Jalan
Asalnya tidak bertanda arah
Asalnya liar semak belukar
Asalnya sesat tanpa panduan
Jalan
Ada yang lurus dan luas
Ada yang bersimpang dan sempit
Ada yang mati ditengah-tengahnya
Ada yang kasar berlubang
Jalan
Dicipta adiwira berani
Dicipta dengan harga nyawanya sendiri
Dicipta dengan niat melindungi
Dicipta untuk meleraikan mati
Asalnya tiada kini bercabang pilihan
Asalnya gelita kini bercahaya terang