Home Novel Cinta ReLaKu PuJuK
Bab 7

"MAMA, baba." Sapa Aryan yang baru turun ke bawah. Terhincut-hincut dia berjalan ke sofa. Duduk kemudian dilabuhkan. Sertai kedua orang tuanya tonton televisyen.

"Loh, Aryan. Kok kamu turun ke bawah, sih?"

Ibu Dian sedikit kaget. Namun Aryan hanya pamer segaris senyuman.

"Kamu kan lagi belum sihat. Ngapain turun ke sini? Kan mama udah bilang, kalau butuh apa-apa bilang aja pakei telefon."

"Aryan nggak apa-apa, ma."

"Nggak apa-apa, nggak apa-apa. Kalau kamu jatuh tadi, gimana?"

"Mama usah khawatirlah. Aryan cuma pengin nonton TV doang."

"Di kamar juga bisa nonton, kok."

"Tapi di sini lagi ada baba sama mama. Bisa nonton bareng. Buat teman. Lagian, Aryan juga bosan duduk di kamar terus."

"Biarin aja dia, ma. Pasti dia lagi bosan sendirian di atas sana," celah Pak Aryawan.

Seperti biasa, Ibu Dian kunci bicara. Kalau ayah dan anak dah bergabung, alamat mengalahlah dia jawabnya.

"Kamu mau makan malem? Mama siapin sekarang."

"Nggak usah, ma. Aryan belum lapar. Kalau mau nanti Aryan kasitau, ya."

Niat Ibu Dian untuk bangun lansung termati. Seketika, wajah anaknya diamati.

"Mama ngapain, sih? Tenung Aryan sampei begitu sekali?"

"Nggak kenapa-kenapa. Cuma hati mama lagi sayu melihat kamu."

Dahi Aryan berkerut. "Kenapa?"

"Ya iyalah. Mama ini udah lama banget kok nggak ketemu sama kamu. Terus, waktu kamu pulang kelmarin, mama harus nyambut kamu dengan muka penuh lebam dan luka-luka itu. Gimana hati mama nggak sayu. Sedih mama lihat, tau! Sakit! Sebel!" luah Ibu Dian. Dadanya turut dipegang.

"Udahlah, ma. Pokoknya Aryan udah selamat sekarang, bukan. Udah ada dengan kita. Makanya mama harus gembira malah bersyukur."

"Baba benar, sih. Aryan udah pulang kan sekarang. Dalam keadaan yang sempurna lagi. Cukup tangan. Cukup kaki. Cukup segala. Cuma mukanya aja kok yang dikit parah. Sama kaki ini. Jadi ngapain mama harus terus sedih?"

"Masakan nggak. Kamu tidak tau gimana perasaannya mama saat mendengar kamu diculik. Bukan sehari dua. Malah berminggu-minggu. Siapapun pasti akan merasakan begitu!"

"Ya... Aryan ngerti kok perasaan mama. Soalnya sekarang Aryan udah kembali, ma. Harusnya mama lagi happy. Nggak usah sedih-sedih. Nanti luka Aryan nggak mau pulih."

Serentak itu tawa Pak Aryawan bergema. Tercuit dengan ayat terakhir anaknya. Aryan yang lihat, turut sama ketawa.

"Loh! Kalian kok ketawa? Ada yang lucu?"

"Nggak," balas Pak Aryawan.

"Terus, kalian kok lagi ketawa? Ngapain?"

Kali ini Pak Aryawan tak balas. Hanya wajah Aryan dipandang. Sekali lagi tawa mereka berderai.

"Lihat? Kalian ketawa lagi! Apa yang lucu banget, sih?"

Kedua beranak itu masih enggan jawab. Hanya tawa terus-terusan berderai. Hinggalah Aryan mengaduh sakit. Hujung bibirnya lantas dipegang.

"Nah... kan? Ketawa lagi! Sampai lupa bibirnya itu masih sakit!"

"Maaf, dong."

"Maaf, maaf. Kalau koyak terus tadi, gimana?" tempelak Ibu Dian. Dalam mood marah, masih juga dia periksa bibir anaknya. "Sakit?"

"Dikit."

"Udah sapu obatnya?"

Aryan angguk.

"Yang harus dimakan?"

"Belum."

"Kok belum? Kapan mau makan?"

"Sebelum tidur nanti Aryan makan ya, ma."

"Jangan lupa dimakan!"

"Iya. Pasti."

Puas hati dengan jawapan, Ibu Dian tak tanya lagi. Tumpuan beralih semula ke kaca TV. Begitu juga yang lain. Rancangan yang sedang ke udara gamit perhatian masing-masing.

"Baba." Suara Aryan pecah hening kembali.

"Hmm."

"Kayaknya geng Crazier itu semua gimana sekarang? Ada khabarnya?"

Akhirnya soalan itu terkeluar juga dari mulut Aryan. Soalan yang membawa dia turun ke bawah sebenarnya. Soalan yang dipendam sejak dia pulang.

"Masih ditahan kesemuanya. Lagi nungguin hari bicara."

"Kapan?"

"Baba juga nggak tau. Tuan Razmin bilang akan dikasi tau bila tiba saatnya."

"Nggak nyangka ya, baba berani laporin ke polisi."

"Ya mula-mula baba juga nggak berani, kok. Khawatir sama keselamatan kamu. Tapi saat mama, Pak Din, malah teman-teman baba juga nyuruh lakuin hal yang sama, baba nggak mikir terus. Cuma baba minta jangan diheboh sama orang. Tapi akhirnya, viral juga. Ya, ma?"

"Benar, deh. Gara-gara kasus culik itu, kamu udah jadi viral sekarang, Aryan. Udah terkenal. Kayak selebriti. Nggak cuman di Malaysia sama Indonesia doang. Tapi satu dunia!"

"Ah, nggaklah."

"Loh! Kamu nggak percaya? Coba dilihat ini... dalam koran sama majalah. Ini siapa kalau bukan kamu? Malah di TV sana, di radio, sama internet juga. Udah tersebar segalanya tentang kamu. Muka kamu itu udah terpampang di mana-mana, Aryan!"

Aryan diam. Terkejut dengan kata-kata mamanya.

Sejak diculik tempoh hari, dirinya memang terpisah habis dari dunia luar. Satu berita apapun dia tak dengar. Malah sejak pulang kelmarin, telefon bimbitnya juga belum pernah dipegang. Manalah dia nak tahu berita-berita yang sedang berlaku sekarang.

"Err... ba. Benaran kesemua gengnya Crazier itu udah tertangkap?" sekali lagi Aryan nakkan kepastian.

"Menurutnya Tuan Razmin ya gitulah. Penculik-penculik kamu udah berhasil diberkas malam itu kesemuanya."

"Nggak ada yang lolos?"

"Nggak, kok. Kalau ada, pasti udah dikasitau sama Tuan Razmin."

"Apa bilangan mereka itu ramai sekali, mas?" Ibu Dian mencelah.

"Ya lebih dari tiga puluh orang juga."

"Lelaki kesemuanya?"

Soalan itu sekaligus undang debar Aryan. Soalan yang sama sedang berlegar-legar dalam kepalanya. Mata terus menghala ke arah Pak Aryawan. Menunggu jawapan babanya dengan jantung berdetak kencang.

"Iya. Lelaki kesemuanya."

Saat itu Aryan rasakan jantungnya terus gugur dan bergolek keluar.


SOLAT isyak selesai dijalani. Doa kemudian dipanjat ke hadrat Ilahi. Tanda rasa syukur kerana dirinya terselamat dari kejadian sebelum ini. Usai itu, Al-Quran dibaca sebagai melengkapi rutin ibadah setiap hari.

Bangkit dari tikar sejadah, Aryan capai begnya tepi dinding. Beg yang dipulangkan oleh Pak Din waktu ke rumah ini. Malah kesemua barang-barang miliknya ketika menaiki teksi lelaki tua itu diserahkan kembali pada orang tuanya.

'Terima kasih, Pak Din. Sungguh mulia hatimu. Hanya ALLAH saja dapat membalasnya.'

Beg dibawa ke katil. Sebaik dibuka, tangan terus cari telefon bimbit. Alhamdulillah, masih ada. Keadaannya pun baik-baik saja.

Aryan bangkit semula dari katil. Kaki terus menuju ke balkoni luar bilik. Merebahkan tubuh di atas kerusi rehat.

Seketika, telefonnya dibelek. Melihat info-info terkini di internet.

Memang benar. Berita penculikannya jelas terpampang di mana-mana. Malah akaun-akaun sosialnya turut dihujani ucapan dari rakan-rakan serta netizen pelbagai pelosok negara. Itu belum lagi bilangan followersnya yang meningkat tiba-tiba.

Lelaki itu hela nafas. Sekelip mata dirinya jadi popular.

"Kalau baba itu yang terkenal, ya nggak hairanlah. Tapi sekarang, aku juga terpalit sama. Gimana ini?"

Aryan lihat lagi telefon bimbitnya. Satu demi satu berita tentangnya dibaca. Akaun demi akaun sosialnya diperiksa. Membaca komen-komen yang ditinggalkan. Dan aplikasi instagram menjadi singgahan terakhirnya.


awekcun07 : Moga si kacak @aryan_wong dalam keadaan baik-baik aje... Aamiin!

feny_novianaa : Cepatan dibebasin ya mas @aryan_wong... Moga penculik-penculik kamu ditangkap dan dimasukin penjara!

pendekargagah : Nak masuk penjara apa lagi... Kasi habis jer sudah geng Crazier tu!

luna_jazz0505 : Nggak nyangka ya... Pak Aryawan itu punya anak pria yang ganteng... Ya ampunnn... Balikan ke sini aja, deh! Aku siap nungguin kamu!

caroline_smith082 : @aryan_wong My prays always with you... Stay strong, buddy!

iamnaz : Bertahan, bro! Insya-ALLAH, semuanya akan selamat...

jamu.pelansing : Semoga cepat dibebaskan @aryan_wong... Aamiin... Sob...Sob...

chris_renner : Where have you been, dude?? We all here so worry about you...

hendrawan.jakarta : Moga ALLAH melindungi kamu selalu saudaraku @aryan_wong walau di manapun keberadaanmu saat ini... Buat Pak Aryawan sekeluarga, tetap semangat ya!

jessicabrenden26 : Don't cry my darling @aryan_wong... I'm here with you, baby!

cristiano_samuel : Stay safe, my friend! Fight them!

ladyjambu777 : Baru lepas tengok berita... @aryan_wong dah dibebaskan! Syukur dah selamat! Geng-geng Crazier pun dah kena tangkap... Bagus! Hambik korang!

maskulin_highway_13 : Kasi rejam jer sama Crazier tu... Lepas satu, satu korang culik... Tak habis-habis dari dulu... Anak orang miskin tak nak pulak korang culik... Materialistik betul!!!

themilano : Dah nama pun penculik, bro... Sah2 la materialistik... Aduh kau ni pun @maskulin_highway_13! Masuk air betul!

neng_desnita : Cowok ganteng @aryan_wong udah dibebasin ya? Alhamdulillah!

princessmadeleine : Oh honey! You've come home finally! @aryan_wong...

misspropasangat : Dah bebas? Betul ke? Macam mana dia? Selamat ke? Cedera tak? Isk! Aku pulak yang nervous tengok mamat ni kena culik... Muka bapak punya hensem!

tipahgebu.kaw.kaw : Handsomenya kau @aryan_wong! Boleh pitam aku macam ni!

bidan_sherry Sebab dia hensem sangat... Plus, bapak dia kaya-raya... Tu yang sampai-sampai Malaysia aje kena culik... Adushhh! Kesianyeee... Seb baik dah selamat!

minahletopsss90 : Kalau begini punya handsome, aku pun sanggup culik dia! Bawak pergi Lombok, kahwin! Hahahaa... Oh my @aryan_wong! XOXO ^_^

veronica_tan : Lepas ni I pulak culik you, okay... Sebab you pun telah berjaya menculik hatiku! Cia cia cia... :D:D:D... Love you @aryan_wong!


Aryan terus tutup telefon. Makin banyak dibaca, makin dia kecut perut. Wajahnya diraup. Mengusir segala yang singgah di kepala. Habis itu dia bersandar. Merenung langit malam yang gelap gelita.

"Iya. Lelaki kesemuanya."

Kata-kata itu kembali terngiang-ngiang di telinga. Kata-kata baba yang sedikit menyesakkan dada.

Kalau geng Crazier yang tertangkap itu semua lelaki, jadi ke mana dia pergi? Lari? Masa bila? Keluar celah mana?

Setahunya, gadis itu ada bersamanya sepanjang di gudang tempoh hari. Malah, gadis itu juga yang bawanya keluar masa diminta babanya. Mustahil sekelip mata dapat hilangkan diri.

'Di mana kamu? Apa selamat? Atau harus aja aku kasi tahu ke polisi?'

Aryan terus merenung pekat malam. Seolah-olah gadis itu ada nun di langit sana. Merenung kembali ke arahnya bersama mata biru yang penuh tanda tanya.



Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.