Home Buku Seram/Misteri CERITA SERAM PALING PENDEK
CERITA SERAM PALING PENDEK
Resmanshah
4/1/2018 15:06:25
58,893
Kategori: Buku
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
1
2
3
4
5
5
Dalam lif kau sibuk main game online di handphone. Baru download. Tengah trending pulak game tu. Masa tu kau tengah kumpul markah yang paling tinggi berbanding semua pemain. Menjadikan kau jadi lebih leka dan teruja. 


Malam tu, kau seorang je dalam lif. Menuju ke tingkat 13. Gerak lif jadi perlahan, kau dongak ke atas. Angka 8 menyala. Kau sambung main game bila pintu lif terbuka. Dari ekor mata, kau tengok ada tiga budak melangkah masuk ke dalam lif. 


"Tingkat 11 bang." Suara budak lelaki bergema jelas di telinga kau. 


Tanpa menoleh, kau terus tekan angka 12 dan sambung main game. Sebab masa tu kau berada di kemuncak permainan. Sesekali kau tersenyum teruja. Kerana kau sedang mendahului semua pemain. 


"Bang...Boleh tolong kami tak?" Sekali lagi suara yang sama bercakap dengan kau. 


"Apa dia?" Kau membalas tanpa mahu menoleh. Dalam hati kau dah memaki sebab rasa sangat terganggu. 


"Tolong carikan mayat kami bang..." Suara tadi berkata lagi. 


"Ye bang...Kesian mak ayah kami tunggu dan cari kami setiap hari." Kali ni kedengaran pula suara perempuan. 


Kau tergamam. Degupan jantung kau jadi macam larian kuda. Pantas. Dengan sisa keberanian yang ada, kau perlahan-lahan menoleh ke belakang. 


Di situ kelihatan tiga budak sekolah rendah berdiri dalam keadaan perut mereka terbelah. Tetapi segala organ dalaman mereka sudah tidak kelihatan. Wajah anak-anak kecil itu pucat. Bibir mereka sudah kelabu. Bola mata mereka putih tanpa ada anak mata di tengah. Darah mengalir deras pada belahan perut mereka! 


"Kalau abang tak dapat tolong carikan mayat kami...Tolong jadi abang angkat kami boleh?" 

Previous: 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Resmanshah