Home Alternatif Umum JENAKA INDUKSI
JENAKA INDUKSI
InderaPutera AZRi
28/4/2017 21:09:01
41,871
Kategori: Alternatif
Genre: Umum
JENAKA4
JENAKA 4 : SEPERTI KERA MENDAPAT BUNGA


Pelajar tidak teruja untuk mengikuti topik pembiakan tumbuhan berbanding pembaiakan manusia yang sedia ada tarikan tersendiri. Bersyukurlah kelas sebelum ini adalah kelas Bahasa Melayu. Masih tercatat di papan putih kelas berkongsi peribahasa Melayu - " seperti kera mendapat bunga".


Semasa perjalanan ke Makmal Sains seperti biasa pelajar telah diminta membawa beberapa kuntum bunga yang dipetik di persekitaran sekolah atau di bawa dari rumah. Beberapa pelajar sedang mencarik-carik bunga yang ada di meja makmal. Teguran diberi lalu disambut oleh beberapa pelajar lain dengan niat mengajuk Mamat yang mencarik-carik bunga.


"Seperti kera mendapat bungalah kamu ni Mamat", tegur rakannya sambil merujuk kepada erti peribahasa dalam kelas Bahasa Melayu tadi. Akibat ejekan antara rakan-rakan suasana kelas agak tegang, tambahan pula kumpulan Mamat tadi adalah kumpulan yang agak aktif biarpun pencapaian agak sederhana.


Cikgu Rie melangkah di antara kelompok pelajar tersebut, sambil menunjukkan beberapa jambak bunga lalu berkata " betullah seperti kera mendapat bunga", pelajar lain seolah-olah gembira terasa seakan cikgu Rie menyokong ejakannya kepada kumpulan Mamat. 


"tapi.... sebenarnya kera itu sedang menjalankan kajian saintifik ke atas bunga" , sambung cikgu Rie. Semua pelajar terkejut dan ada yang tertanya-tanya. " Ye ke.....betul ke cikgu...."


"Bunga tersebut perlu dipotong, dicerai dan dicarik teliti untuk melihat organ pembiakan dalam tumbuhan", sambil menunjukkan slaid teknik 'menbedah' bunga untuk memahami organ pembiakan dalam tumbuhan.

Pembelajaran hari ini berjalan dengan lancar dan penuh rancak sekali. Syukurlah manipulasi elemen merentas kurikulum dari Bahasa Melayu - peribahasa 'seperti kera mendapat bunga' menceriakan suasana.


"Terima kasih cikgu...." ucapan pengakhiran kelas hari ini. "Tapi cikgu..... kita bukanlah kera hari ini kita ni saintis mengkaji bunga" sapa Mamat semasa keluar dari makmal. Cikgu Rie tersenyum puas kerana tahu mereka semua telah belajar sesuatu hari ini.







Previous: JENAKA3
Next: JENAKA5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.