Home Puisi Umum Untuk Sejenak
Untuk Sejenak
elims
25/3/2018 16:19:28
2,933
Kategori: Puisi
Genre: Umum
Deruan angin pagi yang damai
Memujuk hati yang dilanda badai
Segala gelora keluh kesah
Tenang ditiup lembut oleh sang bayu

Untuk sejenak
Pejamkanlah matamu
Biarkan angin lalu
Membawa pergi rasa sendu

Untuk sejenak
lepaskanlah genggamanmu
Menghilangkan keteganganmu
Agar ketenangan datang menjengah

Dan biarpun sejenak cuma
Bebaskanlah dirimu
Mencipta satu kelapangan
Untuk kembali melangkah
Menempuh dengan semangat yang baru

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.