3
LEPAS mandi. Aku solat. Lepas tu apa lagi, terus cari
katil.
“Kenyang betul.” Aku usap perut. Mata pun dah mamai dan
aku... tak jadi tidur! Ada gangguan!
Handphone berbunyi.
Mula-mula tu malas juga aku nak jawab call.
Bukannya selalu aku dapat bersantai atas tilam empuk petang-petang macam ni.
Empuk ke? Erk!!!
“Assalamualaikum.” Wah! Bukan main lembut lagi suara aku
waktu ni. Kenapa ya?
“Waalaikumussalam... Busy
ke?” soal Azrol.
Lain macam je suara buah hati aku kali ni. Hati aku pun
terasa lain macam juga. Ada apa-apa yang tak kena ke?
“Tak adalah. Tak busy
pun.”
Perlu
ke aku beritahu yang aku dah dapat kerja baru? Tengok sikap buah hati aku ni
dulu. Kalau okey baru on.
“Awak
kat mana?” soal aku. Pelik sebenarnya dengan kebisuan terlampau Azrol saat ni.
“Saya...
saya dekat luar ni.” Tergagap-gagap. Dah kenapa pakwe aku ni?
“Tak
OT ke?” soal aku lagi.
Bukan
apa, rindu sebenarnya nak dengar suara dia. Dah nak dekat seminggu kot dia tak call aku. Busy katanya.
“Tak.
Elly... saya ada perkara nak cakap dengan awak.” Bergetar suara Azrol.
Dada
aku pun bergetar sama. Biasalah, kamikan sehati dan sejiwa. Eceh ceh-ceh.
“Pasal
apa ya?” Makin lembut suara aku.
Dia
nak lamar aku ke apa? Dah berangan-angan dah aku ni.
“Pasal
kita. Elly... I rasa kita dah lama kenal dan... bercinta...”
Argh!!!
Betullah sangkaan aku. Dia nak lamar aku! Tapi kenapalah dia tak buat face to face. Baru gempak.
‘Elly,
tolong jangan gedik!’ Sempat lagi tu hati aku hantar ‘SMS’ pada aku.
Okey.
Aku cuba coolkan diri aku yang memang
dah tak cool ni. Aku rasa semua
perempuan pun akan merasai perkara yang sama kot.
“I
rasa... I dah... dah...”
Time
nilah si Azrol ni nak gagap tahap mentadak. Apa kena mengena dengan mentadak
pulak ni? Aduyai!
“Dah
apa?” Aku beranikan diri.
“Saya
dah tak boleh nak teruskan lagi hubungan kita.” Lancar dan terang kata-kata
Azrol. Kalau aku tak faham juga maksud si Azrol ni, memang aku kena masuk
tadika balik.
“Tapi
kenapa?” Aku tahan air mata aku. Aku tak nak lelaki durjana tu nampak aku
lemah.
“Kita
dah tak serasi.”
“Tak
serasi? Baru sekarang awak kata yang kita tak serasi? Macam mana dengan lima
tahun yang kita lalui dulu?”
“Elly...
manusia berubah.”
Alasan
sampah! Kalaulah mamat ni ada depan mata aku memang dah makan penyepak dah.
“Awak
yang berubah! Saya tak pernah berubah. Baru sekarang saya faham kenapa awak
jarang call atau SMS saya. Everything clear right now...” Aku dah
menangis dah. Lantak kau oranglah nak kata aku cengeng ke apa.
“Baru
sekarang awak nak sedar?”
“Apa
maksud awak?” Aku betul-betul tak faham apa yang mamat ni merepek.
“Kalau
dari dulu lagi awak sedar... perkara ni takkan berlaku.”
Ini
dah melampau! Dahlah dia yang curang, aku pula dipersalahkannya!
“Semenjak
bila awak berubah hati?”
Azrol
diam. Tak tahulah takut ke apa?
“Siapa
perempuan tu?” desak aku lagi. Aku yakin 100% Azrol ada perempuan lain.
“Saya
kenal ke dia?”
“Itu
tak penting.”
Bacul!
Waktu kau nakkan aku bukan main lagi kau kejar aku. Tapi sekarang!
“Penting
bagi saya. Siapa perempuan tu?!” Suara aku meninggi. Hilang dah kelembutan
ala-ala perempuan Melayu terakhir.
“Elly...
Saya rasa kita patut tamatkan perbualan. Assalamualaikum.” Talian diputuskan.
Nak
je aku campak handphone aku ke
lantai. Tapi sayang pula. Bukannya ada orang yang sudi nak gantikan.
Aku
meraung. Sedih benar hati aku waktu ni. Mana taknya! Aku bercinta dengan Azrol
dari umur aku 20 tahun lagi. Lima tahun dah berlalu. Banyak perancangan yang
kami aturkan bersama.
“Sampai
hati kau buat aku macam ni...”
Kalaulah
aku tadah air mata aku, ada kot dalam semangkuk besar. Uish! Pembaziran betul.
Dahlah sekarang ni ada masalah air. Catuan berlaku di mana-mana. Apa kena
mengena pulak ni? Aduyai!
“Diana...
aku rindukan kau...” Tanpa sedar aku sebut nama kawan baik aku.
Kawan
baik yang pernah duduk sebumbung dengan aku. Tapi dah tiga bulan dia pindah.
Sebabnya tempat kerja baru dia sekarang ni jauh.
Aku
capai handphone aku. Aku cuba hubungi
Diana. Sekali sampailah berkali-kali, dia langsung tak jawab call.
“Diana...
di mana kau? Kenapa kau tak jawab panggilan aku? Aku perlukan kau!” Aku campak handphone ke tilam.
Aku
turut sama mencampakkan tubuh rampingku. Erk... tang tu aku tipu. Badan aku
taklah ramping sangat. Tapi yang penting aku bersyukur dengan apa yang ALLAH
kurniakan pada aku.
Baiklah.
Aku sambung balik. Aku pun menangis dan menangis sampailah aku terlelap.
Maghrib dan Isyak pun aku terlepas. Aku tak sengaja. Mudah-mudahan esok pagi
aku akan bangun dengan ‘kehidupan’ baru. ‘Kehidupan’ yang menghidupkan jiwa aku
yang telah mati.