WANITA II
Sudah tiga hari Zahira mengangkat barangnya dari makmal lama ke makmal baru. Zahira diberi masa lima hari untuk memindahkan barang-barang ke makmal baru. Masa kerjanya diguna untuk memindahkan barang sahaja. Lagipula, makmal barunya sememangnya jauh dari tempat makmal lamanya. Nak upah lori terus terasa banyak pula kosnya, fikir Zahira. Barangnya tidaklah begitu banyak tetapi tidak begitu sikit juga.
“Banyak lagi ke barang kau Zahira?”, tanya rakan sekerjanya yang lama.
“Dah nak siap dah ni…”, senyum Zahira.
“Tahniah weyh… dapat masuk INSTAR! Gempak betullah… Nanti bila dah jadi member dengan Si Mira tu, masa minum-minum ajak lah kami sekali. Boleh bajet-bajet lepas tu masuk media sosial”, ketawa rakan sekerjanya itu.
Zahira tersengih melihat gaya rakan-rakannya, “tengoklah macam mana… aku ni pun pemalu. Tak ramah sangat, nak ke dia berkawan dengan orang yang biasa-biasa macam aku”.
“Ehhh kau okaylah! Kau bagi vibes yang orang selesa dengan kau. Kau mungkin tak banyak cakap… tapi kau ni good listener tau! So, kalau nak bercerita… mesti cari kau. Sebab kau dengar je”,rakannya memberi tanggapan positif kepada sifatnya.
“Betul tu! Pepatah inggeris kata… Silent is Gold!”, usik rakannya yang lain pula.
Zahira tersenyum lagi, “yalah-yalah…Apa-apapun, wish me for the best okay!”.
“Alright… hati-hati Zahira angkat barang tu”, kata rakan-rakannya yang lain.
Rakan-rakannya hanya boleh bantu memindahkan barang sehingga ke Ground Floor sahaja, setelah itu Zahira perlu membawanya sendiri ke makmal baru yang jauh itu. Lagipula, dia tidak mahu mengambil masa kerja rakannya. Rakannya yang membantu bawa barang turun juga sudah bersyukur. Walaupun kawannya tidak begitu ramai dan hanya dua orang saja, tetapi itulah yang cukup buat dirinya. Dengan bantuan mereka, Zahira dapat mengosongkan makmal lamanya dalam masa tiga hari sahaja.
Jadi ada baki lagi dua hari, dapat dia mengemas makmal barunya nanti. Mira masuk selepas lima hari Zahira menguruskan perpindahannya. Sambil membawa barang, Zahira berangan. Dia berfikir, boleh ke dia masuk ke dalam suasana baru lagi-lagi makmal INSTAR yang ada saintis-saintis lebih genius. Mahukah Mira berkawan dengannya. Mungkin Mira ada kawan lain di dalam makmal INSTAR itu. Zahira risau. Bagaimana dia hendak menyesuaikan diri di tempat kerja yang baru dan lebih eksklusif. Pasti orang-orang di dalamnya, semua berkeyakinan tinggi. Sementara dirinya, terlalu merendah diri.
Zahira menggeleng-geleng kepalanya.
‘Kau boleh Zahira!! Jangan lah merendah diri sangat! Kau lupa ke kau ni pernah dipanggil orang atasan sebab projek kau! Itu maksudnya kau hebat! Dulu masa kau masuk makmal lama tu mula-mula pun kau gementar juga. Lama-lama okay je… Sekarang dapat naik pangkat masuk makmal genius lagi!’, pujuk hatinya.
Zahira tersenyum kecil.
‘Betullah tu. Kau boleh sesuaikan diri dekat sana juga…’, kata Zahira kepada diri sendiri.
Setelah tiba ke makmal barunya, Zahira mula menyusun barang di makmal barunya. Pada masa yang sama dia ada juga terpandang ke tempat makmal Mira yang barang-barangnya agak bersepah. Makmal mereka sebesar padang futsal. Yang memisahkan mereka hanyalah satu garisan putih di pertengahan. Jadi mereka berkongsi makmal yang sama. Orang panggil workmate.
Makmal mereka sememangnya kemas dan kondusif. Jadi kalau bersepah sedikit, nampak macam bersepah banyak. Sudah namanya makmal rekacipta, perkakas ciptaan itu agak merata-rata. Di luarnya lagi cantik, para saintis semuanya cantik-cantik dan kemas berbaju kulit putih serta berkot putih juga. Zahira tertanya-tanya. Bagaimana mereka mengekalkan kebersihan pada baju mereka, saat mereka berdepan dengan perkakas-perkakas yang mungkin mengotorkan pakaian.
Saat Zahira lalu juga tadi,orang-orang sekeliling asyik memandangnya saat hendak masuk ke makmal Mira.
“You!”, panggil seseorang.
Zahira memandang tatkala merasakan panggilan itu seakan untuknya.
“You workmate baru Mira ya?”,tanya mereka dengan senyuman. Pada masa yang sama mereka memandang Zahira dari atas sehingga bawah juga.
“Aaa haah haha”, Zahira tersengih. Dia agak kaku. Mereka seakan orang yang ramah-ramah tetapi kenapa mereka memandangnya atas bawah. Zahira melihat dirinya sekilas. Berbaju t-shirt hitam di dalam serta jaket kulit merah yang agak usang di luar serta berseluar jeans longgar.
‘Mungkin jaket merah aku ni nampak lama ke? Tapi aku rasa okay je’, fikir Zahira.
“You nampak rouge lah! You buat projek apa ya? Dapat sama bilik dengan Mira, mesti bukan calang-calang”, tanya mereka ramah.
Baru sahaja Zahira hendak membuka mulut, orang lain sudah menjawab.
“You ke yang buat Projek Robot XXY1500?”, teruja orang itu bertanya.
“Haaa ya saya”, senyum Zahira.
“Waaaaah genius!!”, kata mereka.
Mereka mula bersembang antara satu sama lain.
“Dengar kata projek tu nak di release kan minggu depan”.
“Aku pun nak cop satu sebelum diorang iklankan… Kalau dah iklan mesti permintaan dah tinggi sampai sold out”.
Zahira terpaku sahaja mendengar mereka semua berbicara. Sebegitu besarkah pengaruh ciptaannya.
“Oh ya! Robot yang you cipta tu serius lain dari yang lain! Mata I ni rasa melt je bila tengok ciptaan you…hari tu I ada curi tengok dia hasilkan satu dua copy robot. Lain-lain preference… rasa macam tak boleh pilih… Hahaha”, ketawa orang itu.
“Ohh terima kasih semua. Saya rasa biasa-biasa je”, Zahira merendah diri.
“Hishhh jangan macam tu! I tak sukalah… dah gempak tu gempak jelah. Ini nak bajet-bajet humble pula! Kita dekat sini semua hebat-hebat lah”, kata orang lain dengan nada yang keras.
Zahira terdiam. Dia salah berbicara ke?
“Pfft… Sorry! I gurau je…”, kata orang itu.
“Ohhh haaa haha”, Zahira menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Nanti bila masuk kerja betul-betul, bolehlah tegur-tegur kami di makmal lain ya”.
Zahira mengangguk senyum.
“Nanti kalau saya beli robot tu…ada apa-apa nak kena repair boleh terus jumpa you ya”, sengih orang itu.
“Boleh datang sajalah ke makmal kami”, Zahira juga ramah.
Setelah mereka semua beredar, Zahira mengeluh lalu dia tersenyum kecil.
Pada petang, Zahira bergegas untuk pulang. Sebelum pulang ke rumah sendiri, Zahira menyinggah sebentar di rumah ibunya.
“Hello ibu”, senyum Zahira masuk ke dalam rumah. Wajah Zahira juga jelas kepenatan.
“Dah makan?”, tanya ibunya saat melihat anaknya masuk ke dalam rumah.
“Dah… saja singgah rumah ibu. Nak rehat sekejap”, kata Zahira lalu merebahkan dirinya di sofa empuk.
Ibunya tersenyum sahaja lalu duduk berdekatan dengan anaknya seraya berkata, “ada cerita apa hari ini? Nampak penat Zahira hari ni”.
Zahira tersenyum, “tak adalah ibu. Pindah-pindah barang ke INSTAR tu…”.
“I’m so proud of you”, ibunya menepuk pehanya.
“Thank you ibu”, Zahira hanya senyum. Ramai orang memujinya, sudah semestinya dia gembira tetapi ada juga sisinya yang terasa biasa-biasa. Zahira kembali diam.
“Kenapa macam diam je? Penat ya?”,tanya ibu Zahira.
Zahira menggeleng lalu menjawab,“penat tu tadi… Tapi sekarang dah tak. Zahira cuma terfikir je ibu… Dulu masa kecil-kecil, I really want to be like you… being a head general soldier. You do look really elegant, confident, with all the strength and power you have. People around you respect you a lot”.
Ibunya senyum dan hanya mendengar.
“I struggling a lot that time…even Zahira anak askar, Zahira tak ada peluang nak jadi macam ibu. Orang yang combat nya lagi lemah pun dapat jadi. Zahira terkilan ibu saat nama Zahira tak dipanggil. Kawan-kawan sebaya Zahira dekat situ semuanya look up on me. They say I have bigger chance of being insert because I am the daughter’s soldier and my skill… the fighting, combat… okay je. But at the end, I’m not chosen. Malu sangat ibu dengan semua kawan-kawan dekat situ. Zahira berharap sangat dapat tempat tapi tak… When you really hope something and have the opportunity more than others, but suddenly…”, mata Zahira berair. Dia agak emosi.
Ibunya memeluk Zahira dari tepi lalu berkata, “past is past my dear…”.
“I know… its just that I recalled what happen during those time… leaving a big scar on me. Sekarang sikap tak confident, rendah diri tu dah sebati. Apa yang Zahira buat dulu selalunya susah sangat nak capai. Even dalam makmal lama pun, Zahira saintis paling biasa-biasa antara mereka. Tiba-tiba dapat masuk INSTAR… really shocked me. Many people suddenly congratulate me… I do happy, but…”.
“Zahira enough…”, pujuk ibunya. Dia tahu akan perangai anaknya yang terlampau merendah diri itu. Sejak Zahira tidak dipilih menjadi askar muda, keyakinan Zahira seakan pudar. Meskipun dirinya dahulu ketua askar, dia tidak boleh sewenang-wenangnya terus melantik anaknya menjadi askar. Hawa tahu anaknya berkebolehan untuk menjadi sepertinya, jadi dia yakin saja anaknya terpilih tetapi sudah tiada rezeki dipilih dari peringkat bawah lagi.
Pasti ada sesuatu yang membuatkan anaknya tidak terplih. Dia percaya kepada askar-askar bawahannya pasti ada sebab tidak memilih anaknya. Lagipula, dia juga tidak sukakan sentimen, ibu askar, anak pun mesti askar.
Dia ingin anaknya menjadi askar kerana diri sendiri, bukan kerana ibu atau ahli keluarga lain. Lagipula, dia percaya kepada kebolehan anaknya. Jika tidak menjadi askar pun, anaknya pasti berjaya dengan cara tersendiri. Lagipula, ramai askar muda yang mati dalam hendak menempuh menjadi askar veteran sepertinya. Latihan mereka bukannya calang-calang. Latihan saja sudah mengancam nyawa. Jadi Hawa menerima saja keputusan yang dibuat dan menganggap ia salah satu cara Zahira untuk terus hidup.
Zahira memandang bawah.
“Hey… hey… Look at me”, ibunya memegang wajah anaknya. Zahira memandang ibunya.
“You are the strongest person that I have ever met my dear daughter… I’m not talking about physically strong… I’m talking about your patience. What have you faced all this time and lead you to now. All your patience leads you to here. You are now an INSTAR member, someone who are directly contribute to the country”.
Zahira mengangguk apabila mendengar kata-kata ibunya lalu memeluk ibunya erat. Matanya makin berair saat mendengar kata-kata semangat daripada ibunya. Keyakinannya meningkat.
“Setiap orang ada timeline yang berbeza Zahira. If you think that I was a great person… it was before… in the past. Now I’m already retired and being replaced with a new person. People will forget about me in no time. My title, the fame… that’s all just a passing by in my timeline of life. I don’t want you to be successful like me… I want you to success in your own way and believing. If you follow your own way of success, you will be more satisfied. You’re different from others. You're special! Your journey… apa yang Zahira lalui sebelum-sebelum ni, itulah yang membuatkan Zahira jadi seperti yang sekarang. You think you’re not good?”, kata ibunya.
Zahira tersenyum dan mengesat matanya yang berair lalu berkata, “actually I know I’m a better person right now, but it is just my low confident”.
Zahira ketawa kecil dengan jawapannya sendiri.
“Ibu please wish for me good okay”, senyum Zahira.
Puan Hawa mengusap kepala anaknya dengan senyuman, “always Zahira”.
Hati Zahira terubat.
**
Pada hari esoknya, Zahira mendapatkan pakaian kerjanya yang serba-serbi putih itu. Zahira membelek-belek pakaiannya di makmal. Tiba-tiba ada seseorang masuk ke dalam makmalnya. Dia berbaju jeans longgar, berseluar satin coklat longgar dan berhijab coklat cair.
Zahira mengerutkan matanya apabila melihat wanita itu masuk sambil membawa makanan snek yang banyak tanpa memandang kiri kanan.
“Emmm awak Mira?”, tergur Zahira.
Mira terkejut dengan memandang sekeliling lalu melihat ada seorang gadis yang memandangnya. Kemudian sneknya terjatuh dek kerana terlalu banyak.
“Eh..?”, Zahira segera membantu Mira saat melihat snek-snek banyak jatuh.
“I’m sorry for you to see all of these. Malu je”, sengih Mira sambil mengutip makanannya.
“Ohh tak adalah… Saya yang sorry sebab ganggu awak”, kata Zahira.
“Taklah… tak ada kena mengena okay”, Mira ketawa kecil.
Zahira juga senyum dan mereka berdua bangun lalu meletakkan makanan ke dalam locker makanan Mira di hujung sudut.
“Okay… thank you. I am Mira,you?”, senyum Mira sambil menghulurkan tangan.
“Saya Zahira… baru pindah sini 4 hari yang lepas”.
“Haaaa… saya pun baru siap satu projek. Jadi dapat cuti… sementara saya cuti tu awak dah habis pindah barang semua lah ya?”, tanya Mira.
“Masih tengah nak susun”, senyum Zahira.
“Ohh saya pun sebenarnya nak susun barang-barang saya hari ini. Ingatkan awak tak ada dekat dalam makmal. Sega npula awak dah tengok tempat saya yang bersepah”, kata Mira sambil menggaru belakang lehernya yang tidak gatal.
“Alahai… normal je ni. Saya pun tak kemas lagi… Jadi hari ini hari mengemas kita lah ya”, sengih Zahira.
Mira juga ketawa kecil lalu mengangguk.