Home Novel Alternatif #AntologiDarius
#AntologiDarius
JejakaTerpujiSyurga
16/8/2017 11:35:33
36,293
Kategori: Novel
Genre: Alternatif
Bab 6

DUA TAHUN LALU….


Hujung minggu merupakan hari yang sentiasa dinantikan oleh insan yang bekerja. Bukan apa, ini ajelah masa untuk beristirehat daripada kerja-kerja di pejabat. Namun bukan semua yang mampu menikmati cuti rehat hujung minggu. Pekerjaan seperti peniaga kedai makan, operator kilang dan yang berkaitan masih bekerja pada hari sabtu dan ahad. Pekerjaan seperti ini biasanya cuti mereka mengikut kepada waktu pertukaran syif. 

Farhain juga tidak terkecuali. Mujurlah dia cuma bekerja isnin hingga jumaat sahaja. Namun, jika terdapat keperluan Farhain perlu hadir pada hari cuti. Itu adalah perkara yang common di dalam dunia pekerjaan. Kadangkala kerja  tersebut perlu disiapkan segera akibat perubahan saat akhir, pekerja yang bertanggungjawab sakit atau meletakkan jawatan dan macam-macam lagi. Mujurlah Farhain masih lagi bujang. Teman wanita pun tiada sudah hampir dua tahun. Kekasih terakhirnya adalah Sheila. Luka dikhianati itu masih berbekas di hati.

Di kesempatan cuti inilah dia mengambil peluang untuk duduk berehat sahaja di rumah. Kalau ingin berjalan atau melancong, takde feel la pulak. Yela, sorang-sorang. Nak ambik gambar pun terpaksa minta ihsan orang sekitar. Jadi, Farhain lebih rela duduk di rumah merehatkan diri sambil menonton televisyen sahaja. Kebetulan pada ketika ini di saluran TV3 sedang ditayangkan cerita Bollywood. Farhain apa lagi, khusyuk menonton cerita tersebut kerana heroin Hindustan favouritenya kebetulan ada dalam cerita tersebut. Apatah lagi premis cerita berkenaan cinta yang dikhianati. Sepenuh jiwa Farhain tonton. Seolah-olah dia yang jadi hero dalam cerita tersebut.

Ketika Farhain seronok melayan perasaannya menonton cerita di televisyen, kedengaran bunyi loceng pintu rumah sewanya ditekan.

“Assalammualaikum.” Ucapan salam kedengaran dari luar rumah. 

“Waalaikumsalam. Siapa yang bagi salam ni? Orang baru nak feel tengok cerita Hindustan nie” bebel Farhain sendiri.

Farhain yang menyedari  tentang perkara tersebut, bangkit dari sofa dan menuju ke pintu untuk melihat siapakah gerangan yang memberikan salam di sebalik pintu rumahnya. Hatinya tiba-tiba berdebar, tatkala tangan ingin membuka pintu rumahnya. Terasa seolah-olah apa yang bakal dilihatya sebentar sahaja lagi akan membuatkan dirinya mengalami perasaan yang bercampur baur.

Sebaik sahaja pintu tersebut dibuka, alangkah terkejutnya dirinya melihat insan yang sedang berdiri di hadapannya kini merupakan sahabatnya yang selama ini cuba dikesan kemana menghilang. Ya, Darius sahabat lamanya kini berada di dapan matanya. Seolah-olah tidak percaya Farhain. Selama dua tahun ini dia cuba mencari kemana sahabatnya ini pergi setelah secara tiba-tiba sebaik sahaja mereka menamatkan pengajiannya, Darius seolah-olah hilang khabar berita. Paling merisaukan, segala cara yang digunakan oleh Farhain untuk cuba mengesan Darius seolah-olah sia-sia seumpama ada seseorang yang cuba menyekatnya daripada mengetahui tentang keadaan Darius.

Farhain mengalir airmata kegembiraan sambil memeluk rakannya itu. Ingin dipastikan bahawa manusia di depannya kini betul-betul bukan hantu atau ilusi yang tercipta oleh dirinya yang rindukan sahabatnya itu.

 “Ya Allah. Betul ke kau ni Darius? Ke mana kau menghilang selama ini? Puas aku cari kau satu Malaysia. Kau betul-betul buat aku risau.” Luah Farhain sambil masih memeluk Darius dengan air mata tangisan kegembiraan mengalir. 

“Ya, Farhain. Ini aku, Darius.” Balas lelaki itu sambil membiarkan Farhain melepaskan kerinduannya buat seketika lantas membalas pelukan sahabatnya itu.

“Lama lagi ke kau nak peluk aku ni? Aku tak pegi mana-mana dah pun.” Usik Darius pada Farhain yang masih memeluknya hampir 10 minit lamanya.

“Aku rindu gila wei dekat kau. Oklah. Jom masuk dulu. Macam mana hang boleh jumpa rumah aku ni?” soal Farhain pada Darius.

“Anggap jelah aku jumpa kau tanpa sengaja. Kan hari itu kau ada masuk televisyen. Kebetulan masa tu aku tengah tengok. Aku terus tanya Pakcik Google ajela.” Jawab Darius semberono.

“Owh..Pasal projek syarikat aku dengan kerajaan Jepun hari tu. Kira hebat jugakla pakcik Google kau ek?” gelak Farhain mendengar jawapan selamba rakannya itu.

“Hebat. Kau bukan tak tahu..sekarang ni apa yang berhubung dengan Google? Email, Akaun media sosial seperti Facebook, Instagram, Youtube, Play Store. Maka tak heranlah data kau sapa-sapa pun boleh dapat kalau kau ada tool  dan skill yang diperlukan.” Hurai Darius kepada sahabatnya itu.

“Aku lupa, kau dulu pelajar dekan kelas kita. Takat nak selidik pasal aku memang tak de masalah.”

“Tau pun. Aku ada hajat sebenarnya datang jumpa kau nie.” Ujar Darius pada Farhain.

“Sebelum kau nyatakan ahajat kau tue, kau duduk dulu. Aku buatkan air untuk kau dulu.”

“Sejak bila kau belajar adab layan tetamu nie. Betul ke ini Farhain?”

“Hare, dua tahun kot aku duduk sorang. Mestilah aku kena belajar. Apatah lagi dah kerja pulak sekarang. Mana boleh bawak perangai dekat universiti dulu. Aku pergi dapur dulu buatkan air untuk kau.”

Darius kini sendirian di ruang tamu. Matanya meliar melihat dekorasi rumah Farhain. Serba ringkas. Kebiasaan bagi rumah orang yang bujang. Darius mengeluarkan telefon pintarnya sambil melihat ada notifikasi yang masuk. Lalu dibaca mesej yang diterima.

INGAT, WALAU APAPUN YANG BERLAKU, KISAH TERSEBUT TIDAK BOLEH DICERITAKAN.

Ternyata Darius serba-salah. Pesanan daripada individu tersebut perlu dipatuhi sepertimana yang dia janjikan. Namun, untuk membohongi satu-satunya sahabat yang sentiasa ada ketika dia susah amatlah sukar. Tapi Darius tahu, demi matlamatnya dan keselamatan Farhain, dia tetap perlu menyimpan rahsia tersebut.

Farhain kemudian muncul bersama dengan minuman yang dibancuhnya sendiri. Darius menyimpan semula telefon pintarnya ke dalam poket seluar.

“Ini ajelah yang aku mampu buatkan untuk kau. Air orang bujang.”

“Aku ok je. Lagipun bukan senang nak tengok kau bancuh air untuk aku”

“Teringat zaman kita study dulu ke apa? Masa tu memang tak la aku nak buat air untuk kau.”

“Yela, kan kita lama tak jumpa.” Balas Darius

“Okla. Macam aku bagitahu kau tadi, aku datang jumpa kau ni ada hajat.” Sambung Darius sambil menghirup air yang disediakan Farhain.

“Apa hajat kau tue? Insyaallah kalau tak susah aku cuba bantu.” Jawab Farhain.

“Aku sebenarnya baru balik dari luar negara. Itu sebenarnya sebab kenapa kau tak dengar cerita daripada aku. Sekarang ni aku bercadang nak buka perniagaan sendiri. Modal aku dah ada, Cuma aku nak minta izin untuk sewa serumah dengan kau. Boleh?”

“La, itu je? Punyalah serius aku dengar kau cerita last-last itu je permintaan kau? Kau nak duduk free pun bolehla. Kau kawan aku kot. Cuma, apa yang kau buat dekat luar negara sampai sekarang baru kau balik?” 

“Aku dapat offer kerja disana. Kebetulan kontrak aku disana 2 tahun je. Depa decide  tak mau sambung jadi aku buat kepurusan balik ke Malaysia.” Terang Darius yakin sedangkan dirinya tahu bukan itu yang terjadi.

“Owh, tapi takkanlah sampai tak contact aku langsung. Aku puas cari kau satu Malaya.”

“Maaflah. Bukan aku sengaja, Tapi aku memang dekat sana kerja teruk. Bayangkanlah kerja dari sebelum matahari terbit sampai matahari tenggelam.”

“Kiranya kau kerja di Jepun la ni ye.”

“Ya, dua tahun aku berada di Jepun. Terlalu banyak yang aku belajar disana Farhain.” Ulas Darius. Pengalamannya di Jepun memang sesuatu yang tidak dapat digantikan dengan wang ringgit. Cerita yang penuh duka dan sandiwara. Mungkin satu hari nanti ia akan diketahui oleh Farhain, tapi bukan sekarang.

“Bila kau nak pindah masuk rumah aku ni?” tanya Farhain tatkala Darius mengenang sejenak kisah hidupnya di Jepun.

“Sekarang pun boleh dah. Aku dah siap bawak luggage  aku. AKu letak sebelah kereta kau.”

“Uishh. Laju buat kerja. Welcome back my friend. Moga bisnes yang kau nak buat tu Berjaya. Kau nak bukak bisnes apa sebenarnya nie?” 

“Jurugambar” jawab Darius ringkas.


TAMAT IMBAS KEMBALI


Profesor Firdaus kini sedang melihat pada layar skrinnya dengan penuh keseriusan. Cuba mentafsir apa yang diterangkan oleh Darius kepadanya.

So let me understand your situation first. Kau nak pergi ke Sabah sebab kau dapat kesan berlaku transaksi yang mencurigakan berkenaan Global Trade Sdn Bhd. Tapi kau baru ingat yang kau masuk Malaysia semula bukan secara sah dan sekarang kau perlukan bantuan aku untuk membolehkan kau sampai ke sana?”

“Betul profesor. Tepat tanpa ada satu fakta pun yang tertinggal.”

“Apa yang membuatkan kau sanggup bahayakan diri kau?” soal Profesor pada Darius.

“Kalau setakat seludup barang secara haram, patut serahkan sahaja pada pihak polis. Tak berbaloi nak risikokan diri kau. Kau kena ingat, ada pihak yang masih memburu diri kau.” Jelas Profesor Firdaus.

“Saya faham Profesor tapi ini ada kaitan dengan mereka.” Pertahan Darius

“Maksud kau klan Yamaguchi? Apa yang mereka cuba seludup masuk ke negara kita? Nada suara Profesor Firdaus tiba-tiba berubah.

“Itu yang saya cuba siasat Profesor. Harap profesor boleh bantu saya.”

“Hmm..” terdiam seketika profesor sambil kedua-dua tangannya diletakkan di atas meja sambil jejari saling menyilang didepan mukanya.

“Baiklah. Satu-satunya cara untuk kau sampai ke Sabah tanpa dikesan adalah dengan menaiki pesawat anti-radar.” Cadang Profesor Firdaus kepada Darius.

“Tapi Profesor, pesawat secanggih itu mana ada di Malaysia.” Balas Darius

Say who?. Apapun tunggu di kordinat yang aku hantar pada Ryu. Kita jumpa disana.” Balas Profesor Firdaus kembali.

Panggilan video tersebut terus diputuskan. Darius masih tidak dapat percaya dengan kata-kata Profesor Firdaus.

“Prof ni biar betul. Celah mana profesor nak cari pesawat anti radar dalam Malaysia ni?” soal Darius dalam diri.

“Ryu, kau tahu apa-apa tak pasal ni?” soal Darius pada Ryu.

“KITA TUNGGU DAN LIHAT.” Balas Ryu

“Biasanya kau jawab panjang berjela. Tapi kali ni lain macam je.”

“SEBAB MAKLUMAT YANG KAU TANYA ITU SULIT. AKU TIADA AUTORITI UNTUK MEMBERIKANNYA KEPADA KAU”

“Uishh, kiranya ada benda yang kau tak boleh cerita dekat aku la nie?”

“TEPAT SEKALI. AKU HANYA BOLEH MENJAWAB SOALAN BERDASARKAN KEAPDA AUTORITI YANG DIBERIKAN OLEH PROFESOR”

“Siapa sebenarnya profesor Firdaus? Sejak dari hari pertama aku jumpa sampai sekarang aku masih tak tahu apa kisah disebalik prof dengan klan Yamaguchi. Yang aku cuma tahu kesudiaannya menghulurkan bantuan pada ketika itu dan sehingga kini membuatkan aku percayakan kepadanya. 

Darius tanpa membuang masa terus mencapai motor Yamaha 250 R25 miliknya lalu terus bergerak menuju ke lokasi yang dinyatakan. Lokasi tersebut mengambil 30 minit untuk sampai. Ia terletak betul-betul di luar pinggir bandar. Darius melihat sekeliling. Tiada tempat yang sesuai untuk sesebuah pesawat untuk mendarat disini.

“Wei Ryu, kau pasti ke dekat sini? Macam tak kena je tempat ni.”

“BERDASARKAN KEPADA KORDINAT YANG DIBERI, DISINILAH SEPATUTNYA KITA BERTEMU. JANGAN SALAHKAN SAYA.”

“Yelah, harap betul la tempat ni.” 

Tiba-tiba, angin yang kuat muncul daripada atas. Darius ternyata terkejut kerana dilihatnya di atas, tiada sebarang objek yang menyerupai pesawat berada di atas langit. Kedengaran suara keluar daripada arah atas.

“Bersedia untuk relokasi Darius!” jerit suara yang datang entah dari mana

“Apa? Tak dengar” Darius cuba meminta sumber suara tersebut mengulanginya lagi sekali kerana suara tersebut tidak dapat didengari dengan baik akibat bunyi angin yang kuat.

Tiba-tiba satu sinaran cahaya dari atas memancar ke arah Darius dan Ryu. Sebaik sahaja sinaran cahaya tersebut berada betul-betul pada kawasan yang sedang Darius dan Ryu berada, Jasad mereka berdua lesap seolah-olah diserap oleh cahaya tersebut.

Sebaik sahaja Darius membuka matanya, dihadapan kelihatan Profesor Firdaus ada di depannya.

Welcome aboard Darius.” Kata profesor Firdaus

“Ini ke pesawat anti radar yang prof maksudkan?”

Yup, my own ship I built. Garuda Mk.1”

“Siapa sebenarnya Profesor? Bukan sebarangan orang mampu bina pesawat sehebat ini. Pesawat yang bukan sahaja tidak mampu dikesan oleh radar, malah ada fungsi penyamaran. Tak banyak negara yang ada teknologi ni.”

“Ini bukan masanya. Sekarang matlamat kita adalah untuk membolehkan awak tiba di Sabah dengan selamat tanpa dikesan. Ingat pesan saya. Pastikan kau tak menimbulkan masalah di sana. Andai pihak berkuasa terlibat, kau kena berundur. Remember that.”

“Baik prof. Saya janji.”

Ryu, make sure he kept his promise

“AY AY PROF. NO PROBLEM.”

“Tapi soalan saya prof, macam mana kami boleh naik pesawat ni? Seingat saya perkara terakhir yang saya ingat adalah saya ditelan cahaya yang tiba-tiba muncul dari atas langit”

“Awak berdua dipindahkan melalui teknologi warp. Segala jisim yang terdapat di dalam badan awak dicantumkan semula ke portal di belakang awak.” Jawab Profesor Firdaus sambil menunjukkan portal yang dimaksudkan.

“Seriuslah? Saya ingat semua tue cuma hanya teori. Tak sangka teknologi tersebut betul-betul wujud.”

Remember, never say never in science. Kau dah lupa ke apa yang berlaku pada diri kau? Kewujudan kau sendiri sebenarnya adalah salah satu lagi dongengan fiksyen sains.”

Termenung Darius sebentar. Dia tahu apa maksud yang cuba disampaikan kepadanya. Apa yang dilaluinya 2 tahun lalu membongkarkan rahsia sebenar berkenaan dengan dirinya. Namun, dia ingin melupakan semuanya. Apa yang penting, walau apapun yang berlaku Darius tetap dirinya.

“Tentang siapa yang tengah bawak pesawat ni, aku letak dalam mod auto pilot. Dah duduk di kerusi tue. Kita akan bertolak ke Sabah dengan segera.”

“YAY” Darius dan Ryu bersorak

“Ini bukan suka-suka. Kita pergi sebab kita ada misi”

“Baik Prof”

“PROF SPOIL MOOD BETUL.BENCI”

“Kalau tak ada apa-apa, aku nak ke kokpit pesawat. Kita akan sampai ke Sabah dalam 15 minit.”

“Uishhh…laju giler pesawat ni.”

“ELEH AKU LAGI LAJU KOT DARI PESAWAT NIE. NASIB AKU TAK BOLEH BAWAK KAU JE DARIUS”

“Aik, cemburu ke apa ni?”

Gelak ketawa memenuhi pesawat tersebut. Kelihatan Profesor Firdaus telah pun kembali ke kokpit pesawat untuk mengambilalih pemanduan pesawat disamping Darius dan Ryu duduk di kerusi masing-masing menanti destinasi yang dituju.


Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.