Home Novel Alternatif Perspektif (Diari Seorang Prosopagnosia)
Perspektif (Diari Seorang Prosopagnosia)
F.Ain.K
2/7/2019 23:35:07
145,673
Kategori: Novel
Genre: Alternatif
10.3✓
Tajuk : Dunia Dewasa, Lautan Manusia, dan Lolipop (Bhgn 3).



OGOS 2013



Sudah 4 bulan kami berkawan. Lunch bersama, kadang-kadang keluar menghabiskan malam bersama. Di dalam buku nota aku tersedia satu ruang khas untuk Layla. Segala yang aku tahu tentang Layla tersimpan di situ. 


Bagi aku Layla adalah kawan yang baik. Tidak suka merungut atau berkata perkara yang negatif. Dia masih membuatkan aku tenang. Ketawanya yang nampak jujur dan polos membuatkan aku rasa selamat. Bersama Layla aku tak perlu berpura-pura sepanjang masa, walaupun Layla masih tak tahu kondisi aku. 


Seakan sudah menjadi habit bagi Layla apabila di tengah lautan manusia aku hilang, pasti akhirnya Layla yang dapat menemukan aku. Layla seakan tahu bahawa aku akan berdiri menunggu dia menemui aku. Tidak aku ceritakan sebab sebenar pada Layla, cuma aku katakan aku sedikit cuai dan mata aku agak rabun. 


Kini dari jauh, apabila aku dengar suara dan tawanya, aku tahu itu Layla.


Malam ini Layla meminta aku menemaninya ke Bangi untuk mengambil barang yang di tempahnya. Katanya sepasang baju khas. Aku ikutkan sahaja kerana aku memang tidak ada perkara lain yang hendak dilakukan di rumah. Selalunya balik dari kerja aku akan hanya duduk di bilik membaca komik menggunakan laptop.


Setelah sejam lebih merempuh kesesakan jalan raya, kami tiba di kedai yang dituju. Kids Zonn (nama sebenar adalah rahsia). Dari pintu masuk aku sudah berasa pelik. Baju kanak-kanak? Untuk siapa? Aku menunggu di tengah kedai sambil melihat-lihat baju kanak-kanak yang tersusun comel. Manakala Layla menuju ke kaunter sambil menunjukkan resit bayaran. 5 minit berlalu tapi Layla masih berbual-bual dengan penjual di kaunter tersebut, mungkin masih menanti stok dari stor simpanan di belakang. 


Berada di dalam kedai ini membuatkan aku merasa janggal. Aku tak rasa aku akan punya anak nantinya. Aku tak rasa aku akan berkahwin. Aku tak fikir aku akan menjumpai apa yang aku cari pada seorang lelaki. Jadinya aku selalu berimpian untuk  mati seorang diri, selepas aku habis menjejak segala memori lama sepanjang hayat aku. 


Dua puluh minit kemudian kami masuk semula ke dalam kereta. Berserta baju yang dibeli Layla. Lokasi seterusnya adalah menuju tempat makan malam. 


“Would you mind if we go to Britz (nama sebenar adalah rahsia) for dinner? I feel like drinking a little,” Layla meminta persetujuan dari aku.


Mata Layla tertumpu pada pemanduan.


“Yes sure.”


Britz (nama sebenar adalah rahsia) adalah restoran Barat yang mempunyai campuran menu makanan Malaysia, Itali, dan Barat. Yang penting ia halal walaupun terdapat ruang khas untuk mereka yang inginkan minuman beralkohol. 


Sepanjang pemanduan Layla hanya berdiam diri. Aku merasa hairan kerana Layla yang aku kenal selalunya bercakap tanpa henti. Ada sahaja topik yang hendak dibincangkan. Tapi Layla yang berada di sebelah kanan aku kini, seperti banyak perkara yang difikirkannya. Mulutnya diam membisu. 


“By the way, are you giving the cloth to anyone?” soal aku memecah kesunyian.


Walaupun lagu dari radio berkumandang perlahan, ia masih sunyi bagi aku. Tiba-tiba aku jadi rindu untuk mendengar lagu Carmen dari Lana Del Ray, sesuai untuk emosi depress aku yang kadang-kadang menyerang di tengah malam buta. Sebelum tidur malam nanti pasti aku dengarkan.


“Which cloth?”


“The one just now.. Aren’t you?”


“Oh… no.. I will keep it.”


Aku kembali diam. Aku tak mahu menceroboh privasi orang dengan mendesak jawapan. Itu bukan cara aku.


“You know.. I came here twice a year. To buy baby cloth. Well.. they are beautiful isn’t it?” Layla ketawa kecil yang pada pendengaran aku, ketawanya dibuat-buat. Aku kenal ketawa Layla selalunya bagaimana.


Aku senyap. Mungkin kerana aku tidak membalas atau tidak turut ketawa, ini membuatkan keadaan menjadi janggal. 


“Layla. You don’t have to force yourself to answer me. Whatever your reason is, I won’t judge. But if you need someone to listen to, I’m here.  And if you choose to keep it to yourself, it’s okay too. We humans…. We do keep things from others. I do too… it’s a little secret that we bring to the grave… so it’s okay.”


Perlahan aku berkata sambil memandang kegelapan malam diluar, melalui tingkap di sebelah kiri aku. Titisan hujan mula jatuh menitis ke cermin. Pahit rasanya menelan ayat sendiri. Sengaja aku pandang ke luar dan bukan ke arah Layla, kerana aku tahu aku tak mampu berkata apa yang aku fikir dan rasa jika orang melihat wajah aku. 

Previous: 10.2✓
Next: 10.4✓

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.