Nuansa Embun 💧 ~ (Akrostik Namaku)
Nuansa. Perbezaan sedikit pada perasaan.
Usai balik dari kerja, sudah jadi kebiasaan.
Rasa penat, letih. Sakit. Sifat sabar dilatih.
Usia ku hampir 30 tahun. Sendiri. Sepi.
Lentok kepala. Tidur 😴 ditemani mimpi.
Igauan buruk, janganlah jadi kenyataan.
Fikiran ku menerawang. Harap keadaan...
fizikal ku, mental ku, hati ku, jiwa ku baik.
Aku jatuh ke bawah dan akan mulai naik.
Embun 💧 menitis. Pepohon berbuah. 🌴
Malang tak berbau. Begitu juga tuah.
Ingin ku berjaya dan bahagia di dalam...
rahmat Allah. Berenang. 🏊 Tidak tenggelam.
Aku mahu rasa tenang. Bukannya gelisah.
Harungi kehidupan masa senang dan susah.
© Nuansa Embun