Home Buku Islamik Tarikh Ad-Daulah
Tarikh Ad-Daulah
Sehzade Fateh
10/9/2020 20:25:58
16,575
Kategori: Buku
Genre: Islamik
Siri 4

TARIKH AD-DAULAH

SIRI 4 : Cabaran bermula 

 

Para pemuka Quraisy mula membuat kesepakatan untuk menyekat mana-mana puak yang menyebelahi orang islam akan dipulau.Dan kesepakatan itu ditulis lalu digantung di dinding Kaabah.Keadaan itu membuatkan kaum Muslimin semakin tersepit.

 

Keadaan ini berlarutan sehingga tiga tahun.Ada Riwayat mengatakan peristiwa ini berlarutan sehingga dua tahun.Dalam peristiwa ini,kaum Muslimin cuba untuk mendapatkan bekalan makanan dari kafilah-kafilah yang masuk ke Kota Mekah.

 

Lantas Abu Lahab meminta mereka untuk menaikkan harga makanan serta bekalan sehingga tak terjangkau untuk dibeli oleh kaum Muslimin.Melihat keadaan ini ada kelompok Kaum Muslimin meminta untuk berhijrah agar kesempitan ini dapat berkurang.

 

Maka,Nabi Muhammad SAW memilih Habsyah sebagai tempat pertama Hijrah.Kelompok ini dipimpin oleh Jaafar bin Abu Talib.Jumlah mereka kesemuanya seramai lapan puluh orang.Di Habsyah,pemerintah disana beragama Nasrani yang bernama An-Najashi.

 

Kedatangan Kaum Muslimin disana disambut baik oleh pemerintah disana.Khabar itu sampai ke pengetahuan pemuka Quraish.Mereka mengutus Amrus Al-As untuk berunding dengan Raja Najashi untuk membawa pulang Kaum Muslimin disana.

 

Berbekalkan emas dan hadiah diraja untuk dipersembahkan kepada Raja Najashi.Mereka berharapan agar dapat membawa kembali seteru kaum Quraish kembali ke Mekah.

 

Namun,setibanya disana.Raja Najashi enggan memberi peluang kepada Amru Al-As untuk membawa kaum Muslimin pulang.Bahkan,Raja Najashi memanggil kedua-dua belah pihak untuk berdialog dihadapannya.Maka,terjadilah debat diantara yang Haq dan Bathil dihadapan Raja.

 

TarikhAd-Daulah

Siri 4 :Cabaran bermula

Rujukan:

Al-Quran

Fiqh sirah – Sheikh Said Ramadhan Al-Buti

Bidayah wa An-Nihayah – Ibn Katsir 

Previous: Siri 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Sehzade Fateh