Home Buku Cinta Uncle Bos Mama
Uncle Bos Mama
19/3/2020 15:46:58
51,900
Kategori: Buku
Genre: Cinta
Beli Sekarang
Bab 8

Dua hari kemudian...


KETIKA sampai di depan pintu pangsapurinya malam itu, Joshua terpandang beberapa buah kotak yang tersusun di tepi dinding jiran lot hadapan. Sebelum sempat dia meneliti apakah kotak-kotak itu, si jiran yang dimaksudkan melangkah keluar bersama sebuah kotak lagi.

“Oh, hei. Josh.” Lelaki yang menegurnya sudah menjadi jirannya selama dua tahun dia tinggal di situ.

“Kenapa banyak sangat kotak, Apis?” soal Joshua sambil memuncung pada kesemua kotak yang tersusun.

“Kami nak pindah dah. Rumah kat Setia Alam dah siap, dah dapat kunci semua. Malam ni nak hantar kotak-kotak ni dulu ke sana,” balas lelaki yang dipanggil Apis itu.

“Oh? Seriously?” 

“Kami memang nak inform kau, Josh. Tapi kau sibuk sangat sebulan dua ni. Balik rumah pun dah malam. Nak kacau pun tak sampai hati. Ini pun agak tergesa-gesa sebab Hanan start sekolah baru dia minggu depan,” jelas Apis lagi.

“Yalah, nak buat macam mana, kan? Will definitely miss you, bro. You and Balkis, and little Hanan. Kalau nak aku tolong apa-apa, beritahulah.”

Apis tersenyum.

“Eh, kita orang okey. Abang si Balkis ramai, semua boleh tolong. Tapi kita orang belum dapat tenant untuk rumah ni lagi. Kalau kau kenal sesiapa yang nak menyewa ke, even kalau ada yang nak beli, beritahulah. Semi-furnished, available for six months or a year. Or two. Depends.”

Joshua ketawa mendengarnya.

“Yalah, yalah. Nanti aku war-warkanlah kat kawan-kawan kalau ada yang cari rumah,” balas Joshua.

 Dia meminta diri tidak lama kemudian, sempat menolak pelawaan Apis untuk makan malam di rumahnya. Seperti biasa, kunci dimasukkan ke dalam mangkuk kristal, tali leher dan tali pinggang dicampak di atas meja. Kaki kanan tanggalkan stoking kiri dan kaki kiri tanggalkan stoking kanan. Baring di atas sofa. Menggeliat.

“You’re home, sayang!” ujar satu suara.

Serentak itu, Joshua bangkit dari kedudukannya. Kepala ditoleh ke arah suara yang memanggilnya sebentar tadi.

Elanne sedang berdiri di belakang sofa, memakai jersi Liverpool milik Joshua yang dipadankan dengan seluar gim pendek, menonjolkan sepasang kaki yang putih melepak. Rambutnya yang panjang ditocang dua, membuatkan dia nampak jauh lebih muda daripada usianya. Gaya itu hanya membuatkan Joshua terasa lebih tua dan tidak selesa.

“When did you come back? And how did you get in?” soal Joshua.

Si teman wanita mencebik macam anak kecil.

“Instead of asking me if my flight was okay, atau sama ada I sihat, you tanya macam mana I masuk rumah? Dengan kuncilah, sayang,” balas Elanne.

Sejak bila dia berikan kunci kepada Elanne, Joshua tidak ingat. Dia cuma mahu menonton episod seterusnya siri televisyen kegemarannya di Netflix sambil makan apa sahaja hidangan yang ditawarkan di Food Panda atau GrabFood, kemudian masuk tidur. Dia cuma mahukan suasana yang sunyi dan aman. Sendirian. Kalau dia mahu berteman, sudah lama dia terima jemputan Apis untuk makan malam di rumahnya sebentar tadi.

“You kata nak balik hujung minggu. Kenapa balik awal?” soal Joshua.

Elanne segera mengambil tempat di sebelah Joshua, lantas memaut lengan lelaki itu. Kepalanya disandarkan pada bahu Joshua.

“I missed you. Lagipun, papa I bukan sakit apa pun, so macam tak ada sebab nak duduk sana lama-lama. You tahu ajelah my relatives. The more I stay, the more they keep asking me about you. Then they’ll be like, “Oh, Marion is already married…”, “Oh, Kevin just had a baby with his new wife…”, and then they will look at my mum and be like, “When is Elanne’s turn? She should be having babies by now…”. Bencilah. Baik balik sini duduk dengan you,” ujar Elanne panjang lebar.

Macamlah Joshua tidak tahu maksud tersirat di sebalik ceritanya. Tetapi dia tidak akan biarkan dirinya dijerut umpan Elanne untuk bercakap tentang topik perkahwinan, jadi Joshua capai telefon pintar yang dicampak di atas meja tadi, lalu mula menatal aplikasi Food Panda.

“I lapar. You dah makan ke?” tanya Joshua.

“Belum. I tunggu you tadi. I thought of cooking something for you, but apparently your fridge has nothing but sports drink, old eggs and protein bars.”

Joshua tergelak. Rumahnya tidak ubah seperti tempat untuk dia tidur, mandi dan tukar baju sahaja. Selama dua tahun dia tinggal di situ, rasanya dapur rumahnya hanya digunakan pada hujung minggu. Itu pun untuk merebus telur. 

“Nak makan sini ke atau nak keluar?” soal Joshua lagi.

“Sini. I don’t want to have to change clothes again.”

“You still have to change clothes when you go back. I am not letting you take my favourite jersey home.” Joshua memuncung pada jersi yang dipakai gadis itu.

“Itu cerita esoklah, sayang. Malam ni I tak nak tukar baju.” 

Joshua berhenti menatal senarai restoran di telefon pintarnya. Dia menoleh ke arah Elanne. 

“What? You nak tidur sini?”

“Dah malamlah, sayang. I think we should take this relationship to the next level. What do you think?”

Dia tidak mahu tahu apa yang Elanne rancangkan malam itu.

“I’m too tired. I have to get up early tomorrow for a meeting,” ujar Joshua.

Elanne mengeluh panjang. Bibirnya dicebik lagi bagaikan anak kecil yang tidak dapat anak patung yang dikehendaki.

“Jadi apa? You nak I balik rumah malam ni jugak? You nak I balik sekarang?” Elanne bersilang tangan. Dia merenung wajah lelaki itu dengan ekspresi mengugut.

“I didn’t say that. You can stay if you want. It’s just… whatever else you’re thinking, I am not up for it tonight,” ujar Joshua. Dia sudah pun berkira-kira hendak tidur di atas sofa.

“Okey, esoklah kalau macam tu. I akan tunggu kat sini. I don’t have to go to work. I took a week off to go to Sarawak anyway, so I have a lot of time between now until Monday. I’ll go buy some groceries dan masak dinner supaya you tak payah makan fast food lagi.”

Elanne kembali memaut lengan Joshua.

“Tomorrow.” Joshua bersetuju.

Dia harus fikirkan masalah itu esok. Dia terlalu lapar dan letih mahu memikirkan alasan seterusnya malam itu.


Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.