Home Puisi Umum CITA-CITA
CITA-CITA
Achik Writter
25/8/2015 01:34:21
2,038
Kategori: Puisi
Genre: Umum

Puisi: Cita-cita
Penulis: Achik writter

Dulu,
Aku ingin menjadi seorang askar ...
Mana tidaknya ... tergamam apabila seseorang berpakaian askar..
Mana tidaknya ... kehebatan kereta kebal yang boleh menembak..
Mana tidaknya ... teringin untuk pegang senapang shoot gun.

Dulu,
Aku ingin menjadi juruterbang ...
Mana tidaknya boleh terbang di awan - awangan ..
Mana tidaknya boleh memandu jet pejuang ... yang hebat-hebat

Dulu,
Aku teringin nak jadi doktor..
Mana tidaknya .... nanti ayah aku sakit, aku yang rawatnya..
Mana tidaknya ... teringin nak pakai jubah makmal .. penutup mulut
Mana tidaknya ... teringin nak bedah orang.

Dulu,
aku teringin nak jadi cikgu ..
Mana tidaknya ... mahu ikut jejak langkah ayah
Mana tidaknya ... suka mengajar orang ..
Mana tidaknya ... suka marah orang.

Dulu.
aku teringin nak jadi Arkitek...
Mana tidaknya ... kot-kot boleh bina rumah sendiri
Mana tidaknya ... kot-kot boleh buat rumah sendiri
Mana tidaknya ... boleh melukis rumah sendiri

Tapi,
itu semua sudah berlalu...
Kini aku hanyalah seorang pesara...
Hanya jasa-jasaku sahaja yang aku tinggalkan

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.