ALBUM gambar atas ribaan diselak. Sehelai demi sehelai. Sesekali senyuman terpamer di wajah. Tercuit lihat aksinya bersama Wafri kala bergambar. Ada saja gaya pelik terhasil dari rakannya itu
Sedekad lebih dah berlalu. Tapi segala kenangan tak pernah luput ditelan waktu. Tersimpan utuh dalam memori bersama segunung rindu. Kalau boleh diputar kembali, ingin saja dia terbang ke masa lalu.
"Wafri, wafri. Lo masih nggak berubah. Tetap sama kayak dulu."
Helaian album diselak lagi. Kali ini matanya terhenti pada sekeping gambar. Gambar dia bersama Wafri dan Aleeya ketika bermain ski di Saint Moritz, Switzerland.
Melihat dua wajah itu, bibir Aryan sekali lagi tersenyum.
Tak sangka. Dulu bukan main bergaduh. Pantang jumpa mesti perang mulut. Ada saja benda dibalahkan. Tapi sekarang, masing-masing dah tangkap cintan.
"Rasain kalian. Udahku bilang jangan terus berantem. Nanti pasti lagi pacaran. Nah sekarang... masin mulut aku, bukan?"
"Aku pun tak sangka sebenarnya, Ryan. Macam mana entah aku boleh tersangkut dengan si Leeya ni."
"Itu namanya berjodoh. Lo juga yang bilang tadi!"
"Tulah. Mungkin sebab kita orang dah selalu jumpa kut. Sejak zaman universiti dulu tak pernah berpisah. Buat praktikal sama-sama. Dapat kerja pun tempat yang sama. Hari-hari aku tengok dia, dia tengok aku."
"Amboi! Bunyi macam bosan aje tu!" Aleeya mencelah.
"Kalau bosan dah lama saya cari orang lain, Cik Aleeya."
"Hmm. Yelah tu. Ke memang dah pasang niat?"
"Nak ke?"
"Kalau orang dah tak sudi, nak buat macam mana lagi. Kan, Ryan?"
"Kalian berdua ni emang nggak pernah berubah, ya. Asik berantem kayak dulu."
"Yang suka cari gaduh tu dia, Ryan. Not me. Sejak dulu pun!" tingkah Aleeya.
"Eh! Saya pulak yang kena."
"Udahlah. Nggak usah berantem mulu. Terus-terang, aku suka kok lihat kalian lagi pacaran. Nanti lansung nikahan. Terus punya anak. Cumanya ya aku hairan, sih. Ngapain lo nggak pernah cerita ke aku selama kita berhubung, Ri? Atau emang lo nggak mau aku tau?"
"Eh! Bukan macam tu. Cuma aku segan. Sah-sah nanti kau ketawakan kita orang."
"Kok gitu? Kalian kan sahabat aku. Kenapa sih aku harus berbuat begitu?"
"Yelah. Kita orang kan dari dulu suka gaduh. Pantang jumpa, mesti nak bertekak. Tiba-tiba sekarang bercinta pulak. Tak ke pelik? Rasanya kalau aku bagitahu, sah-sah ketawa kau yang aku dengar dulu!"
"Ya, nggaklah. Masakan aku ingin ketawa. Asal kalian tau... aku lagi bahagia melihat kalian berdua turut bahagia," ujar Aryan. Minumannya disedut. Basahkan tekak yang kering. "Udah berapa lama kalian pacaran?"
"Nak masuk dua tahun," jawab Wafri.
"Kapan mau lansung?"
"Apa yang lansung?"
"Nikahnya."
"Dalam perancangan, insya-ALLAH. Sampai masa nanti kita orang akan bagitahu."
"Jangan tunggu lama-lama, Ri. Nanti Leeya dikebas sama cowok lain."
"Dengar tu, Doktor Wafri."
"Eleh. Saya tahu awak pun takkan cari orang lain, Doktor Leeya."
"Kenapa pulak?"
"Sebab tak ada orang yang tahan dengan bebelan awak macam saya."
"Isk! Awak ni, kan!" Dan-dan itu Aleeya capai beg tangan. Lengan Wafri jadi sasaran dia melepas geram. "Haa... kan dah kena. Cakap macam tu lagi!"
"Uish! Garang jugak si Leeya ni, Ryan. First time ni dia macam ni!"
"Makanya, lo harus jagain dia betul-betul."
"Kau pun, Aryan!" sambung Aleeya lagi
"Loh! Ngapain sama aku?"
"Yelah. Kau tu pun, bila lagi? Sampai bila nak perap hati kau tu? Ingat... kita ni makin tua. Bukan terus muda. Yang dah berlalu tu, biarkan jelah. Masa depan kau sekarang yang kau kena pandang!"
Aryan tersentak. Entah dah berapa lama dia mengelamun di bangku taman mini rumah. Imbas perbualan bersama Wafri dan Aleeya di kafe beberapa hari sudah.
Album gambar di ribaan ditutup semula.
Dia sendiri tak tahu sampai bila hatinya akan terbuka. Mungkin sampai dia jumpa seseorang yang mampu isi kekosongan itu semula.
"ARYAN. Kamu dari mana?" sapa Ibu Dian saat melihat anak bujangnya menapak masuk ke dalam banglo.
"Lagi dari taman. Ambil angin malem bentar."
"Loh! Mama pikir kamu udah tidur."
"Belum, dong. Waktunya juga masih awal." Aryan ambil tempat di sofa. Bertentangan orang tuanya. Niat untuk naik ke atas lansung terbatal. "Mama sama baba kok belum tidur?"
"Lagi nonton TV. Dramanya bagus sekali," jawab Ibu Dian. Mata tetap setia ke depan.
"Mama kamu ini emang kayak gini, Aryan. Tiap malem pasti disuruhin baba temenin dia nonton sampai habis ceritanya."
"Nggak apa-apa kan, mas. Lagi pula, ini aja waktu yang mas punya buat mama. Siang mas lagi sibuk di kantor. Iya, kan?"
Pak Aryawan sekadar lempar senyum buat isterinya.
"Nggak apa-apa, kok. Setelah ini baba bakal punya waktu yang lebih buat mama."
Serentak suami isteri itu pandang Aryan.
"Maksud kamu apa?" tanya Ibu Dian.
"Iya. Apa maksud kamu, Aryan?" Pak Aryawan turut penasaran.
"Maksud Aryan sih... setelah ini baba bakal habisin banyak waktunya buat mama. Kerna akan ada orang yang bantuin kerja-kerjanya baba di kantor."
"Siapa? Siapa yang akan bantuin baba di kantor?"
"Ya Aryanlah, ma. Siapa lagi."
"Kamu serius, Aryan?"
"Kenapa? Baba pikir Aryan lagi bercanda?"
"Kok tiba-tiba?"
"Ya, mungkin kerna waktunya udah sampei."
Pak Aryawan tergamam. Wajah isteri di sebelah dipandang. Begitu juga Ibu Dian. Beberapa ketika, lelaki itu kalih semula pada Aryan.
"Jadi benar apa yang mama bilang, kamu mau pulang terus?"
"Benar."
"Kamu nggak mau mengembara lagi?"
Bibir Aryan tersungging. "Nggak buat waktu ini. Aryan udah puas keliling dunia. Udak capek. Jadi sekarang lagi mau istirehat. Terus bantuin baba urusin perusahaan kita. Mungkin 10 tahun ke depan baru nyambung kembali."
Serentak itu tawa Ibu Dian pecah.
"Loh! Mama kok ketawa?"
"10 tahun ke depan? Mau nyambung kembali? Waktu itu kamu udah punya anak barangkali. Gimana mau nyambung, sih?"
"Ya, itu juga cuma rencana Aryan doang. Selebihnya, ALLAH yang udah tetapkan. Apapun yang bakalin terjadi, Aryan terima apa adanya."
"Kamu lagi sedih?"
"Nggaklah, ma. Aryan baik-baik aja."
Ibu Dian pandang wajah anaknya. Walau mulut kata begitu tapi raut mukanya nyata berbeza. Lantas wanita itu bangun. Ruang kosong di sisi Aryan diambilnya.
"Udahlah, sayang. Usah diingatin terus hal yang telah terjadi. Yang udah tu, ya udah. Semuanya udah suratan. Yang bakalin datang itu yang kamu harus mikirkan.
Insya-ALLAH, mama yakin ALLAH udah aturin yang selayaknya buat kamu di depan sana. Tetap semangat, ya. Baba sama mama akan doain yang terbaik buat kamu senantiasa," tutur Ibu Dian lembut. Tangan anaknya turut digenggam erat. Beri secebis semangat.
"Makasih, ma."
"Udah, dong. Nggak usah sedih-sedih terus!" Pak Aryawan cuba reda suasana. "Kira-kira kapan kamu mau masuk ke kantornya?"
"Dalam seminggu dua. Setelah Aryan benar-benar pulih."
"Keadaan kamu gimana sekarang?"
"Alhamdulillah, ba. Semakin sembuh."
"Ya udah. Kalau kamu udah betul-betul bersedia nanti, bilang aja sama baba. Nanti baba siapin kamar pejabatnya."
Aryan mengangguk faham. "Baba, mama. Aryan mau naik ke kamar dulu. Matanya udah ngantuk. Mama sama baba belum mau tidur?"
"Bentar lagi kami nyusul. Mahu habisin nonton ceritanya," balas Ibu Dian.
"Ya kalau gitu Aryan naik duluan, ya. Selamat malem."
"Selamat malem. Jangan lupa dimakan obatnya, Ryan!"
Sempat lagi wanita itu berpesan sebelum kelibat anaknya menghilang.