Home Puisi Umum Sajak : Kenali
Sajak : Kenali
KaryaToku
19/5/2016 09:51:31
2,146
Kategori: Puisi
Genre: Umum

Ke mana harus dibawa diri
Apabila diri tidak dikenali
Bertahun - tahun diri dilibati
Masih belum dikenali

Teman yang lain dikenali
Aku masih disini
Tidak siapa mahu mengenali
Mereka salahkan diri ku sendiri

Cuba untuk libatkan diri
Itu kata teman sendiri
Kurangnya percaya diri
Akhirnya masih menyendiri

Teman semua sudah dikenali
Menangis sendiri cara peribadi
Apa boleh dilakukan buat diri ini
Hanya melihat teman dikenali

Rasa sedih dihati
Tiada siapa yang peduli
Haruskah percaya diri
Agar mudah dikenali

Nukilan : Encik Karya

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.