Hujan turun mencurah-curah
Air di sungai naik mendadak
Beluntung sangat risau
Mengenangkan Bawod dan Tuyog yang kehilangan
Keesokan harinya, tercari- cari di manakah mereka
Hanya berbekalkan cahaya lampu suluh.
Mereka akhirnya dijumpai
Di sebuah kawasan pokok nangka
Hati riang tak terkira
Menghalau semut dan diberi makan pucuk ubi kayu
Begitu sayangnya Beluntung pada Bawod dan Tuyog.
Khidmat Tuyog ke destinasi ilmu
Tuyog ditambat sebelum ke kelas
Sewaktu rehat dibelai Beluntung
Sebarang cacian yang diberi tidak dihiraukan
Kerbau diperlukan untuk menuntut ilmu
Begitu kasihnya Dia pada Tuyog.
Suatu pagi, kambing kesayangan turut serta
Seperti biasa, mereka akan ditambat tuannya
Sebelum ke kelas
Sewaktu rehat dia terkejut di manakah Bawod
Rupanya Bawod telah terlepas
Bawod ditangkap lalu ditambat semula.
Sewaktu belajar diri terganggu
Sangkakan haiwan peliharannya diganggu
Rupanya leher Tuyog terjerat
Dia lantas pergi menyelamatkan nyawa
Setelah selesai kembali ke kelas
Untuk menuntut ilmu pengetahuan.
Namun begitu dia terkejut
Bukunya bertaburan di lantai
Dia berasa marah dan tercetus pergaduhan
Cikgu Rambuyat menyuruh Basil
Memohon maaf dan mengambil buku itu
Namun ditegah Beluntung
Buku harus dihormati bukan sebaliknya.
Suatu pagi Pesta diadakan
Dia berharap dia akan menang
Dapat duit dibeli kambing
Buat peneman Bawod yang kesunyian
Hati gembira tidak terkira
Menjadi seorang pelajar cemerlang.
Pulang ke rumah berasa terkejut
Melihat ramai orang
Rupanya itu kenduri kesyukuran
Meraikan sebuah kejayaan
Beluntung berasa sangat gembira.
Namun perasaan itu tidak kekal lama
Bawod sedang menjerit-jerit
Beluntung segera mendapatkan rakannya
Namun apakan daya dia tersungkur
Apabila sedar diri berasa sedih
Sahabat baik telah disembelih
Pemergiannya diratapi dengan penuh kesyahduan.