Wahai hati...
Bersabarlah kamu
Kerana hanya dengan sabar itu
Mampu menjadikan diri tenang
Mampu membeza antara baik dan buruk
Wahai hati...
Bersabarlah kamu
Jika benar hatimu dikhianati kamu redha lah
Walau hakikatnya teramat pedih
Wahai hati...
Bersabarlah kamu
Seandainya hatimu disakiti
Kerana hanya kamu yang mampu merawati
Luka parah di dalam hati
Wahai hati...
Walau sering saja dinistai
Tanpa ada yang peduli
Namunku kan tetap di sini
Jatuh dan bangkitku
Takkan ada siapa mengerti