Home Puisi Umum Ini Rumah Kita
Ini Rumah Kita
5/8/2015 10:35:38
927
Kategori: Puisi
Genre: Umum

Sesekali

Apa salahnya kita mendongak

Menjegilkan mata

Setelah sekian lama kita menunduk

Menganggukkan kepala

Sekian lama, kita layani tetamu

dengan sepiring keikhlasan

dan secawan senyuman

Setelah kenyang

Dan hajat tertunaikan

Bunga terkopak di halaman

Itu sahaja yang ditinggalkan

sesekali

tiada salahnya kita menjadi garang

kerana ini rumah kita, bukannya rumah orang.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.