampir keluar. 


Dia mula menjauhkan diri dari pintu tersebut. Dia membawa langkah ke arah pintu rintangan api dan menolaknya sedikit kasar.


Tangga yang berada di sebalik pintu tersebut diduduki. Dia berlabuh di situ dan termenung lama.


Dia masih belum mampu terima kenyataan yang ayahnya sedang terlantar lemah di dalam wad. Dia masih belum mampu terima yang masa ayahnya sudah tidak lama meskipun hal itu diketahui banyak orang.


Dia masih mengharapkan adanya keajaiban. 


Namun, yang paling dia tak mampu terima...


Mengapa dia terlalu terpaksa untuk semua ini? Mengapa dia tak mampu untuk hanya menerima si dia dengan hati yang terbuka?


Dia tidak percaya dengan kata cinta. Lihat saja si ayah dengan ibunya yang seperti tidak pernah wujud. Katanya, mereka membina mahligai atas dasar cinta. Tapi ternyata akhirnya cinta itu hanya pergi dan terus-terusan memindah beban kepada insan yang tidak bersalah- dia.


Dia sedar sesuatu. Dalam hubungan, jika hanya satu pihak saja yang bersungguh-sungguh untuk terus menjaga... ianya tidak memberikan apa-apa kesan. Hakikatnya, kedua-dua belah pihak perlu mengambil bahagian untuk menstabilkan keadaan.


Dan Khaira tahu... kalau-kalau nanti dia yang tidak mampu menjadi 'pihak yang bersungguh-sungguh'.


Keluhan dilepaskan buat kesekian kalinya. Ya Allah... jika sesulit ini, lepaskan saja. Dia lebih mampu menjaga dirinya sendiri.


•••


Wajah satu-satunya permata yang dia ada ditatap. Tangannya yang semakin berkerut ditambah dengan getaran halus naik mengusap perlahan-lahan bahagian kepala si anak yang dilitupi tudung bawal berwarna biru laut itu.


"Ayah minta maaf kalau permintaan ayah menyusahkan Khair..." Dia bersuara perlahan bersama senyuman nipis yang terukir di bibir.


"Ayah cuma nak tinggalkan..."


Belum sempat bicaranya habis, terus saja ada suara lain yang memotong, "Khaira terima dia."


Kedua-dua mereka terdiam. Khaira hanya menundukkan kepalanya memandang ke arah lantai.


Dia sudah berkira-kira dengan segala kemungkinan. Baik buruknya jika dia menerima mahupun menolak.


Dan dia rasa... dia akan terima kalau ini apa yang ayah mahukan. Tapi, segalanya sementara.


Bukan untuk selamanya.


Sejak dia kembali bertemu dengan susuk tubuh yang bergelar Am itu... dia telah mengambil masa hanya satu minggu untuk membuat keputusan. Masanya tidaklah begitu banyak untuk membolehkan dia berfikir lebih-lebih. Apatah lagi saat dia sendiri melihat kondisi kesihatan si ayah yang kian merundum.


Kepalanya kembali diamgkat. Matanya menatap wajah si ayah yang jelas kelihatan gembira bersama senyuman yang tidak lekang dari raut tua itu.


"Terima kasih, anak ayah."


•••


Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Raha