Home Novel Cinta ReLaKu PuJuK
Bab 6


BUNGKUSAN
 di depan direnung kosong. Entah kenapa seleranya tiba-tiba hilang. Mungkin kerana hari ini hari terakhirnya.

Semalam dia terdengar perbualan. Dari orang-orang yang mengawalnya. Malam ini wang tebusan akan dihantar sebagai pertukaran. Pasti babanya dah berurusan dengan mereka. Seketika, Aryan dapat rasakan jantungnya berdegup laju. Resah memikir apa yang bakal berlaku. Nasibnya baik, dia akan selamat. Kalau sebaliknya, ALLAH saja yang tahu.

Satu hal yang lebih merisaukan. Babanya. Dengan siapa orang tuanya itu akan datang? Pihak polis atau sendirian?

Aryan mengeluh berat. Melepas resah di dada yang semakin sarat. Moga-moga segalanya akan selamat.

Dalam melayan fikiran, pintu bilik dibuka dari luar. Aryan menjengah. Sesosok tubuh yang makin dikenali muncul depan mata.

'There you are. Miss of Crazier.' Hati Aryan berbisik.

Dia tak tahu itu nama gadis tersebut atau bukan. Tapi nak dekat sebulan terkurung, cuma panggilan 'miss' itu yang keluar dari mulut semua orang.

So, Miss of Crazier... itu gelaran ciptaannya buat gadis berkenaan.

Simple. Dan senang nak ingat!

Nak-nak dia satu-satunya bunga dalam taman.

Masuk saja, gadis itu melangkah mendekati. Pandangan terus terarah pada bungkusan yang masih belum terusik.

"Aku nggak mau makan. Seleraku hilang," beritahu Aryan.

Gadis itu sekadar diam. Tali yang mengikat tubuh Aryan di tiang kemudian dileraikan.

"Kenapa dibuka ikatannya?"

"Kita akan pergi dari sini."

"Ke mana?"

Gadis itu tak jawab.

"Apa benar ini malam aku akan dibebasin?" Aryan menyoal lagi. Namun gadis di depan masih diamkan diri.

"Aku tanya sama kamu. Apa benar aku akan dibebasin?"

Kali ini gadis tersebut beri reaksi. Tapi hanya dengan renungan. Walau tanpa patah perkataan, panahan mata birunya seakan mengiakan pertanyaan Aryan.

"Kenapa kamu di sini?"

Tak diduga, soalan tersebut meluncur tiba-tiba dari mulut Aryan. Soalan yang buat gadis itu larikan pandangan. Kerjanya segera disambung semula.

"Jawab pertanyaanku. Gimana kamu bisa berada di tempat ini? Bergaul sama orang-orang sebegini?"

"Mind your own business."

Aryan gelak. "Semudah itu? Setelah apa yang kamu lakukan terhadapku?"

"Lepas ni kau akan bebas. Kau buat hal kau. Aku dengan cara aku."

"Kamu yakin, kita nggak akan lagi ketemu?"

Pertanyaan itu hanya dibiar. Gadis itu bingkas bangun. Tubuh Aryan ditarik untuk sama berdiri. Saat kakinya setapak melangkah, lengannya keras dicapai Aryan.

"Kalau aku nggak selamat ini hari, aku mungkin akan mati. Tapi kalau aku berhasil melangkah pergi, kita pasti bakal ketemu lagi satu saat nanti."

Kata-kata itu sekaligus undang renungan tajam gadis tersebut. Dah berapa hari Aryan tak terimanya. Tapi hari ini, ia kembali muncul.

"Pegang kata-kataku!"

Bening biru itu terus merenung Aryan dengan rasa terpukul.


BENTLEY Flying Spur W12 S warna meteor itu membelok masuk ke sebuah kawasan. Hanya gelap gelita sambut kedatangan. Satu cahaya lansung tak kelihatan.

"Betui ka tempatnya ni, tuan?" Pak Majid tanya majikannya.

"Kalau menurut lokasi yang diberi, ya emang benar ini tempatnya."

"Mak aih! Gelap sungguih ni, tuan. Satu apapun Pak Majid tak nampak!"

Mata Pak Aryawan turut pandang keliling. Memang. Dahlah gelap. Bayang bangunan apatah lagi.

Ding!

Bunyi telefon Pak Aryawan kedengaran. Satu pesanan masuk.


Turun dari kereta. Jalan terus. Belok kiri.

Ingat! Seorang diri.


"Pak Majid nungguin di mobilnya aja, ya."

"Eh! Takkan tuan nak pi sendiri? Bahaya, tuan!"

"Nggak apa-apa. ALLAH ada." Pak Aryawan pamer senyum. Pintu dibuka. Beg di sisi turut dibawa. "Dalam satu jam saya nggak kembali, Pak Majid tau kan apa yang harus dilakuin?"

"Iya, iya. Pak Majid tau. Hati-hati, tuan!"

Pak Aryawan turun dari kereta. Kaki terus melangkah ikut arahan yang diberikan. Sebaik belok ke kiri, sebuah gudang usang terlihat di depan. Lelaki itu terus hampiri. Beberapa jarak mendekat, pintu gudang terbuka perlahan-lahan.

"Selamat datang, Tuan Aryawan!"

Tepukan Zen bergema dalam gudang.

Pak Aryawan pandang lelaki itu. Kemudian orang-orang di sekeliling. Boleh tahan ramai. Mungkin inilah kumpulan geng Crazier yang Pak Din ceritakan.

Mata Pak Aryawan kemudian berkalih. Mencari kelibat seseorang. Namun hampa. Bayang tersebut tak kelihatan. Pandangan kembali terarah pada lelaki di depan.

"Di mana anak saya?"

Zen tersenyum. "You give the money first, then you will get him."

"Nggak. Saya mau lihat dulu anak saya."

"Okey." Zen akur. "Bawa dia masuk."

Seraya itu satu sosok tubuh dibawa masuk ke ruangan tersebut. Kain yang menutup kepalanya lansung dibuka.

"Aryan!"

"Baba!"

"Aryan nggak apa-apa, nak?"

"Aryan nggak apa-apa, ba. I'm okay," lirih suara itu. Sebak dada sebaik terpandang wajah babanya yang dah lama tak bertemu.

"Ahh... so sweet both of you! Melepas rindu, right?" Zen ketawa sinis. "So... you dah tengok anak you, kan? Now, where's my fifty million?"

Pak Aryawan melangkah ke dalam gudang. Beg yang sejak tadi tersangkut dibahu, diletak ke lantai.

"Hunter."

Orang kanan Zen itu turut arahan. Beg bertukar tangan. Isinya dibuka. Kandungan di dalam, diperiksa.

"Okayboss!"

"Good."

"Jadi sekarang saya bisa bawa pulang anak saya, kan?" Pak Aryawan menyoal.

"Well... sepatutnya macam tu. Tapi...,"

"Tapi apa?"

Tawa Zen berderai. Dan saat itu, pintu gudang kembali tertutup.

Pak Aryawan tergamam. "Apaan ini? Kenapa pintunya ditutup kembali?!"

"Aryawan, Aryawan, Aryawan...," Zen ketawa panjang. "I greatly appreciated you sanggup bersusah payah datang ke sini. Semata-mata untuk anak you. But... I'm sorry."

"Apa maksud kamu?"

"I couldn't make it."

Serentak, beberapa pucuk pistol dihala ke arah Pak Aryawan.

"Hei, brengsek! Lo penipu!!!" Aryan membentak. Nak saja dia meluru ke arah Zen, lepas tumbukan ke muka, tak pun tendang kuat-kuat lelaki itu. Namun kedua lengannya dipegang kejap. "Lo mau apa lagi, sih?! Uang tebusan udah lo terima. Sekarang, apalagi?!"

Zen ketawa lagi. Kali ini lebih kuat.

"Ingat semudah tu I nak lepaskan? Setelah banyak benda yang you dah tahu?"

"Tapi perjanjian kita nggak seperti ini, bukan?" celah Pak Aryawan.

"I know. Tapi I tak cakap yang ia takkan berubah. Jadi bila-bila masa saja ia boleh diubah. Ikut suka I."

Ketawa Zen makin bergema di dalam gudang.

"Dasar bajingan! Lo itu emang dasar bajingan, tau nggak! Orang lain lagi berusaha untuk kaya-raya. Tapi lo? Lo mau kaya atas hasil usaha lelah orang lain. Nggak tau malu!"

Ketawa Zen mati serta-merta. Kata-kata Aryan sekali lagi tepat kena batang hidungnya. Berubah merah padam wajah cerah dia. Pistol milik Hunter dan-dan itu dicapai. Muncung tepat dihala ke arah Aryan.

"Kau tak pernah habis sakitkan hati aku, kan?! Tak apa! Aku bagi kau peluang cakap puas-puas. Sebelum aku tamatkan nyawa kau hari ni. Tapi sebelum tu, kau akan tengok nyawa baba kau melayang dulu!"

Muncung pistol seraya beralih ke Pak Aryawan.

"Lo jangan berani mengapa-apakan orang tuaku!!!" teriak Aryan.

"Too late! This is for what you have done!"

Perlahan-lahan picu ditarik Zen.

Aryan meronta. Sekuat tenaga dia tolak sosok di kiri kanannya. Kali ini pegangan terlepas.

Dengan pantas lelaki itu berlari ke arah Zen. Harap-harap dapat halang. Tapi belum sempat dia sampai, tubuhnya diterkam jatuh ke lantai oleh ahli Crazier yang lain.

Bergelut Aryan berhabis-habisan untuk segera loloskan diri. Tapi sayang... beberapa das tembakan dah dilepaskan bertalu-talu dalam gudang tanpa henti.

"Babaaaaa!!!"


DAHINYA ditekap dengan kain. Halang darah dari terus mengalir. Sesekali mata perhati keadaan yang sedang berlaku di sekeliling.

"Aryan."

Lelaki itu toleh. Senyuman kecil terukir melihat sosok itu berjalan menghampiri. "Baba."

"Kamu baik-baik aja?"

"Iya."

"Parah lukanya?"

"Dikit aja. Nggak apa-apa."

"Cuba sini dilihat."

Pak Aryawan menjenguk. Luka di dahi Aryan diperiksa. Taklah teruk. Tapi jelas terkoyak. Dan berdarah.

Gara-gara ingin selamatkannya tadi, anaknya terpaksa bergelut dengan penculik-penculik tersebut. Mungkin terhantuk.

"Parah juga."

"Nggak apa-apa kok, ba. Anak baba inikan lagi kuat."

Tawa mereka berderai.

Pak Aryawan lantas sertai anaknya. Duduk di birai pintu ambulans. Selimut yang membalut tubuh Aryan dibetulkan.

"Makasih, ba. Udah membahayakan nyawa demi Aryan."

Pak Aryawan tersenyum. "Usah terima kasih sama baba, deh. Sebaliknya berterima kasih sama ALLAH. Kerna Dia, kita masih lagi di sini. Baba cuma lakuin apa yang termampu. Biarpun harus berkorban nyawa, baba sanggup. Demi kamu."

Serta-merta Aryan peluk Pak Aryawan. Sebak hati dengar bait bicara yang dilafazkan.

"Maafin Ryan, ba!"

"Nggak ada apa yang perlu dimaafin, dong. Pokoknya, semua udah selamat sekarang. Bapa yakin apa yang terjadi pasti lagi punya hikmahnya. Malah ini semua berkat doa dari mama kamu juga, nak."

"Aku kangen banget mau ketemu sama mama."

"Bentar lagi kita pulang, ya. Mama juga lagi nungguin kamu di rumah," pujuk Pak Aryawan. Tubuh Aryan yang sedang menangis diusap dari belakang.

“Tuan Aryawan.”

Pelukan kedua beranak itu terlerai. Seorang lelaki bertubuh tinggi dan tegap dah siap tercegat depan mereka. Pak Aryawan bingkas berdiri.

“Tuan Razmin. Gimana semuanya? Udah selesai?”

“Sudah. Kesemua suspek sudah berjaya diberkas. Selepas ni mereka akan dibawa ke balai. Dan kami minta kerjasama dari Tuan Aryawan dan Aryan agar ikut sama ke balai untuk buat laporan.”

“Iya. Udah pasti. Terima kasih atas pertolongannya, tuan!”

“Sama-sama. Pihak polis juga ucapkan setinggi-tinggi terima kasih pada tuan kerana bantu kami memberkas kumpulan ini.”

“Aduh! Saya nggak melakukan apa-apapun!”

Asp Razmin tertawa halus. “Tapi tindakan Tuan Aryawan laporkan hal ini pada pihak polis adalah satu tindakan yang bijak. Dan hasilnya… malam ini kita berjaya tumpaskan Crazier yang telah lama diburu polis.”

“Ya kalau udah begitu, saya bisa ngomong apa lagi. Terima kasih juga kerna tuan udah nyelamatin nyawa saya sama anak saya. Kedatangan tuan tepat pada saatnya.”

“Itu memang dah menjadi tugas kami. Okey, Tuan Aryawan, Aryan. Kita jumpa di balai nanti,” ujar pegawai polis itu seraya berpaling. “Bawa mereka semua!”

Kesemua geng Crazier yang digari dibawa naik ke dalam ‘Black Maria’. Cuma Zen seorang dibawa masuk ke kereta dinaiki Asp Razmin. Sempat renungan tajamnya singgah pada Pak Aryawan sebelum berpindah ke Aryan.

Aryan balas balik renungan lelaki itu. Renungan yang terkadung mesej buatnya. Mesej apa, dia tak dapat tangkap. Yang dia lihat, ada dendam yang tersirat.

Pandangan Aryan segera beralih ke arah trak. Satu-persatu penculik yang dibawa naik, diperhati. Berapa ramai bilangan mereka, dia tak pasti. Yang pasti, matanya tak lihat seraut wajah dalam kelompok penculik-penculik tersebut sampailah Black Maria itu beredar pergi.



Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.