Petang itu aku lihat dia.
Dia yang sedang berdiri di atas hujung tangga sambil memandang aku yang sedang berjalan menaiki tangga.
Pandangan kami bertemu.
Dunia yang bingit menjadi sepi.
Petang itu telah berlalu.
Empat tahun yang berdetik meninggalkan aku.
Titik permulaan rangkaian ingatan yang menakutkan.
Menemani mimpi malamku.
Mimpi yang menyimpan rasa cinta penuh ketakutan.
Cinta yang meminta untuk diselamatkan.
Sebal sungguh sebuah harapan itu.
Adakah harapan lahir untuk dipatahkan?
Mimpi malamku yang wujud dirimu.
Kau adalah pelindungku.
Sakit bukan? Tatkala mimpi menipu diriku.
Sedangkan aku tahu, realitinya kau lah yang membunuhku.
Mimpi manis itu pembunuh tidur malamku.
Dan sungguh, aku hanya ingin bernafas tanpa kamu.
>>Based on memories of Aeju<<