Home Novel Cinta ReLaKu PuJuK
Bab 4

"MAS."

Panggilan itu kejutkan Pak Aryawan. Dadanya dipegang. Segera dia paling ke belakang.

"Aduh, ma! Kaget, tau nggak? Mujur tidak jatuh ke kolam!"

Ibu Dian senyum hambar. "Maaf, mas. Mama nggak sengaja."

"Ya nggak apa-apalah."

Pak Aryawan beredar dari tepi kolam renang. Duduknya lansung dilabuh atas kerusi rehat panjang.

Ibu Dian turuti sama sang suami. Ruang kosong sebelah Pak Aryawan, diambil.

"Mas kenapa?"

"Nggak apa-apa, sih."

"Terus, mukanya kok lagi muram? Nelefon sama siapa tadi?"

"Teman."

"Ada apa?"

Pak Aryan tak jawab. Hanya wajah isterinya dikerling sekilas.

"Loh! Mas kok malah diam? Mama lagi nanya ini, kan?"

"Teman mas itu bilang, berita Aryan diculik udah viral."

"Viral? Yang benaran, mas? Gimana bisa terjadi?"

"Nggak tau, sih. Katanya mungkin lagi kerja wartawan. Sekarang aja udah tersebar di media, di internet, malah di mana-mana juga orang sibuk memperkatakan tentang hal penculikan anak kita."

"Waduh! Gawat ini! Kalau sampei penculiknya Aryan ketahuan, habis kita mas!" tingkah Ibu Dian cemas.

"Mama ngapain ya udah kayak cacing kepanasan? Usah ribut-ribut, dong. Tenang!"

"Gimana mama bisa tenang? Nyawa Aryan pasti lagi dalam bahaya sekarang, mas!"

"Iya. Mas tau."

"Lalu? Mas mau duduk diam dan nungguin aja? Udah tiga minggu mas Aryan itu diculik. Tapi khabar beritanya masih nggak ada. Sampei sekarang juga kita nggak tau keadaan dia gimana. Entah masih hidup atau nggak lagi anak itu!"

"Isk, mama ini! Mulut itu ngomongnya usah yang macem-macem, tau!"

"Ya mau mama ngomong apa lagi, sih!"

Pak Aryawan pandang Ibu Dian. Dia tahu isterinya tengah kerisauan.

"Mas juga lagi bingung, ma. Tapi apalagi yang bisa kita lakuin selain tunggu dan tunggu."

"Sampei kapan? Sebulan? Setahun? Atau sepuluh tahun?"

Pak Aryawan lepas keluhan. Cermin mata yang melurut turut ditanggalkan.

Dirinya juga dah buntu memikirkan. Sejak penculik Aryan telefon minta wang tebusan, dia tak henti-henti ikhtiar mencari jalan. Rakan-rakan di Malaysia semua habis dihubungi untuk minta bantuan. Duit tebusan juga awal-awal dah disediakan. Namun sampai ketika ini, penculik Aryan masih belum beri sebarang jawapan.

"Mas... usah duduk diam terus, ah. Lakuin sesuatu, dong. Mama udah kangen banget mau ketemu sama Aryan!" bicara Ibu Dian lagi. Suaranya mula bergetar. Tangan si suami turut digenggam erat.

Untuk kesekian kali, Pak Aryawan pandang isterinya.

Luluh hati mendengar rayuan wanita itu. Lebih luluh bila melihat airmata Ibu Dian sudah mula bertakung. Spontan kepala yang bertudung itu dielus lalu diraih ke bahu.

"Mama usah menangis, dong. Asal mama tau, mas nggak akan pernah berhenti ikhtiar buat menyelamatkan anak kita. Mama terus doain aja, ya. Insya-ALLAH... Aryan pasti akan selamat. Lagian anak kita itu juga kuat, berani, penuh semangat! Kayak Ibnu Batutah, kan!"

Serentak, tawa Ibu Dian berderai. Terbantut air mata yang ingin keluar dek jenaka Pak Aryawan.

"Nah... gitulah. Ketawa. Kita ini emang udah sedih. Jangan ditambah lagi sedihnya."

Suasana kembali tenang. Baik Pak Aryawan mahupun Ibu Dian, masing-masing cuba lupa masalah yang sedang menyerang. Sehinggalah telefon bimbit Pak Aryawan berdering tiba-tiba.

"Siapa, mas?"

"Nggak tau. Private number."

Telefon segera diangkat. Pak Aryawan lansung tak bercakap. Sekadar dengar suara di hujung talian berbicara. Beberapa minit berlalu, telefon diletak semula.

"Siapa yang nelefon, mas?" Ibu Dian kembali bertanya.

"Penculik Aryan."

"Benaran? Apa katanya?"

"Mereka mau kita hantarin uang tebusan itu lusa."

"Di mana?"

"Akan dikasitahu kemudian."

"Aryan gimana, mas? Apa dia baik-baik aja?"

Pak Aryawan angguk.

"Syukur alhamdulillah, Ya ALLAH...!" Ibu Dian tadah tangan lalu diamin ke muka. "Uang tebusannya mas udah siapin, kan?"

"Udah. Cuman...,"

"Cuman apa?"

"Nggak cukup."

"Nggak cukup? Bukan kita udah keluarin sepuluh juta dari bank minggu lalu? Apa lagi yang nggak cukup?"

"Mereka minta nilai yang baru."

"Astagha. Ini kali berapa?"

"Lima kali ganda."

Membulat mata Ibu Dian dengar jawapan tersebut.

"Dan kita nggak bisa lapor ke polisi, ma. Kalau tidak, mayat Aryan aja yang bakalan kita terima depan pintu."

Ibu Dian terus tekup mulut.


MATA Aryan melilau pandang sekeliling. Cari kelibat orang yang mengawalnya. Biasa lelaki itu duduk tepi pintu. Tetapi malam ini, tak nampak pula.

"Ke mana dia?"

Satu jam berlalu, kelibat lelaki itu masih tak muncul.

Aryan mula bosan. Tak tahu apa nak dilakukan. Dengan tangan terikat. Makan malamnya pun seakan tak nampak bayang.

'Apa ini peluang buat aku meloloskan diri? Kalau nggak sekarang, kapan lagi?' desisnya.

Aryan mula cari akal. Segenap penjuru bilik dipandang. Setiap inci sudut diperhatikan. Mengintai jalan keluar dari tempat tersebut.

"Gimana aku bisa kabur dari sini, ya? Satu jalan apapun aku nggak lihat."

Dalam lelaki itu mula berputus harap, matanya tiba-tiba terpandang sesuatu.

"Itu...,"

Mata Aryan mencerun, mengamati objek tersebut. Objek berupa pisau lipat yang berjarak sedepa darinya. Mungkin kepunyaan penculik. Terjatuh. Atau tercicir.

Dengan seluruh kudrat yang ada, Aryan cuba capai pisau lipat itu dengan kakinya. Sedikit demi sedikit. Percubaan pertama, gagal. Kali kedua, kakinya masih tak dapat gapai. Kali ketiga, dia kecundang lagi.

'Ya ALLAH... bantuin aku!'

Aryan cuba sekali lagi. Kali ini, berjaya.

Pantas dia sepak pisau lipat itu dekat ke tangannya. Ikatan tangan di belakang mula diputuskan. Satu-persatu. Cukup sepuluh minit, usahannya kian berhasil.

Krekkk!

Aryan mendongak. Pintu bilik tiba-tiba terkuak. Sejurus itu seorang lelaki melangkah masuk bersama bungkusan di tangan.

"Makan!" arah lelaki tersebut.

"Nggak mau."

"Aku kata makan, makanlah!"

"Aku bilang nggak mau!"

"Eh, kau ni! Sekali aku bagi, kang!"

"Hei! Lo bego atau apa? Gimana aku bisa makan sama tangan terikat begini?!"

Lelaki itu diam. Sedar akan kesilapan. Sudahnya dia berjalan ke arah Aryan. Nak buka ikatan. Tinggal beberapa inci saja jarak mereka, perutnya tiba-tiba ditendang. Terpelanting lelaki itu ke belakang.

Aryan bingkas bangun. Ikatan tali cepat-cepat dilerai. Dengan pantas dia terpa ke arah lelaki itu. Ditumbuk mukanya bertalu-talu. Sikit ruang pun dia tak bagi tumbukannya dibalas. Lelaki itu terus dipukul hingga terkulai pengsan.

"Rasain lo!" tingkahnya puas.

Segera Aryan bangkit. Kalau dia berlengah, pasti ramai lagi yang akan muncul ke dalam bilik.

Jaketnya yang tersidai di katil terus dicapai. Baru dia ingin berpaling, satu tumbukan berdesup dilayangkan tepat ke wajahnya.

Buk!

Lelaki itu rebah. Matanya berpinar. Kepalanya pusing. Hujung hidungnya yang terasa perit, cuba disentuh. Cecair merah sudah mengalir turun. Dalam kesakitan yang mengigit-gigit, dipandang empunya badan di depan yang dah tegak berdiri.

"Kamu..."

Aryan berusaha bangun semula. Cuba untuk lawan dengan saki-baki tenaga yang masih ada. Tumbukan gadis itu dibalas kembali. Tumbukan bersambut tumbukan. Tendangan berbalas tendangan. Setiap serangan ke atasnya sedaya upaya dipatahkan.

Namun ternyata gadis di depan bukan calang-calang. Gerakan tangkasnya sukar dimatikan. Seni pertahanannya sungguh di luar jangkaan. Dan akhirnya, Aryan tewas juga kala

tendangan padu gadis itu tak sempat dielak. Tepat mengenai rusuk kiri.

Sekali lagi Aryan rebah. Tubuhnya terus ditarik kembali ke tiang.

"Lepasin aku!"

Gadis itu tak endahkan. Tubuh Aryan terus diikat.

"Aku bilang, lepasin!"

Gadis itu tetap membisu. Hanya tangannya bergerak pantas mengikat semula tubuh Aryan di tiang.

"Hei! Kamu apa nggak tau malu? Kamu itu seorang gadis, tapi lagi bercampur dengan preman-preman liar seperti itu. Harga diri kamu dicampak ke mana, sih?"

Gadis itu masih enggan berinteraksi.

"Hei! Aku lagi bicara sama kamu. Kamu dengar nggak?"

"Jangan lari. Kalau nak selamat," ucap gadis itu akhirnya. Sosoknya kembali berdiri. Kaki mula menapak untuk beredar.

"Hei! Kamu mau ke mana?! Aku belum selesai sama kamu!"

Namun gadis itu tegar melangkah. Sampai di muka pintu, dia berpaling. Wajah Aryan sempat direnung sebelum dia terus keluar menghilang diri.

"Arrgghhh!!!"

Satu keluhan marah dilepas Aryan. Hampir saja dia dapat lolos tadi. Tapi kerana kesilapan, dia kembali terikat di tiang ini. Dan lebih menyebalkan, dirinya tewas di tangan gadis bermata biru itu sekali lagi!



Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.