Lidahnya Bisa, Aku yang Bersalah
Katanya manis di hadapan,
tapi lidahnya tajam di belakang,
menabur racun dalam senyuman,
menusuk halus tanpa belas kasihan.
Aku diam, aku bersabar,
menelan pedih dalam senyap,
tapi bila aku bersuara,
tiba-tiba akulah si pendosa.
Dia menyuluh diri dalam cahaya,
menjadi mangsa dalam cerita sendiri,
sedang aku yang luka,
dilukisnya sebagai pemangsa.
Mulutnya puaka,
tetapi tangisnya penuh lakonan,
dan aku?
Hanya watak jahat dalam skrip yang diciptanya.
Biar, aku tahu kebenaran,
dan waktu akan menjadi saksi,
kerana topeng tidak kekal selamanya,
dan lakonan pasti akan terbongkar sendiri.