* Puisiku ini terpilih sebagai salah 1 puisi di antologi kemanusiaan bersama puisi2 para pemuisi lain (No. 35) :
https://m.facebook.com/groups/492160668211024/permalink/1473211870105894/?sfnsn=mo&ref=share&mibextid=6aamW6
-an ~
Ada manusia yang hilang sifat kemanusiaan.
Kelar 🔪 leher orang, macam haiwan korban...
yang disembelih. Mengalahkan haiwan,
tidak berakal. Macam kera 🐒 kena belacan,
mangsa gelisah. Malang empunya badan.
Kulit yang ditoreh lalu diambil pula organ.
Tidak pernah berasa simpati iaitu kesian.
Tidak rasa kesal atas kesalahan dilakukan.
Tidak fikirkan tentang akibat, iaitu kesan.
Tidak ingat bahawa diri akan pakai kafan.
Tidak langsung berasa takut kepada Tuhan.
Semua akan dibalas walau sekecil kuman.🦠
Jadi, jangan kurang ajar. Mesti bersopan.
Jangan berdendam. Jangan panas baran.
Jangan termakan kata-kata sang syaitan.😈
Jangan lupa pada asal-usul dan tujuan...
hidup. Tiada guna wang, harta berkoyan-💰
koyan, jika tidak solat bila dengar azan.
© Nuansa Embun