2
AMBIK kau! Macam-macam lauk pauk ah so ni order.
Nak
tunjuk kayalah tu!
Haip!
Tak baik kau orang fikir macam tu. Ke, aku yang terlebih fikir ni?
“Makanlah
Cik Elly,” pelawa Mrs. Tan. Sopan tu tetap ada. Aku suka!
“Tak
payah bercik-ciklah dengan I. Panggil Elly je.”
Mulut
bercakap, tangan dah merayap. Mula-mula sikit, lama-lama penuh satu pinggan
lauk aku humban.
Nak
control ayu? Tak ada maknanya! Bukannya
Mrs. Tan ni lelaki. Trang tang-tang perempuan uuuooolllsss!
“You
pernah makan dekat sini?” Ramah Mrs. Tan ni.
“Tak
pernah.” Aku hentikan kunyahan. Adab tu kenalah jaga.
“Bos
you tak pernah belanja you makan dekat sini ke?”
‘Perempuan
ular tu?! Jangan haraplah!’
Aku
gelengkan kepala. Tak nak mengumpat kononnya. Tapi hati dah membara teringatkan
perangai hantu ex-boss aku tu.
“I
selalu jugak bawak staf I makan dekat restoran seafood ni.”
Okey!
Now dah nampak sikit dah perangai riak ah so depan
aku ni. Aku senyum jelah. Malas nak cakap apa-apa.
“Boleh
I tanya you sikit?” soal Mrs. Tan.
‘Ni
yang aku malas ni. Kalau dia kata sikit confirm
meleret nanti!’ Yakin betul hati aku kali ni.
“Boleh
ke, Elly?”
“Boleh.
Apa dia?” Aku sedut jus tembikai. Ah! Nyamannya. Rasanya memang terlajak lazat!
“Kenapa you berhenti kerja?”
“Bukan
berhenti. Tapi diberhentikan.” Relaks je aku jawab. Tak naklah tunjukkan
pembakaran terbuka di hati aku ni. Bahaya!
“You
kena buang kerja?! Terkejut I!” Muka terkejut tak menepati standard ISO ditunjukkan.
Hek
eleh! Terlebih reactlah pulak ah so
ni. Kalau ya pun cuba-cubalah berlatih dulu depan cermin.
“Tak
apalah. Dah tak ada rezeki I, nak buat macam mana.” Cakap, cakap juga. Mulut
tetap mengunyah.
“Elly...
kalau I tawarkan you bekerja dengan syarikat I, you nak tak?” Pandangan penuh
pengharapan Mrs. Tan lemparkan.
“Syarikat
apa ya?”
“ECK
Sdn. Bhd... Excellent Create Kitchen,” balas Mrs. Tan.
“ECK
Sdn. Bhd? Ooo... okey. Syarikat you buat apa ya? I mean, house renovation jugak ke?” Aku dah mula berminat. Andai
ini rezeki dari TUHAN, memang aku rembat.
“Syarikat
ni, I dengan husband I yang
tubuhkan.”
Erk...
ah so ni faham Bahasa Melayu ke tak? Aku tanya lain, dia jawab lain. Pengsan!
“Okey.
Tapi syarikat you buat apa ya?!” Sengaja aku ‘tegapkan’ sikit suara aku. Kalau
ah so ni tak faham juga, memang nak kena buang daerah dia ni.
“Samalah
macam syarikat lama you dulu. Tapi ECK Sdn. Bhd. ni khusus menjual
peralatan-peralatan dapur je.”
Nasib
baik ah so ni jawab betul!
“Ooo...
kiranya skop syarikat you lebih kecil,” komen aku. Tak ada niat apa pun.
“Walaupun
kecil tapi business syarikat I
kukuh.” Berubah muka Mrs. Tan.
Sentaplah
pula ah so ni!
“Tak...
I tak bermaksud yang syarikat you tak kukuh. I mean... yalah, skop syarikat you kecil. Senang kita nak jual
produk.” Bukan main lebar lagi senyuman aku waktu ni. Nak ambil hati bakal
boslah katakan.
“Betul
tu! So, macam mana dengan tawaran I?
You setuju tak nak bekerja dengan syarikat I?”
“Sebagai
apa?” Selamba je aku tanya. Dari tadi asyik tanya setuju ke tak! Jawatan apa
tak bagitahu. Gaji apatah lagi.
“Sales Executive. Sama macam jawatan you
dulu.”
Macam
mana dia boleh tahu jawatan aku dulu apa? Ooo... lupa pula, laki diakan ada name card aku. Ex clientlah katakan.
“Gaji?”
Soalan penting ni!
“Berapa
you nak?”
Wah!
Berlagak betul ah so ni! Karang aku minta puluh-puluh riban baru kau tahu!
“RM
3000.” Aku petik satu angka. Lebih RM 500 dari basic aku dulu.
“Tinggi
sangat tu. Kalau I bagi you basic
2300, okey?”
Aik?
Tadi tanya aku nak berapa. Nah! Sekarang tak mampu pula.
“Basic I dulu pun RM 2500. Itu tak campur
dengan allowance dan claim I lagi.” Bukan nak riak. Cuma
bagitahu je.
Mrs.
Tan gigit bibir bawah. Nak goda aku ke apa? Tolonglah, aku straight okey!
“Baiklah!
I setuju. RM 3000... But no claims or
allowances. Deal?”
“Komisen?”
Aku angkat kening sebelah.
Memang
aku akan push ah so ni habis-habis.
Bukan senang dapat peluang keberlianan macam ni.
“Komisen...
Emm... 5%! Deal?”
Berapa
banyak deal da!
“Okey
deal!” Terus kenyang plus membayak perut aku. Bukannya sebab
tawaran si ah so ni. Tapi sebab aku berjaya melicinkan hampir kesemua hidangan
yang ada depan mata aku.
Tak
percaya? Aku tak kisah pun.