Home Novel Alternatif WANITA
WANITA
Jung Siti
6/7/2021 15:00:58
64,571
Kategori: Novel
Genre: Alternatif
Bab 16
WANITA XVI


“Kau kenal tak kawan kau siapa? Dia tu pengintip atasan… dia datang sini sebab ada sesuatu yang besar. Silap-silap dengan kau sekali dia target”, kata doktor itu lagi. Maklumlah Zahira pun ada kaitan dengan projek robot XY dan doktor itu juga tahu mengenai itu.

Zahira dan Mira terkejut. Zahira berhenti menyakiti tangan doktor itu dan melonggarkan sedikit pegangannya. Doktor ini kalau ikutkan mukanya tak sama seperti dalam lukisan Ben tapi cara dia cakap tu macam ada kaitan.

Mira pula sangat terkejut kerana dia tak menyangka rakan yang merupakan bekas labmate nya merupakan ejen perisikan kerana selama ini gaya Kayra kelihatan biasa saja tidak seperti orang yang terlalu berahsia, cumanya Kayra selalu keluar outstation itu sahaja. Mira terfikir lagi, mungkinkah sebab itu Kayra selalu outstation? Kerana dia sebenarnya spy dan harus keluar-keluar. Mira sudah faham. Kiranya apa yang Kayra bicarakan tentang Kinetical Department ke Bio-Advanced itu semua mungkin hanya sandiwara juga bagi menutup tugas hakikinya sebagai perisik.

Apabila doktor itu melihat gaya Zahira dan Mira yang terdiam itu, doktor itu dapat merasakan bahawa mereka berdua itu tidak tahu menahu. Doktor itu berfikir lagi bahawa ini satu peluang yang baik memandangkan Zahira dan Mira ini pun bukanlah orang yang calang-calang, mungkin dia boleh membawa mereka berdua menyebelahinya. Melihat wajah mereka berdua saja, doktor itu berasa seperti kenal, apabila mengingat lagi. Ya! Ini Mira orang genius INSTAR pembuat senjata elektronik. Lagi seorang pula Zahira si pembuat robot XY. 

“Kalau korang berdua bantu aku… korang akan tahu benda yang orang lain tak pernah tahu”, kata doktor itu.

Mira dan Zahira memandang doktor itu serentak lalu memandang antara satu sama lain. Zahira memandang anak mata Mira. Mira dapat merasakan pandangan mata Zahira itu mengatakan bahawa doktor ini mungkin ada maklumat yang mereka ingini.

Mira hanya memandang tempat lain, perasaan waswas masih ada tetapi rakannya Kayra itu pun sama juga tak ada bezanya. Mira membiarkan sahaja apa yang ingin dilakukan Zahira. Zahira melepaskan doktor itu perlahan-lahan. 

Doktor itu berasa sangat lega dan berdiri mengemaskan diri.

“Jadi apa yang kau tahu?”, tanya Mira.

“Kita tak boleh bicara pasal itu dekat sini… kita kena bawa Si Kayra ni dulu ke satu tempat. Mari ikut aku”, kata doktor itu kepada mereka.

Mira dan Zahira hanya mengikut sahaja dan membawa Kayra itu ke tempat yang doktor itu tuju. Kayra dan Mira membaringkan Kayra di satu bilik pesakit yang kosong. 

“Tunggu sini, nanti aku datang balik…”, kata doktor itu. Beberapa saat, doktor itu kembali lagi dengan satu lagi picagari suntikan di tangannya. Riak wajah Zahira dan Mira berubah lagi.

‘Dah kenapa lagi ada jarum?’, pelik Zahira dan Mira.

“Ini jarum khas dari PEACE Room, siapa yang disuntik akan lupa ingatan… Jadi aku suntik Kayra ni supaya dia lupa apa tujuan dia datang sini”, beritahu doktor itu menjawab reaksi Zahira dan Mira yang jelas risau itu.

“Apa tujuan Kayra datang sini?”, tanya Mira.

“Hmm…”.

Doktor itu mengeluh. Dia juga buntu bagaimana hendak bercerita kepada Zahira dan Mira. 

“Ada banduan terlepas dari penjara… dan sekarang orang atasan syak yang mungkin ada dikalangan kakitangan hospital sini menjadi dalang. Itulah tujuan Kayra datang sini… dia nak siasat benda tu…”, doktor itu hanya cerita permukaan sahaja.

Mira membulatkan mata dan Zahira pula menelan air liur. Daripada cerita permukaan itu sahaja mereka sudah dapat agak dan mengerti. Mereka berdua hanya terdiam. 

Doktor itu mengerutkan kening tatkala Zahira dan Mira hanya diam. Doktor itu merasakan sesuatu dan bertanya, “kenapa diam? Korang tahu ke?”.

Zahira hanya menggeleng dan Mira juga ikut menggeleng. 

‘Okay…’, bisik hati doktor itu tetapi dia agak ragu juga dengan reaksi Zahira dan Mira itu. Jelas mereka menyembunyikan sesuatu tetapi buat masa sekarang doktor itu malas berfikir lebih dan mahu fokus pada Si Kayra ini dulu.

Setelah selesai menyuntik, mereka meninggalkan sahaja Kayra di bilik itu dan berlalu pergi.

“Korang dua kena ikut aku balik…”, kata doktor itu.

Zahira dan Mira masing-masing berasa agak penat dengan apa yang terjadi pada mereka hari ini tetapi demi mencari kebenaran mereka ikutkan sahaja apa yang dikatakan doktor itu.

Mereka mengikuti doktor itu memasuki ruang kakitangan. Mereka tidak keluar ikut laluan lobi hospital. Saat hampir bertembung dengan kakitangan lain, doktor itu akan berbisik untuk meminta menyorokkan diri. Zahira dan Mira ikut seperti yang dipinta doktor itu.

“Doktor Sya… dah nak balik”, ramah Doktor Kamelia.

“Haah… tak balik lagi?”, tanya Doktor Sya kembali.

“Saya balik lambat hari ini… ada lagi patient. Okaylah bye, have a good rest”, senyum Doktor Kamelia.

“Alright! You too…”, senyum Doktor Sya. Apabila kelibat Doktor Kamelia sudah hilang, Sya melihat-lihat Zahira dan Mira yang sedang menyorok. Doktor itu menganggukkan kepala menandakan Zahira dan Mira boleh mengikutinya pulang. Mereka menaiki kereta pulang ke rumah Doktor Sya. Setelah tiba, mereka memasuki sebuah unit kondo dua tingkat milik doktor itu. 

“Dah balik Kak… Sya…”, Kaho terdiam saat melihat dua orang yang berada di belakang kakaknya.

“Kaho… Diorang ni kawan aku”, kata Sya yang kelihatan letih. Zahira dan Mira hanya mengikuti sahaja Sya dari belakang dengan wajah ragu-ragu. Mereka pun tidak tahu bagaimana dan apa yang mereka nak buat di sini tetapi demi beberapa informasi yang dijanjikan, mereka mengikut sahaja.

“Duduklah…”, kata Sya.

“Duduk… duduk…”, kata Kaho pula sambil tersenyum kepada kedua wanita itu. Saat melihat wajah Mira, matanya membulat lalu menutup mulut dengan tangannya dan bergegas ke dapur. Mira yang tadinya turut membalas senyuman Kaho mengerutkan keningnya dengan tindak-tanduk Kaho. Sementara Zahira pula melihat-lihat keadaan rumah Sya yang elegan dan luas itu.

Doktor Sya tersengih melihat situasi itu dan mengeluh perlahan. Dia mendapatkan adiknya yang berada di dapur.

“Kau bawa diorang ke sini kenapa kak? Mira kan tadi tu?!”, tanya Kaho.

“Yup! Kau bukan suka ke?”, sengih Sya.

Kaho terdiam, “em memanglah tapi dah kenapa?”.

“Diorang mungkin boleh bantu kita untuk misi Prof. Fida”, kata Sya.

Kaho hanya mengerutkan kening memandang kakaknya.

“Sampai bila kau nak just mengefans je?”, Sya mengecilkan mata memandang adiknya.

“Kau merepek apa kak? Mira mana faham perasaan-perasaan macam tu”, Kaho hanya memandang tempat lain dengan wajah hampa.

“Aku bawa diorang datang sini sebab diorang dah ter witness aku bedal sorang ejen ni. Akhirnya, kitorang bersepakat untuk berbaik atas syarat tertentu”, kata Sya.

“Apa? Ejen… Habis tu kau janji apa dekat diorang dua”, tanya Kaho terkejut.

“Diorang nakkan maklumat… Tapi alang-alang ada Mira, kau cubalah keluar dari zon fans”, ketawa kecil Sya.

“Menyempat…”.

“Ehh mestilah! Kau ni kategori orang yang tersakiti juga tau! Kau suka orang tapi kau terpaksa suppress kan feeling kau hanya kerana peraturan orang atasan ni… Kau pun kena fight lah!”.

Sementara Mira dan Zahira berdua sahaja di ruang tamu. Mereka berkata-kata.

“Zahira rasa Doktor Sya tu boleh dipercayai ke?”, tanya Mira.

“Entahlah… tapi setidaknya mungkin kita boleh korek maklumat daripada dia. Kalau apa-apa terjadi kita kena bersedia”, jawab Zahira.

Kemudian, Kaho dan Sya datang bersama minuman.

“Jemput minum…”.

Zahira memandang sahaja Kaho lama, Kaho yang berambut panjang dan matanya yang kecil itu dikenakan dengan solekan tipis. 

“Dia ni… lain”, Zahira berkerut memandang Doktor Sya mengatakan tentang Kaho. Mira memandang Zahira.

“Maksud kau?”, tenang Doktor Sya. Kaho membulatkan matanya yang kecil tatkala mendengar pernyataan Zahira.

Suasana mereka tegang.

“Kenapa? Dia macam robot yang kau buat ke?”, sindir Doktor Sya.

Mira merasakan perbualan tegang ini umpama kepingan-kepingan permainan puzzle.

“Kaho ni lelaki ke?”, Zahira bertanya terus-terang.

Suasana senyap seketika. Kata-kata Zahira umpama das tembakan yang mengena dan pihak lawan sudah tiada peluru lagi. Namun Sya kekal tenang memandangkan dia berasa Zahira tiada niat untuk memulakan pergaduhan besar.

“Kaho pun? Biar betul?”, Mira berkerut bertanya Zahira.

“Jadi korang pun tahu pasal jantina lelaki? So, korang ni side pada orang atasan atau macam mana?”, tanya Sya sambil menghirup air.

“Kitorang takda side mana-mana dan kitorang just nakkan kebenaran”, tegas Mira.

“Kalau aku cerita dan korang berpaling tadah pada orang atasan. Aku pun tak akan lepaskan korang”, Sya tegas.

Kaho terkedu dengan situasi yang janggal ini dan matanya melihat-lihat Mira juga.

“About that, we will see first…”, Zahira juga serius.

“My mother, Professor Madya Doktor Laila, is a genetic maniac… Dia kahwin dengan ramai lelaki from various kinds of races. Kahwin cerai, kahwin cerai… She fools our father. You see, actually aku dan Kaho ni half siblings… lain ayah tau. Kitorang sebenarnya ada ramai lagi adik beradik. Ayah aku orang tempatan, ayah Kaho lelaki Jepun… and the others pun lain-lain, aku malas nak describe sorang-sorang”, Sya memulakan cerita.

Zahira dan Mira berkerut mendengar cerita Sya. Mereka tidak begitu memahami istilah-istilah Sya memandangkan pengetahuan mereka hanya sampai tahap apa yang dicerita Ben sahaja. Namun, otak mereka cuba memproses juga cerita-cerita itu.

“Okay… straight to the point. 20 tahun lalu, perempuan-perempuan atasan yang sangat berpengaruh nak eliminate kan existence  lelaki dekat dunia ni. Nak jadikan lelaki ni satu makhluk yang tak berdaya dan hanya berperanan untuk kelangsungan generasi manusia saja… Which is now dah jadi kenyataan. Now we call it tabung uji… Pembiakan Manusia Pusat…”, cerita Sya bersungguh-sungguh.

“Jadinya… semua lelaki masa tu kena tangkap including our fathers. Mereka nak tangkap Kaho and adik-beradik lelaki yang lain juga. Tapi mama aku minta pengecualian untuk anak-anak lelaki dia supaya jangan ditangkap untuk alasan property or genetic experiments something like that… cuma diorang bagi syarat. Syaratnya adalah mereka kena hidup seperti kita, sebarang tindakan yang menyerupai naluri asal tidak dibenarkan”.

“Kenapa orang atasan boleh bagi pengecualian pada Doktor Laila?”, tanya Mira. Wajah Mira dan Zahira terkelu mendengar cerita Sya.

“Sebab mama aku tu orang yang paling berpengetahuan untuk ilmu genetik dan orang atasan sangat memerlukan kepakaran dia. Hasil penyelidikan yang gila tu, terlahirlah pembiakan manusia pusat. Mama aku ni jenis back end punya orang, jadi dia memang takda masuk tv macam Suzy tu… Kami  adik-beradik nakkan justice untuk ayah-ayah kami… jadi kami terjumpa dengan seorang professor yang sama pemahaman dengan kami. Rancangan terbesar untuk jatuhkan orang atasan dan membela nasib mereka yang teraniaya”.

“Even if it means to fight your own mother?”, tanya Zahira.

Sya terdiam. Kaho melihat kakaknya dan perlahan mengusap peha supaya kakaknya bertenang.

“Peranan ibu ni sangat penting dalam institusi kemanusiaan… but mama kami dah sangat-sangat lari dari landasan sebenar. Dia tidak memainkan peranan dia sebagai ibu dan anak-anak ni hanyalah satu property… satu kemestian… satu ujikaji genetik yang berjaya dia hasilkan. It getting worse day by day, pemahaman dia dan penyelidikan yang dia hasilkan dah membuat seluruh manusia sejagat ni dah lari dari sistem kehidupan manusia yang sepatutnya. Take a look at our world now, there’s too much human rights. Human rights yang berlandaskan nafsu, kerakusan, ketamakan… Human rights yang takda boundaries. Human rights yang tak menjadikan seseorang tu human… Now, dia berminat pada binatang pula… Dia tengah mengkaji proses persenyawaan binatang dan kaitan dengan pembiakan manusia. I’m afraid that dia ada pemikiran yang lebih gila… I dont want to say that, but she must be stopped at whatever cost”, terang Kaho panjang lebar dengan mata yang sudah berair. Mata Sya juga berair tapi dia menahannya dari mengalir.

Zahira dan Mira semakin berkerut. Mereka sudah sesungguhnya faham apa yang diceritakan adik-beradik ini. Hal ini adalah hal yang sangat-sangat besar. Mira memandang Zahira dan mengangguk menandakan Sya dan Kaho ini sangat perlu untuk dibantu.

“Kami bersetuju untuk bantu korang berdua. Kami di side korang!”, Zahira serius.


Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.