Home Puisi Umum Ketagih
Ketagih
Kutz Amlan
24/3/2019 14:47:38
4,093
Kategori: Puisi
Genre: Umum

KETAGIH


Usul selembar bebenang sutera

Terkait seribu saka mantera

Citra ceritera cinta dan cita

Segala coret kisah suka duka

Aku, engkau, dia dan mereka.

 

Ada baru ada lama

Ada naik ada turun

Adalurus ada tersasar

Ada juga acah abang besar

Bicara persis orang-orang lama

Hingga lupa adik yang baru bermula.

 

Ada yang kian berkembang

Ada yang diam bersarang

Ada retak menanti belah

Ada terus meninggi membelah awan

Menjadi aras siapa kawan

Siapa saudara siapa teman

Siap musuh siapa lawan

Asal baik boleh tertawan

Asal naik sama-sama cari makan.

 

Bergolok bergadai

Berikat makan pakai

Hajat hati terus digapai

Penuh bulan hasil mula membuai

Semalam tanam esok tuai

Kelmarin tanam lusa tuai.

 

Sempurnakan salam satu-satu

Sesak peti tapi berlubang saku

Ukur baju badan sendiri

Siap baju seteru yang menari

Sampai bila?

Sampai mana?

Sampai terputus asa dengan jiwa!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.