Home Novel Alternatif #AntologiDarius
#AntologiDarius
JejakaTerpujiSyurga
16/8/2017 11:35:33
44,524
Kategori: Novel
Genre: Alternatif
Bab 5


KAMPUNG MELAYU

AIR ITAM

PULAU PINANG

Kelihatan Farhan sedang duduk sendiri di beranda sebuah rumah sambil pandangannya memandang ke arah langit yang terbentang luas. Seolah-olah memikirkan sesuatu di dalam ruangan mindanya.Rumah taman dua tingkat yang sederhana seri itu dengan lapisan cat warna kuning diraja sambil berbumbungkan atap merah maroon.

“Hang menung apa tu Farhain?”

            Kedengaran suara wanita pertengahan umur datang dari arah belakang Farhain. Kerutan di wajahnya simbolik usia wanita tersebut. Sebaik sahaja Farhain mendengar suara tersebut, terus dia berpaling memandang ke arah wanita tersebut yang  kelihatan membawa dulang berisi set teko minuman dan biskut keping di atasnya.

            “Tak ada apalah mak.Saja ja hirup udara segar kat luar rumah ni”

            “Awat? Udara kat belah KL tak cukup perisa ka apa? Ni hang tengah hirup udara perisa apa la nie?” ujar ibunya yang ketika ini telah duduk di hadapannya bersama dengan dulang yang di bawanya sebentar tadi.

            “Uishhh mak. Jauh beza. Udara area rumah mak ni perisa lemon. Kalau KL perisa asap jadi dia pahit sikit.” Usik Farhain sambil tersenyum kambing.

            “Dah,toksah hang nak mengarut sangat. Minum teh o yang mak bancuh untuk hang ni dengan biskut keping. Mak cadang mula-mula nak buat bihun tapi bila periksa barang kat dapur, tak cukup bahan pulak.”

            “Mak tak payahla susah-susah. Satgi dah nak malam kot. Nasi yang mak tanak tadi dengan lauk rendang tok duk ada lagi tue. Siapa lagi yang habiskan satgi?”

            “La,tak habis lauk tue kan boleh simpan kat dalam peti ais. Tak pun hang bawaklah balik KL nanti kalau tak habis jugak. Hang dahlah jarang balik jumpa mak dengan ayah kat sini. Hang makan puas-puas.”

            “Mak toksahla buat ayat sedih sendu kat saya. Saya bukan sengaja. Tuntutan kerja di KL yang buat saya tak ada kesempatan nak balik sini”

            “Mak faham. Cuma mana ada ibubapa yang tak rindu kat anak dia. Apatah lagi hang je sorang anak mak.”

            “Tau, saya minta maaf dekat mak dengan abah. Itulah sebab saya balik ni. Kebetulan minggu ni tak ada keperluan untuk saya kerja sampai hujung minggu. Bos pun tak bunyi apa.”

            “Sebenarnya,mak nak tanya hang ni. Hang tak de niat ke nak kahwin?”

            Soalan yang Farhain sudah tahu akan keluar dari mulut ibunya. Dia tahu maksud sebenar disebalik persoalan tersebut. Dia risau melihat keadaan anaknya yang sehingga kini tidak pernah membawa mana-mana gadis untuk bertemu dengan dirinya.Farhain juga tahu sudah agak lama dia membujang berbanding dengan rakan-rakannya yang lain.

            “Mak tau kan jawapan yang akan saya bagi kan? Farhain rasa belum tiba masanya untuk mendirikan rumahtangga.”

            “Hang teringat kat Sheila lagi ke? 5 tahun dah kot benda tue berlalu. Berapa lama lagi hang nak kenang kisah hang dengan dia?”

            “Saya dah lupakan dia mak. Cuma untuk hati ini menerima mana-mana wanita, saya belum lagi mampu la mak.”

            “Takkanlah pasal sorang pompuan, hang nak anggap semua wanita tue sama? Mak rasa dah sampai masanya untuk hang cuba bukak hati hang tue luas-luas. Bagi peluang semula hati tu untuk menerima cinta daripada wanita.”

            “Kalaulah semudah itu mak, namun hakikatnya tidak”

            “Farhain,hang anak mak. Mak tau perangai hang macam mana. Hang je duk buat keras hati tak mau terima.”

            Tembakan tepat ke diri Farhain. Pedih kena dengan ayat dari ibunya. Ternyata ibu Farhain memahami benar apa yang tersirat lagi tersurat berkenaan dengan dirinya. Farhain sedar apa yang sedang dilakukan kini hanyalah melayan tindakan degil hati kerasnya. Bukan ada sebab lain pun. Farhain masih lelaki normal yang menanam impian dan angan-angan melayari bahtera sebuah perkahwinan. Namun Farhain trauma dan takut untuk menyerahkan hatinya kepada mana-mana perempuan . Farhain tidak sanggup untuk melalui apa yang dialaminya sekali lagi.

            “Hang fikir elok-elok Farhain. Mak dan abah ni dah tua. Tak tau bila tuhan nak panggil kami balik. Kalau boleh, sebelum mata kami terpejam rapat kami nak tengok satu-satunya anak kami nie memperolehi kebahagiaan di dunia dan ditemani bagi menempuh kehidupan di masa hadapan yang bakal penuh onak dan duri”

            “Ushh,mak belajar mana ayat sedih campur puitis nie? Lain macam ayat mak guna kalini”

            “Hang lupa dahla tue. Mak nie kan dulu cikgu bahasia melayu. Siap ajar sastera kot.”

            “Lupa,sebab lama dah mak pencen. Manalah Farhain ingat”

            “Itulah,lama sangat tak balik. Nasib baik ingat lagilah alamat rumah mak dengan abah”

            Satu lagi tembakan tepat ke sasaran. Pedih Farhain rasa dengan sindiran sinis ibunya.  Farhain hanya mampu diam sambil menghirup teh o yang tersedia dituang ke dalam cawan oleh ibunya.

            “Kan dah kena setepek dengan mak sendiri” ujar Farhain pada diri.

            “Abah mana mak? Farhain tak nampak dari tadi lagi.” Soal Farhain pada ibunya yang masih duduk di hadapannya.

            “Abah hang kalau time-time macam nie, dia ada kat surau taman kita. Dia kan salah seorang jawatankuasa surau taman nie. Hang pun patutnya pi mandi. Satgi pi solat maghrib berjemaah kat surau. Nanti dah kahwin tak delah menggeletar suruh jadi imam untuk anak dan bini”

            Satu lagi tembakan pedih tepat ke Farhain. Farhain tewas tatkala mendengar hujah tersebut keluar dari mulut ibunya. Terkelu lidah tanpa mampu membalas. Sungguh dashyat ibunya berkias kata dengannya pada petang ini. Mungkin ibunya melepaskan geram yang terbuku di dada dengan caranya sendiri.

            “Yela mak. Farhain pi masuk dalam dulu. Nak mandi lepas tue ke surau” balas Farhain kemudian bangkit ingin beredar dari kerusinya.

            Sebaik sahaja Farhain ingin menuju ke dalam rumah, deringan telefon kedengaran dari poket seluarnya. Lagu nada dering Usop - Selamanya terngiang di telinga insan yang berada berdekatan. Ternyata panggilan tersebut adalah untuknya. Farhain terus mengeluarkan telefon pintar tersebut dan mengangkat panggilan tersebut.

            “Assalammualaikum Darius. Ada apa hang telefon aku ni?”

            “Waalaikumsalam Farhain. Aku nak inform dekat kau. Aku nak gerak pi Sandakan”

            “Hah??” terkejut Farhain mendengar perkhabaran tersebut. Tiada petanda atau tanda-tanda sebelum ini sahabatnya itu ingin pergi melancong sebelum ini. Kebiasaannya Darius tidak akan memaklumkan kepada dirinya. Tapi kali ini tampak berbeza. Suara Darius didengarinya agak serius. Seolah-olah perjalanannya kali ini tidak dirancang awal sama sekali.

            “Kau nak buat apa dekat sana?” Soal Farhain pada Darius

            “Aku ada urusan sikit dekat sana. Kunci rumah kita aku simpan kat tempat biasa. Apa-apa kau roger je aku. Ok Bye.”

            “Oiii...Darius”

            Panggilan tersebut terhenti disitu. Farhain masih terpinga-pinga dan sedang cuba untuk mentafsir apa yang sedang berlaku ketika ini. Adakah ada sesuatu kesulitan yang sedang dialami oleh sahabatnya itu?.Ternyata urusan Darius kali ini agak berat dan mungkin dia tidak dapat kembali ke rumah dalam tempoh terdekat.

            “Sapa yang call  hang? Marka ka?” usik ibu Farhain melihat wajah kerisauan pada anak tunggalnya itu.

            “Haishh. Ke situ pulak mak ni. Darius je yang call. Mak jangan beranganla ada mana-mana perempuan nak call  anak mak sorang ni. Dia call bagitahu dia nak pi Sabah dan mungkin tak balik rumah dalam tempoh terdekat.”

            “Laa Darius ka. Lama mak tak jumpa dengan kawan hang tu. Lain kali hang ajakla dia balik sekali.”

            “Baiklah mak. Insyaallah Farhain akan bawak Darius mai rumah lain kali.”

            “Tapi mak tengok Darius tue berubah  banyak. Dulu time pertama kali mak jumpa dia, dia jenis yang senang nak baca. Senang cakap, lurus la. Tapi raya lepas bila mak jumpa, mak tengok dia macam orang yang lain.”

Farhain mengerti apa yang ingin dikatakan oleh ibunya itu. Farhain sendiri tahu yang Darius yang tinggal bersamanya kini bukan lagi Darius yang dia kenal ketika di zaman universiti. Periang, setiakawan, malu bila dengan wanita dan yang paling tak tahan, tak boleh menyimpan rahsia. Pernah sekali Farhain dimarahi oleh Sheila yang pada ketika itu masih kekasih hatinya kerana Darius memberitahu kepada Sheila alasan sebenar dia tidak dapat keluar bertemu janji ketika itu bukan kerana demam tetapi ingin menghabiskan permainan video yang baru dibelinya. Nasiblah cuma bebelan dari Sheila sahaja yang diterima olehnya. Kalau tidak, naya Darius dikerjakan.

Farhain dapat rasa yang Darius menyimpan sejuta rahsia dengannya. Cuma dia tidak tahu apakah rahsia tersebut sehinggakan Darius tidak pernah ingin menceritakan kepadanya. Adakah ia saling berkait dengan misteri kehilangannya pada 5 tahun yang lalu?. Saat di mana seolah-olahDarius hilang daripada dunia ini. Tiada siapa yang tahu ke mana hilangnya Darius ketika itu. Tambah sukar, sanak-saudara Darius tiada siapa dapat menjejaki. Seolah-olah Darius ini tidak mempunyai hubungan kekeluargaan dengan sesiapa. Ibunya yang pernah Farhain lihat tidak pernah kelihatan dan tidak dapat dikesan di dalam mana-mana rekod. Seolah-olah Darius dan ibunya lesap seperti lembaga.

Farhain pernah cuba untuk bertanya tentang peristiwa 5 tahun lepas itu kepada Darius, namun Darius seolah-olah tidak mahu menjawab dengan cuba mengubah topik. Sangat cliche. Farhain juga pernah cuba untuk menyelidik sendiri tentang perkara tersebut namun semuanya menemui jalan buntu. Seolah-olah ada yang cuba untuk menghalang dirinya untuk mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku kepada sahabatnya itu.

Darius merupakan sahabat di kala dia memerlukan seseorang untuk mendengar rintihan hati, gelak tawa, saling bertukar buku ruas, memerlukan pandangan dan nasihat. Jadi tidak adil sekiranya sahabatnya itu yang dalam kesusahan tidak dibantunya. Namun apakan daya, segala usahanya tidak berjaya. Farhain tahu, Darius masih belum bersedia untuk menceritakan misteri kehilangannya 5 tahun yang lalu itu ketika ini. Kini, sebagai seorang sahabat adalah menjadi tugasnya untuk sentiasa ada dikala diperlukan.

Teringat Farhain, saat Darius tiba-tiba muncul di muka pintu rumah sewanya dua tahun yang lalu. Ibarat melihat hantu!

 

 

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.