Home Alternatif Fantasi Alamria
Alamria
Iqbal Rafiuddin
12/7/2018 19:59:17
43,204
Kategori: Alternatif
Genre: Fantasi
Bab 6

Aku ketawa berdekah-dekah dalam bilik tu. Rasa bersyukur sebab terselamat daripada kena belasah dengan mamat bertopeng putih separuh ni. Lord Jibin dan lain-lain semua terkejut dengan dekahan aku dengan Lica-Lica sekali berkerut.

"Lord Jibin, hari ni hari terakhir kau jadi Lord dalam istana ni. Tu la, aku dah bagi amaran tadi." kata aku. Lord Jibin tak mengendahkan aku, dia mengajak Jo dan Jamim ikut dia dan meninggalkan Ji bersama kami. Cis ingatkan dah terlepas dari diorang ni. Sekarang tinggal Ji sahaja.

"Ngaw. Kau lari Kid. Biar aku lawan mati-matian" Lica menyuruh aku. Aku lihat Lica, sudah luka teruk, sudah la berlawan dengan anjing neraka tadi, lepas tu berlawan dengan pasangan JoJi lagi. Aku rasa bersalah pulak aku tak mampu nak tolong apa-apa.

Ji tersenyum sinis. Perli la tu. "Tak apa, biar aku main-main dulu dengan kau. Bosan pula kalau cepat sangat habiskan kau nih." Dia membetulkan bahu, meletup-letupkan jari cari tanda dia bersedia untuk membelasah kami.

"Lica kau percayakan aku tak?"

"Kau nak buat apa ngaw?" Lica kerut dahi.

"Aku nak lari."

Lica terkejut dengan jawapan aku, kemudian barulah dia ketawa. Dia angguk kepala. "Jaga diri kau Kid. Tak sepatutnya kau terlibat dengan masalah kami."

Maafkan aku Lica, tapi aku ni tak berguna. Aku kesat mata dan hidung. Terus aku tinggalkan Lica. Maafkan aku. Maafkan aku. Aku lari keluar. Aku dengar Ji ketawa.

"Kawan kau pun tahu nak hidup. Dia tinggalkan kau sorang-sorang kat sini." Ji ketawa terbahak-bahak. Sebenarnya aku tak lari. Aku hanya perhati dari luar senyap-senyap. Aku kena buat sesuatu. Aku dah terpikir sesuatu dah tadi. Kalau dugaan aku betul, Lica akan dapat lawan Ji dengan magiknya. Masalahnya, aku kena mendekati lelaki tu tanpa orang tu tahu. Jantung rasa berdebar. Aku tak boleh lambat-lambat. Nyawa Lica dalam bahaya.

Fikir Akid. Fikir!

Kau boleh. Argh. Tak boleh! Boleh!! Tak! Apa punya perasaan la aku ni. Lica tu sedikit punya berani lawan Ji tanpa magik. Aku ni? Lembik macam semua orang cakapkan.

Lica dihentam bertubi-tubi oleh Ji. Dia mengerang sakit. Ji sudah membelakangkan badannya dari pintu masuk. Ini masanya. Aku cepat-cepat berlari ke arah Ji.

Pap!

Ah. Dengan tiba-tiba aku kena cekik dengan Ji. Err macam mana dia sedar aku ada kat belakang dia ni plak? Ji toleh kepalanya melihat aku. Giginya dirapatkan. Matanya merah. Tangannya makin kuat mencengkam leher aku. Badan aku diangkat tinggi. Sakit! Sakit!!

"Aku benci orang serang dari belakang aku. Pengecut!" marah Ji.

Walaupun takut, tapi aku ketawa. Ya aku ketawa. Kahkahkah game over Ji.

Aku angkat sebelah tangan aku. Gelang merahnya ada pada aku. Ji terkejut melihatnya.

"Macam mana kau??" muka sangat terkejut.

Aku campak gelang merah itu kearah Lica. "Lica sarung gelang tu pada tangan kau!! Kau akan dapat guna magik kau balik!!!!"

Lica sarung gelang merah pada pergelangan tangannya.

BUshhh!!!

Angin kuat muncul sekitar Lica. Mata Lica bertukar menjadi biru bersinar-sinar. Kedua pisaunya juga bercahaya biru. Ji lepaskan aku. Dia nak lari. Selaju kilat Lica terbang kearah Ji.

Zap! Zap! Zap!

Aku tak nampak apa-apa. Cumanya kelihatan badan Ji ke sana ke mari sambil nampak kilasan pisau mengenai tubuh Ji. Dia menjerit-jerit sakit.

Wuaargghh.

Serangan terakhir Lica mengenai Ji. Ji terus jatuh tersungkur sambil berasap seluruh tubuhnya. Lica tergolek di atas lantai. Dia senyum. Aku lari mendapatkan Lica. "Kid sekali lagi, kau dah tolong aku." perlahan-lahan matanya tertutup.

<><><>

Setelah aku pastikan Lica berada ke tempat selamat terus aku pergi ke hall. Di sinilah tempat Kak Merah berlawan. Aku lihat ramai pasukan penentang, dan pengawal telah terbaring di atas lantai. Hanya Kak Merah saja masih berdiri dengan keadaan tercungap-cungap. Tangannya erat pegang keris besar miliknya. Jo dan Jamim pun kelihatan sangat letih. Lord Jibin perhati dari singgah sana miliknya.

"Senjata apa tu? Kenapa senjata tu dapat mengeluar kan magik? Sedangkan sepatutnya magik tak berfungsi dalam ni." tanya Lord Jibin.

"Tak tahu la Lord. Tapi bayangkan kalau dia dapat gunakan magiknya dalam ni. Memang macam tak ada peluang kita." kata Jamim sambil lidahnya yang panjang terkeluar. Macam ular pun ada..

"Jangan risau. Kelihatan senjata tu makan stamina dia dengan banyak. Kita akan menang." ujar Jo.

Kak Merah masih lagi tercungap letih. Dia angkat kerisnya lalu dia terus melibas dari jauh. Satu aura angin yang besar keluar, tanah-tanah menjadi retak. Angin itu meluru ke arah Jamim dan Jo. Jamim merapatkan kedua tapak tangannya.

Sejenis dinding lutsinar muncul. Angin libasan Kak Merah mengenainya lalu menghasilkan letupan yang kuat. Seluruh tempat penuh berasap. Hampir tak nampak apa. Kelihatan batuan besar-besar dari atas terapung lalu menuju ke tempat Kak Merah berada.

BUM!!! BUM!!!

Bertubi-tubi batuan itu jatuh ke arah Kak Merah. Akak! Harap akak dapat bertahan. Asap sudah menipis. Kelihatan Kak Merah masih gagah berdiri walaupun sudah berdarah-darah. Aku melepaskan nafas berasa lega. Aku kena tolong ni. Mesti ada sesuatu yang menyebabkan seluruh tempat ni mematikan magik. Mesti ada tempat mengawalnya. Aku segera berlari keluar dari kawasan tersebut. Berlari-lari dalam istana. Dari bilik ke bilik. Dari ruang ke ruang aku cari. Aku kena segera. Kalau tak, Kak Merah akan kalah. Nasib bandar ni dah la bergantung padanya.

Akhirnya aku berhenti di hadapan sebuah pintu yang amat pelik sekali. Terdapat satu tulisan merah bersinar dan bertukar-tukar abjad pada pintu itu. Ini magik apa ni? Canggih plak aku tengok. Aku cuba buka pintu tu, tapi nampaknya macam tak boleh. Bagaimana aku nak masuk ke dalam ni?

"Kid kau cari apa sebenarnyaw?" aku ditegur dari belakang. Suaranya milik Lica. Aku berpaling ke arah Lica.

"Lica?"

"Aku kejar kau dari belakang tadi. Kau nampak tergesa-gesaw."

"Aku carik benda yang dapat mematikan kesan yang batalkan semua magik. Aku yakin ia berada dalam bilik ni."

Lica perhatikan pintu bilik tersebut. Macam aku, dia pun kelihatan kagum. "Aku tak pernah tengok sesuatu yang macam ni. Agaknya ini dipanggil magik ke? Aku boleh baca tulisannya. Ia bahasa orang Onoang. Ngaw."

Onoang? Itu salah satu suku kaum manusia. Mereka merupakan kaum bangsawan yang tinggal di Bandar Kapital Diraja. Bahasa Onoang bukan saja hanya untuk kaum Onoang sahaja tapi ia juga ditutur oleh para aristokrat pelbagai kaum di sana. Menjadikan bahasa ini seolah-olah lebih special dari kebanyakan bahasa di Alamria.

"Kau mahir Onoang?" agak menghairankan aku Lica memahaminya. Sebabnya bahasa ni sepatutnya tak diajar kepada orang kebiasaan. Ini bahasa tertutup.

Lica angguk sahaja kepala.

"Apa yang ditulis pada pintu ini ialah hanya arahan. Letakkan gelang merah pada panel.." Lica meraba pintu tersebut, selepas jumpa garisan lubang sebesar gelang, terus Lica melekapkan gelang merah keatasnya. Pintu itu terbuka.

"Jom! Cepat Lica." aku masuk ke dalam bilik dengan tak sabar. Aku tak bazirkan lebih banyak masa. Setiap saat ibaratkan terlalu berharga. Nyawa Kak Merah benar-benar bergantung padanya.

Apabila masuk. Aku dan Lica sekali lagi terkejut. Aku lihat sejenis papan kaca memaparkan tulisan-tulisan. Terdapat tulisan Onoang diatasnya dan kaca itu mengeluarkan cahaya yang agak jelas untuk memudahkan orang membaca. Terdapat banyak juga punat. Ia alat yang penuh dengan tali bersambung-sambung.

"Lica apa agaknya ni ye?"

"Macam mesin. Ngaw." jawab Lica.

Aku tak kisah la. Aku terus menendang semua alat tersebut. Ia meletup-letup mengeluarkan cahaya dan api.

"Jaga-jaga ia mengeluarkan eletrik. Ngaw" nasihat Lica.

Akhirnya seluruh benda dalam bilik ini musnah kami kerjakan. Aku harapkan rancangan kami berjaya. Kemudian aku berlari kembali ke hall, diikuti Lica dari belakang. Bila aku sampai. Aku lihat Kak Merah sudah menang keatas Jamim dan Jo. Kedua mereka sudah terbaring ke atas lantai.

"Kak!" Jerit aku.

Kak Merah melihat aku. "Akid!" Gembira dia tengok aku.

Lord Jibin juga melihat aku. "Kau lah yang buat semua ni?"

Aku ketawa. "Aku dah musnah kan bilik pelik kau tuh. Sekarang Kak Merah pun dah dapat gunakan magik dia. Kau takkan menang Lord Jibin!"

Pasukan penentang yang bertarung di luar beramai-ramai masuk ke dalam hall. Nampaknya mereka menang melawan pengawal Lord Jibin. Lord Jibin pucat.

"Menyerah kalah Lord Jibin. Kau dah tumpas hari ini. Lepaskan Joko." ujar salah seorang dari ramai-ramai itu.

Lord Jibin ketawa. Emosinya tiba-tiba berubah. Semua menjadi hairan. Mungkin sebab dia tak dapat terima takdirnya kalah pada hari ini. Perut boroinya bergegar bila ketawa.  Ish menyampahnya.

"Korang mungkin menang pada hari ini. Tapi ia tak lama, sebabnya pada masa akan datang, akan muncul satu gerombolan dari hujung dunia, jauh di laut sana, datang ke Alamria menyapu bersih semua permukaan bumi, semua bangsa di sini ini dan yang tinggal akan terus melutut dibawah panji Gargantua!"

Semua orang kelihatan tidak faham apa yang diperkatakan oleh Lord Jibin.

"Assemble!!!" Lord Jibin mendepangkan dada. "Magikatronik Roboto!!" Muncul entah dari mana besi-besi besar bentuknya seperti anggota badan ia terus terbang dan bercantum dengan Lord Jobin menjadikan seolah-olah dia memakai pakaian besi yang amat besar. Kini kelihatan Lord Jibin seperti makhluk golem yang terbina dari besi. Cahaya merah muncul dari mulut dan matanya.

Kak Merah bersedia dengan posisi hendak bertarung, yang lain-lain juga begitu. "Apa benda nih?" tanya Kak Merah kelihatan pelik dengan pakaian besi Lord Jibin.

Lord Jibin menembak sejenis cahaya merah dari matanya. Kak Merah melompat, yang terkena mereka menjerit kepanasan. Kelihatan Kak Merah sangat keletihan. Mungkin staminanya sudah hampir habis. Dia menyerang dengan kerisnya.

Kang! Kang!

Besi pada Lord Jibin kelihatan utuh. Sedikit pun tidak tercalar. Tangan Lord Jibin mengeluarkan cahaya lalu menembak ke arah Kak Merah. Kali ini ia mengenai Kak Merah. Kak Merah tercampak jauh dan mengerang sakit.

Bola-bola api muncul dan terus meluru ke arah Lord Jibin. Ia meletup namun sedikit pun tak nampak macam memberi kesan.

"Kahkahkahkah. Ini kah Merah yang mereka katakan kuat sangat tuh?" kutuk Lord Jibin dengan suara peliknya yang dikeluarkan dari pakaian besinya itu.

Lord Jibin silap, kalau stamina Kak Merah masih ada. Dah tentu dia takkan berpeluang nak hidup bila berdepan dengan akak. Sekarang ni boleh la dia berbangga.

"Mari tolong Merah."

Pasukan penentang mula menyerang Lord Jibin. Ada mengeluarkan bola cahaya seperti magik Dororan, ada yang mengapungkan pedang dan menyerang ke arah Lord Jibin. Lord Jibin ketawa. Semua serangan mereka langsung tak bagi kesan. Lord Jibin melompat kearah mereka, dengan hanya menggunakan tangannya sahaja, dia mampu mencampak semua yang ada di situ.

Lica yang berada di sebelah aku ingin menyertai tapi aku halang dirinya. "Nanti stamina kau pun dah habis. Kau hanya akan menyusahkan diorang."

Lica terus tidak jadi. Dia gigit bibirnya. Aku faham perasaan tu Lica. Aku pun nak tolong, tapi tengoklah. Tak ada siapa yang boleh lawan. Diorang takda peluang nak menang. Benda yang dipakai Lord Jibin tu macam sesuatu yang bukan dari dunia ni.

"Korang macam semut! Sedikit pun aku tak rasa sakit." Lord Jibin terus ketawa.

Kak Merah bangun dari terbaring di atas lantai. Dia menyentuh kerisnya lalu kerisnya bertukar menjadi merah menyala. Tak lama kemudian, muncul api disekeliling keris tersebut. Aku menganga. Wuah.

"Aaaaaarrggh." Kak Merah berlari dengan laju ke arah Lord Jibin. Lord Jibin menembak dengan cahaya merah yang keluar dari mata, mulut dan tapak tangannya. Kak Merah mengelak sambil berlari. Letupan demi letupan berlaku. Kak Merah semakin mendekati bila dah dekat dia melompat dan terus melibas. Ia mengenai tangan Lord Jibin dan terputus.

"Arghh! Arghh!!" Lord Jibin menjerit.

Satu bebola api keluar dari sebelah tangan Kak Merah lalu ia menembak ke arah kawasan yang kehilangan tangan secara bertubi-tubi. Lord Jibin akhirnya jatuh melutut. Kak Merah berjalan lalu dia mencabut kepala besi Lord Jibin. Kepala besi itu dicampak ke atas lantai. Keris dihunus kepada Lord Jibin.

"Menyerah."

"Tak!!" Badan besi Lord Jibin tiba-tiba menyala. Kak Merah melompat jauh secara cepat-cepat.

Bam!!!!!!

Letupan kuat berlaku. Seluruh istana bergegar. Lord Jibin dah meletupkan dirinya. Kak Merah hanya berdiri sahaja memerhatikan tubuh besi Lord Jibin yang hancur itu. Pasukan penentang melihat Lord Jibin dikalahkan mereka bersorak riang. Akhirnya pemerintahan Lord Jibin telah ditumpaskan. Lica peluk aku dengan tiba-tiba, nampaknya dia pun sangat gembira dengan kejayaan ini. Aku pun, sebab Lica peluk. Hehe.

<><><><>

Di dalam dungeon, aku sempat perhatikan tempat Rancho dikurung. Tetapi nampaknya Rancho sudah hilang. Agaknya siapalah yang melepaskan Rancho ni? Misteri betul lelaki ni. Abang Joko juga akhirnya dibebaskan. Dia daripada tadi hanya mampu menangis. Tubuhnya kelihatan sangat lemah sekali. Aku harap dia kembali kuat dan boleh memimpin bandar Gaia dengan jayanya.

"Terima kasih Merah dan Akid tanpa kamu berdua mungkin kejayaan ini tak dapat dicapai." ungkap Bang Joko diatas katilnya. Tubuhnya berbalut-balut. Aku tersenyum gembira, bangga sebab aku menyumbangkan sesuatu. Seumur hidup aku tak pernah orang hargai aku sampai macam ni.

"Semua sebab Akid jugak. Kalau tak dia kena tangkap saya mungkin tak tolong korang." ujar Kak Merah. Ya, Kak Merah jadi Kak Merah. Dia cakap je apa yang ada dalam kepalanya tanpa selindung-selindung. Bang Joko ketawa. Kami kemudiannya meminta izin untuk keluar dari bilik itu. Taknak ganggu Bang Joko dari berehat.

Aku tengok muka Kak Merah. "Kak, nampak cam dah okey sikit muka tuh."

Kak Merah sentuh mukanya. "Aku guna petua orang kampung kita. Katanya letak serbuk soda. Mudah ngan murah je. Tak payah potion-potion mahal semua tuh."

Aku ketawa. Diluar istana Lica sudah menunggu kami.

"Lica. Nampaknya hari ini kami dah berangkat pergi." ucap aku. sedih pula nak ucapkan perpisahan dengan Lica.

"Korang berangkat ke selatan kan? Aku nak ikut." kata Lica.

"Apa? Jap? Aku tak mampu nak tanggung dua orang budak kecik sekaligus." Kak Merah jadi cemas.

"Ngaw!!! Aku bukan budak kecik! Lagipun aku tak mintak korang tanggung akuw." Lica mencampakkan uncang poki pada aku. Aku buka. Wah banyaknya.

"Aku bagi balik poki kau. Dengan tambahan 30 abing. Ngaw"

Setiap 100 poki bersamaan 1 abing. Maknanya kaya lah aku.

"Aku punya mana? " nampaknya Kak Merah pun mahukan ganjarannya jugak. Lica senyum dia mencampakkan uncang pada Kak Merah. Kak Merah menyambut.

"50 abing."

"Woi mana aci." kata aku.

"Bayaran bawa aku ke selatan. Ngaw"

"Kemana?" Tanya aku.

"Kapital Diraja."

Aku dan Kak Merah agak terkejut dengan jawapan Lica. Itu adalah bandar pusat Alamria. Bandar paling besar sekali. Jelas sekali disitula tempat takhtanya Sultan Alam Shah. Raja paling berkuasa yang memerintah seluruh Alamria.

"Kami cadang situ merupakan lokasi terakhir sekali kami ingin pergi. Kau tak kisah?" tanya Kak Merah. Aku angguk kepala. Ya, kitorang ada misi. Misi mencari baetylus, mencari bapak mak aku. Misi untuk mendapatkan maklumat mengenai Voice Overhaul.

Lica angguk kepalanya bersetuju. "Kalau macam tu terpaksalah saya ikut korang mengembara seluruh Alamria ya? Bunyi macam menarik. Ngaww"

Aku senyum lebar. Akhirnya team kami bertambah sorang. Aku gembira bila Lica ada bersama.

"Baiklah, pengembaraan bermula!!" Aku lompat seronok.

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Iqbal Rafiuddin