Home Novel Cinta Khaisyar
Khaisyar
Raha
10/9/2022 14:16:06
20,545
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3

Badanku ditolak kasar. Semerta, bahagian belakang badanku berdentum kuat dengan dinding yang kasar.

Aku mengaduh perlahan. Mata dipejam rapat cuba menahan perih.

"Macam mana boleh jadi macam ni!" Bisiknya keras.

Hanya ada aku dan dia. Tapi dia tetap cuba mengawal tindakannya supaya tidak disedari sesiapa.

Waktu rehat. Bahagian blok belakang sekolah. Memang tiada siapa di sini.

"Kau memang sengaja, kan!?" Kini, dia bertindak drastik menarik tudungku. Pin yang sebelum ini melekatkan tudungku dengan kepala sudah tidak mampu untuk bertahan. Terus sahaja satu lapisan terbuka dan tercabut.

Aku merengus perlahan. Berbakul sumpah seranah dalam hati tetap cuba ditahan.

"Macam mana kau boleh dapat first place, walhal aku tak dapat nombor langsung! Mana janji kau, Khaira!?" Leher aku dicekik. Perlahan tapi cukup untuk buat aku kurang oksigen.

Buat kesekian kalinya, aku cuma diam. Memang salah aku. Dia ada hak untuk marah aku.

"Kau bagi jawapan salah dekat aku? Sebab nak burukkan aku, kan?"

Diam.

"Pekak ke? Jawablah!" Suaranya mula naik seoktaf. Bahuku terhinjut kecil kerana terkejut.

Sebuah tamparan padu hinggap di pipi sebelah kanan aku. Terteleng aku ke bahagian kiri. "Aku cakap jawab!"

Aku cuma membalas dengan senyuman sinis. Senyuman penuh mengejek.

"Macam mana reaction orang kalau tau angel yang selama ni diorang sanjung sebenarnya... cuma syaitan bertopenkan manusia?"

"Tak sedar diri ke? Kau kena jadi hamba aku, Khair..." Dia kembali membidas bersama senyumannya yang cukup menyakitkan hati.

Aku. Dah. Hilang. Sabar.

Aku mula bertindak. Bahunya aku tolak kuat. Menyebabkan dia hilang kestabil dan terjatuh.

"Auch. Tolong saya!"

Aku memandangnya tajam. Permainan dia dah nak mula.

Aku mula tidak mampu mengawal kemarahan. Tangan yang sedari tadi sudah bersedia untuk memecahkan muka syaitan tadi mula bertindak.

Baru saja aku ingin meluru ke arahnya, ada satu tangan kekar yang menahan tindakan aku dengan menahan tanganku dari melayangkan penumbuk. Sedikit pun tangannya tidak mengenai kulit aku.

"I'm sorry. But I think it's better if you keep your faith, Khaira. Aku tak nak nanti orang salahkan kau."

Tanganku dilepaskan. Aku memandangnya tajam dengan pelbagai rasa sebelum langkah kaki dibawa pergi jauh dari situ.

Kini, semua mata memandang ke arahku sambil berbisik sesama sendiri. Aku tahu sekarang rupa aku dah macam orang baru lepas keluar gaung.

Aku cuma buat tak tahu. Aku dah penat dengan semua ni.

Aku hanya jalan sambil menunduk. Tubir mata yang hampir penuh dengan mutiara jernih aku tahan semahunya. Tak nak dia tumpah di sini.

Telinga aku menangkap pelbagai cacian sepanjang aku dalam perjalanan. Pelbagai fitnah ditabur.

Ya Allah... kuatkan hati aku untuk sabar dengan semua ni.

Tiba-tiba, ada satu suara halus yang membisik ke arahku perlahan. "Have faith. Aku jaga kau dari jauh. Aku janji."

Biarlah kalau cuma fantasi pun, aku tetap hargai.

Mungkin, pujukan dari Tuhan.

••

Jam di pergelangan tangan dikerling sekilas. Lama betul nak tunggu waktu balik. Aku dah tak tahan duduk dekat sini. Aku nak balik.

Aku dah penat nak duduk dekat sekolahku-nerakaku ni. Aku datang sini nak belajar, alih-alih benda lain yang jadi.

Aku cuba fokus dengan apa yang disampaikan Cikgu Hana di depan tapi aku dah tak mampu.

Harini saja dah macam-macam jadi. Habis hilang tujuan utama aku datang ke sini.

Aku mula meletakkan kepala di atas meja. Mata dipejamkan rapat.

Nikmat betul duduk macam ni time orang lain tengah belajar. Aku jarang jadi macam ni tapi harini kira halal la ye.

Aku mula melelapkan mata. Berada dalam dunia sendiri tanpa sedar apa-apa yang terjadi di dunia luar.

Sampai orang dah balik dan tinggal aku seorang diri di sini pun aku tak sedar.

Aku terpisat-pisat bangun. Rasanya ada dalam setengah jam juga aku lelap tadi.

Mataku diliarkan ke sekeliling. Kosong. Diorang pergi mana pula ni?

Buat kesekian kalinya, aku kerling jam. Mak aih. Dah pukul 3 petang! Ini namanya dah dua jam aku tidur. Memang tak ada sesiapa nak kejut aku ke?

Mesti bapak aku risau aku balik selewat ni harini.

Barang-barang yang berterabur di atas meja aku kemas. Kalkulator, pen dan segala alat tulis disumbat dalam bekasnya. Buku-buku ditutup dan disusun kemas sebelum dibawa masuk ke dalam beg.

Saat aku nak masukkan buku teks ke dalam beg, ada sesuatu jatuh dari celahan helaian buku tersebut. Aku tundukkan sedikit badan untuk mengambilnya yang sudah terjatuh di bahagian bawah meja.

Coklat. Cadburry. Siapa pula bagi ni?

Aku belek-belek coklat tersebut. Kot-kotlah ada orang hantar santau dengan menghantar coklat ni. Bukan suudzon, tapi berhati-hati.

Aku belek bahagian tepi, depan... tapi bila aku sampai dibahagian belakang bungkusan coklat tersebut, ada satu sticky note tertampal elok di situ.

"HE always know what really happen. Have faith, Khaira."
-Am


Aku berkerut. Am? Macam pernah dengar nama ni.


Aku ragu-ragu nak ambil. Tapi cadburry kot. Besar pula tu dia bagi. Jarang-jarang nak dapat ni.


Aku pun masukkan jelah coklat tu dalam beg. Boleh share dengan ayah coklat ni nanti.


Aku mula menyandang beg berwarna purple ku di bahagian bahu. Sedikit sakit kesan daripada hentakan tadi. Boleh tahan kuat juga markonah tu tolak aku.

Aku mula membuka langkah menuju ke rumah. Rumah aku dengan sekolah ni jiran je. Dan rumah aku ni boleh tahan 'famous' jugak, sebabnya selalu aku dengar orang cakap-cakap pasal rumah tu macam...

"Rumah kayu ada dekat kawasan ni?"

"Pondok siapa buruk sangat dekat belakang sekolah tu?"

"Kenapa ada pondok dengan motor yamaha dekat belakang sekolah?"

Aku tak pernah kisah kalau diorang nak kutuk kemiskinan aku depan aku, tapi bukan depan ayah aku.

Diorang tak pernah tahu betapa keranya ayah aku dah usahakan untuk keluarga kecil dia.

Diorang takkan pernah tahu kalau hidup aku tak pernah pun rasa kurang dari segi harta.

Apa? Ingat rumah banglo lima tingkat jaminan bahagia ke?


Aku mengaku, aku cemburu tengok kawan-akawa aku hidup senang. Tapi aku tak pernah rasa kurang dengan semua tu.


Sebab aku tahu yang Allah bagi apa yang aku perlu, bukan apa yang aku mahu. Dia lebih tahu.


Lalu kenapa ada manusia yang sewenangnya mengata? Seolah mereka insan paling berkuasa dengan dunia.


Huh. Aku dah bosan dengan tiga perkara yang manusia akan sentiasa pandang...


Harta, rupa, kuasa... lalu dunia akan tunduk dengan mereka.


Sayangnya, cuma dunia.


Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Raha