1,931
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Kenangan Teluk Kemang

1 Mac 2020

fajar indah bangkit suria

Kampung Pandan dingin kotaraya

biru langit memuka gembira

piknik kita tiba harinya.


bismillah mula kembara

aksara D tetap tegak setia

akselerator diinjak selamba

rentak balada mengiringi sengau suara

melangkau balad batu ke hijau des

hijau desa ke hijau perwira negara

hingga ke pasir pantai mentari menghangat padanya.


menyusuri pekan Teluk Kemang

bendul jalan menzahir riang

panas debu laut bukan penghalang

kita rai keluarga kedua gemilang.


arang mula keputihan

ayam kian kematangan

rutbir kondensasi berlarutan

koktel nata kian berkurangan

sedangkan zuhur belum berkumandang.

HAHAHA


dibawah saksian sinar mentari

dari naungan khemah langsung ke pantai gigi

merai sukaneka hiba dikunci

tepung mengaburi

keceriaan menyelubungi

manisan dijejaki.


petang kian mementas

anak mudi ingin beraksi tangkas

banana boat dipaut erat

berlegar di pentas benua pasir sarat.


ufuk suria melambai pulang

tiba masa kami kembali dari datang

sampah selerak dibersih jua

sepertimana sediakala.


lagu panggilan balayang berkumandang

rembulan indah terang julang

berarak kami ke dataran

mercu tanda jadi saksian

sekeping gambar buat kenangan.


pulang perjalanan

lebuhraya kesesakan

meninggalkan deruan pesisir layu selat Melaka

kelah kami menguntum suka.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh