PROLOG
Di dalam gelap aku terlihat seseorang. Insan itu melambai
ke arahku. Aku tersenyum. Aku kenal insan itu. Teramat kenal. Aku berlari ke
arahnya. Aku memeluk tubuhnya. Dia turut sama membalas pelukanku dengan sebelah
tangan. Tanpa aku sedari ada bahaya yang menanti. Bahaya yang tersembunyi di
balik tubuh insan itu. Terlihat sebilah pisau berada di dalam genggaman
tangannya!