KARYA 05 : Anak Kecil Dari Syria
Dunia ini dalamnya berbeza
Di suatu sudut manusia tertawa
Sudut yang lain manusia berduka
Aku cuba cari dan mempersoal kenapa
Sedangkan air apabila dicampur dengan air,
Maka tetaplah menjadi air dan tiada berbeza dua bahagian
Tetapi kita di dalam bumi yang sama
Kita punya beza yang cukup ketara
Lihatlah anak kecil di Syria,
Pilu meratap tangis mengharap
Agar esok masih ada sinar
Dan lihatlah pula anak kecil kita
Lena tanpa usik diatas riba
Senyum tawa merungkai kata
Tidak seperti anak kecil di Syria
Lalu, tanyalah diri apa beza mereka dan kita
Mereka juga punya rasa
Rasa ingin dibelai dan dimanja
Kumpullah semangat kita
Ayuh kita mara
Buat anak-anak Syria yang tercinta