Home Novel Cinta Khaisyar
Khaisyar
Raha
10/9/2022 14:16:06
21,256
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 9

Amsyar yang masih menjadikan dinding sebagai pemandangannya hanya melihat Khaira melalui ekor mata. Setelah meyakini bahawa Khaira telah masuk keluar dari bilkk, barulah dia berani mengagkat wajahnya kembali.

Matanya dikelipkan beberapa kali. Macam manalah dia boleh tidak menjangka bilik ini milik Khaira? Dia main terjah aje tadi...

Susuk Khaira yang tidak bertudung sudah dilihatnya. Entah mengapa, walaupun dia tahu yang mereka sudah sah menjadi suami isteri...

Dia tetap berasa janggal.

Langkahnya dibawa ke arah katil. Dia serba salah mahu duduk di situ. Kalau bukan disebabkan rasa penat yang memakan diri, mahu saja dia keluar dan duduk di ruang tamu.

Bahagian bucu katil diduduki. Perlahan-lahan, badannya direbahkan bersama kaki yang terjuntai di atas lantai.

Matanya dipejam rapat.  keluhannya dilepaskan bersama walang yang kian terbuku di dalam hatinya itu.

Menikah. Itu apa yang baru saja dia lakukan tadi. Kini, dia sudah bergelar seorang suami buat seorang bidadari.

Saat dia mengungkapkan lafaz akad, dia sedar bahawa tanggungjawabnya semakin besar. Si ayah kepada sang hawa yang sanggup melepaskan anaknya kepada seorang lelaki yang diamanahkan untuk menjaga anaknya yang selama ini ditatang dan dididik elok oleh seorang lelaki bergelar bapa.

Dia akui, ianya sesuatu yang besar.

Dia sendiri tidak mengerti... bagaimana seorang lelaki itu sesuka hati melepaskan tanggungjawab? Lihat saja dunia tika ini... betapa ramai wanita yang dianiaya. Yang hanya dijadikan hamba oleh lelaki-lelaki tidak berguna.

Semoga dia tidak tergolong dalam kalangan mereka.

Bunyi pintu dibuka mengalihkan perhatiannya. Mata yang tadinya terkatup rapat terus dibuka seluas-luasnya. Badannya juga terus ditegakkan sembilan puluh darjah.

Pandangannya tertancap ke arah pontu. Jelas pada penglihatannya, Khaira yang sudah bertukar pakaian yang lebih santai. Tapi auratnya masih dititup memandangkan Khaira menyarungkan baju lengan panjang bersama tuala yang menutupi bahagian kepalanya.

Sekilas, mereka berpandangan sesama sendiri sebelum akhirnya Khaira hanya memasuki bilik tersebut tanpa menutup pintu. Reaksinya hanya seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Meski hanya Tuhan yang tahu, betapa hatinya sedang tidak aman.

Apatah lagi ketika Khaira menyedari yang Amsyar tidak habis-habis menatap wajahnya.

Khaira membawa langkah kakinya ke arah almari baju. Satu helai tuala yang tidak pernah digunakan dibawa keluar dan dibaling sehingga tepat mengenai wajah figura yang bergelar suaminya.

"Kau bukan bawa apa-apa pun, kan? Pergi mandi. Lepastu duduk ruang tamu aje. Jangan jejak bilik ni ataupun BILIK SEBELAH." Laju saja ayat itu meluncur keluar dari mulutnya. Perkataan 'bilik sebelah' sengaja ditekankan. Ingin menjelaskan bahawa lelaki itu tidak dibenarkan masuk mana-mana bilik yang ada di rumah ini.

Mana mungkin dia benarkan sesiapa menjejakkan kaki ke dalam bilik si ayah.

Amsyar hanya berdiam sebelum mengangguk kecil. Tuala hijau tua yang dibaling tadi di ambil. Dia mula keluar dari bilik ingin menuju ke tandas.

Setelah usai segalanya, dia membawa diri ke arah ruang tamu rumah itu. Badannya yang terasa lenguh diregangkan sebelum kerusi kayu yang tersedia di situ dia duduki.

Baru saja dia ingin kembali memejamkan mata, tiba-tiba badannya terasa dihempap sesuatu. Matanya kembali dibuka. Bantal yang terdapat di hadapan mata dipamdang sebelum matanya beralih ke arah bahagian belakangnya.

Wajah Khaira yang tidak beriak itu dipandangnya bersama kening yang diangkat sebelah.

"Aku tak adalah jahat sangat. Tidur atas kerusi ni lagi sakit belakang, baik kau tidur atas lantai. Pakai bantal tu." Arahan Khaira bersama suara yang kedengaran kasar itu sedikit sebanyak memberi kesan ke dalam hati Am.

Disaat pasangan lain berbahagia dengan hari pertama berkongsi hidup... dia perlu terima yang perkahwinan ini dianggap sesuatu yang terpaksa buat Khaira.

Tuhan... semoga hatinya terus kuat untuk bersabar dengan semua ini.

Semoga dia mampu berusaha untuk membuatkan wanita itu mulai mencintainya.

Semoga pada akhirnya... Mahligai ini bakal dia bawa sehingga ke syurga.

Riak wajahnya dikawal. Senyuman diberikan buat Khaira.

Bahagian kerusi disebelahnya ditepuk perlahan. Memberi isyarat kepada Khaira untuk duduk di situ.

Wajah keliru Khaira yang menjamah pandangannya membuatkan dia tergelak kecil.

Comel.

"Dudu sini sekejap. Kita tak pernah bercakap lagi, Khaira." Lembut suaranya memberi arahan.

Khaira mengeritkan dahinya. "Ni, kita tengah bercakaplah ni."

Sekali lagi, Amsyar cuba menahan dirinya dari tertawa melihat wajah cemberut milik sang isteri.

Khaira, you look so cute when you're confuse.

"Duduklah sekejap, Khaira..." Sekali lagi, dia bwrsuara. Wajah manisnya yang tidak pernah ditayangkan kepada sesiapa sebelum ini diberikan.

Disebabkan Khaira malas mahu membantah, terus saja dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan Amsyar. Dia malas mahu dengan kalau-kalau suami-tidak-diingininya tu nanti membuka ceramah tidak-baik-melawan-cakap-suami.

Mereka terus berdiam diri. Hanya saja pandangan Amsyar langsung tidak dikalihkan dari terus menatap Khaira.

Memyedarkan Amsyar yang tidak sudah-sudah menatapnya, dia mula berasa rimas dan geram.

"Kenapa? Menyesal kan kahwin dengan aku? Baru tahu muka aku buruk?" Kata-katanya itu laju membidas perlakuan Am yang tidak sudah itu.

Sememangnya tika ini mukanya berbeza dengan apa yang dilihat orang lain saat dia keluar- tidak kesahlah, ke kerja mahupun ke kedai runcit depan rumah sekalipun.

Kerana ke mana-mana saja dia mahu keluar, pastinya ada calitan yang dia letak di atas permukaan mukanya. Foundation, bedak... tidak peenah dia lupa.

Segalanya semata-mata ingin menutup segala kecacatan yang terserlah. Parut-parut yang dia sudah tidak tahu bagaimana cara untuk menghilangkannya ditutup dengan produk-produk seperti itu sebelum dia keluar.

"Kalau kau rasa malu ada bini macam aku... Ceraikan jelah aku." Senafas, bicaranya meluncur keluar dari bibirnya. Hatinya sedikit pu  tidak terkesan dengan bicaranya itu.

Memang nyata... Sedikit pun dia tidak membiarkan hati lelaki itu mengetuk pintu hatinya.

"Khaira..."

Suara lembut lelaki itu mematikan lamunannya sedari tadi.

Kepalanya yang dilitupi tudung sarung diusap lembut sebelum dia dapat rasakan ada sebuah kucupan singgah pada bahagian pipinya. Refleks, matanya tertutup rapat.

"Tak ada apa yang cacat saat melihatkan seseorang yang kita cintai." Suara itu kedengaran betul-betul berada di sebelah telinganya.

"Awak ialah wanita paling cantik pada pandangan abang, Khair."

Kerana selama ini, dia tidak pernah memandang wanita seperti mana dia memandang Khaira.

Khaira mengukirkan senyuman kecil sebelum kembali memadamnya.

Tuhan...

Indahnya saat seseorang itu memelihara pandangannya. Sehinggakan segalanya hanya diberikan buat si dia yang dicintai sepenuh hati.

•••

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Raha